Thursday, November 26, 2009

Rest!


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)






Dua malam yang lepas ,ada satu ceramah mengenai pengurusan masa oleh Amin Idris. Alhamdulillah...ceramah tu menepuk diri saya supaya sedar..masa itu tidak ternilai. Memanglah kalau dengar tajuk ni agak bosan, tapi...sebagai manusia yang kurang serba- serbi...tambahan pula seorang pelupa..adalah sangat baik kalau kita mengulang kaji ataupun mendengar semula ceramah ini.

Sampai satu tahap..mula-mula nak dengar ceramah, jadi pula niat nak jadi macam penceramah, seorang motivator.

Ceramah itu anjuran MRC(Mahallah Reprresentative Committee), iaitu sahabat-sahabat saya semuanya. Mereka yang berharap saya hadir. Kesian pula kalau tidak menyahut jemputan. Setiap hari sebelum ceramah itu berlansung, sahabat saya berulang alik ke RMDD, jumpa orang itu, jumpa orang ini. Sibuk sangat-sangat dan semua itu menyebabkan dia penat.MOga dapat ganjaran di sisi-Nya!^_^



Selepas mendengar ceramah, selepas mendengar leteran, selepas mendengar suruhan...Jadi, giliran kita untuk menyahut cabaran itu...iaitu berubah. Tindakan ataupun respon itu sepatutnya positif bukan negatif dan pasif! Bukan semua orang mampu memotivasikan dirinya. Tapi perlu difikirkan bahawa setiap yang kita lakukan natijahnya kembali kepada diri kita sendiri bukan orang lain. Jadi berubah sebab nak jadi lebih baik itu pilihan anda...

Renunglah maksud dalam Surah Al - Asr..(1-3)

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...