Wednesday, February 27, 2019

Diari Hari Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Seperti biasa, hari ini 27 Februari  saya pilih untuk mentadabbur ayat dalam juzuk 27.

Ayat yang terpilih ada 3:

هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

-Sura An-Naml, Ayah 2

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

-Sura An-Naml, Ayah 3

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.

-Sura An-Naml, Ayah 4

***

Kebetulan hari ini saya mengajar Murid cilik tahun 1 Rukun Iman. Bayangkan kecil-kecil mereka ini sangat muda untuk mengupas isu-isu berkaitan iman. Namun, betapa pentingnya bab Iman diterapkan dalam naluri mereka. Akhirnya mereka duduk terpegun memikirkan kekuasaan Allah.

Bermula dari bermain cawan muzik. Saya tukar cawan kepada pen. Semasa muzik di pasang, mereka perlu memberikan pen kepada kawan sebelah, sehingga muzik dipadam. Orang terakhir memegang pen akan disoal.

Lagu terpilih adalah lagu Upin Ipin - Rukun Iman. Sampai sekarang muziknya terngiang-ngiang dalam memori.

Dijadikan cerita, soalan pertama saya ialah apa itu rukun Iman? Seperti yabg dijangka mereka tidak dapat jawab. Oleh itu, saya mengambil peluang menerangkan kepada mereka.

***

Dalam menerangkan satu demi satu mengenai Rukun Iman yang ada, salah satunya mengenai Hari Kiamat.

Saya tidak mampu memberikan penerangan kepada murid ini menggunakan ayat sendiri tentang Hari Kiamat.

Lalu saya membuka terjemahan Al-Quran  dan membaca terjemahan surah Al-Zalzalah. Mungkin ini boleh memberikan satu gambaran kepada mereka tengang peristiwa Hari Kiamat. Goncangan yang segoncang-goncangnya.

Saya minta mereka membaca dengan kuat. Hasilnya, mereka sendiri berkerut. Rasa risau. Kebetulan surah ini menceritakan orang yang di dalam kubur akan dibangkitkan.

Saya mengaitkan cara mereka berjalan ke Mahsyar mengikut amalan mereka. Langsung idea tentang hantu sebelum itu lenyap. Tidak tercakap lagi.

***
Ibrah hari ini:

1. Anak kecil perlu pendedahan alam ghaib seperti  itu supaya mereka merasakan setiap perkara yang dikerjakan sentiasa yang baik baik sahaja.

2. Penerangan cara manusia dengan penerangan cara Allah, sangat berbeza. Penerangan Allah rupanya lebib mudah sampai dalam hati seorang kanak kanak.

3. Berita-berita Hari Kiamat di dalam Al-Quran menjadi satu peringatan kepada semua manusia yang mahu beriman dan membuat persiapan.

4.Rupanya, antara persiapan itu adalah menggunakan Al-Quran untuk mengetahui apa do dan dont kita sepanjang hidup. Kerana Al-Quran itu kitab HiDAYAHa(Petunjuk). Kenapa kita mencari petunjuk di tempat lain? Atau kenapa kita langsung yakin boleh sampai ke destinasi baru tanpa mengetahui jalannya?

Bersambung...

Thursday, January 31, 2019

Perhentian

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Dengan nafas yang ada, kita meneruskan perjalanan hidup dengan semangat pengembara. Bertemu ramai insan yang berbagai-bagai visi hidupnya. Sesekali kita perlu menyapa mereka, "Apa bekalmu sudah banyak untuk dipikul ke alam abadi?"

Pertanyaan ini bukan untuk memperkecilkan diri mereka bahkan ini adalah bahasa kehidupan yang perlu dihidupkan suasana persaingan untuk mengumpul bekal amal. Zaman ini manusia semakin disibukkan dengan pekerjaan masing-masing untuk memuaskan diri dengan pencapaian dalam karier masing-masing.

Mereka yang bekerja di pejabat, berusaha untuk mengejar pangkat tertinggi supaya memiliki kehidupan yang serba mewah. Selesa. Sehingga anak cucu malah untuk anak cicit katanya. Dia mahu keturunannya sentiasa senang.


Lain halnya dengan orang kaya. Mereka yang sudah memiliki kereta mewah, berkerja dengan kesungguhan untuk meraih rumah mewah pula. Lalu bila sudah dapat, mereka lebih banyak menggalakkan para pengikut mereka berusaha untuk mencapai kepuasan diri. Melancong, memiliki sesuatu yang mahal dan sebagainya.

Semakin ramai manusia seperti ini.


Praktikal Teori Progesivisme

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini semuanya berjalan lancar. Walaupun suami kata dia tidak dapat menjemput pulang dari sekolah namun saya dapat menapak untuk pulang dengan selamat. Saya yakin itu adalah berkat dari membaca Almathurat pagi ini. Alhamdulillah.

Saya bawa tiga beg semuanya. Dua di kanan, satu di tangan kiri.

Alternatif yang saya ambil ialah, menumpang guru dari sekolah ke Bandar Inanam. Kemudian, naik bas ke pusat bandaraya Kota Kinabalu. Baru menapak ke stesen Sepanggar untuk pulang ke rumah yang terletak di tepi Jalan UMS.

Pengajaran hari ini, kita tidak tahu bentuk situasi yang menguji kita untuk bertindak cepat dalam menyelesaikan masalah pada masa depan. Oleh itu, kita mesti cuba untuk mengadaptasi suasana Dan menggunakan sebdrapa jalan penyelesaian yang sesuai pada waktu dan tempat.

