Wednesday, March 30, 2011

TRIBUTE buat Azizah dan Keluarga

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Innalillahi Wainna ilaihi Raji'un..

Ana tersentak mendapat berita pemergian Pak Cik seorang Sahabat merangkap adik beradik Sabahan ana. Sesungguhnya, baru beberapa hari lepas kami melawat pak cik itu..Apa pun, sama-sama mengambil ibrah daripada Pemergian Hamba ALLAH ini...hakikatnya, kita juga bakal jenazah..

Mengimbas kembali saat melawat hari tu, ana begitu sayu sejak melangkah masuk ke wad2 orang sakit tu lagi..Ramai pesakit terbaring, ada yang berbalut sana sini, ada yang tiada pergelangan tangan, ada yang x sedar..

Ramai juga pelawat masa tu..Ana tambah terasa sedih sampai hari ini bila ada satu keluarga tu, anak perempuan mereka terbabit dalam kemalangan Jalan raya, kepalanya cedera.. Ada pendarahan..Akibat eksiden motorsikal. Adiknya terselamat, cuma bengkak kaki saja dihempap motor. Pak longnya kata, "nasib baik tidak melibatkan orang lain..kalau tidak banyak urusan.." maksudnya, eksiden itu bukan melibatkan pertembunggan dengan kereta..Tapi kerana termasuk dalam lubang dalam akibat mengelak kereta, dan kereta yang dielak yang menghantar mereka ke hospital..

Alhamdulillah..Tapi perbualan mereka anak beranak, antara bapanya, ibunya dan adik beradik mangsa boleh buat sesiapa yang dengar menangis.. Ana dan Jijah tahan-tahan jak air mata..ada kata-kata ibu tu," Itulah, adik beradik ni janganlah berkira sangat..Anak-anak inilah nyawa bagi ibu bapa..adik beradik kamu ni sajalah yang ada.."ana tak tahu apa lagi yang ibu tu cakap kat anak-anak dia..Yang lelaki tu menangis sebab rasa bersalah bw motor sampai eksiden..

Bapa dia pula nak ambil adik depa di DEPOH untuk lawat akak yang terlantar tu..Hm..sangat sedih..

Pak cik Jijah sebelas hari dah koma time kami datang..Time sampai tu, Jijah menceriakan suasana dia kata, time ni malaikat ada 70 ribu di sekitar kita jom berdoa..Kami pun berdoa... Kelihatan gerakan di mata Pak ciknya..Sedihnya..

Alhamdulillah sempat berjumpa dengan Pak cik jijah yang satu lagi, kawan pada adik kawan pak cik jijah yang sakit dan nenek jijah..Terima kasih belanja kami makan. Ana lihat ada wajah tabah seorang ibu pada wajah neneknya..

Masya ALLAH..semua ini adalah rencanaanMu..Sesiapa pun tidak dapat menolaknya..Moga Azizah dan keluarga Tabah...Salam Takziah Dari Ana..dan keluarga..

Mati itu pasti, Hiduplah untuk bersedia mati, Mencintai mati adalah sifat para orang2 terdahulu..Rancanglah mati untuk mendapat husnul khatimah..

Ya ALLAH perkenankanlah harapan yang mulia para sahabat hamba, dan harapan keluarga hamba..dan hamba ini..AmIN~

Tuesday, March 29, 2011

Harga Pertalian darah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

" Nak ambil Raod Tax pagi ni... NAK AJAK Afiq ikut Achik boleh?"
" Pergilah , Chik..mak izinkan.."

Achik pantas aja ke bilik adiknya. Diketuk beberapa kali..Namun tiada sahutan..dia menolak pintu. Adiknya masih tertidur pulas d katil. Bilik yang bercat biru muda itu berseri-seri bila lampu pendaflour dinyalakan.

"Afiq, dah la tidur tu, jom teman akak ambil road tax jap.."

dia menepuk-nepuk bahu adiknya..Ada gerakan namun, mata adiknya tidak juga terbuka. Hanya kedengaran bunyi dengusan.

"Fiq,..oh fiq..marilah..nanti akak belanja di RFC nak??Kalau Fiq tak nak bangun, rugilah..Akak tawar sekali setahun je ni...," achik bangun, dan menghadap pintu..

