Friday, November 27, 2009

Nukilan Aidiladha..


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih mengurniakan diri ini kesempatan untuk melihat dunia. Walaupun kita tahu, dunia ini adalah penjara bagi orang beriman..walaupun diri masih berasa banyak kelemahan, tapi mencari iman yang sahih adalah perkara yang wajib diperjuangkan...

Tatkala ini, diri ini berada jauh dari keluarga...kesedihan itu telah lama lali di dalam kalbu. Kalau pun ada adalah baik dipendam. Diri ini suka menyahut seruan ALLAH untuk berjalan melihat alam ciptaanNya..Bukan untuk berseronok tapi bagi menambah nilai iman dan taqwa kepada-Nya.

Kini, kaki ini telah memijak dunia nyata bumi Kelantan. Serambi Mekah selain di Acheh...betapa terharunya...rezeki ALlah yang tidak terhingga..Alhamdulillah..
Ingin diri ini berkongsi apa perasaan mendapat restu ke negeri ini..bermula dengan restu ayahanda..keluarga dan sahabat2 lain..yang mengajak ke rumah mereka pada mulanya.

Diri ini begitu terasa disayangi oleh semua. Syukran..banyak2..Setiap khabarku di tanya...nikmat ukhuwah fillah yang tidak ternilai..

Ada sesuatu yang diriku tercari-cari dibumi Kelantan ini...namun jika dikira agak banyak..dan besar-besar belaka. Cuma sebagai insan biasa. angan-angan itu dipendam dan diadukan pada ALLAH. Biarkan masa jadi penentu.

Aduhai diri ini, kenapa kau lupa ALLAH lebih memahami dirimu?

Adapun larangan untuk memijakkan kaki ke negeri ini satu gurauan...dan amaran..Namun, ALLAH lebih tahu tujuan hambaNya. Segala puji hanya bagiNya!

Segala gurauan itu menjadi pemanis ukhuwah, segala ancaman itu penambah keimanan..tawakal pada ALLAH..bukan mudah2 mendapat nikmat..
Semoga diri ini tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur..

Ya ALLAH..ada sesuatu yang menguji diriku sejak kebelakangan ini..Hamba-Mu yang hina dan lemah ini memohon petunjuk dariMu...selamatkanlah hambaMu ini dari kembali kepada kekufuran. Sesungguhnya, itulah seburuk-buruk tempat kembali di dunia..HambaMu ini memohon agar setiap langkah ini mendapat redhaMu...hambaMu ini serba jahil..kecuali yang Engkau kurniakan sebagai pengetahuan..

Terkenang saat bermula penghijraan ini..
HambaMu ini tiada berharap selain bantuanMu...janganlah Engkau tarik semula nikmat itu..

Panjang harapan diri ini agar menjadi HambaMu yang mengharap CINTA-Mu dan Mendapatnya..di dunia dan Akhirat..Hanya Engkaulah yang benar-benar memahami diriku.

Banyak kewajipan di depan mata. Allahlah yang tahu berapa banyaknya. As Syahid Hasan Al- Banna pernah menukilkan...'Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada..'..terbukti bukan diri ini seorang yang merasainya.

Bila tersedar kembali, banyaknya masa digunakan untuk dipenuhi, bukan melaksanakan amanah..betapa pedihnya perasaan ini. Nurani memberontak..Ya ALLAH..terimalah taubatku..Kekalkanlah diriku dalam keadaan yang sedar..Dunia ini adalah penjara..bagi mereka yang menginginkan keredhaan Mu..bagi mereka yang mengharapkan Kasih sayangMu..dan segala yang Baik datang dari Mu jua..

Tercetus di hati ini mengenang saat Nabi bersusah payah mengembangkan ajaran ISLAM..kini, Ummat yang mengaku ummat baginda bersusah payah menjatuhkannya! Apakah itu balasan kita pada Kekasih ALLAH ini?
Yang pasti...kesedaran dari setiap hati yang membaca adalah bukti ketidakrelaan ISLAM dipijak2. Tindakan jualah puncak kesungguhan kita.
Apalah nilai kehidupan ini jika hanya memenuhi keinginan hati yang bertuhankan nafsu dan iblis laknatullah..?

Nukilan ini merupakan permulaan sesuatu yang telah lama bermula dalam episod kehidupan diri ini..

Inilah jalanku..
Al Quran dan As Sunnah dusturaini..
Ar Rasul Qudwati
Al Jihad Sabili
AsSyahid mauti..

Redha ALLAH melebihi segalanya.
Moga ALLAH memberi TAUFIQ dan HIDAYAH-Nya pada Kita SEMUA!
ALLAHU AKHBAR!

walaupun erti pengorbanan itu begitu mendalam...diri ini memilih untuk berkorban..Jika itu sahaja pilihan yang ADA..

Thursday, November 26, 2009

Rest!


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)






Dua malam yang lepas ,ada satu ceramah mengenai pengurusan masa oleh Amin Idris. Alhamdulillah...ceramah tu menepuk diri saya supaya sedar..masa itu tidak ternilai. Memanglah kalau dengar tajuk ni agak bosan, tapi...sebagai manusia yang kurang serba- serbi...tambahan pula seorang pelupa..adalah sangat baik kalau kita mengulang kaji ataupun mendengar semula ceramah ini.

Sampai satu tahap..mula-mula nak dengar ceramah, jadi pula niat nak jadi macam penceramah, seorang motivator.

Ceramah itu anjuran MRC(Mahallah Reprresentative Committee), iaitu sahabat-sahabat saya semuanya. Mereka yang berharap saya hadir. Kesian pula kalau tidak menyahut jemputan. Setiap hari sebelum ceramah itu berlansung, sahabat saya berulang alik ke RMDD, jumpa orang itu, jumpa orang ini. Sibuk sangat-sangat dan semua itu menyebabkan dia penat.MOga dapat ganjaran di sisi-Nya!^_^



Selepas mendengar ceramah, selepas mendengar leteran, selepas mendengar suruhan...Jadi, giliran kita untuk menyahut cabaran itu...iaitu berubah. Tindakan ataupun respon itu sepatutnya positif bukan negatif dan pasif! Bukan semua orang mampu memotivasikan dirinya. Tapi perlu difikirkan bahawa setiap yang kita lakukan natijahnya kembali kepada diri kita sendiri bukan orang lain. Jadi berubah sebab nak jadi lebih baik itu pilihan anda...

Renunglah maksud dalam Surah Al - Asr..(1-3)

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Tuesday, November 24, 2009

Termakbul...

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)



Berat fikiranku memikirkan akan hal ini... Pertunanganku akan berlangsung minggu depan.
Aku masih di awangan..betulkah keputusan yang telah ku buat ini?
Aku berasa lapang namun berdebar..tiada hujah yang membuatkan aku mennolak pinangan keluarga itu. Aku diberitahu anaknya itu sekepala denganku..aku tak berapa faham sangat. NAmun, bila diselidiki, dia agak kolot..kata mamanya..terlalu memilih..dia mahu mamanya mencari seseorang yang menitikberatkan akan hal-hal islamik.

Aku ni begitu ke?
Wallahu a'lam..tapi, aku sendiri mahukan pasangan yang ada agama. Bukan paras muka. Berkata mengenai paras muka, aku sendiri masih belum melihat gambar bakal tunanganku. Biarlah...dan Aku memang dahagakan tarbiyah. Moga-moga dia dapat menghilangkan kehausan ini...

Kata orang..tunang ni medium untuk kita mengenali pasangan kita lebih dekat. NAmun, aku tidak menyokong sangat perkara ini..malah sebenarnya, aku lebih suka mempercepatkan pernikahan..Tapi, takut juga dilabel gatal..dan tak sabar..susah-susah..

***

Hari pertunangan

"Wah..bakal menantu mak ni ayu berpakaian begini..," usik bakal mertuaku sambil menyarungkan cincin. Cincin itu tersarung jua..hampir menitis air mataku..kini aku menjadi tunangan orang..

Fasa pertunangan berlaku dengan pantas..

Aku langsung tidak mengangkat wajah. Malu, segan..semua ada. Inilah yang akan dilalui oleh semua orang.

***

Istikharah tidak putus-putus walaupun sudah menjadi tunangan orang. aku tahu bertunang bukan sesuatu yang pasti.

Malam itu juga aku bermimpi..seorang lelaki bertemu denganku dan menyerahkan sebuah al Quran. Dia mengucapkan terima kasih kerana menerimanya..tapi wajahnya tidak begitu jelas..aku terjaga..

Aku beristighfar..mainan tidur ni bukan bleh dipercaya sangat.

***

Tetiba satu hari tu..aku teringin nak berjalan-jalan ke taman permainan. teringat pada sahabat-sahabatku..

Mereka boleh dikatakan tergolong dalam kumpulan manusia yang komited dengan dakwah..Aku juga dalam kalangan mereka, walaupun kini aku di sini..ruh dakwah masih melingkar dalam qalbuku.

Nak kata ukhuwah antara kami sangat erat, tiada masalah antara kami yang antara kami tak tahu..sampai sekarang pun, berita pertunanganku telah tersebar, dan semua menanti kad kawin dariku...malah ada yang mendoakan aku mendapat sahabat seperjuangan..dah lama aku aminkan..cuma, ALLAH maha Berkehendak..
Ana tak tahu sangat pasal tunangku ini...
Tapi bila dengar kata-kata ibuku, dia adalah ustaz ..No komen..patutlah di label kolot..Hm..kesian dia..

***

"Ingat senang ke buat kerja dakwah ni sampai enti boleh datang lewat?," Satu mesyuarat tergempar membuatkan aku kecut dimarahi didepan semua exco.

"Maaf, saya ada masyaqqah..tapi demi tidak mengulangi kesilapan, saya rela dihukum selagi hukuman itu tidak menyalahi syarak!," tegas kata kata itu keluar dari mulutku.

"OWh, baiklah..selepas ini, enti dihukum untuk beristighfar 10 000 kali. Sanggup buat?," Ketua itu keluarkan arahan.

"Baik."

"Duduk. ok semua, ini bukan dikhususkan kepada ukhti yang terlambat ni, tapi untuk peringatan bersama. Kita mengerjakan dakwah bukan suka-suka. Sekali lagi , kita yang melakukan kerja dakwah ini perlu serius dalam setiap tindakan kita. Biarpun kita tahu dakwah ini tidak akan terhenti sehingga kiamat, tapi kita perlu lakukan yang terbaik selagi kita hidup.Inilah jihad kita.

Semua ini adalah pengorbanan..Berkorban menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. (Al-Taubah: 111)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu… (Al-Taubah: 24)

Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah.. (Al-Taubah: 120)

Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)

Dengan ini kalian memahami apakah yang dimaksudkan setiap kali kita melaungkan:

“Mati di jalan Allah adalah cita-cita utama kami.”


"Satu lagi..bila menjadi orang yang membawa seruan kepada ISLAM, kita perlu terkehadapan didalam semua aspek..paling penting hubungan kita pada ALLAH, manusia dan alam ini amnya..


Ibadah kita sebegai penggerak bukan seperti insan biasa...Kita kena bermujahadah. Jangan ikut telunjuk nafsu. Akhlak kita juga perlu menghampiri tahap paling baik walau tidak sempurna..Rasulullah telah menjadi qudwah kita..hanya ikut apa yang digariskan oelh Baginda..."

"Oleh kerana selepas ini, kita semua akan terpisah, maka ana harap semua dapat meneruskan dakwah islamiah di tempat masing-masing..."

Itulah kata-kata terakhir Ketua Dakwah itu sebelum membincangkan hal yang sepatutnya.
Aku termotivasi..namun, entah adakah itu akan kekal dijadikan pengajaran.

Selepas 3 minggu berada di rumah..barulah aku rasakan, yang berdakwah ni bukan mudah jika dilakukan secara seorang-seorang. Bila ada orang masuk meminang,aku mendapat idea, asal dia boleh terima diriku, melihat islam itu tinggi dan mendalaminya dan mengamalkannya..cukup bagiku..dan dialah mangsaku untuk dijadikan perisai..semasa berdakwah dalam masyarakatku..

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Haj: 78)

Allah dah suruh dalam surah ini...tidak boleh tidak perlu menyahutnya..barulah dikatakan bersyukur..


***

"Abang tak tahu pulak yang sayang ni aktif di kampus...yang abang tahu sayang ni pelajar UIA saja. Yang sangat sibuk dengan pelajaran..," buah hatiku memandang wajahku dengan pandangan lembut. Kini, dihadapan ku ini bukan lagi orang luar..dia sah menjadi pelindungku dua hari lepas..

"Tak pelah bang...sekarang dah tahu..oklah tu..," Aku membalas pandangannya.Tangan ku ligat menaip sesuatu...kekok sebenarnya..

"Dakwah di sini memerlukan kita, abang bersyukur mendapat sayang. ALLAH makbulkan doa abang selama ini. Abang perlukan seorang serikandi yang boleh menemani abang di setiap langkah penuh berduri dalam menuju redha ALLAh..dan semua ciri-ciri sayang ada dalam doa itu. Abang terus sujud syukur selepas sayang menerima cincin pertunangan dulu. Dan abang kagumi kesabaran sayang semasa tempoh pertunangan.

Walaupun abang tak cari, sayang juga tak tercari-cari..abang sengaja uji sebenarnya. Abang nak tengok, sama ada sayang ni jenis yang menjaga ikhtilat atau tidak."

"Tapikan..sayang tak nak tahu ke, abang kenal sayang dari siapa?," tetiba persoalan itu disebutnya. Dia menarikku supaya merapati dirinya. Aku meleretkan senyuman. "Nak2.."

"Abang terbaca blog sayang sebenarnya...abang tak tahu kenapa abang tertarik sangat dengan pemilik blog itu. Abang tengok kat profil, orang negeri jugak..Oklah..terus buat siasatan..dan sampai satu ketika, sayang dok cerita pasal keluarga dalam blog..abang ambik setiap maklumat yang ada...tu yang bleh sampai maksud tu..Dalam masa yang sama..abang tidak pernah putus-putus berdoa supaya ALLAH tunjukkan jalan..Akhirnya..muncul jua serikandi Mujahidah muslehah di depan mata abang. Alhamdulillah.."

Aku bersyukur sebenarnya. Yalah...selepas ini, aku berteman untuk meneruskan perjuangan di tempat sendiri. Dia sangat-sangat bersemangat selepas aku menyatakan impianku, mengislahkan masyarakat. Dia memang sudah terlibat dalam medan dakwah...

MEngikut persepakatan bersama..kami akan ke pondok untuk sama-sama mengaji menambah ilmu untuk bekalan dakwah..sekali setiap bulan di KElantan. Aku beruntung mendapat suami sepertinya. Doakan ikatan ini kekal hingga ke syurga.



Buat para pejuang ALLAH..berdoalah dari sekarang, moga dapat seorang yang mencintai ALLAH dan komited& faham pada ilmu dan dakwah..Cuma, sebelum itu, teruslah mengejar cinta ALLAH..yang hakiki..semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH!

Tuesday, November 17, 2009

Ayah, kau memahamiku jua ..

Selepas penat melayan kerenah adik-adik junior tadi, sahabatku melintasi kami dan menyerahkan HP kepadaku.

"tadi bapa Gmah kol.."

'Ha...baru ayah nak kol..hehe', cetus ku dalam hati...

selepas itu aku bergegas membeli makanan dan kembali ke bilik..sejurus masuk ke dalam bilik, aku baru teringat yang aku belum menghubungi sahabat seorang tu..jadi aku terus mesej dia ...sampai lupa, nak kol ayah semula.

hm..nak dijadikan cerita..aku anak yang agak nakal. Ayah kata semacam ni, aku buat semacam yang lain...tapi ku yakini, apa yang ku buat telah mengikut takdir dan perancangan ALLAH. Ayah dah pesan begitu, aku buat begini..macam mana ayah tak risau.

