Tuesday, May 14, 2013

Buat Adik-adik Lepasan SPM tersayang^^ ~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum w.b.t.....^^

Wah, alhamdulillah, keptusan SPM sudah diterima..apa yang perlu sekarang ialah , nak pilih ke mana?

Ada beberapa nasihat yang mahu dititipkan buat adik2 supaya lebih baik hasil kehidupan kita pada masa akan datang...ini adalah perkara yang akak kesali selepas bergelar mahasiswa..

Nasihat 1:

Apapun yang adik pilih, pastikan diri adik ada back up plan bagai mana untuk dapatkan pengisian jiwa [kerohanian]. Kenapa ini penting? sebab selepas ini, kehidupan adik-adik adalah menuju alam dewasa, akan menempuhi cobaan yang amat menggetar jiwa. Dan bekalan [pengisian rohani yang berterusan] perjalanan ini lah yang akan meneguhkan diri kita..

Akidah - bab akidah jangan ambil ringan. Jika akar agama ini tercabut, kamu bukan lagi pokok2 yang berguna. Maka, suburkan ilmu dan kefahaman mengenainya

Ibadah - Yakni inilah tujuan penciptaan kita. Solat kita penuh kah sudah ia? Jangan lupa kira berapa solat yang sudah tertinggal sejak masuk akil baligh, sebab semua itu perlu diganti..

Akhlak - Percayalah adik-adik akak, apabila dua yang di atas ini selesai, kita akan mendapati akhlak kita bertambah baik dan indah...perkataan , perbuatan, dan apa saja yang kita buat, kita akan melakukan dengan mengambil pengiraan penilaian dari sudut pandangan ALLAH ..Allah redha atau tidak..

Semua ini sebenarnya ada dalam pengisian usrah-usrah yang giat tumbuh seperti cendawan selepas hujan..hatta para artis pun sudah ada usrah sendiri..mereka menggelarkan usrah sebagai satu titik perubahan dan anjakan paradigma..berapa ramai artis muslimah yang bertudung selepas menyertai usrah..

Nasihat 2 :

Pemilihan Kos dan Universiti/ Kolej

Kita hanya mampu merancang bah kan? Allah yang menentukan..Tapi, selepas ini, bila kita ada group (usrah) yang mengikat komitmen kita pada agama ALLAh, campaklah di mana pun, kita akan tumbuh subur sebagai muslim sejati, selagi mana kita terus meeruskan aktiviti berusrah td..

Nasihat 3:

Betulkan niat..Adik-adik, menyambung pelajaran bukan untuk kejar kesenangan duniawi..itu bukan keutamaan ilmu. Ilmu yang sepatutnya dicari ialah apabila kita mendapatkannya, ia membuatkan kita lebih kenal ALLAh dan lebih meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita..In shaa ALLAH soal dapat kerja atau tidak itu, bukanlah kos kita 100% yang menjaminnya..ia melihat sejauh mana kita melengkapi soft skill dalam diri kita..

Dan juga..aktifkan diri dalam persatuan, dan kemahiran pelbagaikan..=)

Sehingga ini, akak masih mengharap pada sesiapa pun yang baru menghabiskan SPM..ia bukan titik akhir ya..walaupun tidak dapat menyambung di mana-mana, terus tanam niat untuk menyambung pelajaran bila masa sesuai nanti..moga ALLAH permudahkan..^^

Dunia di luar sana terlalu banyak pancaroba..jadikan dirimu bersedia untuk menyumbang pada kemenangan ISLAM..jangan ragu2!



No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...