Saturday, June 1, 2013

Buku yang didapati sebagai Hadiah~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Penambahan koleksi buku berlaku, bila ada insan yang prihatin mengetahui saya suka akan buku..=) TQVM!


Buku yang bahasa om puteh tu, saya dah lama idam-idamkan...
Saya tak habaq orang lain..masa ada baucer RM250 hari tu, saya tidak masukkan dalam list buku nak beli sebab bagi saya, buku ini saya akan beli bila tiba masanya...

Setiapa buku ada temanya tersendiri..=)

kalau saya shopping hari tu, memang nak cari buku..saya akan tengok genre apa yang perlu, kalau novel perlu, novel la yang dibeli..kalau, motivasi yang perlu, motivasi la..macam baru-baru ni, masa besday..saya jalan ke MPH, saya ke rak demi rak..baru saya teringat, saya perlu siapkan pembentangan Bussiness Plan..maka, saya menarik keluar buku berkaitan 'How to make a good presentation..?'

Maka belilah buku yang bertajuk ' Kuasai Bisnes dengan Peta Minda'

^^..kalau disusun dalam rak..Buku saya pasal perkahwinan sangat melebihi yag lain..Teruk tak? Haha..masih terdengar dalam minda, perkataan'Tmpu Study!' oleh bapa..
Anak daranya ini mesti habis belajar dulu baru tumpu kahwin plak..

Smart tak? Sebab Bapa rasa saya kena belajar tanpa serabut...
Maaf..tak kata kahwin ni serabut..tapi, kalau memang tak pandai urus kehidupan, tunggang terbalik la jawabnya..

Baiklah, kita biarkan masa menentukan..^^P..

Ada setahun dari sekarang.In Shaa ALLAH..

Wednesday, May 29, 2013

Hati Vs Tindakan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Mudah amat melafaz kata..ini yang pepatah Melayu kata, 'Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut badan binasa..'

Lidah..oh Lidah..jangan melawan kehendak hati..jika iman memandunya..
Oh Hati belajarlah dari akal..Hai akal jangan tinggalkan wahyu..

semua kita berkaitan..

Agar roh ini selamat dunia akhiratnya..

Pesan Junjungan Besar s.a.w..

'Tinggalkan apa yang tidak bermanfaat, kerana orang beriman tidak mensia-siakan sesaat pun masanya...'{mafhum hadith}

Alam hakikat dan syariat..disinergikan..

Berdiam lebih baik dari berkata-kata..berkata la bila perlu..kerana banyak berkata, banyak la silapnya..

Allah..~

Sebaris kata yang keluar bole memutuskan persahabatan yang dijalinkan bertahun lamanya..

bak sebuah petikan kata-kata hikmah..

bila paku dibenam dalam dinding, jika dicabut sekalipun..lubangnya tetap ada..

Hati manusia juga begitu. Moga ALLAh memberikan rahmat kepada insan lemah macam kita..~


Sama-sama amin kan doa ni~

"Ya ALLAH jagalah lidah kami dari kata-kata yang menyakitkan...Jagalah tindakan kami dari perkara-perkara makruh, apa lagi yang muharrom..

Ya ALLAH, kami ini insan lemah, banyaknya kesalahan kami kerana kami yang jahil, alpa leka..janganlah dihukum atas kelemahan kami ini...

Ya ALLAH..hantarkan seseorang yang bole menjaga langkah ini dari tergelincir..tapi pastinya Engkau menghantar jemaah manusia..mereka saling membantu ke arah kebenaran dan mencegah mungkar

~~~

Jika ALLAH tidak bagi akal, jadilah kita seperti haiwan2..tidak berfikir untuk merebut perhatian ALLAh dan RahmatNya..


Ingat Pengampunan Allah Taala i
tu Tersangatlah LUAS..


Tuesday, May 28, 2013

Tak apa asal kan..#3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Asi mendaftar ke MARA, Tenom.

Maghrib ,Pada hari pertama

Azan sudah berkumandang, namun insan-insan yang mahu memenuhi sof belum kelihatan..'Ah, mereka bersiap kot..'

Asi mencapai muqqadam, melihat tulisan agak melentok sikit, dia menukarnya dengan iqra'..

Tak pandai sangat, tapi kemahuan untuk membacanya sangat tinggi..

Kelihatan bilal sedang berjalan ke arahnya..

'Assamalualaikum, saudara orang baru sini kah?'

'Wa'alaikumussalam..ya, macam tu la..'

Bilal menghulur tangan dan duduk di sebelah Asi,,

'Rasyid'

'Asri, orang panggil Asi'..

sejak itu mereka jadi kawan baik. Rasyid banyak menolong Asi melihat kehidupan dari kaca mata seorang hamba yang sebenar. Asi semakin asyik dengan dunia barunya.

Pelajaran di MARA berjalan lancar dan walau ada masalah dia akan mengadu kepada ALLAH, menyebabkan orang lain termasuk Rasyid merasa Asi ini seorang yang cool...

***

Ramadhan kau tiba..

'Kawan, kalau saya meninggal tiba-tiba, apa yang kau sebagai sahabat akan buat ar?'

Suatu petang semasa menunggu masuk waktu berbuka, dua rakan baik itu bersembang santai..

'Aku? Pertama sekali, aku akan telefon num mak bapak kau...kedua, aku akan ...Asi..kau ni suka mengarutlah..!' Rasyid memutuskan perbicaraan, dia mahu memerli sahabatnya, tapi dia cepat-cepat sedar, hal kematian bukan untuk dibuat senda gurauan.

'Hahaha..tak sangka kau ni skema juga kan?...tapi apa pun, meh saya permudahkan urusan kau..dalam telefon saya ni, saya tulis nombor ayah sebagai My Beloved Bapa', Mak pula, 'My Beloved MAMA'..semoga dipermudahkan ya..hehe'

satu lepukan hinggap pada badan Asi..sebetulnya belikat Asi, tak kuat mana, lepukan kasih sayang sahabat..

'Kau ni Asi, baru beberapa bulan kita kenal, dah cakap pasal mati segala..Apapun, saya sebagai kawan dan sahabat, berdoa pada ALLAH, biar panjang umur si Asi n..AMEEN~

Asi tergelak-gelak..saat itu juga azan berkumandang..

Mereka mengangkat tangan penuh syukur kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari itu dengan jayanya..Puasa Ramadhan kali ini yang paling ditunggu Asi. Apa tidaknya, sebelum ni , berpuasa, alhamdulillah tidak ponteng, cuma, penghayatan boleh dikatakan zero!

Tiap malam ada terawih, berbeza dengan di kampung dulu, pergi terawih tapi...usah di kenanglah yang sudah berlalu..Asi memujuk diri. 'Aku ini selagi boleh bernafas, nak buat baik saja..huhu'..Asi tidak mahu jatuh dalam golongan orang yang banyak menyesal di akhirat nanti..

Selepas Terawih, ada tadarus..Asi akan duduk dan mendengar, menunggu Rasyid tamat bertadarus dengan jemaah lain. Baru Rasyid akan mengajar Asi pula membaca iqra'...Rasyid tak pernah merungut. Bagi dia Asal Asi nak, dia boleh ajarkan..Free of Charge.

Antara Hikmah Ramadhan tahun ini, Asi banyak mendapat nasihat secara langgsung dan tidak langsung..Berkat menjaga solat malam...Apa saja yang dibuatnya , seolah dipantau oleh ALLAh. Tiap kali merasa terbuat dosa, pasti ada insiden yang menegurnya. Dirasakan teguran itu dari yang Esa..walau hakikatnya semua yang berlaku dengan izin NYa..

Asi semakin dalam penghayatan pada ALLAH..

Wlau pernah bkan sekali datang bisikan padanya, 'Allah terima kah amalan aku, sedangkan banyak jak dosa aku ni..'..di lain masa' Allah terima tak aku nanti, sedangkan aku kadang-kadang tak ikhlas dalam solat ni..'..Namun bila ke majlis ceramah, saat itu juga ALLAH mentakdirkan penceramah itu mengulang nasihatnya..

' Allah Maha Pengampun, jangan sangka kalau kita taubat padaNya, dia akan memilih orang untuk diampunkan ...selama mana kita tidak menyembah sesuatu selain Dia, ALLAH akan ampunkan dosa kita sebesar bukit Uhud sekalipun!'

'Ikhlas ini Allah saja yang menilainya, kita makhluk lemah, jangan pandai-pandai berlagak nak nilai kita ikhlas atau tak...Tapi sebagai hamba, perhatikan niat, dan bertindaklah sebaik mungkin berpandukan niat tadi..ALLAH akan bagi apa yang kita niatkan, jangan lupa, Allah menilai usaha bukan pada hasilnya..'

Saat itu juga Asi akan menitik air mata. Dia akan tunduk sepanjang ceramah, banyak perkataan Tuan Penceramah menusuk kalbunya yang sememangnya gersang dengan cahaya pedoman...

Bersambung~


Dont Just Wish, But Work For It..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum w.b.t there!!

Wow, Sehari dua ni banyak perkara yang berlaku kan? Dalam hidupku dalam hidupmu...Ada yang baik, meng'hepi' kan ..ada yang meng'haru'kan, ada yang menyedihkan......T.T

Sebetulnya, semua itu warna warni kehidupan..Allahu Rabb..

Kekuatan tidak lain hanya dari ALLAH, Tanpa ALLAH bantu siapalah kita...

Kesimpulan dari semua ini,,,Allah Hadir dalam setiap saat hidup kita, kadang2 kita yang tidak menyedarinya dan..kurang mencariNya..

Apa kata..mulai sekarang, jika kita sebelum ni malas nak mencari ALLAH, kita tukar kepada akan sentiasa mencariNya..dalam sekecil urusan sekalipun..

seperti urusan memilih makanan sebentar lagi..Minta ALLAH berkati setiap suapan..

~~

Back to Yesterday...

Got news from ex-schoolmates about our friend, Siti Salbiah Abdurrasik..She Passed Away that day..

Al-Fatihah..

In my memories..We was roommate, at form 1 , ,

She is a kind person, , lets pray for her..

~~

These two week is my examination week...

The knowledge are by ALLAH Will..Trying harder to do the best!


Btw, There are some things that must to be concern..that is my life planning after this..

I will start my off campus live..so, searching for home, for transport, .. If having Mr.husband, better..haha~ But,,as father said before..'you a..klu mau kawen a..baik berenti wo..'

Slightly, not with that words..i just modified it..ha..ha..

After study? Itu cerita after study la kan~~..

We don know the future, but remember to not Just WISH for It, But Work For It! So, Allah will never ignore you pray and effort as long as you will loyal with Him and increase your iman after given the wish..

The for formula is simple..

Allah GIVE U, U Give attention to ALLAH More..

Life is Always going on like that..You Will in Peace and calm..believe me..and Trust and Faith in ALLAH...

~~

My bad English..there is an advice..if You wanted to learn English..Just ask the Googke Translate!

>.<..

Before ending the writing this is for you,,


Saturday, May 25, 2013

Reflection..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kata Naqibah saya, Ilmu itu lebih menggembirakan bila dikongsi sesama adik beradik Usrah..

Kata Adeq saya, bila mana Usrah berjalan, semuanya happening!

Kata Alang saya...masing2 ada sense belonging pada usrah..terbaik

Kata andak saya, ni la memory terindah sebelum meninggalkan UIAM..'

Kata Aniq saya, Usrah ini membina mental yang hebat..(fikrah)

Kata Angah saya..asal dengan adik beradik, everything will turn opposite, especially problems..Asal ada adik beradik..=)

Acik pula..pun setuju..usrah membina jati diri..

Along saya pula kata...Along akan pastikan kalian jadi someone..in future..

Sob3..=']..indahnya..ada sahabat mengingatkan ketika terleka, ajak solat bila masuk waktu..=)..
Best, everything Is Best!..

By Now, set Mind..Correction On Niat, and Incerase in SABr..@ Patient...

My life still have to go on..

P/s: hidup dalam usrah, adalah anugerah paling manis buat hamba2 ALLAH yang mahu bekerja pada jalan nya, mengajak kepada makruf, menegah yang mungkar..melakukannya sendirian amat memeritkan dan menyeksa diri..walaupun tidak mustahil..=)..

cuma terfikir dengan kata-kata hikmah, 'musuh yang bermaksiat menyusun stratgy bisa mengalahkan tentera muslimin yang xmelakuna maksiat tpi xberstratgi..'

so, nak mcmmn?..=)Kita2 juga kan yang kena fikir?...=)

Tuesday, May 14, 2013

Buat Adik-adik Lepasan SPM tersayang^^ ~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum w.b.t.....^^

Wah, alhamdulillah, keptusan SPM sudah diterima..apa yang perlu sekarang ialah , nak pilih ke mana?

Ada beberapa nasihat yang mahu dititipkan buat adik2 supaya lebih baik hasil kehidupan kita pada masa akan datang...ini adalah perkara yang akak kesali selepas bergelar mahasiswa..

Nasihat 1:

Apapun yang adik pilih, pastikan diri adik ada back up plan bagai mana untuk dapatkan pengisian jiwa [kerohanian]. Kenapa ini penting? sebab selepas ini, kehidupan adik-adik adalah menuju alam dewasa, akan menempuhi cobaan yang amat menggetar jiwa. Dan bekalan [pengisian rohani yang berterusan] perjalanan ini lah yang akan meneguhkan diri kita..

Akidah - bab akidah jangan ambil ringan. Jika akar agama ini tercabut, kamu bukan lagi pokok2 yang berguna. Maka, suburkan ilmu dan kefahaman mengenainya

Ibadah - Yakni inilah tujuan penciptaan kita. Solat kita penuh kah sudah ia? Jangan lupa kira berapa solat yang sudah tertinggal sejak masuk akil baligh, sebab semua itu perlu diganti..

Akhlak - Percayalah adik-adik akak, apabila dua yang di atas ini selesai, kita akan mendapati akhlak kita bertambah baik dan indah...perkataan , perbuatan, dan apa saja yang kita buat, kita akan melakukan dengan mengambil pengiraan penilaian dari sudut pandangan ALLAH ..Allah redha atau tidak..

Semua ini sebenarnya ada dalam pengisian usrah-usrah yang giat tumbuh seperti cendawan selepas hujan..hatta para artis pun sudah ada usrah sendiri..mereka menggelarkan usrah sebagai satu titik perubahan dan anjakan paradigma..berapa ramai artis muslimah yang bertudung selepas menyertai usrah..

Nasihat 2 :

Pemilihan Kos dan Universiti/ Kolej

Kita hanya mampu merancang bah kan? Allah yang menentukan..Tapi, selepas ini, bila kita ada group (usrah) yang mengikat komitmen kita pada agama ALLAh, campaklah di mana pun, kita akan tumbuh subur sebagai muslim sejati, selagi mana kita terus meeruskan aktiviti berusrah td..

Nasihat 3:

Betulkan niat..Adik-adik, menyambung pelajaran bukan untuk kejar kesenangan duniawi..itu bukan keutamaan ilmu. Ilmu yang sepatutnya dicari ialah apabila kita mendapatkannya, ia membuatkan kita lebih kenal ALLAh dan lebih meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita..In shaa ALLAH soal dapat kerja atau tidak itu, bukanlah kos kita 100% yang menjaminnya..ia melihat sejauh mana kita melengkapi soft skill dalam diri kita..

Dan juga..aktifkan diri dalam persatuan, dan kemahiran pelbagaikan..=)

Sehingga ini, akak masih mengharap pada sesiapa pun yang baru menghabiskan SPM..ia bukan titik akhir ya..walaupun tidak dapat menyambung di mana-mana, terus tanam niat untuk menyambung pelajaran bila masa sesuai nanti..moga ALLAH permudahkan..^^

Dunia di luar sana terlalu banyak pancaroba..jadikan dirimu bersedia untuk menyumbang pada kemenangan ISLAM..jangan ragu2!



Wednesday, April 3, 2013

Tak apa, asalkan...#2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

....Apa inspirasi mau berubah?

Orang sekarang ni, No MOney, No Talk..Inspirasi ka ini? Kalau banyak duit pun, tapi alih-alih belanja sana-sini, shopping sana- sini..melancong sana-sini, kan habis jua..so, masa tu..bukan lagi inspirasi..sebab..kondominium akan menjadi bebanan sebab, duit sudah habis, kita pula mahu bayar sewa bulanan..

Sebelum bicara pasal duit, apa pekerjaan yang menghasilkan duit?

- Profesional? kena belajar tinggi......
- Teknikal? Pun kena kursus sekurang-kurangnya sijil..yurannya tu bukan free..itu yang pastinya..
- Bisnes? Modal la pula...
- Merompak? nanti kena tangkap masuk lokap...
- Jual dadah? lagi mandatory hukumannya, tiada peluang hidup.membahayakan kesihatan pula tu...
- menjual di pasar malam..modal...modal..

Jadi apa yang boleh bagi pulangan??

Sejak aku hidup sampai sekarang, duit poket bapa juga yang bagi..bikin malu juga ni..ntah macam mana mahu berdikari..belajar pun nda habis..main dota saja kerja...itu sajalah..

Bapa pernah suruh ikut pergi memungut kelapa sawit..tapi, sehari saja, aku insap..penat wei..boring..semua orang tua..

Baik main Dota.



***
Tiap malam aku termenung di *kaki lima..

Badan semakin cepat letih...terkadang tu..memang rasa mau pitam..Bila cek di klinik, doktor kata kurang darah sebab kurang tidur. suka main dota kan..doktor kata, tahap pertengahan..

Sejak itu aku malas ber'perang' ...orang suka dota gelar dirinya berperang ketika main dota.
Ingat lagi nasihat doktor , makan bayam banyak-banyak, daging, kekacang..tapi malas mau kasi susah mama..aku akan saja apa yang ada..

Ubat 'Iron Tablet 200mg' tu menyebabkan najis jadi hitam...dah ubat..telan saja la..

Aku simpan jak pasal ni, orang lain tak payah tahu..^^V..biar aku dan tuhan saja..erk..Tuhan?

Inilah penyebab @ asbab kedatangan makhluk bernama 'Hidayah' dalam hidup aku. ..Surau yang selalu memanggil orang kampung solat jemaah, selepas tika itu mudah pula aku terasa mau pegi.

Tiada siapa yang mahu mati sebelum bertaubat.

Satu hari buka Youtube, ternampak satu video..kata ustaz tu, kalau mahu jadi baik..kena buat banyak-banyak kebajikan..walaupun masa tu masih lagi buat perkara yang tak baik..agar kebaikan itu menutup ruang dan peluang untuk berbuat apa-apa yang tak baik...

***

Kebahagiaan semakin menampakkan diri...kehidupan semakin tenang dengan hidup begini..Setiap Subuh, sebelum azan lagi aku terbangun..aku tidak selera untuk sambung tidur. Terus pergi surau...Mau tau apa yang ada di sana? Ada tuk imam sedang solat..lepas tu, aku tanya dia solat apa..kata dia, 'solat sunat tahajud'..

Inilah rahsianya...selepas buat solat tahajud tu..rasa sangat tenang..tiap zuhur datang lagi surau...dapat jumpa semua orang kampung, bersalam-salaman..Wah, nikmat rupanya hidup dalam masyarakat. Sebelum ini jiwa aku rasa hidup sendiri lebh syok, tapi sebetulnya, hidup bermasyarakat lebih baik..mendengar cerita masalah dan kegembiraan mereka buat kita rasa siapalah diri kita..