Kata kunci mencari penyelesaian kepada masalah, Teori Progessivisme.

Wednesday, January 9, 2019

Pujukan Yang Maha Mulia

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

 Allah Maha Memelihara..baru ni saya bersedih.Hanya ALLAH yang tahu kenapa..Betapa syg Allah dgn HambaNya..Dia nyatakan pujukan dalam surah Al-Insaan ini:

1 Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

 2 Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

 3 Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

 4 (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang.

 5 Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -

 6 Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

 7 (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

 8 Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

 9 (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

 10 Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut.

 11 Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati).

 12 Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

 13 Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

 14 Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

 15 Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): Bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

 16 (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

 17 Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",

 18 Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".

 19 Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

 20 Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

 21 Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

 22 (Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).

 23 Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

 24 Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu) dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang yang kufur ingkar.

 25 Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

 26 Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

 27 Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa).

 28 Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

 29 Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

 30 Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

 31 Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

surah ni sy kenal semasa kelas KQ di SEMAI dulu..tapi , maknanya sy baru kenal hari ni..Allah bagi peluang. Kamu?Pun kenal hari  ni.Alhamdulillah,bifadhlillah..

Maka, jangan lagi lari2 dari Allah..Allah Maha Melihat wlu ke manapun kita pijak alam kepunyaanNya ini. Jangan sedih jak cari ALLAH.Tym hepi, lupa diri.

Friday, August 31, 2018

Bangkit dari Tersungkur

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Insan
Jika engkau tersedar
Bahawa engkau sudah terjatuh
Jatuh dari pendirian
Pendirian yang dipegang selama ini

Jika engkau tersedar
Bangkitlah!
Perbetulkan kesilapan itu
Jangan biarkan ia terus silap
Kerana sebaik-baik
Insan yang bersalah, ialah
Memperbaiki kesalahan

Tiada yang marah engkau
Tiada yang larang engkau
Kerana mereka terbelenggu masalah
Sendiri
Jika mereka melihat dan mengata engkau
Ketahuilah itu isyarat Allah untuk
Kembali ke pangkal jalan.
Bukan untuk memberi kebenaran
Untuk meneruskan kesalahan itu

Saturday, June 30, 2018

Kembali Melihat Penulisan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, lama tidak menjenguk di sini. Semoga semua pembaca setia sihat di lebaran mulia ini. Sebelum terlupa, 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin' buat semua.
Cuba teka kenapa saya tiba-tiba ingin menulis kembali?

Tiada apa yang istimewa. Doakan saya boleh menghasilkan sesuatu dari ayat-ayat yang dikarang. Malam ini untuk melihat kembali cerita yang pernah saya hasilkan dan mencari idea penulisan seterusnya. Semoga ia lebih bermanfaat kepada pembaca semuanya.

In shaa Allah..

Friday, December 9, 2016

Hadiah Teristimewa Buat Orang Tua~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum,

Memiliki orang tua adalah satu anugerah terindah buat kita. Apa pun, mereka telah melalui suka duka yang terlalu banyak semasa membesarkan kita sehingga tanggungjawab itu beralih pada pasangannya selepas berkahwin. {Sedih la pulak~}

Semalam saya menggunakan peluang cuti yang bos bagi untuk pulang ke Keningau. Walaupun hanya beberapa jam bertemu mata dengan mereka, hati saya sangat terubat.

Biasanya saya pulang keningau dengan bas, sehingga malam keletihan akan menyebabkan saya kehilangan mood dan semangat. Tapi berbeza kali ini. Saya banyak bercakap, tersenyum dan membuat loyar dengan mereka.

Melihat wajah ibu ayah tersenyum, sangat membangkitkan hormon kebahagiaan. Mengurangkan hormon Kortisol.

Saya beranikan diri balik sebab:

~Ambil mesin jahit mama, [pinjam saja]
~Hantar Qaseh Gold Adindan & Junior kakak [Dia memang pengguna setia Qaseh Gold]!
~Memang nak charge spritual dalaman.

Ibu selalu bertanya apa Qaseh Premier masih ada dengan saya. memang ada tapi saya kata, itu untuk dijual[dalam kepayahan~] Ayah pun kata, tak pa, nanti saja..Patutkah saya hadiahkan saja Qaseh Premier itu?

Dilema..

Malamnya pula, saya mengalami kesejukan kerana berhujan dalam perjalanan pulang, mujur suami saya memakai baju hujan yang melitupi badannya. Kerana seluar kerjanya belum basuh lagi. Kalau basah, habislah~

Alhamdulillah..

Saya diberikan rehat pada hari ini. Serta merta bos memberikan kelepasan supaya saya boleh fokus apa yang saya perlu buat selepas ini. Dia sangat baik. Sukar  untuk mendapat bos seperti dia.

Seharian ini, selain merehatkan badan, saya menjahit baju jubah yang perlu di 'alter'. Esok adalah deadline. Tidak boleh terlewat. Syukur dah siap.

Tinggal satu lagi baju yang perlu ditambah BF zipper. Doakan ya..

Oleh itu, mohon anda pembaca budiman, jika ingin cita-cita ibu saya tercapai, bolehlah membeli Qaseh Premier dari saya. Offer yang anda akan dapat:

1. Percuma Tumbler 1300mL
2. Percuma Postage
3.Tips Kesihatan dari saya secara mingguan.

Boleh hubungi saya: 0164488572

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...