Cuma, bila ayah mengatakan yang dia tak kisah aku nak buat apa asalkan masa depan tak terjejas dan tidak terganggu...dia serahkan kepada ku untuk membuat keputusan. Ini adalah kata-katanya yang paling membahagiakan jiwa remaja seperti aku. Hm...

"pa', ponsikou ne ki..insya ALLAH , anakmu ini tidak akan menghampakan harapanmu..!"

Dan kesihatanku juga merisaukan beliau. Beberapa hari lepas, aku banyak mengadu pada mak..sakit sana, sakit sini..tapi..mama tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu...berjela-jela pesanannya...antaranya, jangan lewat tido, jangan mandi lewat malam, makan kena 'on time'...dsbg.

tengah dok termenung..HP ku di kol lagi oleh ayah.

"Assalamualaikum pa..hehe.."

"Wa'alaikumussalam..dah dapat kredit?"

alamak..rupanya permintaanku dua hari lepas hari ni baru beliau tunaikan..rasa bersalah dah..

"tangan kiriku pantas melihat HP yang satu lagi..num khas untuk famili kol, maxis. Ada mesej dan dalam mesej ada num topup..alhamdulillah..

"Dah2..tenkiu pa.."

"tu 5 ringgit jak tu..teda yang sepuluh ringgit..kedai tu habis stok"

"ok..."hm..aku da topup semalam..tak pelah, buat bekalan..aku minta sebab..duit saku di bank da samakin kritikal sebab aku 'upgrade' degree spek..sori banyak pa..


Cuma, aku bangga dapat bapa macam ni..antara pesanan dia..

"Dah sembuh dari demam ka?tulah minum air banyak. Tidur kena jaga..makan biar cukup..tak kisahlah kalau duit tak da untuk makanan bagitahu jak, nanti bapa usahakan. .."

"ok PA..macam mana famili sana..ok?si NAna pulang bila tu?" aku hilang idea, tukar tajuk plak..

"19 hb kunun dia bilang tu...,bah ada lagi ka yang ko mau cakap ni?"

"teda lagi mungkin ni..bah kirim salam jak semua..ha pasal spek sya suda buat PA..hilang juga seratus..nda pa kan??"

"Nda pa..apa boleh buat keperluan ..bah, nanti ada rrezeki bapa kirim lagi duit.Tunggu jak. Balik mana nanti raya ni?"

" ntah pa..nanti saya fikir..balik johor macam malas..stay sinii mama angkat pok pulang rumah dorang..aisy segan2.."

"bah utamakan kesihatan..dan keselamatan.k, bah ada lagi?"

"k, teda..kasi doa jak saya di sini ar..bye pa..assalamualaikum,,poinsikou ne..kawagu."

"bah.."

Akhir kalam antara kami dihabiskan dengan ucapan salam..
tulah ayah ..dia ssangat concern..alhamdulillah..pernah dia kata..kalau nak cari menantu bapa pilih yang macam bapa ni..penyayang..time tu kami semua buat aksi menyampah..tapi dalam hati betullah..pada anak dia yang satu ni..dia jarang marah..sebab kat umah budak baik.Yang lain pun dia takkan marah..kalau marah pun time ada buat salah dan berbentuk kata2 bukan tengkingan..n kejap lagi dia pujuk semula.hm..bila jauh2 ni jak jadi berdikari sendiri..kadang2 buat keputusan tanpa keluarga..LAtihan kehidupan ..bagiku itu normal.

SAmpai satu masa..aku akan memiliki keluarga sendiri..takkan setiap keputusan perlu ditanya pada orang tua..dan



Apapun...ayah aku adalah yang terbaik..lama dah nak ucap benda ni..tak terucap..



Tiit..!

Bunyi mesej masuk. Aku melihat sekilas.

1 message received.

Aku menekan butang ' show'


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Thursday, November 12, 2009

Apa yang kita cari sebenarnya ada di sini...

Salam ukhwah,

Sebuah renungan...

Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu akan
membentuk hati-hati mereka, nescaya mereka
akan menghargai HPA.

Sekiranya mereka tahu perangai anak-anak mereka
terbentuk dari makanan yang dimakan, tentu mereka
akan memperjuangkan produk HPA.

Sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih
berharga dari emas dan batu permata, nescaya mereka
akan mencari herba dan penawar.

HPA menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda.
HPA juga menawarkan makanan harian yang halal dan
toyibba untuk suapan anda.

HPA meneroka produk yang dahulunya kita tak ada alternatif,
sekarang dah ada Radix Fried Chicken. Ia bukan sekadar cerita
ayam goreng. Ia adalah kisah dan simbolik perjuangan.

Sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika, gaya hidup
amerika. Orang kita meniru hampir ke semua budaya uncle sam
ini. HPA datang membawa perubahan. Tinggalkan budaya orang
lain, mari berbangga dengan hidangan kita. Ia bukan sekadar
cerita halal saja. Lebih dari itu, ia lebih baik, lebih berkhasiat
dan lebih mengingatkan insan pada Tuhan yang mencipta manusia
dan Tuhan yang juga mencipta ayam.

Orang berniaga, HPA juga berniaga tanpa riba. Bukankah Allah
mengisytihar perang pada pengamal riba. Tidakkah anda rasa nak
tolong syarikat yang menjalankan perniagaan. Tak terpanggilkah
kita untuk berperang dengan sistem riba, kerana sistem ribalah
ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau.

Di HPA, perniagaan dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian
ahli-ahli HPA. Tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya. HPA
mengekalkannya sehingga ke hari ini, tanpa riba, tanpa berperang
dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.

Sekiranya kita tidak menyambut tangan HPA ini, fikir-fikirkan lah. Apa
sumbangan kita pada ekonomi umat islam.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan kita yang masih belum mengenali
HPA. Boleh copy dan paste ke blog atau emel.


Kumpulan Raihan juga telah turut serta bersama HPA, bagaimana
dengan rakan, sahabat dan teman kita yang lain?

==> http://jamalmajlis.blogspot.com/2009/11/persembahan-raihan-dalam-kpj-di-hotel.html

"Wahai orang orang yang beriman! Mahukah kamu Aku
tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan
kamu daripada azab yang pedih?
Kamu beriman kepada ALLAH dan Rasulnya dan berjihad
dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi
kamu jika kamu mengetahui.
Nescaya Allah mengampuni dosa dosamu dan memasukkan
kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai
dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga 'Adn.
Itulah kemenangan yang agung"
-Surah As-saff (61:10-12)

--
Sumber daripada/Emel daripada:

Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
WP Putrajaya, Malaysia
Email: muhamadredza@gmail.com
Hphone: 019-3093956
YM: rayz_2006


Berfikir dan bertindak itu tugas anda!^_^
http://www.duniaherba.net

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Monday, November 9, 2009

SMAC

Musim SMAC datang lagi..

Kesibukan rakan-rakan sekampus yang mengambil bahagian sama ada menjadi peserta atau urusetia sangat kelihatan. Bagi mereka yang bermain, bermain setiap petang, berlatih lah katakan. Nak buat yang terbaik. Bagi yang mengurus...pening kepala nak pastikan ia berlangsung dengan baik.

Bersukan bukanlah satu yang dilarang dalamm Islam. Malah ia sangat baik untuk memantapkan kesihatan(jika dilakukan dengan betul), dan mampu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama seislam.

Bila berkata tentang perlawanan...sering kali ditafsirkan sebagai persaingan. Dan acap kali juga diertikan sebagai 'lawan dengan musuh'. Adoi...inilah yang akhirnya menjadi pertikaian dan seterusnya bertukar kepada pergaduhan.

Isu lain ketika SMAC...bila dikatakan kita bersukan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..bukan membawa makna membolehkan antara lelaki dan perempuan bergaul secara bebas. Contoh, dua orang ni adalah atlit untuk persatuan !@#$. Seorang lelaki dan perempuan. Di gelanggan mereka sewenang-wenangnya saja berkepit di mana-mana kerana mereka adalah satu persatuan.

Begitu juga, kalau dalam hal penyokong. Bukankah penyokong ini mesti terdiri daripada lelaki dan perempuan? dalam satu-satu perlawanan, mesti ada terdapat penyokong yang berkumpul atas nama satu persatuan, mulalah duduk rapat antara lelaki dan perempuan , berbual-bual sesama sendiri antara lelaki dan perempuan seolah mereka dibenarkan buat sedemikian.

Saya tidak alami sendiri macam mana SMAC ini, dan saya optimis perkara ini adalah amat diambil serius oleh urusetia. Mereka sedaya upaya membendung pergaulan bebas ini mencemarkan suasana sukan yang dilaksanakan dalam bentuk yang Islami. Tahniah buat mereka.

Begitu juga , isu berkaitan dengan aurat. Tidak kira lelaki atau perempuan, kita boleh mengenakan pakaian yang selesa untuk bersukan asalkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syarak...Jangan anggap ISLAM ini leceh. Segelintir masyarakat berfikiran begitu, malah, dalam kalangan pelajar sendiri pun ada yang berfikiran sedemikian. Islam tak salah apa-apa..memandangkan ia agama yang bersifat Rabbaniah..agama dari ALLAH..cuma kita sebagai penganutnya, tugas kita meningkatkan kefahaman mengenai ILMU AGAMA barulah kita faham kenapa Islam menetapkan had-had pemakaian seperti itu.

Akhirnya mengenai, kalah dan menang. Konsep pertandingan ini sama sahaja dalam peperiksaan. Bila kita cukup persediaan kita mudah mendekati kemenagan, namun jika sebaliknya kita mudah untuk jadi kalah.

Di sebalik persediaan itu, haruslah ada pergantunagan dengan ALLAH..bukan dalam hal-hal solat , belajar saja kita perlu meletakkan pergantunagn harap pada ALLAH, dalam sukan juga begitu. Islam kan agama yang SYUMUL, tidak ada istilah pemisahan agama dan kehidupan. sukan adalah kehidupan. DAn menghadapai kemenangan dan kekalahan tadi adalah latihan untuk mengaplikasikan rukun iman yang terakhir..'Beriman pada Qadha' dan Qadr'..bila kita kalah selepas kita dah berusha, maka kita menjadi sedar..yang berkuasa menentukan kemenangan dan kekalahan hanya ALLAH, menjadikan kita insan yang redha.

Kita beralih sedikit kepada isu bola sepak antara kelantan dan N. Sembilan baru-baru ini. Apa yang berlaku sebenarnya kita serahkan pada ALLAH, tapi, kalau nak tengok dari sudut moralnya, tidak sewajarnya kita berlebih-lebihan dalam hal seperti ini. Bila mengalami kekalahan kita bertindak menunjukkan yang kita terlalu kecewa atau tidak puas hati. Sedangkan kita perlu ingat, apa yang berlaku telah ditetapkan oleh ALLAh. Moga ada hikmah disebalik insiden ini. Ambil mana yang baik dan tinggalkan yang buruk. Jangan terpengaruh dengan budaya orang PUTIH!

Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan adalah...dalam menjalani kehidupan, biarlah ia dilakukan dengan penuh rasa kehambaan dan membawa kepada peningkatan Iman kepada-Nya.Saya pasti semuanya mengharapkan redha ALLAH, oleh itu buktikan kemahuan anda itu dengan menjaga batasan syariat yang telah ditetapkan!



Cetusan hati:
Teringat ketika menyertai pertandingan 800m dulu..nikmat menjadi johan menjadi kenangan terindah dalam bidang ini.




Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...