Saturday, February 27, 2010

Belum Bebas...

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=a)

Exam telah berlalu ...

Kini kerja yang ada selain kerja hiliran , ana hanya menghitung hari untuk berangkat ke Sabah.

Seputar masa dalam satu Semester ini, ana tercari-cari sebab dan alasan untuk mengukuhkan statement "ana dah banyak sumbangan untuk orang lain, untuk keluarga ,untuk masyarakat, untuk agama.."

Tapi macam tiada...

Umur dah hampir 20 tahun...sayunya masih tak banyak sumbangan..

Satu petang , ex-class mate ana di SEMAI telefon untuk menbuat temu janji mengambil sijil SPM di SEMAI. Ada satu ungkapan yang ana terkesan dari buah-buah perkataannya..

Dia kata," Aku mahu ambil Sijil tu sebelum terlambat, takut tak sempat. Mana tau Aku kena repeat.."

REPEAT..

Risau gak ni..bukan apa, masa dalam cuti ada beberapa bulan, kalau repeat..risau3..Ana doakan kejayaan semua...Maka doakan ana jua..

Nampaknya..ana belum bebas lagi..


QADA QADAR ALLAH..

"terimalah kenyataan..."

" Jangan SAlahkan TAKDIR"

" Ini Ujian Untuk Anda,"

Apa pun yang bakal berlaku, itulah yang telah tercatat di LUh Mahfuz. Siapalah kita nak mempertikaikan takdir. Cuma selagi perkara-perkara sebegitu terjadi, kita masih ada peluang untuk meminta ihhsan ALLAH supaya kita dijauhkan daripada kesakitan. TAPI, jika kita tetap terkena kesakitan tersebut...YAKINLAH...ITULAH TARBIYYAH ALLAH!

Baru-baru ini ana hiba mendengar berita sedih dari beberapa sahabat. Dan kali ini mereka adalah insan yang paling tabah. Menerima kenyataan dengan tenang dan penuh pasrah.


Barakallahu Fiikum!

Ya sahabat...kehidupan bukan tempat untuk bergembira sepanjang masa, tapi untuk merasa semua perasaan. Ana doakan antum semua kuat...mungkin ana jua akan alami perasaan itu..saat itu doa antum juga ana perlukan..

Sesungguhnya, ukhuwah itulah pengubat duka selepas Pencipta Duka..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...