Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Sebelum ana memulakan larian pena..nak ingatkan hari ini zikir yang digalakkan ialah subhanallah al azim wabihamdihi..
Assalamualaikum..jiwa baru kembali dari berlayar di alam maya para pendakwah...Subhanallah..Terasa satu perasaan baru meresap di dalam hati...Satu motivasi baru! Ahamdulillah..motivasi itu tidaklah susah kalau berusaha..
Sebenarnya dengan tajuk di atas nak kongsi satu peristiwa..Peristiwa yang ceria..^_^
Sehari selepas pulang daripada mukhayyam Nuqaba', ana melebarkan langkah ke Kuala Lumpur. Orang Kelantan kata,"Berdera'".
Alhamdulillah, dengan jasad yang agak letih...berusaha memenuhi ajakan sahabat tercinta dunia akhirat Cik Jijah ke Low Yat...Tujuan sebenar kami untuk menziarahi sahabat PJ dan Gombak...sahabat versi Sabah. Bukan Assobiah tapi...Untuk mengukuhkan ukhuwah yang lama tidak di'refresh' dengan pertemuan empat mata...Menyimpangnya kami ke Low Yat adalah untuk mencari barangan laptop yang murah-murah. Sahabat ana tu memegang amanah untuk membeli MP3 dua orang rakan sebiliknya. Semua tingkat kami panjat. Tak Letih..Letuh je..
Perjalanan ke Gombak diserikan dengan kehadiran Cik Rusni...Dikhabarkan Cik Irma dah ada di GOMBAK, dengan urusannya. Tak pe...yang penting jumpa juga di GOMBAK. Pada asalnya kami nak beli KFC di KL central....Tapi, ana yang masih ragu...berdoa.."jika keraguan ini satu alamat untuk tidak makan KFC...janganlah kami dapat beli ia.."..Tak jadi makan..Alhamdulillah...
Ada orang kata, KFC ni dah dibeli oleh orang ISLAM, hm...bukan nak pengaruhi, tapi..kalau ikut francais..nama 'KFC' ni pun boleh bagi saham pada pemilik asalnya...kalau di MALAYSIA memang dibeli oleh orang islam..yang Di luar malaysia adakah depa tukar nama? tidak bukan? Ana tak dapat meyakinkan diri beli KFC ni...
Di GOMBAK pula..kami makan sama-sama..cuma selepas makan, ana dan Cik Jijah ni meneruskan langkah ke Mahalah Sumayyah untuk melawat Cik Afizah...Sahabat kesayangan ana , juga sabahan..bakal pejuang..AMIN!
Eh..lupa pada watak ni..Kak Wani, ana dan 3 sahabat dunia akhirat ana sempat jumpa kak Wani sekali sebelum dia melangkah ke kelas dan kedua kali selepas kelasnya dibatalkan...Rezeki..rezeki..sempatlah kami berbincang pasal masalah ummat sekejap...umat NILAI dan PJ.
Ha..sambung semula pasal ke Mahallah Sumayyah ni..Ana dan Cik Jijah tercungap-cungap naik tangga 'BATU CAVES' yang curam itu.huhu..memang gayat la..Ini baru pertama kali naik. patutlah ..sampai ampuss..
Selamat sampai ke atas..kami melangkah dengan yakin untuk cari Blok D ..dalam mencari-cari..ternampak seorang muslimat tengan angkut baju..dari dobi kot.
"Er..tumpang tanya(tak bagi salam..lupe)..," perkataan ini dari mulut ana..
"Ya..?," dia menjawab, selamba. langkahnya terhenti.
"Blok D mana ek?," ana mengaju pertanyaan. Dia menunjukkan dengan muncungnya...ke satu arah..
"Yang tu blok F di belakangnya Blok D.."
Selepas mengucapkan terima kasih..kami meninggalkan dia..dia meneruskan perjalanan.
Cik Fizah kata, biliknya tingkat paling atas..kami pun panjatlah tangga...samapai tingkat teratas..
telefon Cik Fizah.
Dia kata biliknya d 4.8..wing B..kami tengok2 nombor bilik..semua kepala 5.opss salah tingkat..kami ketawakan diri sendiri. Bila dah turun tingkat 4. Kami cari bilik yang dimaksudkan..
Ha..bilik D 4.8. dengan konfidennya kami ketuk dan pintu dibuka. Seorang muslimah menjawab salam kami.
"Afizah ada tak?"
Dia mengerutkan dahi...
"Maaf tiada penghuni yang bernama Afizah di sini.."
HA??
Seramnya rasa..hehe..bukan apa..memang sah salah blok. Rupanya kami pergi blok Nusaibah. Ai..nasib dah begitu..maka terlafazlah..Alhamdulillah 'ala kulli hal...kalau tak ke sana sampai sem depan ana tak tahu mahalah Nusaibah kat mana...Tak Pelah Cik jijah kan? Kami pun berusaha lagi sampai dapat..
Sampai juga bilik cik Fizah ni..naik lagi..ke tingkat 4...Best betul..ikhlas ni..ada hikmahnya...
Lebih kurang 40 minit di sana.Selepas mendengar pengalaman-pengalaman Cik Fizah yang masuk GOMBAK awal satu sem,kami mohon pulang. Maka berangkatlah serikandi-serikandi CFS ni pulang..Cik Rusni n Cik Irma dah tunggu kat perhentian bas terakhir...
***
Dalam perjalanan pulang, kami ambil kesempatan bergambar bersama...rindu sebenarnya untuk bergurau senda dengan dorang-dorang ni. Seketika kenangan MUkhayam GAPSS menerjah. Sebak.
Tak apalah ya sahabat dunia akhirat ana...dikesempatan ini ana minta maaf jika tidak menunaikan hak-hak kalain sebagai sahabat sejati. Ana masih berusaha untuk sentiasa mengenangkan kalian dalam doa walau tidak berjumpa.
Buat Cik Jijah...ana minta maaf, walau kita berjiran , dah lama ana tak melawat membawa perut kosong. Kalau bawa perut kosong lawatan ana akan lebih lama lepak...MOTIF2..Nda bah...mau juga p bilikmu selalu, tapi takut nti boring tengok muka ana..hehe..Zur ghibban Tazdadu Hubban..kan?
sayang semua lillahi ta'ala.
Apa pun...Sempena sem terakhir kita..kita sama-sama Jangan layan perasaan nak memberontak, nak tido banyak, nak makan banyak,nak lepak banyak, nak menonton banyak, nak semua banyak2 hal dunia..sedangkan kita terlupa hak-hak janji kita pada-Nya dan nikmat yang lebih banyak di akhirat.
Ingatkan ana selalu pada pesanan ini...terutama nti, Cik Jijah..hehe
Ha..buat Cik Fizah..maaf tak pegi konsert semalam..dan lupa tanya..amacam dengan interview?Habaq mai k..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment