Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Berat fikiranku memikirkan akan hal ini... Pertunanganku akan berlangsung minggu depan.
Aku masih di awangan..betulkah keputusan yang telah ku buat ini?
Aku berasa lapang namun berdebar..tiada hujah yang membuatkan aku mennolak pinangan keluarga itu. Aku diberitahu anaknya itu sekepala denganku..aku tak berapa faham sangat. NAmun, bila diselidiki, dia agak kolot..kata mamanya..terlalu memilih..dia mahu mamanya mencari seseorang yang menitikberatkan akan hal-hal islamik.
Aku ni begitu ke?
Wallahu a'lam..tapi, aku sendiri mahukan pasangan yang ada agama. Bukan paras muka. Berkata mengenai paras muka, aku sendiri masih belum melihat gambar bakal tunanganku. Biarlah...dan Aku memang dahagakan tarbiyah. Moga-moga dia dapat menghilangkan kehausan ini...
Kata orang..tunang ni medium untuk kita mengenali pasangan kita lebih dekat. NAmun, aku tidak menyokong sangat perkara ini..malah sebenarnya, aku lebih suka mempercepatkan pernikahan..Tapi, takut juga dilabel gatal..dan tak sabar..susah-susah..
***
Hari pertunangan
"Wah..bakal menantu mak ni ayu berpakaian begini..," usik bakal mertuaku sambil menyarungkan cincin. Cincin itu tersarung jua..hampir menitis air mataku..kini aku menjadi tunangan orang..
Fasa pertunangan berlaku dengan pantas..
Aku langsung tidak mengangkat wajah. Malu, segan..semua ada. Inilah yang akan dilalui oleh semua orang.
***
Istikharah tidak putus-putus walaupun sudah menjadi tunangan orang. aku tahu bertunang bukan sesuatu yang pasti.
Malam itu juga aku bermimpi..seorang lelaki bertemu denganku dan menyerahkan sebuah al Quran. Dia mengucapkan terima kasih kerana menerimanya..tapi wajahnya tidak begitu jelas..aku terjaga..
Aku beristighfar..mainan tidur ni bukan bleh dipercaya sangat.
***
Tetiba satu hari tu..aku teringin nak berjalan-jalan ke taman permainan. teringat pada sahabat-sahabatku..
Mereka boleh dikatakan tergolong dalam kumpulan manusia yang komited dengan dakwah..Aku juga dalam kalangan mereka, walaupun kini aku di sini..ruh dakwah masih melingkar dalam qalbuku.
Nak kata ukhuwah antara kami sangat erat, tiada masalah antara kami yang antara kami tak tahu..sampai sekarang pun, berita pertunanganku telah tersebar, dan semua menanti kad kawin dariku...malah ada yang mendoakan aku mendapat sahabat seperjuangan..dah lama aku aminkan..cuma, ALLAH maha Berkehendak..
Ana tak tahu sangat pasal tunangku ini...
Tapi bila dengar kata-kata ibuku, dia adalah ustaz ..No komen..patutlah di label kolot..Hm..kesian dia..
***
"Ingat senang ke buat kerja dakwah ni sampai enti boleh datang lewat?," Satu mesyuarat tergempar membuatkan aku kecut dimarahi didepan semua exco.
"Maaf, saya ada masyaqqah..tapi demi tidak mengulangi kesilapan, saya rela dihukum selagi hukuman itu tidak menyalahi syarak!," tegas kata kata itu keluar dari mulutku.
"OWh, baiklah..selepas ini, enti dihukum untuk beristighfar 10 000 kali. Sanggup buat?," Ketua itu keluarkan arahan.
"Baik."
"Duduk. ok semua, ini bukan dikhususkan kepada ukhti yang terlambat ni, tapi untuk peringatan bersama. Kita mengerjakan dakwah bukan suka-suka. Sekali lagi , kita yang melakukan kerja dakwah ini perlu serius dalam setiap tindakan kita. Biarpun kita tahu dakwah ini tidak akan terhenti sehingga kiamat, tapi kita perlu lakukan yang terbaik selagi kita hidup.Inilah jihad kita.
Semua ini adalah pengorbanan..Berkorban menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. (Al-Taubah: 111)
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu… (Al-Taubah: 24)
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah.. (Al-Taubah: 120)
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)
Dengan ini kalian memahami apakah yang dimaksudkan setiap kali kita melaungkan:
“Mati di jalan Allah adalah cita-cita utama kami.”