"Baiklah..baiklah..Afiq nak pilih menu sendiri..Afiq bingkas bangun mendahului Achik..yang tersenyum senyum kerana umpannya mengena.

"Afiq..Afiq..bab makan dia nombor satu..."

Achik keluar dari bilik Afiq dan masuk ke biliknya untuk bersiap. jam diding sempat dijelingnya, sudah menunjukkan pukul 8.45am..

***

"Bawa motor tu jangan laju-laju tau...Jalan sesak sekarang ni.."

" semua dokumen da bawa ke Achik?"

"Dah mak..Achik dan Afiq g dulu ya..doakan keselamatan kami.." Tangan ibu dicium.
"Pergi dulu ya, Mak..," Afiq juga menuruti perbuatan Akaknya.

"Kak Chik..jangan lpa tau..RFC..hehe..," Afiq mengungkit janji kakaknya agar tidak dilupai...Sengaja..Achik hanya tersengih.'Habislah duit aku!..'

Jalan raya seperti biasa, pengguna-penggunanya begitu mementingkan diri. Terpaksa Afiq memandu dengan lebih berhati-hati..Di hati kecilnya berdoa agar semua urusan dipermudahkan olehNya..

Setelah tiba pekan, Achik meminta Afiq singgah di mana-mana ATM untuk mengambil duit. Dengan lajunya, mereka masuk sebuah simpang. Tiba-tiba ada kereta Myvi Hitam membelok secara mengejut dan Afiq menjadi panik. Brek depan ditekan..Kawalan motor hilang dan Achik terjerit. Afiq semakin panik minyak pula diputar habis, Motor mereka merempuh tiang di tepi jalan. Achik terlambung ke parit besar di sebelah jalan. Afiq pula pengsan kerana terkejut sedang kakinya dihempap motor.. Dia sempat melihat Kak Chiknya melambung.Serta merta pandangannya gelap.

***

"Mak, Achik dah boleh bawa kereta..ALhamdulillah..Nanti kereta arwah abah kat luar tu boleh la Achik bawa jalan-jalan..," Ceria wajah Achik beria-ia benar. Emaknya tersenyum meraikan.

"Kot ya pun, telefon dulu Along tu..Dengar katanya dulu, Road Tax kereta tu dah tamat. Kena perbaharui.."

"Yeke...Nak telefon Along jap." Angah bangun dan mencapai ganggang telefon. Dia berdoa agar alongnya memberi respon positif.

Beberapa minit kemudian, Achik kembali dengan wajah yang sugul. Perubahan itu menghairankan Emaknya.

" Kenapa Chik?"

" Along tak bagi...kecuali Achik guna duit achik sendiri untuk bayar Road tax tu...," Muncung Achik menyebabkan Emaknya kesian..

"Tak apa la Chik..Nanti esok..Mak bagi guna duit Mak dulu, adalah beberapa kat bank. Insya ALLAh cukup.."

Achik terus memeluk emaknya! Gembira bukan kepalang. Impiannya untuk membawa kereta arwah ayahnya tercapai..Dia baru diterima bekerja di Syarikat Penerbitan Cahaya, agak meletihnya bila terpaksa menaiki bas setiap hari, balik pun sampai rumah dalam pukul sembilan lebih. Itu pun dia terpaksa tunggu masuk waktu maghrib sebab takut terkandas di dalam perangkap kesesakan.

Sebelum ini, dia bekerja di sebuah kilang herba. Gajinya digunakan untuk menanggung yuran lesen. Duit untuk road tax memang tak adalah..

Emaknya bahagia melihat anaknya boleh berdikari selepas ini. Tidak bergantung harap dengan pengangkutan awam. Afiq pun boleh dihantar ke sekolah.

Mak Jah tersenyum. Hari ini anaknya sudah mengotakan janjinya. Achik satu-satunya anak yang besar selepas along. Angah sudah kembali kerahmatullah bersama suaminya di dalam kecelakaan 5 tahun lepas.

Along sudah berkahwin. Tanggungjawabnya lebih utama pada keluarga. Achik sajalah harapan sekarang. Pendapatannya menjaja kuih semakin berkurangan kerana bahan mentah juga semakin naik.

Jeritan deringan telefon rumah mengganggu fikirannya sebentar.
Mak Jah mengangkat ganggang telefon.

"Assalamualaikum, Ini mak Azimah binti Abdullah ke? ?"
"Ya saya..,"terasa debaran perasaan ingin tahu muncul tiba-tiba, siapa gerangan yang menelefon, dan kenapa ditanya soalan yang begitu rupa??

" Azimah terlibat dalam kemalangan bersama adiknya. Dia dirawat di Unit rawatan cemas ICU Hospital Baru Keningau sekarang. Kalau boleh kami perlu berjumpa dengan warisnya untuk melancarkan proses rawatan.

Mak Jah lemah..ganggang terlepas..
"Assalamualaikum...Mak Jah..nak hantar makanan ni.." Kedengaran suara Mak Teh , jiran rumah sebelah. Mak teh menerpa masuk bila melihat MAk Jah yang seperti kebingungan di tepi telefon rumah.

"Jah, kenapa ni??"
"Anak aku Teh..Anak aku dihospital sekarang..ICU..," Air mata Mak Jah da mengalir deras.

"Dah mari bersiap, aku bawa ke sana. Kebetulan anak aku yang kedua pulang. Kita pergi sama-sama. Dah jom..!"

***
Hospital Baru keningau.

Tiba dikaunter ICU, mereka mendapat maklumat yang pesakit bernama Azimah Abdullah baru masuk ambulans untuk dikejarkan dikejarkan ke hospital Queen Elizebert Kota Kinabalu.MAk Jah makin kuat tangisnya.

Mereka berkejar juga ke sana menuruti kereta ambulans tersebut.


Hampir dua jam perjalanan, ambulans terus memasuki simpangan untuk ke Unit Rawatan Kecemasan. Troli dikeluarkan dari Ambulans dan dikejarkan ke bilik bedah otak. Terdapat kecederaan di kepala Achik yang menyebabkan dia terpaksa dibedah. Berlaku pendarahan dalaman yang memerlukan pakar neurosurgical.

Mak Jah menanda tangani semua dokumen yang berkaitan dia berharap pada ALLAH. Usahanya berdoa, dan usaha doktor merawat...

Along yang juga baru menerima berita itu bersama suaminya bergegas ke
hospital QE. Perasaan bersalah menyelubungi.Afiq menelefonnya teresak-esak sebentar tadi menambah rasa bersalah.Afiq meminta untuk dibawa bersama dari hospital Baru Keningau.

***

Hospital QE.

Kelihatan Mak Jah, Mak Teh dan Azzamuddin anak Mak Teh sedang menunggu diruang menunggu. Afiq dengan kaki yang terhincut-hincut mendapatkan maknya dan meminta maaf.

"Mak, ini semua salah Afiq mak.., Maafkan Afiq mak..Kalau bukan kerana Afiq Kak Chik takkan macam ni mak..Maafkan Afiq..," Afiq disabarkan oleh Azzamuddin, sebagai Ustaz, dia tahu..kata-kata Afiq bukanlah kata-kata yang sepatutnya dikeluarkan oleh insan dalam menghadapi musibah.

" Afiq, tak baik cakap macam ni..Allah dah takdirkan semuanya..Kalau bukan kerana Afiq pun, jika dalam takdir-Nya, Akak Afiq tetap akan mendapat kecelakaan. Beristighfar banyak-banyak. Ingat ALLAh, kita hanya mampu berdoa sekarang.

"Mak..along minta maaf mak..kalau along tolong uruskan...,"

"Sudah Long..dengar kata Ustaz Azzam, Mak faham perasaan kamu berdua. Achik dah ditakdirkan menghadapi semua ni. Mak takkan salahkan kamu berdua. Mak redha..Sudahlah, mari kita berdoa banyak-banyak lebih bagus.."Tenangnya Wajah Mak Jah, dia akur. Allah Pemilik semua makhluknya...

***

Doktor berpakaian kelengkapan doktor bedah keluar dari bilik ICU, dan melangkah kepada mereka.

"Alhamdulillah, Azimah dalam keadaan stabil dan pendarahan di otaknya berjaya disedut keluar. Hentakan yang kuat mungkin menyebabkan dia koma dalam beberapa hari. Ingatannya mungkin terjejas.Dia akan dimasukkan kedalam Wad selepas ini untuk pemerhatian lanjut.Kami telah cuba sedaya mampu...Moga teruskan bagi sokongan padanya walau dalam keadaan koma, dia masih boleh mendengar, selalulah ajak dia berkata-kata..minta diri"..setelah bersalaman dengan Ustaz Azzam, dan suami Along, Doktor itu berlalu.

to be continued...

Thursday, March 24, 2011

Belajar Mengaji - Proses Belajar Alquran saya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum, sepi semacam kan blog ana ni, kalau nak dengar halwa telinga boleh tekan player kat bawah tu, tekan ctrl+end..semua lagu Opick..entah sejak bila mkinat lagu-lagunya..yang penting nada dan liriknya baik untuk dihayati..

Tajuk perkongsian ana ialah mengenai, Belajar Ilmu Al-Quran. Antara banyak-banyak kisah yang telah dilalui, ini antara perkara yang mustahak untuk dikongsi ..Semester dalam Tilawah TQ 3010. Dengan murabbi yang dirahmati ALLAH..Cara didikannya memberikan satu kesedaran yang tinggi pada AL-Quran. Semua guru Al-Quran mempunyai kelebihan masing-masing..Semoga mereka terus mendapat keredhaan ALLAH atas keikhlasan dan usaha mereka mengajarkan ilmu al-quran ini.

Setiap perkara mesti perlu ada faedah. Barulah ada ganjaran di sisi ALLAH..ana semakin nampak hala tuju sebagai pelajar Quran dan Sunnah..Belajar al-Quran bukan mudah ya..keazaman yang tinggi amat diperlukan.

Awas pada sikap ego pada guru@ pensyarah. Kadang-kadang guru itu menegur kesalahan kita terima dengan ikhlas dan penuh kesyukuran. Kerana teguran mereka bukan untuk menjatuhkan kita, malah mengajar kita supaya lebih bertindak matang dan memperbetulkan apa yang tidak betul.

Keberkatan cikgu@guru pensyarah bergantung bagaimana kita bertindak dihadapannya. sedikit rasa tidak redha guru boleh membuatkan ilmu kita terhijab..

Pengalaman ana di sekolah lama dulu, bila seorang guru berkata," Cikgu tidak redha ilmu dia yang dia ambik dari cikgu,"..Betul, pelajar tu gagal dan mendapat markah yang teruk. bukanlah nak kata guru ni boleh menentukan gagal lulusnya seseorang, namun, ini dalam isu berkat..

Merajuk dengan pensyarah..mengumpat mereka, semua perbuatan ini akan mengakibatkan ilmu itu dengan sendirinya hilang keberkatan. Semoga setiap pembaca entri ini tidak berterus-terusan melakukan perkara-perkara tersebut jika pernah buat.

Musim-musim peperiksaan ini, kalau disekolah dulu, semua pelajar meminta restu dari cikgu..Apatah lagi calon-calon PMR dan SPM, semua nangis-nangis memohon ampun dengan sesungguhnya..Bayangkanlah..betapa semua mahukan keredhaan guru mereka..

Budak-budak yang suka buat kes, pada hujung keberadaan mereka di sekolah pasti akan mencari guru-guru disiplin untuk meminta maaf..indahnya suasana begitu kan? selepas tu, bila pindah sekolah, kat situ budak-budak yang buat kes ni akan jadi pengawas ..ha..tak sangka pula..Tapi, begitulah..berkat..macam mana nak terangkan lagi ya..dah faham kan?

Akhirnya, apa yang tercetus di sini ialah, guru al-quran dalam kalangan wanita amatlah kurang, kat UIA saja tak pernah lagi jumpa dengan guru quran wanita..terdetik dihati nak jadi guru al-quran..Dan ambik kos Quran sunnah..macam sesuai jak kan??

Ustaz berulang kali sebut, " saya mahu kamu ajar masyarakat SABAH, kalau bacaan begini macam mana nak ajar orang..," menandakan bacaan ana masih banyak perlu di usahakan biar boleh mengajar. Doakan perjalanan bakal guru quran ini.

Akhirnya, kita doakan guru kita semuanya ya..Sayangi mereka dan jasa mereka amat besar. Tak kira mereka ini garang macam mana pun, mereka berhak mendapat tempat dalam doa kita.sebagaimana mereka mendoakan kita tanpa kita sedar..Kalau tidak mereka tidak jadi guru kita!

~Ya Allah, ampunkan dan rahmatilah guru-guru@pensyarah-pensyarah kami..dari kami mengenal ABC , alif ba, ta, sampai nafas di saat ini..dan selama-lamanya..tempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambamu yang soleh solehah~

~kalau ada cikgu2 yang terasa hati dengan anak muridnya ini, seikhlas hati diri ini memohon ampun dan maaf, tidak pernah sekelumit niat untuk bertujuan seperti itu, asbab hamba yang sememangnya lemah, tiada daya dari melakukan kesalahan ..Saya Sayang Semua Pendidik Saya~

Thursday, March 17, 2011

Optimistic 5#


~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Ana mengemas katil dan melipat pakaian yang baru diangkat dari ampaian.
Kelihatan Kirana sedang menuju ke arahnya. Dengan wajah yang berseri-seri. Matanya bersinar. Ana meneruskan pekerjaannya sambil melemparkan senyuman kepada Kirana.

“Wah, rajin mengemas…Boleh lah kahwin..Hehe..,” Ana tergelak dan mencubit lengan Kirana.

“Kalau mengemas pun kita tak buat, alamatnya lari la suami kita nanti…,” Ana pulangkan paku buah keras, tapi dia sekadar bergurau. Geram diusik sedemikian rupa. Namanya orang Islam, kena sentiasa kemas dan tidak serabut. Islam mementingkan kebersihan dan kecantikan ALLAH kan sukakan kecantikan? Malah Allah itu Maha Sempurna. Subhanallah…

“Tau la kite tak suka mengemas..lepas ni bolehlah mengemas tempat aku plak ya,,”beria wajah Kirana membalas serangan Ana. Mereka tertawa bersama-sama..
Ana mengajak Kirana duduk disampingnya. Dia dapat merasakan yang kirana seakan ada sesuatu nak berkongsi lagi dengannya.

“Maaflah ganggu Ana, Tapi aku tak suka simpan masalah ni sendiri…,” Ana senyum , sekadar meraihkan dan senang bila Kirana mahu dan sudi berkongsi masalah dengannya. Mad’u yang begini kena bagi perhatian. Jangan menghalang niat suci mereka.

“Aku tetiba je rasa nak pakai tudung macam Ana..,” Kirana tertunduk-tunduk, segan. Ana tersenyum bahagia. Doanya makbul sudah..Selama ini, betapa sayangnya dia pada Kirana, dia tak henti-henti berdoa sejak mengenali Kirana; seorang yang sangat trendy sebelum ini.

“Alhamdulillah..Ana akan sokong sepenuhnya niat suci Kirana!” Jawapan spontan Ana menyebabkan Kirana semakin selesa.

“Tapi..tapi..nak mula dari mana?”Kirana menggaru kepala yang tidak gatal.

“Dah ada tudung saiz 55’?”

Kirana menggeleng.

“Takpe..jap..” Ana bangkit menuju ke loker. Mencari-cari sesuatu..kemudian kembali duduk di tepi Kirana.

“Boleh mula dengan ini…”


“Kirana menyerahkan tudung krim jenis Tudung Nur pada Kirana..

“Tudung Krim boleh masuk semua warna..Ana hadiahkan pada Kirana,” bersemangat Ana mengatakan itu.

“Lepas ni, kita pergi ke Kedai Tudung Nur..kat sana kualiti bagus dan pilihan pun banyak, tidak jarang dsbg..hehe..,” Ana menyambung lagi. Padahal, dia gembira juga kerana akan travel keluar dari kampus…

“Terujanya dengar..terima kasih sangat-sangat. Tak sangka sampai begini sokongan Ana pada aku ,”Kirana terharu sampai keluar air mata. Ana meraih bahunya tanda ikhlas.

****

Pagi itu, selepas solat subuh berjemaah, mereka bertadarus bersama. Mentadabbur ayat dan tafsir…
Ayat dari Surah Ali Imran: 8 bermaksud

“(mereka berdoa ),”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rahmat…”
Ana meminta Kirana memperdengarkan makna ayat tersebut.
Kirana terdiam panjang selepas itu..matanya berkaca-kaca lagi..Dia mengaminkan sambil menyapu muka dengan telapak tangan.


“Ayat ini adalah doa yang selalu kit abaca, dan seharusnya ken abaca selalu. Sebab tak tahu, adakah hidayah tu kekal dengan kita atau tidak. Tapi, biasanya Allah menarik semula hidayah bila orang yang diberi hidayah tidak mensyukuri nikmat-nikmat tersebut. Walau insane yang alim warak di pandangan jika di dalam hatinya ada perasaan kufur, tidak mustahil Allah menarik balik hidayah tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semoga dijauhkan dari kita semua…[na’udzubillah]..
Amalan terakhir kita akan menentukan kesudahan kita di akhirat..tu lah kita dianjurkan supaya istiqamah dan tetap buat baik dalam keadaan apa pun..Mari kita amalkan doa ini..”

Begitulah…Bila Allah bagi terdetik dalam diri untuk berubah jadi baik..sahutlah hidayah ALLAh itu, jangan mendahulukan perasaan ego dalam diri. Kadang-kadang ada orang yang merasa hipokrit jika dia berubah lebih baik dari dulu..Inilah tipu daya syaitan yang menyebabkan kita tersalah duga..[na’udzubillah]..
To be continued..

Sunday, March 6, 2011

Optimistic 4#

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

“Kirana , Ana tidak boleh memaksa dirimu untuk menerima pendapat dan nasihatku. Tapi sebagai hanya mahu menyampaikan. Adakah Kirana sudi mendengarnya?”

“Cakap sajalah…,” Kirana melepaskan nafas yang berat.Matanya seboleh mungkin ditahan dari merembeskan air mata .

“Allah cipta Kirana untuk apa?”

“Er…malu nak jawab..tak tahu…,”

“Nak tahu?”

“Em..ya.”

“Kirana dan Ana serta manusia yang lain, bukan dicipta untuk saja-saja walaupun Allah boleh melakukan itu. Manusia ini ada tujuan penciptaannya. Tidaklah diciptakan manusia sia-sia. Allah dah kata[berfirman] dalam al-Quran:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
[Ayat 56 surah addzariat.]..

“Ana, kadang-kadang hati aku tidak dapat terima kalau kena bagi ceramah…,”

“Terpulanglah pada Kirana. Mungkin hari ini, Ana dapat kata yang itu dulu. Moga Kita berfikir bersama, kenapa kita hidup…kenapa ada syurga, kenapa ada neraka…Jangan kata kita tidak beriman dengan keduanya, kafir namanya…”

“Dan paling penting , luah pada manusia tidak akan menyelesaikan masalah jika belum dirujuk dan dimohon pada Pemilik masalah itu. Tahu siapa?,” Ana mengenyitkan matanya pada Kirana. Akhirnya, Kirana mengangguk lemah. ‘Ya..buat apa dirinya menyangkal kebenaran yang terang lagi bersuluh itu? Siapa lagi Pemilik masalah jika bukan ALLAH??..,’ monolog Kirana mendetikkan satu semangat dan pengharapan baru.

Semoga esok masih ada..

Bahu Kirana dipegang,

“KepadaNyalah tempat kita bergantung harap! Pasti ada jalan …”


***


Kirana bertekad untuk melakukan perubahan. Dia tahu, tangisan semalam semasa semua insan tidur bukan sia-sia. Ada ketenangan menjalar ke seluruh tubuhnya sebaik saja meluahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Hatinya bersyukur dapat petunjuk untuk meluahkan masalah seperti itu. Ada manusia di luar sana yang menghadapi masalah terus melakukan apa saja yang dikira memuaskan nafsunya. Sedangkan itu bukan sesuatu yang menghilangkan masalah, malah mengurangkan pun tidak. Sebaliknya menambah lagi masalah pula.

Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Setiap keperluan hambanya, dipenuhi sekadar yang diperlukan dan Allah tahu mengurus semua itu tanpa pengetahuan kita. Masalah, Musibah adalah ujian ALLAH. Ujian ALLAH untuk melihat kita ini beriman sungguh-sungguh atau hanya ikutan.

“Aku senang melihat Ana memakai tudung yang agak lebar menutup bahagian kepala sampai ke pangkal pinggang. Sedang aku, pakai tudung, banyak pula tudung yang jarang. Pendek lagi. Huhu..malunya..Kata mahu keredhaan ALLAH, kalau pakaian dah tak sempurna..Macam mana? Haisy , tak leh jadi ni…Ana pasti boleh tolong aku..”

To be continued..

Layakkah Aku??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, March 4, 2011

Moral of The Story

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Assalamualaikum..sudah lama rasanya tidak berkongsi sesuatu yang beri pengajaran pada sesama kita…Hari ini nak mengisahkan tentang gopoh.
Apa yang kita fikir tentang gopoh ni??
Ada ungkapan, macam hadith..tapi isi poin nya..org gopoh ni adik beradik syaitan. Huhu..Al-KisaH..
Azan Zuhur sudah berkumandang…hamba ALLAH ni bangun dari qailullah dan dengan mamainya, dia bergegas turun ke bawah..Nak ambil wudhuk.Tuptup..lepas ambik air wudhuk…naik atas nak kejar jemaah.
‘Aik???mana stoking??macam mana nak solat ni? Telekung tak bawa..hm..guna kain ni je la.’..Maka..solat la..
Usai solat..
‘Serius, kes besar ni kalau stoking tak jumpa..gane nak g kelas..dia kecek klate pla..saat-saat genting..’[konon].
Separa menjerit..
“wa..mana stokin’??”
“lawaknya muka..hahaha..” di tertawakan..Hamba ALLAh ni menjeling jam. ‘ALAMAK, kelas hadith!!’
!##&&..cari dulu sampai dapat..mana jua nti letak tadi?? Entah..gopoh punya pasal…Tak jumpa.
Dah lewat..huhuhuhuhu…
Dan…Allah kirim seorang hamba ALLAH lain..
“ Kelas sampai pukul berapa??”
“ 3.30……,”
“Gunalah stoking ni dulu..nanti kita jumpa 3.30..”
Dan nak tahu..hamba ALLAH tu jumpa stoking tu kat mana??Dalam poket beg.Padan muka. Dah bazir 4 rgt beli stoking baru..Pendapatan GOPOH. Na’udzubillah ya sahabat..JAngan tiru hamba ALLAH tu..Allah tak suka bazir2..Selepas ni sama2 makan kismis..kuatkan daya ingatan..hehe..bak kata ustaz Imran, makan semut selalu, tu yg lupa..

Nak cerita pasal kuliah u. Imran plak,
Pasal seafdhal2 jihad ialah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim. Nak katanya, bercakap benar di hadapan pemimpin atau penguasa yang kita sudah menerima sesuatu darinya, seperti elaun..susah…kita susah nak menentang apa pun benda tak betul yang dia bawak..Tulah pasal, Ulama kebanyakan tidak mahu pegang jawatan di dalam kabinet dulu2, sebab..mereka tidak mahu terikat dengan kata2 penguasa, takut2 fatwa yang dikeluarkan tidak tepat.. Moral of the story, kuatka iman, bila iman da kuat, lengkapkan dengan ilmu thaqafah, kita akan ada keyakinan untuk menasihati sesiapa pun yang salah…Ingat, kita menegur bukan nak menjatuhkan , tapi supaya dia boleh kembali ke pangkal jalan..Wallahu’alam…
Nanti nak update pasal bedah buku..best gak..nantikan..Yang optimistic, sabar dulu ya..tengah nak cari masa sesuai untuk taip..=)



Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...