Monday, August 17, 2009

berehat sebentar..mencari diri..

Kali ini ana nak kongsi satu kisah...

ada seorang tu, dia mengaku nak jadi pejuang. tapi dia tak nak susah...dia selalu nak senang... sehingga ada ujian sket dah fed up..nak berhentilah , nak rileks lah..nak rehat lah...macam-macam alasan...


Dulu, dia yang semangat ...dialah yang paling bersemangat..tetiba dah naik sket jak level ujian tu..dia dah menyerah kalah..pejuang apa tu??

kalau nak mengaku pejuang , ujian sebesar -besar benda yang besar nampak kecik jak...cuma dia tak boleh berdiam diri jak..tunggu pertolongan ALLAh tanpa usaha..memanglah ALLAh akan tolong hamba-Nya..Dia MAha Pengasih...tapi, tu lah..Allah tak nak manjakan sangat hamba-hamba ni. nanti naik kepala!


lAGIPUN, TASK YANGallah BAGI SATU JAK..tegakkan ISLAM di MUKA BUMI, secara automatik, kita akan tegakkan ISLAM di dalam diri kita dulu...dan kita ajak orang lain.
(ingat mudah ke?)

Itu lah tujuan datang di dunia ni...ALLAh tak suruh kita berbangga dengan keturunan kita sapa, jawatan kita tang mana, gaji kita..suma2 tu..teda di mata ALLAh..Kita ni jak yang tidak sedar diri.

ALLAH tidak perlukan kita ...pernah ana terbaca..satu buku..yang bertajuk LANGIT ILAHI..entah kita tahu atau tidak... yang

ALLAH takkan hilang kemegahannya kalau kita tak sembah dia..tapi tunggulah azab ALLAH nanti...canggih mana pun senjata nuklear..kita tak dapat menghindarkan diri dari azab ALLAH..

Betapa malu kita pada ALLAh...kalau kome tak malu ana malu.MAlu sangat. ANA dah la tak mencapai tahap hamba yang sempurna atau tang terbaik lagi...ana selalu khilaf dengan keinginan diri. Nasib ana setakat ni alhamdulillah..baik, sahabat-sahabat yang ada membantu ana menjaga diri, dalaman dan luaran. Dalaman tu termasuk ibadah,keinginan,dsbg. Luaran pulak...dari sudut kesihatan. ANA ni kurang bersyukur kot..pun tak leh jugak sebenarnya. JASAD ni amanah...ana kurang jaga kesihatan. Ana kalau dah mengantuk, semua tempat bleh jak ana landing. kadangkala dalam keadaan duduk.yang jadi mangsa..tulang belulang ana ni lah... dah rapuh dah...

Ana dah puas makan saman, makan letern..makan semua yang boleh di makan pasal kesihatan ni...tapi, kalau ana sendiri dok mau berubah...susah! tulah, jadi main poinnya...kita mesti buat sesuatu perubahan seikhlas hati dan persediaan mental yang cukup..persiapan fizikal terpulang pada tahap kesihatan lah..


k...cukuplah sebagai perkongsian kali ni..banyak lagi yang perlu dicatat..tapi..bukan pasal diri...jak, ni sebagai teguran bersama untuk diri dan yang ada persamaan situasi dengan ana...perubahan mengikut usaha, bukan ikut masa...
Meh kita renungi satu AYATullah...

"adapun orang yg memberikan (hartanya dijalan Allah)dan bertaqwa ,dan membenarkan adanya pahala yg terbaik(syurga)maka kami akan menyiapkan baginya jalasn yg mudah.(al Lail:5-7)

yang ni bagi si prindu syurga...ringan-ringankanlah tangan untuk bersedeqah...

_JIKA INI HARI TERAKHIR ana MENULIS POST INI...MAAFKAN SEGALA KHILAF ANA PADA ANTUM< HALALKAN MAKAN MINUM ANA...DOAKAN ANA DUNIA AKHIRAT!_


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...