"Satu lagi..bila menjadi orang yang membawa seruan kepada ISLAM, kita perlu terkehadapan didalam semua aspek..paling penting hubungan kita pada ALLAH, manusia dan alam ini amnya..
Ibadah kita sebegai penggerak bukan seperti insan biasa...Kita kena bermujahadah. Jangan ikut telunjuk nafsu. Akhlak kita juga perlu menghampiri tahap paling baik walau tidak sempurna..Rasulullah telah menjadi qudwah kita..hanya ikut apa yang digariskan oelh Baginda..."
"Oleh kerana selepas ini, kita semua akan terpisah, maka ana harap semua dapat meneruskan dakwah islamiah di tempat masing-masing..."
Itulah kata-kata terakhir Ketua Dakwah itu sebelum membincangkan hal yang sepatutnya.
Aku termotivasi..namun, entah adakah itu akan kekal dijadikan pengajaran.
Selepas 3 minggu berada di rumah..barulah aku rasakan, yang berdakwah ni bukan mudah jika dilakukan secara seorang-seorang. Bila ada orang masuk meminang,aku mendapat idea, asal dia boleh terima diriku, melihat islam itu tinggi dan mendalaminya dan mengamalkannya..cukup bagiku..dan dialah mangsaku untuk dijadikan perisai..semasa berdakwah dalam masyarakatku..
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Haj: 78)
Allah dah suruh dalam surah ini...tidak boleh tidak perlu menyahutnya..barulah dikatakan bersyukur..
***
"Abang tak tahu pulak yang sayang ni aktif di kampus...yang abang tahu sayang ni pelajar UIA saja. Yang sangat sibuk dengan pelajaran..," buah hatiku memandang wajahku dengan pandangan lembut. Kini, dihadapan ku ini bukan lagi orang luar..dia sah menjadi pelindungku dua hari lepas..
"Tak pelah bang...sekarang dah tahu..oklah tu..," Aku membalas pandangannya.Tangan ku ligat menaip sesuatu...kekok sebenarnya..
"Dakwah di sini memerlukan kita, abang bersyukur mendapat sayang. ALLAH makbulkan doa abang selama ini. Abang perlukan seorang serikandi yang boleh menemani abang di setiap langkah penuh berduri dalam menuju redha ALLAh..dan semua ciri-ciri sayang ada dalam doa itu. Abang terus sujud syukur selepas sayang menerima cincin pertunangan dulu. Dan abang kagumi kesabaran sayang semasa tempoh pertunangan.
Walaupun abang tak cari, sayang juga tak tercari-cari..abang sengaja uji sebenarnya. Abang nak tengok, sama ada sayang ni jenis yang menjaga ikhtilat atau tidak."
"Tapikan..sayang tak nak tahu ke, abang kenal sayang dari siapa?," tetiba persoalan itu disebutnya. Dia menarikku supaya merapati dirinya. Aku meleretkan senyuman. "Nak2.."
"Abang terbaca blog sayang sebenarnya...abang tak tahu kenapa abang tertarik sangat dengan pemilik blog itu. Abang tengok kat profil, orang negeri jugak..Oklah..terus buat siasatan..dan sampai satu ketika, sayang dok cerita pasal keluarga dalam blog..abang ambik setiap maklumat yang ada...tu yang bleh sampai maksud tu..Dalam masa yang sama..abang tidak pernah putus-putus berdoa supaya ALLAH tunjukkan jalan..Akhirnya..muncul jua serikandi Mujahidah muslehah di depan mata abang. Alhamdulillah.."
Aku bersyukur sebenarnya. Yalah...selepas ini, aku berteman untuk meneruskan perjuangan di tempat sendiri. Dia sangat-sangat bersemangat selepas aku menyatakan impianku, mengislahkan masyarakat. Dia memang sudah terlibat dalam medan dakwah...
MEngikut persepakatan bersama..kami akan ke pondok untuk sama-sama mengaji menambah ilmu untuk bekalan dakwah..sekali setiap bulan di KElantan. Aku beruntung mendapat suami sepertinya. Doakan ikatan ini kekal hingga ke syurga.
Buat para pejuang ALLAH..berdoalah dari sekarang, moga dapat seorang yang mencintai ALLAH dan komited& faham pada ilmu dan dakwah..Cuma, sebelum itu, teruslah mengejar cinta ALLAH..yang hakiki..semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH!
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment