Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Mukhayyam Nuqaba...
Cuti seminggu telah mejelang...Apa yang nak dibagitahu di sini..penulis telah hadiri satu program kepimpinan anjuran LTD, CFS IIUM..
Hee..Dalam kelapangan begini adalah tidak wajar kita menolak rezeki masa lapang. Namun, tidak semua yang baik itu kita dapat begitu sahaja. Musim peperiksaan Pertengahan Tahun menghalang daripada menumpukan pada persiapan program ini memandangkan penulis adalah ahli FRC..
Penulis terlupa untuk bagitahu, yang terlibat di dalam program ini adalah Para Fasilitator dan Mereka yang mendapat HIDAYAH Allah dan KESEMPATAN untuk pergi. Memandangkan program ini jatuh pada permulaan cuti..Macam manalah semua nak pergi..?Ramai yang sudah membeli tiket pulang ke negeri masing-masing.
12 haribulan adalah tarikh program bermula..Sepanjang perjalanan dengan bas ke sana, penulis duduk di sebelah Madam Asniza. Beliau adalah pegawai LTD, trainer untuk sessi pertama hari ini. Satu bengkel mengenai komunikasi. Amat menarik. Alhamdulillah..Dari mula berbual dengan Madam, penulis dapat kesan dia menggunakan beberapa skill komunikasi dengan baik. Apa tidaknya, penulis berasa tidak kekok pun berbual dengan beliau walaupun baru saja berkenalan.
Pengisian bengkel sangat padat dan sangat mengujakan. Penulis yang ke hulu ke hilir, alih-alih memegang pen juga di belakang dan mencatat apa yang disampaikan..sebab penulis tahu selepas ini penulis tidak akan bertemu lagi peluang seperti ini. Penulis lihat semua peserta dan komiti telah mendapat ilmu baru walaupun ada juga yang sudah mantop. Apalah yang ada pada mantop kalau kita lupa kita ini insan yang mudah alpa..Peringatkanlah yang sebaiknya..
Selepas solat Asar, kami menjalani aktiviti luar..iaitu mengisa. Bukan senang nak buat aktiviti ini. Hanya mereka yang biasa dengan laut sahaja yang akan pakar akan aktiviti ini.
Sedikit mengenai aktiviti ini, ada sejenis alat menangkap ikan..kalau di sabah alat ini mungkin digelar ‘PUKAT’ . ada pelampung , dan agak panjang..30 meter. Tinggi..argh, penulis tidak ingat. Tapi cara menggunakan benda ini, setiap penghujung alat ini ada kayu. Jadi apa yang perlu, kayu ini tidak boleh diangkat dari dasar laut. Ha..jangan dok fikir kami masuk laut dengan menyelam..tidak..aktiviti ini dijalankan ketika air laut ini sedang surut..oleh itu paras air agak cetek.
Sebenarnya ada satu rahsia, penulis baru pertama kali masuk air laut paras lutut. Sejak kecil hanya tengok laut dari jauh saja.Dan memandangkan penulis tinggal di kawasan pedalaman Sabah, laut ni jarang sangat dijejaki. Hanya saja semasa bersekolah di Kota Kinabalu, di SEMAI, baru ada peluang buat program di tepi LAUT. Alhamdulillah..walaupun tidak masuk laut, asal boleh lihat sudah kira mencukupi. Penulis sangat suka pada laut. Bila tengok laut, sebenarnya kita sedang puji ALLAH. Ciptaan ALLAH cantik sangat-sangat. Laut adalah buktinya. Unik.
Dalam satu tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Ismail Chong, sebaik-baik zikir adalah tafakkur. Dan untuk bertafakkur ini, kita perlu melakukan 5 perkara. Pertama kita merenung ayat-ayatNya. Ayat ALLAH ada dua jenis; manzur dan mantuq. Manzur ini tergolong dalam pemandangan, Ciptaan ALLAH...Maksudnya, kita melihat kepada kesempurnaan pada ciptaan ALLAH di alam ini..Kita akan menemui satu rasa keinsafan yang semula jadi. Kerana Allah tidak menciptakan semua ini sia-sia. Ayat Mantuq adalah ayat-ayat Kalamullah, dari Al-Quran. Langkah untuk menghadirkan diri dalam tafakkur yang seterusnya ialah..Melihat pada nikmat yang telah ALLAH berikan. Adakah kita telah bersyukur atau belum..
Ketiga, berfikir mengenai Janji-janji Allah. Syurganya menanti bagi mereka yang mendapat rahmat ALLAH. Sahabat sekalian, untuk pengetahuan , kita tidak masuk kerana amalan kita..Tapi kita akan masuk syurga kerana Rahmat ALLAH!Bukan bermakna kita kalau sekerang ini sudah istiqamah dengan banyak beramal ibadah tahu perkara ini terus mengurangkan amalan..tidak sama sekali. Bukan itu ya..Tapi apa yang di maksudkan adalah, kita perlu mengikhlaskan diri dalam beribadah..Bukan beribadah untuk masuk syurga.
Selepas berfikir tentang JANJI Allah, kita berfikir pula mengenai ANCAMAN ALLAH kalau tidak menunaikan apa yang diperintah oleh Allah dan Dilarang oleh Allah.
Penulis terlupa satu isi penting..Maaf atas kedhaifan. Kalau sahabat yang pergi Kem ini juga bolehlah tambah..kalau ada yang penulis terlepas pandang di atas.
Dalam ceramah malam tadi, kunci untuk berdakwah adalah NuR dan YAKIN. NuR ini adalah ILMU Duniawi yang bermanfaat dan Ukhrawidan Yakin adalah Tidak ada padanya keraguan. Setiap yang disampaikan adalah sangat diyakini akan kesahihannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment