Wednesday, October 20, 2010

Cabaran Pemuda Masa kini.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Buku ini bertajuk, Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini.Karya, Ust. Abdullah Nasih Ulwan.


Muqaddimah Penulis

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan semua para sahabat baginda. Begitu juga ke
atas para duat di jalan Allah sehingga hari kiamat.

Ketika saya pergi ke London pada tahun 1403H untuk menjalani rawatan terhadap
penyakit yang saya hidapi, saya sempat menziarahi perkhemahan musim panas
bersama-sama dengan Pengetua ‘Dar Ar Ri’ayah Al Islamiah’, Doktor Mahmud Al
Khoni (semoga Allah memeliharanya) yang telah memberikan perhatiannya kepada
saya bermula dari ketibaan saya di sana sehingga saat kepulangan... Semoga Allah
memberikan balasan terhadap jasa-jasanya kepada saya dan kepada muslimin dengan
sebaik-baik balasan dan memeliharanya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam serta
mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat.


Sebaik sahaja kami tiba di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh beliau, kami telah
disambut oleh rakan-rakan seperjuangan -semoga Allah memberkati mereka- dengan
suasana yang meriah dan penuh penghormatan. Setelah kami berehat sebentar di tempat
khas yang disediakan untuk tetamu, saya telah diminta oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap perkhemahan tersebut untuk menyampaikan ceramah
kepada para pemuda yang bilangannya melebihi tiga ratus orang, yang datang dari
segenap pelusuk. Tetapi Al Akh Doktor Al Khoni telah meminta keuzuran bagi pihak
saya memandangkan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan dan pada
keesokan harinya saya akan dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Pada mulanya Al
Akh yang bertanggungjawab terhadap perkhemahan telah berpuashati, tetapi apabila
para pemuda mengetahui tentang kehadiran saya, mereka telah merayu supaya saya
membuat penyampaian untuk mereka walaupun seketika untuk membolehkan mereka
berkenalan dengan diri saya yang lemah ini dengan lebih dekat lagi. Juga untuk
mendengar daripada saya perkara-perkara yang memberi manfaat kepada agama dan
dunia mereka.


Berdasarkan permintaan tersebut, saya dan Al Akh Doktor Al Khoni memberi
persetujuan. Beliau berharap supaya saya tidak emosional dan tidak memaksa diri
ketika menyampaikan ceramah memandangkan keadaan diri dan kesihatan saya ketika
itu. Saya berjanji untuk cuba menepati nasihatnya.


* * *


Setengah jam sebelum ceramah dimulakan, saya bertanya kepada orang yang
bertangungjawab terhadap ceramah di perkhemahan tersebut tentang tajuk yang
munasabah dengan tema perkhemahan dan permasalahan pemuda. Beliau menjelaskan
bahawa tema perkhemahan ialah ‘Dakwah Islamiah dan Cabaran Masa Kini’. Oleh itu,
yang paling sesuai ialah -sebagaimana yang dikatakan oleh beliau- tajuk yang
bertepatan dengan konsep dan tujuan tema perkhemahan. Beliau meminta saya
memikirkan seketika untuk menentukan tajuk yang diiklankan ketika bermulanya
ceramah. saya terus mengambil sehelai kertas untuk mencatat tajuk dan isi-isi penting
yang berhubung kait dengan tajuk ceramah. Setelah berfikir sebentar, Allah
mengilhamkan kepada saya tajuk ceramah ialah: `Pemuda-pemudi muslim dalam
menghadapi cabaran'. Saya bersyukur kepada Allah kerana tajuk ini adalah bertepatan
dengan tema perkhemahan dan sesuai dengan keperluan para pemuda... dan saya terus
mencatat topik itu pada kertas beserta isi-isinya sekali... semuanya ini dapat saya
siapkan lebih kurang lima minit sebelum bermulanya ceramah.
* * *
Sebenarnya, sebelum memulakan ceramah, saya rasa gementar kerana bimbang tidak
dapat menepati kehendak tajuk ceramah disebabkan kesihatan dan jemputan tersebut
adalah secara bidan terjun. Tetapi Allah telah memberikan taufik dan pertolonganNya...
Bahkan buah fikiran dan idea-idea telah datang mencurah-curah di mana saya tidak
pernah menyangkanya sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya berada dalam
keadaan sihat dan segar. Bahkan saya merasakan seolah-olah saya adalah seorang
panglima perang yang sedang menggoncang hati dan perasaan tentera dengan tutur
katanya.


Ceramah tersebut memakan masa lebih dari satu jam. Di dalam ceramah itu saya telah
membincangkan cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam
di dalam masyarakat Islam di zaman kelemahan dan kesesatan ini. Ia mengandungi lima
isi-isi utama yang telah saya sentuh dan saya kupaskan secara panjang lebar
berdasarkan keluangan waktu yang ada. Isi-isi tersebut ialah seperti berikut;
1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Saya bukan sahaja membentangkan cabaran-cabaran, dalil-dalil yang membuktikannya
dan kejinya perancangan-perancangan yang berkaitan dengannya, tetapi saya juga telah
mencadangkan penyelesaian yang positif ketika berhadapan dengannya. Dengan berkat
dan kelebihan dari Allah Taala, ceramah ini telah menepati tema perkhemahan dan
sesuai dengan keperluan para pemuda.
Selepas selesai menjawab persoalan yang di kemukakan oleh hadirin... saya meminta
kepada semua pemuda-pemuda yang hadir agar mendoakan agar saya disembuhkan
oleh Allah... sambil menyatakan kepada mereka bahawa saya akan dimasukkan ke
hospital pada keesokan harinya untuk menjalani pembedahan. Mereka semua telah
mendoakan untuk sayadengan doa yang khusyuk dan permintaan yang ikhlas kepada
Allah. Dengan itu Allah telah memperkenankan doa dan permintaan mereka. Al
HamdulilLah, saya telah keluar daripada hospital dan Allah telah menganugerahkan
kesihatan kepada saya setelah menanggung sakit dalam tempoh yang lama. Kepada
Allahlah segala kesyukuran dari awal hingga akhirnya.
* * *
Selesai sahaja ceramah, sebahagian dari pemuda mengerumuniku. Mereka meminta
supaya ceramah tadi dibukukan, dicetak, dan diedarkan kepada pemuda-pemuda
muslim di setiap tempat agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka semua dan bagi
mereka yang berkepentingan dapat mengambil faedah daripada tajuk-tajuk yang
dibincangkan... Saya berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan yang tinggi
dan perhatian yang serius serta berjanji akan melaksanakan cadangan mereka secepat
mungkin.
Sebaik sahaja saya kembali ke tempat kerja iaitu rumah saya di Jeddah, dengan
pertolongan Allah saya terus berusaha membukukan segala buah fikiran, permasalahan
dan jalan penyelesaian yang telah saya sampaikan di dalam ceramah... Tetapi ketika
menulis, saya telah mendapat buah fikiran, idea-idea, dalil-dalil dan jalan-jalan
penyelesaian yang baru. Bahkan buah fikiran tentangnya datang mencurah-curah
kepadaku. Saya menyangka tajuk ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini’ ini paling banyak tidak akan melebihi seratus mukasurat.. Tetapi fasal cabaran
kerajaan sekular di negara Islam sahaja telah mengambil ruang yang banyak sehingga
memenuhi hampir setengah daripada buku ini.
* * *
Kemungkinan ada yang bertanya; "Mengapa pengarang terlalu membincangkan
mengenai cabaran kerajaan sekular dan jalan penyelesaiannya dengan panjang lebar.?"
Jawapannya ialah, kerana cabaran kerajaan sekular yang berfahaman tidak beragama
adalah berkait rapat dengan kesedaran dan kebangkitan Islam yang telah menular ke
seluruh masyarakat Islam di Barat dan juga Timur.
Oleh itu semestinya kita meninjau
perkembangan sekular; Apakah matlamat para sekularis yang melaung-melaungkan
syiar mereka? Bagaimanakah ia memasuki negara-negara Islam? Apakah wasilahwasilah
terpenting mereka untuk mensekularkan umat Islam? Mengapa para
pemerintah Islam amat memberi perhatian dan membelainya? Dan apakah sikap positif
yang perlu di ambil oleh pemuda ketika berhadapan dengannya?.


Saya berpendapat semuanya itu perlu disebut dan dibincangkan dengan panjang lebar,
sehingga para pemuda kita dapat mengetahui bahaya sekularisma, mengetahui
perubahan-perubahan yang mereka kehendaki yang meliputi sudut-sudut akidah,
akhlak, sosial dan politik di dalam negara Islam. Semuga mereka melaksanakan peranan
mereka menentang, melemahkan kekuatan, menhapuskan bahaya dan ancaman
sekularisma ini. Moga-moga mereka berazam dan melakukan semua ini bersungguhsungguh
dengan izin Allah.


* * *

Tetapi bagaimanakah mereka hendak menentang dan melemahkan kekuatan
sekularisma ini?


Adakah mereka menentangnya dengan membabi buta tanpa persediaan?
Adakah mereka mampu melakukannya dengan hanya beberapa kerat pemuda yang
berani berjihad dan berkorban apa saja?


Semua persoalan ini telah kami jawab. Di samping itu kami telah menjelaskan jalan-jalan
penyelesaian yang positif di dalam usaha menentang kerajaan sekular dalam bentuk
yang sesuai dengan realiti dan logik yang ada serta menepati sunnah dan sebab-sebab
kemenangan menurut pandangan Islam.


Tidak ragu lagi apabila para pemuda Islam yang telah memainkan peranan di tengahtengah
medan kesedaran Islam dan bilangan mereka telah berlipat ganda di negaranegara
Islam di setiap tempat mengetahui manhaj amal yang perlu diikuti, mengetahui
marhalah yang tersusun rapi yang mana berdasarkan marhalah-marhalah ini mereka
bekerja dan maju ke hadapan setapak demi setapak... maka sesungguhnya dengan izin
Allah kemenangan akan menyebelahi mereka dan mereka akan berjaya menegakkan
hukum Allah di atas muka bumi ini.


Ketika para pemuda muslim membaca mengenai jalan-jalan penyelesaian positif ketika
berhadapan dengan kerajaan sekular, mereka akan mendapati padanya terdapat manhaj
amal yang jelas dan langkah-langkah yang detail dan tersusun yang mana tidak ada
sebab untuk berlaku kekaburan dan keraguan.


Untuk menjelaskan semua ini, maka fasal cabaran kerajaan sekular telah mengambil
ruang yang lebih dari fasal-fasal yang lain di dalam buku ini. Ini adalah kerana
kepentingannya dan ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan realiti muslimin dan
kesedaran Islam yang telah tersebar luas ke seluruh alam.
* * *


Kepada Allah saya memohon agar menjadikan amal ini ikhlas keranaNya dan semoga
para pemuda muslim akan menjumpai keperluan mereka yang berharga di dalam buku
ini... untuk menghadapi semua cabaran-cabaran semasa. Allah akan sentiasa bersama
mereka selagi mana mereka bekerja kerana Allah dan di jalan Allah... selagi mana
mereka tidak mengabaikan sunnah-sunnah kemenangan yang telah digariskan oleh
Islam... selagi mana mereka berjalan di atas jalan pembinaan dan perubahan dengan
hikmah, berfikir, sentiasa membuat persediaan dan bersesuaian dengan realiti. Allah
tidak akan mensia-siakan amalan baik yang mereka lakukan.


Akhirnya, segala pujian itu hanyalah bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.


Pengarang
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.

ULASAN PENULIS: Sesungguhnya ketika membaca mukadimah ini..keinginan diri untuk membaca bukunya sangat berkobar-kobar. Kalian bagaimana??Maka dapatkanlah bukunya..sesiapa yang mahu boleh berikan emel . nanti saya akan kirimkan dalam bentuk PDF. Nilai ilmunya perlu disebarkan..

Sunday, October 17, 2010

Meneroka Alam Baru...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sesungguhnya, setiap jiwa pasti akan melalui proses kematangan..

Maka, insan yang bergelar MAHASISWA juga seharusnya menerima keadaan itu dengan tenang. Jiwa Muda akan mengajak untuk melakukan pelbagai tindakan yang akan menyebabkan dimensi pemikiran berkembang. Usah dirisaukan dengan penentangan jika yang dilakukan itu bukan sesuatu yang menyalahi Sunnatullah..

Agar proses pembaikan masyarakat dilakukan, maka dirinya perlu menerima segala kritikan dan cemuhan. Bukan mudah untuk menjadi insan seperti ini. Namun, selagi ini tidak berlaku, sampai bila-bila masyarakat tidak berubah. Sampai bila-bila masyarakat berasa puas dengan kemunduran. Sampai bila-bila tanpa sedikitpun rasa kesal. Aduhai, malangnya berada dalam masyarakat seperti ini.

Pemikiran yang dikembangkan masih terbatas dalam ruang lingkup yang kuno. Tiada inisiatif untuk mencari perkara baru. Perkembangan dunia tiada tahu. Hanya menunggu disuap dan disuap. Maka jadilah si lembu yang dicucuk hidung.

Sumber yang disaji bukan telus, itupun tiada bantahan. Terima bulat-bulat tanpa persoalkan mana yang empat segi. Duit menjadi tuhan , demikian telah syiriknya jika ditafsirkan. Namun, bukan semua begitu. Masih ada jiwa yang sedar. Bilangannya akan bertambah. Masa depan masih boleh dicatur. Kita tengok dan lihat. Usaha itu sudah bermula. Sediakan dirimu untuk menerima perubahan. Jangan sampai terkejut budaya, seperti mana melihat hendonisme. Yang ini ambik dan praktik.

Sekali lagi mahasiswa, ini cabaran buat dirimu. Bukan orang lain yang dituju pesanan ini. Hanya untuk mu.

Masih buat dirimu, Yang mahu ambil tahu.

Friday, October 15, 2010

Apa lagi yang Sabah perlukan??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum..

Berbicara tentang Sabah, bukan satu perkara yang ringan di pandangan mata. Sabah negeri yang kini mengalami satu transformasi yang begitu rancak. Bukan saja satu sudut politiknya , malah dari sudut keadaan sosial dan lebih-lebih lagi mengenai pemikiran rakyatnya yang kini sudah membuka mata..

Apa yang diimpikan oleh penduduk sabah ialah satu perubahan yang tidak mendasarkan kemajuan sebagai pengukur semata-mata, malah, mereka mahukan pembangunan modal insan dimajukan bersama seiring dengan kemajuan yang diwar-warkan.

Bagi insan yang beragama ISLAM seperti saya, saya mengimpikan Sabah memiliki sebuah pusat Pengajian Ilmu ISLAM untuk melahirkan para 'Ulamak yang menghadam ISLAM dengan tepat dan menyebar luaskan ajaran ISLAM dan paling penting dapat menjalankan ISLAH kepada masyarakat ISLAM yang hanya pada nama sebahagian besarnya. Bukankah dengan ajaran ISLAM kita mampu membangunkan MODAL INSAN dengan lebih berkesan?

Tidak salah kita memajukan ilmu-ilmu fardhu Kifayah seperti yang melibatkan urusan permodenan, teknologi, sains dan juga apa-apa cabang ilmu yang dimiliki oleh barat. Namun, seperti yang dibuat oleh UIAM, sistem pembelajaran di sini telah ditapis propaganda kebaratannya dan diislamisasikan dengan menggabungkan nilai-nilai ISLAMIK kedalamnya. Maka, graduan yang dilahirkan mempunyai kesedaran tentang usaha orientalis yang cuba menyerang umat ISLAM dengan perang Saraf melalui ILMU.

