Sunday, March 21, 2010

Takkan nak patah semangat kOt??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

" orang yang ku sayang tak menyokongpun apa yang aku cuba buat..."

Ayat ni..kalau kita ambik hati..maknanya..keikhlasan kita hilang..

"Semua orang pandang rendah pada aku..yalah..aku siapa banding mereka.."

Ayat ni..ayat putus asa. Pandangan manusia masih di ambik kira..

"Aku penat da..entah boleh buat atau tidak ni..bukan sekejap nak mula dari awal!"

Ayat ni..boring..tidak bersyukur..Malas nak berfikir pasal HIKMAH ALLAH.

"Baik jadi orang biasa..tak payah terhegeh-hegeh nak ajak org. Diri sendiri tak terurus!"

Ayat orang keliru.

"Hidup hanya sekali, baik penuhi dengan keseronokan!"

Ayat ni, ayat orang jahil.

" Bilalah nak mati ni..tak sanggup tanggung lagi derita ni.."

Ayat tak sedar diri.Terasa diri dah cukup nak pulang ke SANA.Yakah cukup??

"Kena bagitahu semua orang pasal kejayaan ni.."

Ayat riak. Jika niat kita untuk dapat pujian.

"Aku saja yang solat sunat?^^p"

Ujub.Rasa diri baik dah.

"Apa la yang ada pada dunia ni..baik beribadat jak di masjid."

Ayat orang malas.Lupa nasib dunia masih perlu diusaha kan.

"Siapa Penciptaku? Untuk apa aku hidup..kenapa aku di sini??"

Ayat pertama PENERIMA hidayah ALLAH.

"Rupanya ada lagi benda yang lebih penting dari pencapaian akademik, kemewahan dan keseronokan hidup..persediaan ke alam abadi.."

Ayat orang yang bersyukur.

"Solatku,ibadahku,Hidupku, matiku hanya untuk ALLAH!"

Ayat muttakin.

"ALLAH tujuan kami, Rasul Qudwah kami, al-quran petunjuk kami, Jihad jalan kami, mati syahid cita-cita tertinggi kami!"

Ayat Hizbullah.

Nah..anda direntangi berbagai luahan rasa dan perasaan berbagai ragam manusia. Anda orang yang mana??

Jom Muhasabah!

Wednesday, March 17, 2010

Palestin ~ Al Aqsa!!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

LInk..http://ms.langitilahi.com/puisi-bila-aku-betul-diroboh/comment-page-1/#comment-7777

By: HILAL ASYRAF(www.langitilahi.com)

Puisi: Bila Aku Betul Diroboh
Mar 17th, 2010 by laksamana.

Al-Aqsa. Sampai bila kita hendak berdiam diri pada kehinaan?
Mengikut sumber-sumber yang sohih, Israel sudah bergerak hendak meruntuhkan Al-Aqsa. Sama ada ini hanyalah gimik daripada Kerajaan Israel, atau memang benar hendak dilakukan, ia tetap adalah sesuatu yang tidak boleh kita berikan toleran.

Tetapi, saya tidak akan menuding kepada Israel yang menunjukkan kekejaman.

Sudah tugas mereka menjadi saingan.

Saya hanya akan menuding jari pada mereka yang bergelar ISLAM tetapi mendiamkan dirinya dari memberikan bantuan.

Sebab sepatutnya tugas mereka adalah membantu saudara mereka dalam kesempitan.

Puisi: Bila Aku Betul Diroboh


Bila aku betul roboh: Luahan Sebuah Al-Aqsa

Bila aku betul diroboh
masa itu baru aku akan mendengar
esak teriak manusia bodoh
yang selama ini membiar
aku dirogol si pembunuh

Bila aku betul diroboh
baru hendak tersedar
akan ketidak perdulian
yang 6 dekad sudah bergegar

Bila aku betul diroboh
masa itu baru diperhatikan
di manakah kesilapan
apakah selama ini telah dilakukan
namun tika itu sudah terlambat ditinggal zaman

Bila aku betul diroboh
sudah tiada guna segala sesal
bukannya aku tidak mungkin dibina semula
tetapi kerobohan aku bukti kesengetan akal kamu semua

Atau lebih sedih lagi
bila aku betul diroboh nanti
kalian tetap diam membisu
bodoh terus tuli membatu
seakan tiada harga langsung pada diriku.

Ternyata,
kondisiku
adalah kayu ukur paling pantas
untuk menilai keadaanmu
Sama ada benar, atau telah terpesong dalam dunia yang menipu

~angkasa

10.23malam
16 Mac 2010
Lagu Through The Dark
Puisi Bila Betul Aku Diroboh


Semalam ana mendapat emel ketika mebiarkan laptop bernyawa sementara diriku mengalami kiamat kecil..


ikhwah dan akhawat,pohon berdoa untuk AL-AQSA.Demontrasi beratus2 ikhwan selama berjam2 tadi di universiti mengatakan esok 16/3,siap bersama banner, kerajaan Israel pimpinan Netanhanyu mengeluarkan arahan untuk menyerang dan meruntuhkan AL-Aqsa.Kesungguhan demontrasi tadi membuktikan keseriusan arahan tersebut,walaupun masih tiada berita rasmi lagi. *apa yg kita lakukan ini?berdoalah2.rupa2nya ada isu AQIDAH yang lebih besar kita sering terlupa...kita leka,musuh yg lebih nyata terus membaham..nauzubillah.sebarkan ntuk sedikit usaha kita. (univ. ain syams)

Cetusan antara cetusan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Semoga Semua Muslimah Menanam MISI ini dalam dirinya...

Tolong Ya Allah..Hamba-Mu memerlukan Seorang Mujahid Agama-Mu..
Yang bisa menolong hamba-Mu ini menyebarluaskan dakwah-Mu di dalam masyarakat
Masyarakat yang terkeliru antara dua jalan...

Tolong Ya ALLAH..
Hamba-Mu tidak tertanggung kesakitan melihat keluarga yang tidak terkemudi
Bukan tiada yang boleh kemudi..tapi, itulah mujahidku yang sedang dicari
Hanya Mujahid ini akan memandu arah...kerana kunci itu di tangannya..

Tolong Ya Allah,
Hamba-Mu ini tidak sanggup melihat kekufuran ini lagi..
Oleh itu kuatkanlah hatiku..agar berdaya menembak secebis doa untuk itu..
Agar sang mujahid yang tertulis untukku memunculkan diri tepat pada waktunya.

Tolong Ya ALLAH,
Sementara itu, lindungilah daku dari menyerahkan cinta UTAMA-Mu kepada Mujahid ini
Walaupun, kasih sayang itu perlu..tapi..Jika Cinta UTAMA tersalah letak
Kaburlah peta kehidupan..semoga dia juga begitu..
Moga Diriku bukan keutamaan..berbanding AGAMA-Mu..daku redha..dan itulah sebaiknya..

Tolong Ya ALLAH,
Bukakanlah pintu hati orang tuaku, untuk membenarkan anak gadisnya ini dimiliki oleh sang Mujahid..Siapapun dia ..
Kerana Engkaulah yang memegang hati-hati hamba-Mu
Semoga restu mereka menyumbang keharmonian ukhuwah dan dakwah..disamping RAHMAT-Mu..

Tolong Ya ALLAH,
Pandulah hamba-Mu ini dalam mengawal dan membentuk peribadi
Agar Mujahid itu jua serupa...dan biarlah dia lebih baik dariku..
Supaya menjadikannya seorang pentarbiyyah yang sejati seizin-Mu.

Tolong juga Ya ALLAH,
Jika kelak lahirnya cahaya mataku..jadikanlah dia pejuang Agama-Mu yang sejati,
Ilhamkan daku dalam mendidiknya dengan didikan yang terbaik..beracuankan quran dan
sunnah,
Semoga dia menjadi sumber amal yang tak terputus walau diriku telah kembali ke alam Fana..begitu juga generasi seterusnya..amin..

Tolong lagi Ya ALLAH,
Jika hamba-Mu ini tidak sempat merealisasikan impian ini,
Kau hadirkan seorang pengganti yang isi hatinya menyamai cita-citaku..
Biar dakwah untuk Agama-Mu terus tersebar dan menyelamatkan insan-insan yang tersalah jalan..dalam menjejaki-Mu..

Monday, March 15, 2010

ana tak mampu...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

jiwa besar si anak sabah...

Ana gemar mendengar ungkapan ini..setelah seminggu berada di SAbah, ana dapat rasakan gelombangnya kejutan budayanya sangat menakutkan. Ana hampir terkapai-kapai meminta di tarik oleh para sahabat yang jauh di sana..

Namun, seakan terjaga, ana teringat dalam kata-kata sahabat ana dulu-dulu..

" Innallaha ma'aki.."

ANa agak terkilan dengan perkembangan kampung ana...masih tiada yang berubah. Ana tahu perlu ada seseorang yang mengubahnya. Namun...nak harap ana seorang??Macam susah...ana perlukan pasukan. Tapi, pasukan tu kalau kita tak buat sendiri, nak dapat dari mana?

Setelah menjalani proses pemerhatian..selepas ini adalah proses menyusun strategi...Strategi biasanya tidak akan diberitahu di khalayak awam. Biarlah rahsia..

Ana bercelaru. Nak gerak pun macam belum bersemangat..Terasa nak jadi seperti akh nazrey..walhal..akh nazrey sudah mempunyai kehidupan..ana kagumi semangat itu..moga berjangkit pada ana.

GAMBARAN SENARIO MASYARAKAT

Apa perasaan anda melihat anak-anak gadis yang bertudung di sekolah, di kampung terus menanggalkannya, hanya ketika kenduri kendara tudung itu akan kelihatan semula. Apa perasaan anda melihat surau sunyi hanya beroperasi malam dan hari jumaat? apa perasaan anada pula melihat kejahilan orang-orang kampung yang terus menegakkan kepercayaan yang tidak selari dengan syariat?

banyak lagi yang perlu dirawati..ana tak mampu seorang...terutama berkaitan dengan akidah..tunjang iman..semoga Allah mengirim tenteraNya ke sini untuk membantu..

Friday, March 12, 2010

Ana terharu dengannya..Subhanallah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Musim kemarau di kampung ..dan di sekitarnya memberiku peluang ditarbiyah di tempat yang tidak mudah mendapati air..cuma..hatiku terusik dengan usaha pemimpin negeri Kelantan...Walaupun ana orang Sabah..nikmat hujan yang turun sampai ke sini..Perasaan bersyukur, Terharu, Kagum dengan Pencipta Hujan..dan Terasa bukti keimanan TGNA yang begitu menyentuh hati..Inilah contoh Pemimpin yang Masih menggunakan cara2 ISLAM seperti zaman khalifah dulu..walaupaun perkataan beliau terlalu tinggi...cuma, itu adalah hikmah untuk memberi kesan dlm hati. Jika kita berkata seperti biasa tentang sesuatu yang orang tak nak berubah..mungkin menggunakan bahasa tinggi lebih sampai pada hati..ok la..malas nak mengulas panjang..jOm bace berita..

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

http://www.harakahdaily.net


Dalam Facebook..

From the album:
"Wall Photos" by Pria Malaya





*Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.


Skali lagi ana tersentak...anda bagaimana?

Wednesday, March 10, 2010

Walau copy paste..bukan masalah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Lewat malam ini..ana tergerak untuk menjejak komen sahabat ana mengenai 'telinga kenderaan dajjal'..ana nak semua tahu sama seperti yang ana tahu..moga terbuka minda..


Persoalan Dan Perbincangan Mengenai Dajjal

Dalam memberikan pengertian mengenai Rahsia-Rahsia dalam al-Qur’an, saya merasa berkewajipan mempersoalkan dan membincangkan mengenai dengan pengertian Dajjal?


Adakah Dajjal Di Sebut Dalam Al-Qur’an?

Jawapannya tidak, namun dajjal banyak disebutkan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Sehingga hadis-hadis itu boleh dikatakan hadis Mutawattir.

Namun sebenarnya saya berpendapat, makna-makna simbolik mengenai Dajjal itu memang banyak di dalam al-Qur’an. Seperti:-

1. Iblis dan Syaitan, Sebab Iblis juga diriwayatkan bermata satu.

2. Keturunan Firaun atau Penguasa Dunia Yang Bukan Islam Yang Mengaku Tuhan. Jika Nabi Isa muncul dan ia mengakui dirinya sebagi tuhan atau anak tuhan, maka dialah dajjal itu.

3. Orang-Orang Kafir atau orang-orang Islam fasik Yang Berniat Jahat Mengoda Orang-Orang Islam yang beriman, sebab mereka adalah tentera dajjal.
Termasuk Dajjal atau Peralatan Dajjal ialah:

4. Thaghut iaitu Hawa Nafsu,

5. Fitnah Dunia,

6. Ajaran-Ajaran Bid’ah.
7. Muzik dan TV.

Semua perkara di atas disebutkan di dalam al-Qur’an dan mempunyai makna simbolik yang berkaitan dengan makna dajjal.

Tujuan Dajjal
Kerana tujuan dajjal memanglah menipu dan mengoda agar orang masuk di dalam ajarannya.


Sumber Ajaran Dajjal

Tidak kira apapun tujuannya, kenapa ia membuat dan membuat sendiri ajaran yang diajarkannya, jika ajarannya itu menyeleweng daripada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Maka kita hendaklah berhati-hati terhadap mereka. Sebab kita khuwatir, sebab boleh jadi dia adalah dajjal yang dimaksudkan.


Tempat Dajjal

Kita juga pernah mendengar hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa dajjal itu ada di selatan, di utara dan di Timur. Oleh itu dajjal ada di mana-mana.

Dajjal-Dajjal Kecil

Kita juga ada mendengar hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa dajjal itu ada 30 orang semuanya. Oleh hendaklah kita berhati-hati pada setiap ajaran yang diajarkan kepada kita, dengan membandingkannya dengan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Bila Dajjal Keluar

Kita pernah terbaca hadis dalam kitab sahih al-Tarmizi yang berbunyi, Nabi Muhmmad saw bersabda:

Jikalau ada suatu tanda-tanda kiamat muncul maka yang lainnya akan ikut muncul seperti manik-manik rantai yang ikut terlepas dari rantai yang putus.


Tanda Keluarnya Dajjal

Ketika ini, banyak tanda-tanda besar hari kiamat telah nampak, samada yang kecil maupun yang besar namun adakah Dajjal juga telah ada.


Siapakah Dajjal Dan Apakah Erti Dajjal?

Jika Dajjal telah wujud maka siapakah ia dan apakah erti Dajjal itu?

Adakah ertinya sipendusta, Na’uu dzu billahi min dzalik, mudah-mudahan kita tidak tertipu oleh sipendusta ini dan kita tidak digolongkan oleh Allah swt dari golongan pendusta.


Kekuatan Dusta Dajjal

Kita pernah terbaca dalam Hadis nabi Muhammad saw bahawa Dajjal ini dikatakan sampai begitu kuat berdustanya, sehingga amat ramai orang yang tertipu olehnya.


Keramaian Orang Yang Tidak Tertipu

Dalam hadis Nabi Muhammad saw juga menyatakan bahawa Orang yang tidak tertipu hanya tinggal segelintir sahaja.


Bandingan Dajjal Dengan Firaun dan Namrud

Ia begitu hebat berdusta sehingga mengalahkan dusta Fir`aun dan juga Namrud yang mengaku sebagai tuhan.


Dajjal Mengakui Dirinya Tuhan

Saya juga terbaca dalam hadis nabi Muhammad saw, bahawa Dajjal ini akan keluar pada akhir zaman, mengaku sebagai tuhan, mempunyai mata satu, dan membawa dua sungai, atau dua gambaran syurga dan neraka.


Syurga Dan Neraka Dajjal

Syurga sebenarnya api manakala neraka sebenarnya surga.


Dajjal Menghidupkan Orang Mati

Dari Riwayat Hadis nabi Muhammad saw juga bahawa Dajjal ini boleh menghidupkan orang mati dan menurunkan hujan, mempunyai kecepatan seperti hujan yang ditiup angin.


Kenderaan Dajjal

Dajjal ini mengenderai binatang yang sangat besar dan boleh terbang. Panjang sayapnya 30 meter.


Kelajuan Kenderaan Dajjal

Kelajuan kenderaannya sungguh cepat sehingga Rasulullah menyifatkannya seperti bumi dilipat.
Bermata Satu Bertulis Ka Fa Ra Diantara Kedua Mata

Mempunyai satu mata sahaja, dan ada tertulis perkataan Kaf Fa Ra di antara dua matanya.dan boleh dibaca oleh semua orang.

Dajjal Boleh Menguasai Syaitan

Dajjal ini juga dinyatakan oleh Rasulullah saw boleh menguasai syaitan hingga dapat menyuruh syaitan-syaitan itu menyamar menjadi ayah dan ibu seseorang untuk mengalabui mata manusia supaya manusia menyembahnya.


Wajib Melarikan Diri Dari Dajjal

Sabda Nabi Muhammad, jikalau kita mendengar mengenai Dajjal maka kita hendaklah melarikan diri darinya. Kerana ada sebahagian orang yang merasa beriman dan mahu melawan Dajjal itu, tetapi setelah ia berjumpa Dajjal itu maka ia kemudiannya tertipu juga oleh Dajjal itu.


Jajahan Dajjal

Dajjal akan pergi kesetiap rumah dan negeri kecuali negeri Mekah dan Madinah.


Kekuatan Fitnah Dajjal

Sabda Nabi Muhammad lagi, Tiada fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.


Adakah Hadis Dajjal Simbolik?

Tetapi, siapa sebenarnya Dajjal itu? Sehingga kini orang yang disifatkan oleh hadis nabi Muhammad saw itu masih belum kelihatan, adakah hadis-hadis tersebut bersifat simbolik atau kiasan sahaja.


Kajian

Jika di teliti hadis mengenai tanda hari kiamat seperti rantai yang putus dan peristiwa-peristiwa yang berlaku yang merupakan tanda seperti manik-manik yang terhurai selepasnya itu, saya merasa mungkin dajjal itu sudah ada.


Apakah Amerika Dajjal?

Namun adakah dia Negara Amerika seperti yang dinyatakan oleh orang banyak atau yang selain dari itu.


Kajian Pergerakan Dajjal

Apabila kita kaji mengenai pergerakan Dajjal, kita akan dapati bahawa Dajjal itu boleh bergerak dengan cepat sekali. Iaitu seperti hujan ditiup angin.

Namun perkara ini jika lebih diteliti adalah agak tidak begitu tepat pada maksudnya.


Maksud Hadis Kepada Simbolik Lebih Hampir

Mungkin Dajjal yang dimaksudkan ini adalah bersifat simbolik sahaja. Kerana adalah rumit pada fikiran kita jika seorang lelaki boleh pergi kepada semua manusia yang seramai 6 bilion orang ini dalam masa yang serentak untuk memelihara kepercayaan orang ramai terhadapnya.

Ia mestilah pergi kepada setiap satu kumpulan bergilir-gilir atau mungkin ia akan pergi ke setiap rumah bergilir-gilir.

Jika ia pergi kesetiap rumah secara bergilir-gilir, maka mungkin jika ia mengambil masa dalam 15 minit sebuah rumah untuk mempersembahkan godaannya. Maka ia akan mengambil masa yang lama barulah akan habis.

Kerana 1 jam ada 4 kali 15 minit. Satu hari ada 96 kali 15 minit. Manakala satu tahun ada 35040 kali 15 minit.

Penduduk dunia ini dianggarkan seramai 6 billion orang. Katakanlah jika di dunia ini cuma ada 6 ratus juta buah rumah. Maka jika 6 ratus juta buah rumah bahagi 35040 berjumlah 17123.28767 tahun.

Jadi untuk menggoda seluruh penduduk dibumi ini dengan pergi ke rumah-rumah adalah suatu perkara yang mustahil.

Itupun kalau ia pergi kemerata dunia tanpa rehat. Tanpa makan minum dan tanpa tidur.



Jadi tentu Dajjal ini akan menyuruh pengikutnya yang lain agar ia akan dapat menguasai dunia lebih cepat.
Perkataan Ka Fa Ra Di Mata Dajjal
Namun timbul pula masalah, kenapa Nabi Muhammad saw menyatakan bahawa semua orang akan terlihat matanya yang buta sebelah itu dan melihat perkataan Kaf Fa Ra di antara matanya itu. Jika pengikut-pengikut dajjal dikira dajjal, maka adakah semua pengikutnya itu akan ditulisi perkataan kaf fa ra di antara mata mereka. Namun jika dajjal berbentuk alat, maka Tulisan yang ditulis pada alat seperti TV lah yang lebih hampir pada tafsiran sebenar.

Selain itu, kenapakah ia tidak mampu menutupi matanya yang buta sebelah itu, walaupun dengan kaca mata. Atau dengan pembedahan pelastik. Ataupun menutup perkataan Kaf Fa Ra itu walaupun hanya dengan pembalut luka dan sebagainya.

Perkara ini bagi saya seperti simbolik. Apa yang Nabi Muhammad saw ceritakan itu nampaknya seperti menceritakan sesuatu yang lain.

Mudah-mudahan kita semua diberi hidayat oleh Allah swt agar apa yang saya simpulkan ini hampir kepada kebenaran,

Saya berpendapat apa yang nabi ceritakan itu adalah lebih mirip kepada alat yang amat banyak yang lebih kurang sama bentuknya di antara satu sama lain seperti Television.


Adakah Dajjal itu TV?

Perkara ini menjadi satu persoalan kepada saya apabila membaca hadis bahawa kelajuan Dajjal itu umpama hujan yang ditiup angin. Bukankah pancaran TV juga laju seperti Hujan ditiup angin.


Kemudian selain itu Dajjal juga ada membawa dua lembah surga dan neraka, yang mana lembah syurga berupa air tetapi sebenarnya ialah api neraka dan lembah api penuh sengsara yang sebenarnya adalah lembah air iaitu syurga yang sebenarnya. Bukankah rancangan TV itu banyak menyiarkan perkara-perkara hiburan yang sebenarnya maksiat. Dan menyiarkan Berita yang menyebabkan kita menangis tetapi menimbulkan keinsafan dan kesadaran.

Oleh itu apabila kita lihat dan berfikir keadaan Dajjal yang cacat dan bermata satu itu, adakah Dajjal itu boleh menyesatkan banyak orang Islam yang rata-ratanya bahkan hampir semuanya mengetahui bahawa Allah itu sempurna dan tuhan itu tidak pernah serupa dengan makhluk.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda,

Bahawa Allah swt hanya akan dapat dilihat selepas kita meninggal dunia.

Maka kita akan dapat mempastikan bahawa Dajjal itu bukanlah orang.
Jika Perkataan Ka Fa Ra Di Lihat
Lebih-lebih lagi dengan perkataan Ka fa ra yang tertulis di antara dua matanya yang boleh dibaca oleh semua umat Islam itu.

Maka tentulah jika dia muncul di hadapan orang Islam, Dajjal itu atau pengikutnya akan dibaling dengan batu oleh anak-anak kecil atau ditangkap.

Kerana rata-rata umat Islam tahu perkataan kaf fa ra’ itu adalah bererti bukan Islam.

Bahkan orang yang tidak atau amat jarang bersembahyangpun akan marah jika dia dikatakan kafir.

Jadi biar apapun zamannya perkataan tersebut akan dikenali oleh umat Islam dan apabila melihat perkataan itu di muka seseorang, maka mereka tentu akan tidak terpedaya.
Dajjal masih diikuti walaupun diketahui menipu

Namun walaupun Nabi Muhammad saw mengatakan semua umat Islam tahu perkataan tersebut, tetapi masih juga mereka sembah Dajjal itu apabila Dajjal itu keluar.
Kenapakah umat Islam masih terpedaya walaupun mereka tahu Dajjal itu kafir?

Adakah kerana ibu bapanya dihidupkan semula oleh Dajjal maka merekapun mahu menyembahnya?

Tapi adakah Dajjal perlu menghidupkan semua ibu bapa orang yang telah meninggal?

Atau memberikan makanan bagi semua orang yang tidak ada harta?

Jika begitu maka masa yang diambil oleh Dajjal ini untuk menggoda akan menjadi terlalu lama lagi.

Dan bagaimanakah ia akan memelihara kepercayaan semua orang yang telah digodanya ini dalam masa yang lama itu.

Pada saya jawapannya adalah 50 - 50. kerana saya berpendapat hadis hadis mengenai Dajjal ini adalah hadis-hadis yang simbolik.

Saya berpendapat, Dajjal itu besar kemungkinan ialah TV atau alat Dajjal atau kiblat kepada Dajjal yang sebenarnya.

Hadis-hadis yang disabdakan mengenainya mungkin bertujuan kerana Allah swt ingin menguji Iman umat Islam.


Kenapa Rupa Dajjal Hanya Disebut Simbolik

Penulis berpendapat, mudah-mudahan Allah mengampuni penulis jika salah, Allah swt sebenarnya hendak memberikan peluang dan kesempatan pada Dajjal dan Iblis untuk menggoda manusia.


Atau yang lebih penting mungkin kerana Allah hendak menutupi apa sebenarnya alat untuk Dajjal menggoda manusia itu, agar Syaitan atau musuh-musuh Islam atau Dajjal itu sendiri tidak terfikir bagaimana cara mencipta atau mencari alat tersebut sehinggalah masanya tiba.


Alasan Kuat TV Adalah Dajjal

Kenapa saya mengatakan TV itu berkemungkinan besar Dajjal atau Peralatan Dajjal ialah:

1. Lebih banyak rancangan TV itu dusta dan tidak baik termasuk berita dan juga sokan. Adakah sukan yang anda lihat tidak terlepas dari rasuah?

2. Buku-buku yang dusta ( Majalah, komik, Novel ) adalah haram kerana melalaikan dan tidak berfaedah, Musik adalah haram, Gambar adalah haram ditayangkan jika bukan bermaksud kebaikan dalam hukum syarak, lebih-lebih lagi jika gambar itu bergerak. Oleh itu jika dicampurkan semua itu dalam satu, maka hukum haramnya adalah berganda-ganda.

3. TV bermata satu sama seperti Dajjal bermata satu.

4. TV dengan mudah boleh mengambarkan dan membawa apa saja, sama seperti Dajjal yang diriwayatkan membawa lembah. Jika manusia biasa yang membawa dua lembah ke mana saja ia pergi tentu orang akan hairan.

5. Tv dengan mudah menghidupkan orang yang mati dengan melihatkan orang-orang yang mati hidup seperti orang lain. Tetapi mereka tidak hidup. Sebenarnya yang ada hanyalah bayang-bayang yang ada di dalam kaca TV.

6. TV juga dengan mudah mempengaruhi seseorang dengan rancangan yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan kekayaan, tetapi yang sebenarnya hanya seorang atau dua orang sahaja yang akan dapat nanti dari rancangan tersebut.

7. Kecepatan rancangan TV amat cepat datangnya kepada seluruh umat manusia jika ada siaran langsung. Kelajuan ini benar-benar seperti bumi dilipat sehingga melebihi kelajuan apa-apa bendapun yang bergerak.

8. Rancangan TV juga boleh diterima orang serentak dalam satu masa dan datangnya dari atas satellite, sama seperti kelajuan Dajjal yang dinyatakan seperti hujan yang ditiup angin. Jika Dajjal ini berupa manusia maka adalah mustahil ia mempunyai kelajuan untuk pergi kesetiap rumah dalam masa serentak.

9. Rancangan TV kebanyakannya disiarkan oleh orang kafir. Oleh itu perkataan yang tertulis di hujung sebelah kanan atau kiri TV selalunya tertulis dengan perkataan yang berjarak. Maka tentunya akan dikenali sebagai milik orang bukan Islam walaupun bukan tertulis Ka Fa Ra.

10. TV amat memberikan kesan melalaikan manusia, menjadikan manusia berubah dari baik kepada buruk, terutama pada kanak-kanak.

11. Keadaan orang melihat TV seperti keadaan orang menyembah berhala. Ada yang ketawa, menangis, marah pun ada bahkan bermacam-macam lagi. Orang ketawa ialah orang yang melihat maksiat, oleh itu mereka ketika itu sedang meminum air dari api neraka. Orang menangis ialah orang yang Insaf, jika rancangan yang mereka lihat itu tiada maksiat seperti berita, maka mereka boleh diibaratkan seperti meminum api yang sebenarnya ialah Syurga.

12. Kenderaan yang diceritakan dinaiki oleh Dajjal adalah sama seperti gambaran satellite yang berada diangkasa.

Oleh itu telinga yang berukuran 30 hasta sebagai pancaindera kenderaan dajjal adalah alat untuk menerima pancaran daripada bumi. Bukannya telinga itu bermaksud sayap kapal terbang seperti dakwaan sesetengah ilmuan Islam pada masa ini. Tetapi Telinga itu ialah Telinga Satelit.

13. Setiap negeri telah mempunyai stesyen TV satellite. Oleh itu hampir semua rumah-rumah didunia ini telah mempunyai alat penerimaan rancangan TV satellite.

14. TV ialah alat canggih dan ajaib yang boleh memberikan gambar dan suara yang hampir sama keadaannya dengan anak lembu emas yang boleh mengeluarkan suara ciptaan Samiri semasa menyesatkan kaum Bani Israel di zaman Nabi Musa a.s.

15. Berkemungkinan TV akan diharamkan di Mekkah dan juga Madinah selepas mengetahui ianya adalah Dajjal. Allahu ‘Alam. Ketika ini muzik dan Wanita sudah difatwakan haram disiarkan di TV oleh ulama Tanah Suci. Allahu Akbar. Bukankah Dajjal itu tidak akan dapat memasuki Makkah dan Madinah. Selain itu Orang-orang yang bukan Islam juga tidak dapat memasuki makkah dan Madinah. Allahu Akbar.




Satellite service providers gather video signals from programming sources and then beam the signals to an orbiting satellite. The satellite broadcasts the signals back down to Earth. Your satellite dish acts as an antenna, capturing the signal and sending it to your set-top box.



16. Banyak orang telah menganggap mereka tidak boleh hidup jika tidak ada TV di rumah mereka. Perkara ini sama seperti menganggap TV itu seperti tuhan. Na`u dzu billahi min dzalik.

17. Dalam satu riwayat menyatakan bahawa dajal itu bermata hijau dan keras seperti kuku, sama seperti TV yang bermata kaca yang keras seperti kuku.


Bahaya TV

1. TV lebih bahaya dari realiti. Kerana seseorang itu tidak segan silu lagi melihat dan mendengar perkara yang haram di hadapan TV berbanding dengan melihat yang haram dihadapan orang banyak.

2. Dosa melihat rambut wanita. 1 helai rambut sudah 1 dosa. Jika 1000 helai sudah jadi 1000 dosa, jika melhat dalam masa 1 jam sudah jadi beribu-ribu dosa. Jika melihat 10 wanita pula dalam rancangan itu, maka dosa sudah menjadi berpuloh-puloh ribu atau beratus-ratus ribu.

3. Setiap kali TV disiarkan, samada rancangan dakwah atau maksiat, bahkan sebelum azan muzik juga ikut berkumandang. Muzik adalah dan siraman air kemunafiqan. Sila lihat Fatwa Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan Brunei Fatwakan dalam buku Islam dan Muzik

4. TV menjadi alat hawa nafsu, dan menjadikan orang baik menjadi kurang baik, orang yang kurang baik menjadi tidak baik, orang yang tidak baik menjadi bertambah jahat.

5. TV menjadi alat Dajjal menggoda manusia untuk lebih mementingkan dunia. Hidup dengki mendengki, menunjuk-nunjuk dan lain-lain

6. TV menjadikan orang bukan Islam kaya raya. Seperti rancangan nyanyi yang di SMS

7. TV sebenarnya menjadikan orang Islam semakin lemah mundur dan miskin.

8. TV menjadikan orang Islam takut mati.

9. TV menjadikan orang Islam semakin lupa kepada Allah Subhanahu wata'ala.

10. TV alat barat untuk menipu umat Islam.

11. TV alat barat untuk melariskan barangan yang tidak berfaedah dan tidak penting.

12. TV menjadikan fikiran kurang bertenaga untuk berfikir dan kurang mampu untuk mengingat sesuatu.

13. TV adalah sama seperti patung anak lembu ciptaan Samiri yang menyesatkan kaum bani Israel.


Nasihat Rasulullah saw Apabila Kita Melihat Atau Bertemu Dajjal

Rasulullah saw pernah menasihatkan untuk sering membaca surah al-Kahfi atau membaca ayat 1 hingga 10 surah al-Kahfi sebagai ayat pelindung dari fitnah Dajjal.

Kenapa 10 ayat Surah al-Kahfi?

Ada orang bertanya, kenapakah ayat-ayat tersebut mampu untuk melawan fitnah Dajjal yang amat dahsyat itu?

Jika di ikut logiknya, jawapannya ialah Dajjal itu sebenarnya telah ada di dalam rumah kita dan kita telah lama tertipu olehnya.

Oleh itu sering-seringlah membaca ayat 1 hingga sepuluh surah al-Kahfi agar fikiran kita menjadi bijak untuk memilih mana yang benar dan tidak dari Peti TV Ajaib itu kerana dalam ayat ke 10 terdapat doa iaitu:


ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا

Tafsirnya : Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami


Dari tafsir ayat ini kita dapat memahami kenapa ianya di sarankan oleh Rasulullah untuk dibaca sewaktu berjumpa dengan Dajjal ialah agar kita sentiasa terpimpin dalam minda kita untuk sentiasa mengikut ugama yang benar dan tidak terpesong dari sebarang apa pun jua jalan yang salah.

Khatam al-Qur’an 40 Hari

Selain itu Nabi Muhammad saw juga menyuruh umatnya agar mengkhatamkan 30 juzuk al-Qur’an dalam masa 40 hari.

Jika lebih 40 hari tidak khatam, bermakna orang itu dalam keadaan lalai.

Apabila lalai, maka mudahlah orang itu diperdayakan oleh Syaitan.


Solat Fardhu Berjemaah Setiap Waktu

Rasulullah saw juga memerintahkan kita agar sentiasa solat fardhu berjemaah di masjid. Barang siapa yang solat bersendirian ia akan mudah diganggu shaitan, seperti serigala menunggu mangsanya apabila mangsanya itu terbiar sendirian.

Oleh itu untuk menghindari Dajjal, kita hendaklah:-

1. Sering membaca awal surah al-Kahfi 1 hingga 10, sebagai doa.

2. Sentiasa solat fardhu berjemaah, dan sebagai penjaga pergaulan.

3. Mengkhatamkan al-Qur’an sekurang-kurangnya 40 hari sekali. Sebagai penjaga pemikiran.



Nasihat Penulis

Penulis juga ingin turut menasihatkan agar pembaca-pembaca berawas-awas dengan TV.

1. Jangan melihat tv sambil makan atau minum atau pelahankan suaranya sehingga anda tidak mendengarnya jika anda sedang minum atau makan.

Kerana kesan bunyi boleh memberikan kesan pada makanan yang dimakan.

2. Dan jangan sesekali melihat rancangan hiburan, kerana rancangan hiburan itu melalaikan dan merupakan langkah-langkah Syaitan.

3. Dan jangan pula banyak melihat rancangan sukan yang mendedahkan aurat, walaupun aurat kaum sejenis. Kerana ia tetap haram.

4. Jangan biarkan TV atau radio bersiaran apabila anda mahu tidur.

5. Lihat TV untuk mendengar berita atau pelajaran sahaja.

6. Jangan lihat berita jika pembacanya ialah wanita, jika perlu juga dengar suara saja dan palingkan mata pada tempat lain dan tutup TV atau kecilkan suaranya setelah selesai berita .

7. Saya juga menyarankan agar mana-mana pihak dapat mengwujudkan suatu siaran Radio dan TV yang tidak mendendangkan muzik sebelum dan selepas berita atau sebelum dan selepas ceramah di siarkan.

8. Stesen itu juga hendaklah tidak ada gambar-gambar atau tayangan yang berbentuk maksiat yang tidak boleh ditatapi oleh semua orang Islam.

Seperti drama-drama yang semuanya sentiasa ada penipuan. Nama juga lakonan dan pelakon atau aksi atau actor atau eksyen, yang sama ertinya dengan penipu dan penipuan. Allahu A’lam.
Penutup

Penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kerana membaca tulisan penulis. Mudah-mudahan ia baik untuk kita semua dan mudah-mudahan Allah swt sentiasa memimpin kita di jalan yang diredhaiNya.

Persoalan dan perbincangan mengenai Dajjal ini saya sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimat agar perkara yang amat penting ini sama-sama dapat ditatapi bersama.

Bukan kerana hendak membuat kacau tetapi kerana merasa kewajipan dan juga amar ma’ruf dan Nahi mungkar yang merupakan amalan fardhu kifayah yang mesti dilaksanakan oleh barang siapa yang berkelayakan membuatnya selagi keperluan masih ada.

Oleh itu saya seru kepada diri saya dan juga sesiapa yang membaca risalah ini agar dapat menyampaikan risalah ini kepada sesiapa jua yang di kenali untuk menyempurnakan fardhu kifayah yang besar pahalanya ini.

Saya juga mengingatkan agar janganlah risalah ini disalah ertikan sebagai suatu yang mengacau keamanan dan kehormonian.

Selain itu tujuan menghadapkan risalah ini juga bukanlah untuk mengatakan saya lebih baik. Namun sebenarnya hanya untuk mendapatkan kesimpulan yang baik dan seterusnya memberikan peringatan kepada umat mukminin, Kerana Firman Allah swt. Dalam surah al-dzariyat ayat 55 hingga 58 bermaksud:

Dan berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada kaum mukminin. Dan tidak aku( Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah) Dan Aku( Allah) tidak berkehendak dari mereka rezeki dan tidak Aku kehendaki mereka memberi Aku (Allah) makan. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan lagi yang Maha Kukuh Kekuasaan-Nya

Mudah-mudahan Allah swt akan memberikan hidayatnya kepada saya dan kita semua agar apa yang saya katakan ini mendekatkan kita semua kepada kebenaran. Sekian, yang baik adalah dari Allah dan yang kurang baik adalah dari sayasendiri. Wallhu Waliyyu al-Taufiq Wa al-Hidayah.

syukran pada penulis..link blog penulis boleh ambik dalam chatbox..tak pun nanti ana letak dalam komen..manual skit..hehe

Tuesday, March 9, 2010

Aku dengan Anak..


~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..ni dia si kecik yang menggeramkan..Aduhai, ana rasa bahagia tengok dia ni..dah la kecik..montel lagi tu..

Dari ana sampai rumah belum lagi keluar jalan2 keliling kampung..al maklumlah..belum puas nak pusing2 dalam rumah.

Lepas result keluar kahmis ni..barulah pengembaraan sebenar akan berlaku..sesungguhnya ana tak tahu apa yang bakal berlaku..HUHU..

Banyak yang berlaku sebenarnya..orang tak perasan. Terasa diri tergoyah sedikit. Iman kita ni takkan kekal kalau tak nak berusaha kekalkan. Insan biasa kan..=(



Sabtu ni, mama tempah ana jadi tukang masak.Tak boleh jalan-jalan. Sedangkan ada reunion sabtu tu..jumaat ana mahu jalan-jalan ke sekolah ambil sijil SPM.

maaf sahabat..ana tak dapat jumpa kalian buat masa ni...

Doakan kita akan berjumpa juga dalam masa akan datang...paling tidak pun dalam majlis walimah ana nanti..kui3..WALIMAH??

Ana saja nak bagi suspend..
Kalau angin tak da..taklah pokok bergoyang..jadi, jangan buat kesimpulan sendiri.Kalau betul ada WALIMAH..nanti ana maklumkan..tapi, entah bila..kita tunggu dan lihat sajalah..Selagi tak de..jangan timbulkan spekulasi.Cewah...tegas kedengarannya.

Asif, teremosi sikit...

Friday, March 5, 2010

Menahan Rasa..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sekejap lagi ana akan menjejakkan kaki ke kampung halaman..jika itu yang diizinkan ALLAH..

tak sabar rasanya nak jumpa Bapa. mama..pdah..adik2..anak2 buah..nenek..joni(seekor rusa)..

Kampung halaman..segala binatang peliharaan..kebun2(macam banyak je)..

Cabaran menantiku di sana..tapi keyakinan ini 100%..ALLAH is BESIDE me..
thank you ALLAH!!
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Seharian membaca buku bertajuk "Yang Sebenarnya"
Hari terasa berlalu begitu pantas. Cerita dari novel ini membuka mataku. Ada juga kisah seperti ini. Kisah yang macam mana?

Yang sebenarnya..ana hanya tertarik pada kegigihan yang dipamerkan oleh watak utama dalam cerita ini. Dia MAMPU untuk melaksanakan sesuatu yang sukar dilakukan oleh wanita biasa.

Bayangkan dia yang berkelulusan UNIVERSITI sanggup berkorban untuk menjaga Kedua IBU BAPAnya dengan bekerja sambilan di sebuah restoran walaupun dia ada kelayakan untuk memohon kerja yang bergaji besar. Ini keluhan pembaca yang sememangnya diingini oleh penulis. Antara konflik yang berjaya ditonjolkan.

Seterusnya, Dhiya iaitu watak utama tadi, daripada menjadi pelayan restoran dia bertekad nak mengusahakan sesuatu yang lebih bererti dalam hidupnya iaitu...menjadi driver vanm budak sekolah!(berertilah sangat..)

Kalau ana..ana takkan terfikir begini..fuh..

Selepas itu, dia didesak oleh Pak Longnya untuk bekerja dengannya. Setelah berjaya termakan pujukan , Dhiya di pejabat PakLongnya bertindak menjadi Heroin dengan menyelesaikan tugasan tertunggak selama 4 bulan dengan bantuan seorang pembantu. Dia berjaya melakukannya dalam masa seminggu..kalo tak silap..yang ada buku ini boleh semak semula..

Selepas itu kemelut demi kemelut datang..biasalah novel..
Kalau tak de kemelut..boring kot..

Ha..lastly..dia yang sebenarnya rapat dengan abang sepupunya, tetiba disatukan atas dasar suka sama suka.

Ada sedikit..yang ana kurang puas hati..
(maaf penulis..bukan nak menjatuhkan..tapi nak menegur sedikit..)

Bukan dalam buku ni saja ana terjumpa ada iktilat yang tak sepatutnya, banyak lagi buku..Cuma, bagi ana mungkin perlu diperbaiki lagi. Iktilat yang ana maksudkan ni bukan ketara sangat, tapi ia tetap mengganggu ketenangan rohani yang harmoni dan menggalakkan keraguan dihati-hati yang mencari keharmonian..

Pertamanya, berpegang tangan.Sentuh - menyentuh. KAlau selepas itu ada sudut yang memberitahu bersentuhan itu salah mungkin tidak akan menjadi masalah. Tapi, jika dibiarkan menjadi daya tarikan anak muda supaya membeli dan membacanya kerana ada unsur romantika..mungkin itu tidak akan menghalalkan cara...

Kedua, antara sepupu lelaki perempuan, masih ada batasan. Masih halal nikah. Tapi tidak dinafikan, seperti adat dalam masyarakat ana pun..sesiapa yang ada hubungan pupu sehingga keturunan yang ke tujuh tidak boleh menikah. Ya,ini juga bukan kebenaran untuk menjatuhkan hukum halal menikah. Ada batasan yang perlu dijaga termasuk aurat.

Ketiga,itu saja kot..ana tahu ia bukan novel islami..tapi kalau tujuannya bukan untuk memberi pengalaman dan pengajaran yang baik..untuk apa novel itu? Terutama bila penulisnya orang ISLAM. Dia sepatutnya mengolah novel itu menjadi sesuatu yang boleh mempromosi islam..barulah ada nilai disisi ALLAH..InsyaALLAH..Dan harus diingat bila yang baik dicampur adukkan dengan yang bathil..maka yang bathil akan menguasai suasana. ISLAM takkan berdiri di atas jahiliah..

Wah..ana nak post benda lain sebenarnya..benda lain pula yang terpost..Tak apalah, nampak berguna perkongsian kali ini.. Ana nak jadi orang yang kritis sikit dari dulu.
Ana meminta maaf jika post kali ini melangkau pemikiran dan menyinggung peminat Buku ni serta karyanya yang lain..Tapi, ana tak menegur novel ini saja..semua novel yang semacam dengannya.

Tuesday, March 2, 2010

Di perangkap Hujan..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Saya memandang sekeliling...Kenderaan lalu lalang..Bunyi yang bingit..bising Titikan hujan di atas atap perhentian bas ;riuh. Orang yang lalu lalang..
saya terpaksa tengok semua ini...

Bukan saya yang mahu..tapi, itulah yang saya kena tengok hari ini...dalam catatan takdir-Nya..

Bagi saya, usaha saya untuk mengangkut barang sebanyak 4 beg, antaranya, beg laptop, beg bagasi, beg kain dan beg setinggi lutut(beg dari nilai square) itu juga bukan kehendak saya. Tapi itulah yang berlaku..

Nak di jadikan cerita...

malam ini, 1 mac, ada mesyuarat Program Jelajah Sabah..saya berusaha bergerak daripada tempat kawan dengan beg2 yang disebutkan di atas untuk ke lokasi..

Alhamdulillah..ALLAH mentarbiah lagi saya pada hari ini...

Bermula dengan ujian beratnya beg2 ni..tapi adanya sahabat2 yang juga menuju ke KL sentral..mereka tolong angkat..Kak Juni dan Baiyah..(Syukran lakuma!)

Di KL Sentral..Duit tak leh dikeluarkan! Kad Bank utama saya bermasalah...
Dengan buat-buat yakin..pegi jugak naik teksi..melayang 13 ringgit..Destinasi..Kerinchi.

Teksi yang saya naik..tak tahu pula nak pergi ke alamat yang saya bagitahu..Tension dah..sampai di depan St. Universiti..SAya berhenti..risau sesat, terpksa bayar extra..tinggal 4 ringgit jak duit di tangan masa tu.

Tawakal...

Turun di jejalan untuk ke Perhentian Bas..saya blurr..masa tu tak nampak Tempat perhentian yang sebenar, maksud saya yang ada tempat duduk..

Saya terpaksa berdiri. Memikul laptop. Di depan saya, bagasi yang berdiri, dan beg kain yang semakin kuyup.Hujan kan??..

Di tepi kanan saya beg tinggi(entah apa namanya..)..Juga dah basah , bertakung lagi air di atasnya..

Terharu saya..(macam biasa)..

Belakang saya pasar malam...ramai org..
antara peristiwa yang berlaku..

1. Ada seorang budak cina meminjam payung dari seorang pak bangla yang juga tercengang mlht hujan lebat berhampiran tempat saya berdiri. Lalu, beg galas budak cina ni dia letak di depan saya. Dia minta saya tengok. (budak cina lah sangat, macam student IPTA jak)

Dia tahan teksi depan saya...tiga lagi kawan dia tunggu 3 meter di sebelah kiri saya.. Dia dapat tahan teksi, trus bagi payung pada pemiliknya, n ambik beg di depan saya sambil ucap terima kasih dalam bahasa om puteh. Terus berlalu rakan-rakannya...

Saya tengok saja. Berfikir. Adakah itu ilham untuk tahan teksi..cuma..laptop tak leh kena hujan..takkan nak letak atas lantai dulu..kang basah, tak pun kena kebas orang..Tak pelah..Redha..Menyedari diri seorangan.


2.Peristiwa datuk mengambil cucunya yang kudung tangan kiri dari bas sekolah...Ada nilai sentimen yang terjentik dalam sanubari..

3. Peristiwa Hp habis bateri...hampir lemah semangat..

Banyak juga yang berlaku sepanjang hampir dua jam berdiri dalam keadaan menahan diri dari biasan hujan yang melenjunkan bahagian belakang jaket..seluar..saya rasa macam tengah mandi sungai. Basah!Berdiri di bawah atas dah..cuma biasan hujan tu tak dapat elak..

Akhirnya, saya selamat sampai ke Rumah Borneo selepas azan Isyak...KAk Jita Ambik saya..(syukran banyak2 kak!..)

Selepas menarik nafas lega, isi perut, bersiap untuk ke meeting...

Alhamdulillah...
Sebenarnya, saya faham apa yang sepatutnya berlaku selepas mengangkat barang2 yang berat ke atas jasad saya. Tak Apa..Tarbiyah..Cuma lepas ni, kena elak sangat2..

Cukup lah setakat ni..nak cerita tu je sebenarnya..KAlau ada manfaat ambil..kalau tiada manfaat..tiada apa2 yang berlaku..tapi bagi saya ada. Banyak manfaat dia.muhasabah sebenarnya..

kesimpulannya, jgn mrh pd hujan. dia hamba mcm kita juga.Malah ia kategori rezeki. Hujan lambang rahmat, terkadang lambang musibah dan azab..Mama pernah cerita, di kampung sekarang tak ada hujan!Jadi..Belajar bersyukur itu lebih utama...

Walau hujan perangkap kita..hujan tidak bersalah..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...