Wednesday, February 3, 2010

Sakit VS Syukur

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

"Dia jatuh di tangga tadi...!,"

"Dia tak sedarkan diri pagi tadi!"

"Ana tertelan serpihan tulang.."

Alahai sahabat-sahabat ku sayang, ujian ini adalah untuk kalian. Untuk kami mungkin selepas ini. Kalian orang yang terpilih menerima yang sebegini.

Nikmat sihat dan sakit tidak sama

Masa sihat, kita kurang nak jaga kesihatan. Begitu pula, masa sakit, kita teringin nak sihat. Jadi bagi mencapai kita betul-betul bersyukur. masa tak sakit, jaga kesihatan.

Ana melihat ramai sangat yang menerima ujian ini. Ana teringat ketika disyaki memiliki penyakit paru-paru. Ha...lagi la selambe. Ana dulu tak sah kalau tak demam+selesema. Anti bodi masa tu lemah sangat. Tak hairanlah, ana digelar tembam sebab selalu berselera makan. Kenapa? makan vitamin B banyak sangat. Multivitamin la. Masalah betul.

Sampai satu tahap, ana bosan jumpa doktor.

Cerita pasal sakit lagi. Ana pernah menunjukkan lagak berani memecahkan kepala. menghantuk tiang flat guru. Bukan apa, ana main tarzan masa tu. Hose yang tergantung di ampaian rumah berjuntai ke bawah. Nampak macam akar-akar kayu, kata tarzan. Maka, masa menunjuk lagak tarzan terhantuk dan dihempap lagi oleh kakak-kakak yang masa tu juga nakal macam adiknya ni.tambahan seorang kawan, merangkap jiran.

Maka, bila dah begitu, selepas terhantuk bertubi-tubi, ana buat lawak lagi, gosok-gosok kepala. Sekali kilas, tangan ni berdarah. Apa lagi, nangis lah. ngeri kot.basah baju.

Tu hantukan kedua. yang pertama lagilah sampai pengsan. Ana jatuh dalam parit. Haha. Lucu pula. Yang pertama ni masa tu nak pegi sekolah, kebetulan ada tamu. mama join sekali pegi sekolah. Ana jalan songsang. undur belakang.Tak faham gak kenapa jalan kebelakang, bukan kedepan. sekali salah pijak. Ana tak tahulah ana jatuh macam manakan...mungkin macam gimnastik belakang tu kot.

Kedua-dua kemalangan dapat jahitan.Ana yang hyper aktif jadi slow selepas itu.

^_^ Dah2..

Moral value kita, setiap penyakit yang kita hadapi, sekadar menguji sama ada kita bersyukur atau tidak..betulkan??

betullah..

Cerita ni ada kaitan yang hidup dan belum mati.he..ambiklah mana-mana yang bermanfaat. mana tau kalau dah dapat anak, depa teringin nak main tarzan macam ana, halanglah. Ari tu bapa ana larang, cuma lembut sangat. So, lepas ni, halang tegas-tegas.Moga dapat jadi parent yang baik.Be..

Ok..hidup tenang dengan ketaatan.Jom taat!

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...