Pakar-pakar Akademik Muslim dan para bakal pakar akademik (selain pengajian islam)seharusnya cuba untuk menjadikan pengajian mereka selari dengan kehendak ISLAM, sungguhpun mereka bukan Mahasiswa UIAM pada asalnya. Di sini, teringat pada satu sessi kelas talaqqi yang saya hadiri, Ust. Muhadir sebagai murabbinya mengatakan bahawa, antara ilmu agama dan ilmu duniawi..Ilamu agama lebih utama, namun...Keperluan untuk menyaingi musuh begitu menuntut kita untuk turut menguasai ILMU-ILMU selain ILAMU agama. Maka, bagi mereka yang mengambil kos selain pengajian ISLAM mereka seharusnya turut bersaing dengan pelajar pengajian Islam melazimkan diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama seperti talaqqi paling tidak pun ke kuliah-kuliah maghrib yang terdapat didalam kampus masing-masing.

Apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang kurang bernasib baik@tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT?

Golongan ini perlu berusaha untuk mengikuti pengajian agama dan kuliah-kuliah yang diadakan di surau-surau ataupun di masjid-masjid berhampiran. Andai kata tiada tenaga pengajar, maka bolehlah meminta pada pimpinan mukim ataupun kampung supaya menjemput mana-mana ustaz atau ustazah yang mempunyai ILMu agama dan seterusnya boleh menyampaikan ILMU-ILMU tersebut tanpa mengenakan bayaran yang melampau..Kadang-kadang ada saja yang mengambil kesempatan. Semoga kita semua terlepas daripada golongan ini. Sekiranya ada ustaz-ustazah yang tidak mengenakan bayaran...dan mereka datang atas kesedaran terhadap hak masyarakat sekeliling yang memerlukan ILMU agama yang mereka miliki, maka itu lebih baik.

Cadangan seterusnya, bolehlah berusaha dengan membeli bahan-bahan bacaan yang berkaitan sebagai permulaan dan kemudian bertanya dengan insan yang ahli dengan permasalahan tersebut jika kita takut tersalah faham isi kandungan buku itu.

Khususnya di keningau, Pusat Latihan Dakwah sudah lama menapak di sana, namun, penglibatan pelajar-pelajarnya dengan masyarakat masih belum kelihatan. Atau mungkin masih perlu ditampung dari aspek tenaga pengajar yang berpengalaman. Sama-sama kita mengambil tahu. Sepatutnya, pusat pengajian ini sudah boleh dijadikan sebagai tapak permulaan bagi merealisasikan kewujudan PUSAT ILMU ISLAM yang saya sebutkan di awal perbincangan. Dan harapnya pelajar keluaran PLDK buakn mereka yang mengabdikan diri pada keluarga semata-mata apabila habis pengajian kelak seperti kebanyakan yang berlaku sekarang. Mungkin ada yang berkhidmat di JHAEINS namun, berapa sangatlah yang turun ke dalam masyarakat?

Di Sook sendiri pun, baru 4 orang pegawai tetap yang saya tahu wujud di pejabat daerah sana.
Maka, lihatlah kekosongan-kekosongan yang perlu diisi oleh INSAN-INSAN yang mengaku intelek ini. Belum lagi saya libatkan kekosongan yang patut diisi dalam sektor ekonomi dan pendidikan. Berapa ramai orang ISLAM di sana?

Kesimpulannya, entri ini adalah untuk meluahkan pandangan terhadap keadaan negeri yang tercinta. Semoga entri ini dapat mencetus satu azam yang menggunung dan kesedaran terhadap kekuatan ISLAM yang sangat-sangat perlukan tenaga dari semua aspek kehidupan, bukan hanya aspek pengislahan malah juga aspek kehidupan yang lainnya.

15/10/2010

Thursday, October 14, 2010

Icon Gay di Malaysia

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
 Diambil dari blog sahabat..

Icon Gay di Malaysia



13 Oct, 2010 Author: Syahir
Filed Under: ceritaku










Adam Lambert satu nama baru yang saya kenal baru-baru ni. Takde kerjalah nak kenal dia sebelum ni. Tak faedahnya, Tapi atas jasa golongan tertentu yang telah menjemput Si Adam ni ke Malaysia akhirnya saya terpaksa mengenali manusia ini...










Isu berkenaan Adam Lambert akan mengadakan persembahan pada 14 oktober ini hangat diperkataan. Cuma ada juga sebahagian golongan yang tidak mengambil kisah hal ini pun..










Personal, apabila diajukan soalan kepada saya adakah saya meminati Adam Lambert? jawapan yang jujurnya 'tidak'... kadang-kadang terfikir pulak, ikut celah mana pulak ada peminat Adam Lambert di Malaysia ini.. Ataupun penganjur konsert ini yang terlalu meminati si penyanyi yang dikatakan icon GAY ini?? entoh le....










Yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan menilai sajian bentuk apakah yang diberikan pentadbiran negara yang sudah 50 tahun memerintah negara kita ini. Kalaulah ini bentuk pendidikan yang di sajikan kepada golongan muda khususnya, Malaysia mesti akur bahawa Islam tidak dapat lagi bertebaran luas di Tanah Melayu tercinta kelak... Mungkin tahun-tahun akan kedatang sejarah Malaysia bertambah dengan satu lagi topik iaitu Zaman Jahiliyah Melayu.. na'uzubillah...










Dalam keadaan ramai umat Islam yang cintakan agama berteriak kemarahan, alhamdulillah tampil golongan anak muda untuk menzahir rase tidak puas hati mereka. tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam (GAMIS) yang berani bersuara menyatakan kebenaran. Tidak perlu hendak bertopeng dengan 'Islam' andai takut untuk menegakkan Islam.Takut dengan dengan 'xifu' Amerika untuk menyatakan kebenaran Islam...










Mahasiswa mahu Puspal batal konsert Lambert :Harakahdaily


Mahasiswa bantah Adam Lambert : Mahasiswakini










Perjuangan Munafiq










Saya masih ingat lagi kata-kata ini, "Kalau demonstrasi pada hari ini tidak mengubah pendirian Israel, maka kita akan pergi ke sana!" Nah amek... suara melayu lantang menyatakan kemarahan mereka sewaktu tentera Israel menyerang konvoi Marvi Marvara ke Gaza. Demonstrasi UMNO yang seperti takde nilai ketika itu... Hampeh.... Entah apa sebenarnya mereka perjuangankan... takkan sebab ade rakan mereka atas kapal itu mereka bersuara lantang menyatakan kemarahan mereka..


143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (An-nisa')


Apakah pendirian kerajaan sebenarnya??? Islam atau Kafir???? Jika benar Islam tolonglah buktikan... kalau kafir tunggulah saat UMNO dilingkupkan...






Allah menjadikan Syaitan daripada kalangan manusia dan juga Jin... Membawa hiburan untuk melalaikan apatah lagi dengan menampilkan icon penyanyi yang tiada nilai moral adalah salah satu agenda syaitan daripada kalangan manusia untuk menyesatkan Umat Islam. Tidak mustahli juga syaitan manusia itu ada dikalangan umat Islam... ayooo.... berkawan pulak dengan syaitan untuk menyesatkan rakyat Malaysia.... inilah kerajaan Malaysia.. Sibuk menyatakan PAS bersahabat dengan 'Syaitan' padahal mereka terang benderang menyokong perbuatan syaitan... firman Allah:






"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)






PENGUMUMAM










Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan satu demonstrasi aman ‘Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert’ yang akan diadakan dihadapan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 oktober (hari ini) jam 7.30 malam selepas solat maghrib... Semua dijemput hadir. Anda boleh muat turun risalah di sini


Pemilik Blog mengambil post ni dalam blog sahabatnya...
The matter is...If we Just look and Agree saja Maksiat yang terang lagi jelas nak terjadi selepas Redha dengan konsert ni, Di manakah sesitiviti kita umat ISLAM???

ISLAM mengajar kita untuk MENCEGAH sesuatu dari dilakukan jika ia memang berpotensi untuk menuju ke arah MAKSIAT..berdasarkan konsep , menjauhi syubhah. Jatuh dalam syubhah akan jatuh kle dalam HARAM.

Dan, jangan salahkan siapa yang tampil untuk membela ISLAM, siapapun kamu, kalau membela ISLAM maka BALASAN yang BAIK akan MENYUSUL..Tapi Jika kamu tidak membela ISLAM kerana tidak bersetuju dengan orang yang terkehadapan untuk membela ISLAM...MOGA ALLAH BAGI HIDAYAH...

Penulis berpendirian, JIKA itu satu kemusnahan untuk ISLAM secara perlahan-lahan...BAIK cegah!
Takbir!

Semoga ALLAH bagi kemudahan dalam usaha membantahnya...amin..
p/s:

Wednesday, October 13, 2010

Tahap Pemikiran Pelajar Pengajian Islam rendah???

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sebaik habis kelas 'Dirasat Quran', melangkahlah kami ke bilik pensyarah kesayangan kami, Dr. Pn. Norlilah.

Perbincangan banyak berkisar mengenai pembelajaran di dalam kelas..lalu, selepas perbincangan mengenai pembelajaran dalam kelas, beralih pula mengenai satu topik yang menyebabkan saya terkesima, begitu juga dua orang sahabat saya Nicah dan  Annur.

Pensyarah saya mengatakan bahawa, satu kajian telah dijalankan untuk meninjau tahap pemikiran semua pelajar berdasarkan kos pengajian masing-masing. Apa yang mengejutkan, pelajar UIAM jurusan Pengajian Islam adalah yang paling rendah tahap pemikiran mereka. Lalu, pengkaji menyarankan agar metodologi para pengajar pelajar dari jurusan ini harus diubah memandangkan apa yang digunakan sekarang, pelajar lebih cenderung untuk menghafal sesuatu selain memahami tanpa menggunakan pemikiran yang lebih kritikal.

Inilah rupanya punca para pelajar seperti IRK, BARB dan yang sewaktu dengannya(ada lagi yang tidak disebutkah??) disabitkan dengan kenyataan ini!

Demi tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya teringin untuk bertanya para pelajar jurusan yang disebutkan di atas, apakah kita menyedari realiti ini??Jikalau sedar..Apakah inisiatif atau tindakan yang sewajarnya diambil supaya keadaan ini tidak kekal selamanya?

Jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam jurusan Kejuruteraan atau lain-lain, mereka ini selalu menggunakan pemikiran untuk menjalani pengajian mereka. dibantu pula oleh tugasan yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti dan idea sendiri. Di sini mereka berfikir lebih.

Walau bagaimanapun, duhai sahabat sejurusan saya(saya pun ambil kos pengajian ISLAM=))bukan bermaksud kita perlu tukar kos..bukan juga kita tidak perlu respon perkara ini, apa yang perlu..Kita mesti berusaha lebih untuk mencari nilai-nilai dan apa juga unsur yang akan menyebabkan kita menggunakan pemikiran kita. Antara cadangan yang diberikan oleh Pn. Norlilah ialah, sertailah mana-mana organisasi atau persatuan-persatuan yang boleh menbina kemahiran insaniah kita secara tidak langsung.

Program seperti Anak Angkat, Program Jamboree dan program  yang sewaktu dengannya antara contoh program yang boleh dianjurkan supaya kemahiran insaniah kita juga kemahiran berfikir kita akan lebih terasah lagi.

Sebagai bekas Tim. Pengarah untuk Islamic Borneo Jamboree, saya mengakui, masalah-masalah yang berlaku dan melanda semasa dalam proses perancangan dan semasa berlangsungnya progran mengajar saya supaya lebih matang berfikir dan berpandangan jauh. Kebanyakan masalah tidak akan timbul jika perkara tersebut sudah dijangka awal dan disusuli tindakan yang sewajarnya.

Mungkin kalian lebih nampak mana-mana peluang yang boleh diambil. Peluang bukan datang banyak kali. Manfaatkan peluang pertama, insya ALLAH tiada penyesalan. Langkah pertama menjadi pengalaman yang akan mengajar kita untuk langkah yang seterusnya.

Kesimpulannya, bukan mahu mendakwa diri bukan termasuk dalam kalangan yang berfikiran rendah..Namun, mahu mengajak para sahabat, ayuh kita buktikan diri kita bukan seperti yang diperkatakan dan sedarlah, jurusan kita kalau dikaitkan dengan permasalahan umat di luar sana lebih membuatkan kita berfikir lebih tinggi dari mereka yang berada di dalam jurusan-jurusan yang lain!

p/s: Menulis juga satu cara menganalisis cara kita berfikir..=)

Tuesday, October 12, 2010

Memahami apa itu Zina Hati...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
sumber: langitilahi.com.
Oleh : Hilal Asyraf


Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Bila kamu bising fasal Zina Hati.

Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Cerpen saya yang terkini, nampaknya menjemput satu ayat dua perkataan bertulis: ZINA HATI. Saya tidak faham di mana silap dan salahnya kerana perkataan itu adalah amat ‘asing’ dalam arena penulisan saya selama ini, walaupun karya-karya yang lebih kurang demikian telah banyak dikeluarkan oleh saya sebelum ini.
Tapi seronok juga. Boleh menulis artikel ini. Haha. Hidup ini mahu tenang dan steady sahaja. Cool.
Jadi di dalam artikel ini saya akan membicarakan berkenaan Zina Hati.
Dan sedikit teguran kepada orang yang hendak ‘menegur’ berkenaan Zina Hati ini.
Semoga Allah redha.
;-)

Asal istilah Zina Hati

Hati boleh berzinakah? Aha. Mana datang istilah Zina Hati ini? Datangnya adalah daripada hadith berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.
 
Maka di sinilah munculnya istilah Zina Hati.
 
Bukan sebarang reka sahaja ya. :-)

Bagaimana zina hati?

Macam mana hati boleh berzina? Adakah dengan membayangkan dirinya melakukan zina dengan kekasihnya? Boleh juga demikian. Tetapi tidak semestinya perkataan ‘zina’ itu diterjemahkan kepada mengkhayalkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.
 
Zina Hati boleh juga terjadi apabila kita terlalu asyik mengkhayalkan pasangan kita, orang yang kita suka dalam keadaan mereka itu masih belum mahram terhadap kita. Yalah, zina itu adalah untuk kita dengan yang bukan isteri@suami kita. Kalau dia suami@isteri kita, itu tidak zina namanya. Tidak begitu? Fahamkan?
 
Maka yang membawa kepada terlalu asyik mengkhayalkan itu boleh bermula dengan pergaulan yang tidak terbatas baik di alam maya atau di alam realiti, dengan pelbagai cara dan versi. Akhirnya ia mewujudkan gangguan di dalam jiwa dan hubungan kita dengan Allah terganggu. Di sinilah berlakunya zina hati.
 

Kita tidak akan memandang Zina Hati ini besar, melainkan ia menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Hal ini kerana, dua perkara yang mustahil bersatu adalah keingkaran kepada Allah dan ketaatan kepadaNya. Gangguan terhadap jiwa, semestinya melunturkan kehidupan hati kita.
Satu perkara yang perlu diperhatikan di dalam hal Zina Hati adalah, apabila ianya tidak terkawal lagi, maka mungkin kita akan terbayangkan ‘zina’ yang sebenar di dalam khayalan kita, dan kemungkinan besar kita akan benar-benar melakukannya di alam realiti.
 

Maka hendaklah kita kembali memerhatikan bagaimana kita dalam menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.


Satu perkara berkenaan Zina Hati


Satu perkara penting perlu diperhatikan pada Zina Hati adalah, terletak perkataan ‘hati’ di sebelah perkataan ‘zina’ itu. Ya. Ada perkataan ‘hati’. Maka di sini, siapakah yang dapat menghukum, menghitung, mengadili hati seseorang manusia itu?
 

Selain Allah SWT, saya tidak kenal sesiapa yang mampu melakukannya. :-)
Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan kepada si fulan bin fulan: “Enta dah zina hati ni.” walaupun mungkin dia kelihatan angau berjalan melayang macam atas angin. Hal ini kerana, ingat, jatuh cinta, rindu, itu adalah fitrah. Dan naturalnya, memang manusia ada waktu ’slip’nya, tetapi tidaklah itu 
boleh dijadikan dalil untuk menghukum hati seseorang.
 

Guru saya di dalam ilmu Aqidah, Dr Ala’ Hilat mendidik saya bahawa: “Hatta sekiranya kau melihat seseorang itu sujud kepada pokok sekalipun, jangan sesekali kau mengkafirkannya (yakni menghukum keimanannya). Tetapi katakanlah kepadanya, bahawa perbuatannya adalah perbuatan orang kafir.”
 

Maka kaedah ini digunakan di dalam permasalahan hati, dan semestinya permasalahan perkara Zina Hati ini. Tidak boleh menuduh seseorang itu: “Enta zina hati ni,” tetapi bolehlah berkata kepadanya: 

“Angau-angau ni bolehlah membawa kepada zina hati. Enta kena hati-hati.” Ternyata, ayat pertama dan kedua adalah dua ayat yang sama sekali berbeza. Di sini letaknya beza ‘tuduhan’ dan ‘teguran’.
Sebab itu, sebagai contoh paling dekat dengan mata anda sekarang, adalah artikel saya dan website 

Langit Ilahi ini. Jika anda perasan, Langit Ilahi banyak membincangkan hal-hal hati, keimanan, hubungan dengan Allah, dosa dan sebagainya. Banyak hal dalaman. Tetapi apakah saya mengajar anda untuk menghukum orang lain? Tidak. Banyaknya melihat diri sendiri.
 

Sebagai contoh, apabila saya berkata keimanan itu buktinya adalah amal. Kalau tak pakai tudung itu tanda tidak sempurnanya iman. Dari segi fakta, ia benar. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menuding jari seperti ini: “Tengok akak tu, dia tak pakai tudung. Iman dia tak sempurna.” Tidak dan tidak. Tidak sesekali untuk menghukum orang lain.
 

Dia tidak memakai tudung, itu mungkin adalah simptom kurang sempurnanya iman. Maka kita sebagai ‘doktor’ menjangka dia ada masalah iman. Tetapi kita tidak tahu, benarkah dia ada masalah keimanan dengan Allah? Atau dia memang tidak tahu tudung itu wajib? Jika dia tahu tudung itu wajib, apa masalah lain yang mungkin menyebabkan dia tidak memakai tudung? Maka kita approach dengan hikmah, untuk merawat ‘tidak pakai tudung’ yang kita nampak.
 

Tetapi bayangkan ya, anda terus-terus berkata: “Hei si fulanah binti fulanah, kau tak pakai tudung ni, iman kau tak sempurna.” Agak-agak apa pandangannya terhadap kita?
 

Sebab hal-hal sebegini, jika hendak digunakan untuk mendidik masyarakat pun, ia perlu dikeluarkan dalam bentuk umum. Sebab kita memang tidak akan mengetahui apa kondisi hati seseorang. Kita hanya dapat menjangka sahaja. Yang benarnya, hanya Allah tahu. Maka sekiranya kita menegur, kita tegur secara umum. Jika benar dia bersalah, dan teguran kita adalah teguran yang kena padanya, insyaAllah dia akan tertarik kepada kita dan memperbaiki dirinya.
 

Tidakkah begitu? :-)


Ekstremis di dalam isu Zina Hati


Saya pernah menyarankan berkenaan: “Kalau rindu, jumpalah tunang. Ajaklah makan bersama famili.” Kaedah ini diajar sendiri oleh guru saya, mudir saya, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
Tetapi, wujud suara-suara menyatakan: “Ish, mana boleh. Nanti zina hati.”
 

Pada saya, ini adalah pandangan yang ekstremis. Minta maaf saya sebut.
 

Cuba lihat kiri dan kanan anda, apa suasana masyarakat hari ini? Hubungan tanpa syara’ itu sudah jadi kebiasaan bukan? Couple pegang-pegang tangan, dating dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, memang kita pun ada hajat hendak melakukan demikian. Lebih-lebih lagi kalau yang bertunang tu memang bertemu pun tak pernah, atau sembang pun jauh sekali, sms pun hal-hal penting nak uruskan itu ini then full stop. Jadi apa salahnya me’rai’kan kegundahan jiwanya dengan cara yang syara’?
 

Kenapa mesti mengeluarkan isu Zina Hati di sini?
 

Tidakkah anda melihat bahawa teknik ini adalah ‘gula-gula’ untuk menenangkan ‘anak yang merengek menangis’? Di sinilah seninya.
 

Contoh lain. Cerpen-cerpen jiwang yang syar’ie. Yakni ditulis berkenaan percintaan antara suami isteri. Mengapa diungkit perkataan Zina Hati? Kemudian dikaitkan pula dengan pengarangnya, dinyatakan pengarangnya juga Zina Hati. Mengapa demikian wahai manusia-manusia yang saya kasihi?
 

Tidakkah anda melihat dari satu sudut bahawa watak itu adalah SUAMI&ISTERI? Kemudian sejak bila pula anda menjadi TUHAN dengan menyangka penulisnya membayangkan yang bukan-bukan? 

Kemaruk itu dan ini? Sepatutnya, karya adalah karya. Penulisnya adalah penulisnya. Apakah jika seorang penulis berjaya menulis satu watak yang jahatnya tak boleh blah, sadis dan kejam, dikatakan kepadanya: “Dalam kepala enta ni ada juga bayang benda-benda begini ya.”
 