Balik dari surau, rasa mahu buat something yang ada nilai kebajikan...tolong la mama cuci pinggan mangkuk, lelaki pun boleh maa cuci..bukan perempuan saja!

Ada adik perempuan, tapi mereka masih comel-comel lagi, mau suruh pun bikin kesian..kalau dorang mau angkat satu besen pun terkial-kial, inikan mau suruh cuci semuanya..Mahu jadi abang yang baik la kunun..

Azan Asar berkumandang.

Wah, its time to SOLAT!

Bergegas aku ambik kain pelikat, walau masa tu masih mamai-mamai lagi..lain bah rasa kalau sudah ketagih solat tapi mau kasi lambat-lambat..kan lagu si afiz hamidun..'do not delay..;;'

Habis solat asar, bapa-bapa sama tanak kuwagu bawa main takraw...boleh3..tada masalah..Tapi time keluar tu, macam biasa, ingat lagi kata imam kampung, seluar mesti paras bawah lutut..apa susah, ada 'seluar fit'..hehe

Aku tu nda bole la main sampai maghrib, mana lagi masa mau mandi kan? jadi aku set la jam tangan digital ni..kalau lupa bawa jam, aku suruh pengadil update jam tiap masa..Pukul 5.45 jak, stop..balik rumah..minum kopi radix dulu..Kakak aku orang kuat HPA maa..tiap bulan kena hantar sini..

Azan Maghrib lagi..

Siap azan, aku da sampai surau!..boleh pula berlumba dengan azan..iayalah wangi-wangi sudah ni mau solat..

***

Al-Quran itu macam cantik jak di rak surau..tapi mau belek, bukan pandai baca pun..haha..Setiap hari aku renung tu...kalau itu orang, mahunya dia jatuh cinta pada aku ini..tapi hakikatnya, aku yang jatuh cinta!

Yalaha bah..imam baca surah dalam sembahyang, nda pula saya faham, tapi..dengar saja la..kata imam ..dapat pahala juga..aku hafal alfatihah jak..itu pun macam nda sama sebutan dengan imam..^^

Time ramadhan paling bikin takut, nanti mau tadarus, kena suruh baca..aku nda pandai..maka, budak-budak macam adik aku lancar pula sebab dorg ada KAFA..mau minta ajar samap dorang pun malu bah..nantilah aku cakap sama imam.

"Imam, Asi mau jadi pandai quran. Boleh ka tu?'' satu hari aku luahkan perasaan ...nda tahan tengok al-quran tu..

Imam memang suka senyum...

"Boleh..boleh..nanti kita belajar tiap kali habis solat subuh.."

Itulah titip kejayaan yang paling bermakna dalam hidup aku..ada orang terima aku jadi murid mau belajar quran!

***

Insan-insan dalam rumah heran kenapa aku rajin p surau. dorang kasi biar jak. tapi terlepas juga kata-kata si bapa. Bilang dia, 'kalau rajin p surau tapi malas cari duit, masih makan duit orang tua apa macam?'...sakit juga telinga aku ni..tapi..yalah, dia bapa aku kan..

Sedih pula, baru belajar Juz 'Amma, aku mesti cari kerja...tapi imam suruh p MARA, belajar kemahiran di sana..bagus juga..Imam kata, boleh ambik duit zakat kalau tak mampu..baru pula aku tahu..bila bincang sama bapa..dorang senyum-senyum jak..tapi kasi benar la..Syukur la..apa kata Imam, Alhamdulillah?..haa..itu la tu..

Time mo kluar kampung, Imam datang rumah. Dia bagi Tafsir Al-Quran. ..aduss..tambah sayanglah aku sama si Imam ni..nasib baik dia tiada anak perempuan..haha..semua lelaki, ngam la tu..tapi masih kecik2 ..

Apa yang berlaku masa tu, si mama nangis, si bapa nangis..adik-adik saja yang ketawa-ketawa..la..bukan jauh pun..inilah ..sebab anak sulung kali kan?...

Bah..terima kasih semua ok...syok sudah hidup kalau begini..

***

Kamu Jangan Ponteng2 Solat taw,,!

bersambung.....


-------------------------------------------------------------------------
kalau tak faham bahasa yang sedang digunakan, boleh bertanya..=)..komen ya..



Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...