Tuesday, May 28, 2013

Tak apa asal kan..#3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Asi mendaftar ke MARA, Tenom.

Maghrib ,Pada hari pertama

Azan sudah berkumandang, namun insan-insan yang mahu memenuhi sof belum kelihatan..'Ah, mereka bersiap kot..'

Asi mencapai muqqadam, melihat tulisan agak melentok sikit, dia menukarnya dengan iqra'..

Tak pandai sangat, tapi kemahuan untuk membacanya sangat tinggi..

Kelihatan bilal sedang berjalan ke arahnya..

'Assamalualaikum, saudara orang baru sini kah?'

'Wa'alaikumussalam..ya, macam tu la..'

Bilal menghulur tangan dan duduk di sebelah Asi,,

'Rasyid'

'Asri, orang panggil Asi'..

sejak itu mereka jadi kawan baik. Rasyid banyak menolong Asi melihat kehidupan dari kaca mata seorang hamba yang sebenar. Asi semakin asyik dengan dunia barunya.

Pelajaran di MARA berjalan lancar dan walau ada masalah dia akan mengadu kepada ALLAH, menyebabkan orang lain termasuk Rasyid merasa Asi ini seorang yang cool...

***

Ramadhan kau tiba..

'Kawan, kalau saya meninggal tiba-tiba, apa yang kau sebagai sahabat akan buat ar?'

Suatu petang semasa menunggu masuk waktu berbuka, dua rakan baik itu bersembang santai..

'Aku? Pertama sekali, aku akan telefon num mak bapak kau...kedua, aku akan ...Asi..kau ni suka mengarutlah..!' Rasyid memutuskan perbicaraan, dia mahu memerli sahabatnya, tapi dia cepat-cepat sedar, hal kematian bukan untuk dibuat senda gurauan.

'Hahaha..tak sangka kau ni skema juga kan?...tapi apa pun, meh saya permudahkan urusan kau..dalam telefon saya ni, saya tulis nombor ayah sebagai My Beloved Bapa', Mak pula, 'My Beloved MAMA'..semoga dipermudahkan ya..hehe'

satu lepukan hinggap pada badan Asi..sebetulnya belikat Asi, tak kuat mana, lepukan kasih sayang sahabat..

'Kau ni Asi, baru beberapa bulan kita kenal, dah cakap pasal mati segala..Apapun, saya sebagai kawan dan sahabat, berdoa pada ALLAH, biar panjang umur si Asi n..AMEEN~

Asi tergelak-gelak..saat itu juga azan berkumandang..

Mereka mengangkat tangan penuh syukur kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari itu dengan jayanya..Puasa Ramadhan kali ini yang paling ditunggu Asi. Apa tidaknya, sebelum ni , berpuasa, alhamdulillah tidak ponteng, cuma, penghayatan boleh dikatakan zero!

Tiap malam ada terawih, berbeza dengan di kampung dulu, pergi terawih tapi...usah di kenanglah yang sudah berlalu..Asi memujuk diri. 'Aku ini selagi boleh bernafas, nak buat baik saja..huhu'..Asi tidak mahu jatuh dalam golongan orang yang banyak menyesal di akhirat nanti..

Selepas Terawih, ada tadarus..Asi akan duduk dan mendengar, menunggu Rasyid tamat bertadarus dengan jemaah lain. Baru Rasyid akan mengajar Asi pula membaca iqra'...Rasyid tak pernah merungut. Bagi dia Asal Asi nak, dia boleh ajarkan..Free of Charge.

Antara Hikmah Ramadhan tahun ini, Asi banyak mendapat nasihat secara langgsung dan tidak langsung..Berkat menjaga solat malam...Apa saja yang dibuatnya , seolah dipantau oleh ALLAh. Tiap kali merasa terbuat dosa, pasti ada insiden yang menegurnya. Dirasakan teguran itu dari yang Esa..walau hakikatnya semua yang berlaku dengan izin NYa..

Asi semakin dalam penghayatan pada ALLAH..

Wlau pernah bkan sekali datang bisikan padanya, 'Allah terima kah amalan aku, sedangkan banyak jak dosa aku ni..'..di lain masa' Allah terima tak aku nanti, sedangkan aku kadang-kadang tak ikhlas dalam solat ni..'..Namun bila ke majlis ceramah, saat itu juga ALLAH mentakdirkan penceramah itu mengulang nasihatnya..

' Allah Maha Pengampun, jangan sangka kalau kita taubat padaNya, dia akan memilih orang untuk diampunkan ...selama mana kita tidak menyembah sesuatu selain Dia, ALLAH akan ampunkan dosa kita sebesar bukit Uhud sekalipun!'

'Ikhlas ini Allah saja yang menilainya, kita makhluk lemah, jangan pandai-pandai berlagak nak nilai kita ikhlas atau tak...Tapi sebagai hamba, perhatikan niat, dan bertindaklah sebaik mungkin berpandukan niat tadi..ALLAH akan bagi apa yang kita niatkan, jangan lupa, Allah menilai usaha bukan pada hasilnya..'

Saat itu juga Asi akan menitik air mata. Dia akan tunduk sepanjang ceramah, banyak perkataan Tuan Penceramah menusuk kalbunya yang sememangnya gersang dengan cahaya pedoman...

Bersambung~


No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...