Sedangkan, kadangkala, seorang penulis itu(contohnya saya) tidak menulis sesuatu itu dari ‘pengalaman’(yakni pernah buat, atau mengkhayalkan diri membuatnya) tetapi mungkin karya itu terhasil dari maklumat-maklumat lain(bacaan, pengamatan) yang diadun dan digubah menjadi karya. 

Dan perlu dilihat juga, KESELURUHAN karya membawa kepada apa? Apa tema utama? Apa yang hendak disampaikan? Tidakkah ZINA HATI merupakan satu perkataan yang hakikatnya merupakan cebisan puzzle yang tidak tepat untuk melengkapkan ‘puzzle’ karya tadi?
 

Maka, jika ekstremis di dalam Zina Hati ini tidak dikawal, maka ‘gula-gula’ buat masyarakat dalam mengajak mereka kembali kepada ‘cinta yang bersih’, memperbaiki takrif mereka terhadap ‘cinta’, akan lenyap. Apakah begitu yang dikehendaki?
 

Maka tidak boleh wujud kompilasi Aku Terima Nikahnya, maka jangan ditulis Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, maka jangan dibuat Tautan Hati dan Mawar Berduri, dan karya-karya Hlovate sepatutnya diharamkan. Kerana semua itu, sekiranya difikirkan secara ekstrim, mampu membawa kepada zina hati.
 

Bagaimana?
 

Maka di sini nasihat saya. Memang bagus niat baik nak risau fasal Zina Hati. Tetapi ekstrem juga bukanlah sesuatu yang bagus. Tambah-tambah, berkenaan hal hati yang ‘tidak nampak’ ini.
Betul? :-)


Penutup: Zina Hati, Allah adalah saksi


Maka akhirnya, jika dilihat dan diperhatikan kembali, zina hati adalah sesuatu yang hanya Allah mampu 
menjadi saksi. Kita sebagai manusia, yang hendak mengajak diri dan masyarakat agar menjadi hamba yang Allah redhai, hanya mampu menjaga diri sendiri dan memberikan teguran kepada masyarakat dalam bentuk umum.
 

Adapun tuduhan, adalah tidak sesuai langsung hakikatnya. Oh, melainkan anda adalah Khidir di zaman ini, maka itu bukanlah termasuk di dalam ajakan saya ini. :-)
 

Pesanan kepada semua pula, sekiranya benar hendak menjadi hamba yang Allah redha, maka hati adalah perkara pertama yang perlu dijaga. Niat, keikhlasan, kejelasan matlamat, semua perlu diperhatikan. Begitulah juga pentingnya menjaga hati dari maksiat-maksiat, lebih-lebih lagi yang halus menyusup seperti Zina Hati ini.
 

Hal ini kerana, apabila hati dijangkiti virus-virus ini, hubungan kita dengan Allah akan terganggu. Itu semestinya.
 

Allah adalah saksi. Walaupun mungkin orang lain tidak berhak menghukum kondisi hati kita. Tetapi Allah tahu.
 

Dan kita juga tahu kondisi hati kita sendiri, untuk melakukan perubahan.
Atau kita memilih untuk membiarkan? :-) 


p/s: sekadar nak meluaskan penyebaran maklumat..ambiklah yang bermanfaat..=)

Friday, October 8, 2010

Sudah bersedia..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

~perasaan sedang melayang mencari pautan yang kukuh...~
kalau dulu, hamba mudah menyalahkan keadaan dan orang-orang sekeliling..atas nasib diri yang selalu disakiti..

Bila da sedar itu hadiah dari ALLAH..ha..baru nak terima kenyataan...~

Apalah..=)

Sahabat, satu perkongsian..saya baru melalui satu minggu yang getir..menduga iman..yang selepas itu baru saya sedari tahap iman saya di mana..huhu..

Rupanya  kita yang mahukan cinta ALLAH, jangan harap dapat begitu saja. dengan mudah...sering kita lupa dan terlupa bahawa..sesiapa yang ALLAH sayang, maka akan ditimpakan kepadanya ujian yang berturut-turut agar imannya benar-benar terbukti teguh untuk meraih Cinta ALLAH..

Malu nak cerita pasal ni..tapi, harapnya sahabat yang membaca sama-sama cuba untuk bersedia dari segi mental dan fizikal..ya..Allah Maha Berkehendak..Musibah dan ujian yang diberikan tidak dapat dijangka..
ALLAH sayang akan hambaNya yang benar-benar mengharap kepadaNya..yang ingat kepadaNya dalam semua keadaan..

Saya dapat info ini semasa hadir dalam kuliah mingguan ustaz Emran dalam kupasan kitab Riadhussalihin..Lepas ni, datanglah ke kuliah ustaz ni ya..rugi tak datang..Ilmu agama bukan ilmu remeh..=)Jika rasa tak sibuk ya..datangkanlah diri ya..

Baiklah..sebagaimana saya berasa sangat down selepas diuji..mungkin sahabat pun rasa begitu..cepat-cepat kita kembali kepada ALLAH..luahkan pada ALLAH..bagitahu ALLAH kita tak dapat cari sesiapa untuk jd tempat mengadu dan yang seterusnya boleh menyelesaikan masalah kita..hanya pada ALLAH..minta petunjuk selepas itu..untuk selesaikan dan menghadapi ujian td..minta dibesarkan iman kita..

Saya doakan kalian semua, maka, doakalah saya juga..

p/s: jadikanlah amalan kami sesuatu yang akan kami tuai di syurga kelak...

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...