Sunday, May 10, 2009

SEmalam yang Berlalu...

Telefon berdering.

Alhamdulillah, panggilan itu daripada orang yang dinanti-nanti.

-Assalamualaikum madam...

Saya mengucapkan salam dengan senyuman yang lebar..

-Wa'alaikumussalam...buat apa tu? Madam ada di nilai 3 ni, beli langsir.

Wah...biar betul..

-Madam tak nak singgah sini ke?

Betapa exitednya saya mengajukan soalan itu.

-Singgah kot, kamu pulang sabah ke?

-Pulang,pulang...kenapa madam?ada barang nak kirim ke?

-tak lah juga, oklah...nanti kita jumpa ye..

-okeh madam, saya tunggu...!

Begitulah madam .Guru math yang paling baik pernah saya jumpa. beliau tidak pernah marah. Ingat lagi, ada satu kali tu, saya terpaksa keluar untuk berjumpa Cikgu Kaunseling saya, cikgu hampir merajuk sebab, tiap kali kelas, saya mesti keluar.

Rupanya beliau faham akan tugas diri ini. Bukanlah bermakna saya boleh keluar sesuka hati. Tapi jangan sampai pelajaran saya merosot kerana terlalu sibuk.

ramai cikgu-cikgu yang selalu menunjukkan rasa risau pada perstasi pelajarnya. Inilah yang berlaku di SEMAI. Itulah juga yang membuatkan saya sayang giler guru-guru dan para pentadbir sekolah.

Moga kepulangan saya kali ini , Allah masih bagi peluang untuk melawat guru-guru yang masih ada di SEMAI.Amin...


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...