Musim SMAC datang lagi..
Kesibukan rakan-rakan sekampus yang mengambil bahagian sama ada menjadi peserta atau urusetia sangat kelihatan. Bagi mereka yang bermain, bermain setiap petang, berlatih lah katakan. Nak buat yang terbaik. Bagi yang mengurus...pening kepala nak pastikan ia berlangsung dengan baik.
Bersukan bukanlah satu yang dilarang dalamm Islam. Malah ia sangat baik untuk memantapkan kesihatan(jika dilakukan dengan betul), dan mampu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama seislam.
Bila berkata tentang perlawanan...sering kali ditafsirkan sebagai persaingan. Dan acap kali juga diertikan sebagai 'lawan dengan musuh'. Adoi...inilah yang akhirnya menjadi pertikaian dan seterusnya bertukar kepada pergaduhan.
Isu lain ketika SMAC...bila dikatakan kita bersukan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..bukan membawa makna membolehkan antara lelaki dan perempuan bergaul secara bebas. Contoh, dua orang ni adalah atlit untuk persatuan !@#$. Seorang lelaki dan perempuan. Di gelanggan mereka sewenang-wenangnya saja berkepit di mana-mana kerana mereka adalah satu persatuan.
Begitu juga, kalau dalam hal penyokong. Bukankah penyokong ini mesti terdiri daripada lelaki dan perempuan? dalam satu-satu perlawanan, mesti ada terdapat penyokong yang berkumpul atas nama satu persatuan, mulalah duduk rapat antara lelaki dan perempuan , berbual-bual sesama sendiri antara lelaki dan perempuan seolah mereka dibenarkan buat sedemikian.
Saya tidak alami sendiri macam mana SMAC ini, dan saya optimis perkara ini adalah amat diambil serius oleh urusetia. Mereka sedaya upaya membendung pergaulan bebas ini mencemarkan suasana sukan yang dilaksanakan dalam bentuk yang Islami. Tahniah buat mereka.
Begitu juga , isu berkaitan dengan aurat. Tidak kira lelaki atau perempuan, kita boleh mengenakan pakaian yang selesa untuk bersukan asalkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syarak...Jangan anggap ISLAM ini leceh. Segelintir masyarakat berfikiran begitu, malah, dalam kalangan pelajar sendiri pun ada yang berfikiran sedemikian. Islam tak salah apa-apa..memandangkan ia agama yang bersifat Rabbaniah..agama dari ALLAH..cuma kita sebagai penganutnya, tugas kita meningkatkan kefahaman mengenai ILMU AGAMA barulah kita faham kenapa Islam menetapkan had-had pemakaian seperti itu.
Akhirnya mengenai, kalah dan menang. Konsep pertandingan ini sama sahaja dalam peperiksaan. Bila kita cukup persediaan kita mudah mendekati kemenagan, namun jika sebaliknya kita mudah untuk jadi kalah.
Di sebalik persediaan itu, haruslah ada pergantunagan dengan ALLAH..bukan dalam hal-hal solat , belajar saja kita perlu meletakkan pergantunagn harap pada ALLAH, dalam sukan juga begitu. Islam kan agama yang SYUMUL, tidak ada istilah pemisahan agama dan kehidupan. sukan adalah kehidupan. DAn menghadapai kemenangan dan kekalahan tadi adalah latihan untuk mengaplikasikan rukun iman yang terakhir..'Beriman pada Qadha' dan Qadr'..bila kita kalah selepas kita dah berusha, maka kita menjadi sedar..yang berkuasa menentukan kemenangan dan kekalahan hanya ALLAH, menjadikan kita insan yang redha.
Kita beralih sedikit kepada isu bola sepak antara kelantan dan N. Sembilan baru-baru ini. Apa yang berlaku sebenarnya kita serahkan pada ALLAH, tapi, kalau nak tengok dari sudut moralnya, tidak sewajarnya kita berlebih-lebihan dalam hal seperti ini. Bila mengalami kekalahan kita bertindak menunjukkan yang kita terlalu kecewa atau tidak puas hati. Sedangkan kita perlu ingat, apa yang berlaku telah ditetapkan oleh ALLAh. Moga ada hikmah disebalik insiden ini. Ambil mana yang baik dan tinggalkan yang buruk. Jangan terpengaruh dengan budaya orang PUTIH!
Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan adalah...dalam menjalani kehidupan, biarlah ia dilakukan dengan penuh rasa kehambaan dan membawa kepada peningkatan Iman kepada-Nya.Saya pasti semuanya mengharapkan redha ALLAH, oleh itu buktikan kemahuan anda itu dengan menjaga batasan syariat yang telah ditetapkan!
Cetusan hati:
Teringat ketika menyertai pertandingan 800m dulu..nikmat menjadi johan menjadi kenangan terindah dalam bidang ini.
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment