Saturday, May 23, 2009

Seminggu Di NEGERI BAWAH BAYU


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...ana dah sampai rumah. Tapi, perjalanan untuk ana sampai ke rumah ana tu mengambil masa selama 3 hari. Luar dari biasa. Ana bermalam di tiga tempat yang berlainan...di rumah sepupu, di rumah ustazah kesayangan dan di rumah warden kesayangan.

Hm...pada hari pertama tu, ana tak dapat ceritalah, sebab hanya beberapa minit saja sebeklum esok, ana tiba dan mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Kota kinabalu.

Ana sempat pegi beli nasi goreng kampung. sebelum bertolak ke rumah sepupu ana. esoknya ana melawat sekolah tercinta. Jumpa cikgu-cikgu...agak ramai wajah -wajah baru menggantikan cikgu-cikgu yang dah pindah. Tak apalah, ...jumpa cikgu Mat...satu pertanyaan yang masih terngiang-ngiang di kepala, "sudah ada cowok kah?"

Nak jawab apa ye? Ana putarbelitkan jawapan...

"ala cikgu, masih budak-budak lagi ni..."

"masa ni lah kamu boleh cari...dulu tak boleh.."

ana hanya tersengih macam kerang busuk.


Bagi ana 'cowok' ni,,,bukan keutamaan sekarang. Kalau boleh, biar nanti dia datang cari ana, ana segan plak mencari sendiri.

Sebelah petangnya, ana berjumpa dengan Ustazah kesayangan Ana juga...
Tapi, beliau dah kahwin, jadi tak boleh stay rumah dia lama-lama.. Banyak juga mutiara kata untuk sang perantau ini... Semangat untuk meneruskan perjuangan lebih segar dari sebelumnya.Syukran Ustazah..

Malam itu, ana pergi satu ceramah motivasi. Pasal muslimah yang nak berjaya dunia akhirat ni..

tajuk sebenarnya...Peranan Asmaul Husna dalam kehidupan..

APa yang ana dapat highlight kehidupan kita senenarnya akan jadi lebih mudah jika kita menghayati Nama-nama Allah yang indah ini...

" Kita tidak perlu menyusun agenda hidup, Allah dah susunkan melalui kehidupan rasulullah...HIDUP DALAM PERJUANGAN, Itulah Allahu YA Barik"

"Kita tidak perlu berasa bangga dengan kekayaan, ALLAH YA GHANI...Dia lagi maha kaya, kita hanya wasilah untuk Sifat Ar Razak Allah, untuk membahagikan sebahagian harta yang ada kepada yang memerlukan. "

"kita perlu takut pada sifat Al Muntakim Allah , Yang maha menyiksa.."

"Kita perlu bersedia dengan sifat Ya mumit Allah, Entah bila kita akan dicabut nyawa, cukupkah bekalan hidup kita?"

Dan banyak lagi...sudahkah kita kenal semua Nama Allah Itu?

Ana tertarik juga dengan satu kenyataan...

"Kita sebagai muslimat, atau muslimin..terkadang tersalah meletakkan keutamaan..lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin. Kita meletakkan suami atau isteri di tempat yang paling atas, sedangkan Allah dan Rasulullah lah yang layak di tempatkan di tempat nno. 1 dan 2..yang ketiga baru manusia.."

" jadi, nanti..katakan pada pasangan masing-masing...Kalau muslimat, "Abang, abang jangan marah ye...abang bukan yang pertama di hati ini, tapi yang ke tiga..." Para suami janganlah melenting, kerana kata-kata sang isteri tu betul belaka."

Betul juga...hidup ini untuk Allah, tapi bila kata tanggungjawab kita pada keluarga ni, kena laksanakan juga...jangan salahtafsir pula. Cuma, bila sang isteri mahu keluar berjuang untuk Ummah...kat situlah para suami perlu memahami, dan kalau boleh sama-samalah dengan isteri. Wah, bahagianya bila suami isteri berfikrah begitu.

Pada malam yang kedua, ana dah angkut barang ke rumah warden. Malam tu ana sempat beramah mesra dengan Junior-junior ana... Ana hadiri satu majlis Perjumpaan Nuqaba'. Terharu ana dendengar nasihat Ustazah kesayangan Ana..Dia bukan tujukan nasihat untuk ana tapi untuk para nuqaba' sekolah SEMAI. Ana just temankan ustazah...

Esoknya, sepupu ana datang ambil...dan dihantar ke station bas..Ana pun menyambung perjalanan pulang ke kampung halaman...tak tahu cerita selepas itu..

Kalau ada yang boleh dikongsi ana tulis. Biasanya hal-hal rumah ni...rahsia sikit.hehe~

k, salam perjuangan sahabat semua...!Chayo!Bitaufik wannajah...


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

2 comments:

pali said...

best kan program motivasi ni, hurm,, bila ustazah tu ty, jawab je..

sudah gaharu cendana pula,
sudah meranti balak pula,

(sambung menyebut 50 lagi nama pokok termasuk pook kismas.)

teruskan berlari~!

Azmah Nordin said...

Salam perjuangan dan salam ziarah, azi :)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...