Wednesday, February 27, 2019

Diari Hari Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Seperti biasa, hari ini 27 Februari  saya pilih untuk mentadabbur ayat dalam juzuk 27.

Ayat yang terpilih ada 3:

هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

-Sura An-Naml, Ayah 2

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

-Sura An-Naml, Ayah 3

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.

-Sura An-Naml, Ayah 4

***

Kebetulan hari ini saya mengajar Murid cilik tahun 1 Rukun Iman. Bayangkan kecil-kecil mereka ini sangat muda untuk mengupas isu-isu berkaitan iman. Namun, betapa pentingnya bab Iman diterapkan dalam naluri mereka. Akhirnya mereka duduk terpegun memikirkan kekuasaan Allah.

Bermula dari bermain cawan muzik. Saya tukar cawan kepada pen. Semasa muzik di pasang, mereka perlu memberikan pen kepada kawan sebelah, sehingga muzik dipadam. Orang terakhir memegang pen akan disoal.

Lagu terpilih adalah lagu Upin Ipin - Rukun Iman. Sampai sekarang muziknya terngiang-ngiang dalam memori.

Dijadikan cerita, soalan pertama saya ialah apa itu rukun Iman? Seperti yabg dijangka mereka tidak dapat jawab. Oleh itu, saya mengambil peluang menerangkan kepada mereka.

***

Dalam menerangkan satu demi satu mengenai Rukun Iman yang ada, salah satunya mengenai Hari Kiamat.

Saya tidak mampu memberikan penerangan kepada murid ini menggunakan ayat sendiri tentang Hari Kiamat.

Lalu saya membuka terjemahan Al-Quran  dan membaca terjemahan surah Al-Zalzalah. Mungkin ini boleh memberikan satu gambaran kepada mereka tengang peristiwa Hari Kiamat. Goncangan yang segoncang-goncangnya.

Saya minta mereka membaca dengan kuat. Hasilnya, mereka sendiri berkerut. Rasa risau. Kebetulan surah ini menceritakan orang yang di dalam kubur akan dibangkitkan.

Saya mengaitkan cara mereka berjalan ke Mahsyar mengikut amalan mereka. Langsung idea tentang hantu sebelum itu lenyap. Tidak tercakap lagi.

***
Ibrah hari ini:

1. Anak kecil perlu pendedahan alam ghaib seperti  itu supaya mereka merasakan setiap perkara yang dikerjakan sentiasa yang baik baik sahaja.

2. Penerangan cara manusia dengan penerangan cara Allah, sangat berbeza. Penerangan Allah rupanya lebib mudah sampai dalam hati seorang kanak kanak.

3. Berita-berita Hari Kiamat di dalam Al-Quran menjadi satu peringatan kepada semua manusia yang mahu beriman dan membuat persiapan.

4.Rupanya, antara persiapan itu adalah menggunakan Al-Quran untuk mengetahui apa do dan dont kita sepanjang hidup. Kerana Al-Quran itu kitab HiDAYAHa(Petunjuk). Kenapa kita mencari petunjuk di tempat lain? Atau kenapa kita langsung yakin boleh sampai ke destinasi baru tanpa mengetahui jalannya?

Bersambung...

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...