Friday, July 3, 2009

Bila sampai masanya...



INI post yang pernah ana post dulu..
n ketika ini amat wajar ana post benda ni. Ana bukan nak promosi tapi berkongsi. Ana berpendapat kalau boleh hal(baitul muslim) ini akan jadi satu medium yang paling kukuh untuk mantapkan pergerakan dakwah. Hujahnya, dia bukan lagi berdakwah sorang2..tapi berdua atau bertiga atau bertambah lagi ...

Apa yang ana merepak dalam ni...adalah wakil hati ana, ...Ana bukan suka2 letak benda ni..adalah tujuannya..salah satunya, nak gtau yang ana tetap akan melalui saat itu dan ALLAH bagi peluang kepada sesiapa untuk memilih siapa2..

Ada orang pesan, sebelum mengharap sesuatu yang baik, pastikan diri adalah yang terbaik untuk menghasilkan natijah yang paling baik..

Bila ada post ni...jangan dok perli ana ye..ana dah tolong luahkan sebahagian isi hati kalian jugak dalam ni...hehe

Hayati maksud tersirat sajak ni...n yang ana merepak lagi lepas tu..nature tu, ana memang suka merepek, kalau bleh buat kerepek dah lama bleh jual..





Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya




semua wanita muslimah akan terdetik kata seperti dalam sajak ini


Ana sememangnya pernah ditegur, soal kahwin-kahwin ni kalau masih belajar, jangan fikir dulu. Sapa yang tegur? bapa ana sendiri. Mungkin orang lain-lain pandangan, tapi ana ...beginilah..kecuali Allah nak tetapkan ana kahwin awal.


Ana lebih suka berjuang sendiri buat masa ni. Bukan bermaksud ana ni menolak soal munakahat ni, tapi bagi ana bab-bab begini agak rumit untuk difikirkan sekarang.

Dan, mungkin ana perlu tulis apa yang ana harapkan dari satu perkahwinan nanti.


Rasa meluat nak baca?


Kalau rasa begitu, tak payah baca post ini...


Ana dalam famili seorang gharibah, dan semestinya ana perlukan gharibnya.


Tapi untuk menjadi algharib ana, ana berharap dia satu fikrah dengan ana, seorang yang komited dengan dakwah dan gerak kerja islamiyah. Boleh pertahankan pendirian ana.


Antara maksud lain komited dengan dakwah ini...


Maksudnya, dia sanggup menetap di sabah kalau dia bukan orang Sabah. Bukan kerana ana, tapi kerana Allah. Kalu dia orang Sabah, insya Allah masalah akan kurang sikit.


Bukan apa, ini untuk masa depan dakwah di Sabah dan untuk menjaga hati orang tua ana. Ana dalam hal ini(keibubapaan) agak pentingkan diri.



Ana dalam proses nak blajar di semenanjung ini, ana dah bertekad akan menyumbangkan tenaga untuk dakwah di Sabah. Sebagaimana kehendak keluarga dan masyarakat. Ada lagi sebab yang tidak perlu ana jelaskan di sini kenapa mesti menetap di Sabah.

[Jadi senanglah ayahbonda bermanja bila mereka dah tua nanti].


Selain itu, algharib ni mesti bersedia terima keadaan diri ana seadanya. Ana ada banyak kekurangan. Ana harap kekurangan itu bukan satu masalah yang harus menjadikan baitulmuslim yang terbina huru hara. Itu risiko memilih ana. Dalam masa yang sama, dia perlu tegas. Ana ni kadang-kadang pandai naik kepala. Jadi bimbinglah ana dengan baik penuh berstrategi.


Al gharib ni kenalah kuat mental dan semestinya fizikal juga,sebab...masyarakat ana ni...kental dari segi pegangan adat. Jadi dalam strategi dakwah untuk mereka nanti mesti yang sesuai...Asasnya mesti...pandai ambil hati, hormat orang tua, berakhlak mulia,kena nampak 'educated'. Dan yang lain boleh dibincang kemudian.


Ana ada ramai adik beradik yang perempuan. kena sedia juga. Kadang-kadang ana tak dapat kawal sorang-sorang. Bantuan algharib ni diperlukan juga dalam hal ini. Anak perempuan ni susah nak dikawal.


Kenapa ana kata perlu kuat dari segi fizikal? Sebabnya, dalam suasana masyarakat ana yang belum maju-maju itu, amat releven lah untuk bermandi peluh di kebun-kebun atau di ladang-ladang. Kerja-kerja membersih kebun itulah hobi bapa ana. Jadi...kalau nak banyak masa nak kenal bapa ana ni, boleh pegi kebun dengan dia, petang-petang gitu. Bapa ana pun keja pejabat juga. kebun ni hobi dan keperluan sebenarnya, untuk ana dan adik beradik.



Apa lagi?

Ada satu fahaman yang perlu diperbetulkan dalam pemikiran orang kampung ana. Tapi, ana akan ambik usuluddin untuk tujuan itu, insya Allah.


Cuma... kelebihan dari segi material algharib tu amat penting untuk menjalankan proses dakwah. Hakikatnya begitulah.


Sekali lagi, pengetahuan agama algharib ni mesti mencukupi untuk menjadi murobbi anak-anak nanti.


Masya Allah, ana rasa seperti berangan-angan lepas tulis semua ni, tapi...ana rasa lebih tenang sebab. Ana tak nak perasaan ana di ganggu buat masa ini. Itu saja motifnya. Nak promosi diri, Ana mengaku, ana tak lah perfect sangat.


Ini mukadimah saja. YAng lain hanya orang yang betul -betul nak jadi algharib itu saja yang boleh tahu , bila tiba masa yang sesuailah.


Semoga Allah ampunkan hambaNya yang dhaif ini jika penulisan ini menunjukkan sesuatu keburukan yang tidak sepatutnya. Allah lebih tahu kenapa ana tulis post ini.


Bila masa dah sesuai , Ana terima siapa saja,tapi mesti atas kebenaran Allah(istikharah).

p/s: manusia hanya merancang, Allah yang menetukan.






Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

4 comments:

aku abid said...

salam..

wahhh... advanced sahabat ana nie.. haha..
apapun, ana setuju ngan apa yg nti ckp. ana bangga melihat anak sabah yg tetap mahu balik berjuang di sabah. ana pun nak mcm tue gak.. InsyaAllah..

kalo bkn kita yg merancakkan dakwah di sabah sapa lagi kan??

mungkin masa skrg kita rasa agk awal utk kita fikirkan menda nie. tapi ketahuilah sahabat yg sngt ana sayangi..

masa nie la kita ptt pkrkan. sbb pa?? sbb kita nak set minda kita bahawa kita dtg menimba ilmu di sini dan kemudian akn balik utk meneruskan perjuangan di sabah. mungkin pd masa skrg perjuangan kita di bumi semenanjung nie.. tapi perjuangan utama kita terletak di sabah..

ana doakan nti bertemu jodoh dlm kalangan org kita gak. kalo bkn drp sabahan, yag pntg org tue sanggup membantu perjuangan kita di sabah..

sayang nti krn Allah..

annisaNazifa said...

dik..

ni macam posting org mau kawin ja..hehehe
dah ada calonnya ka?

albelurani said...

Alhamdulillah, satu perancangan dan keinginan yang baik. Cumanya hakikatnya kita kena redha akan JODOH yang telah Allah tetapkan untuk kita.

Jika ketentuan JODOH itu ditakdirkan dengan orang Sabah alhamdulillah dan jika sebaliknya pun Alhamdulillah. semua itu terselit hikmah yang Allah SWT sediakan untuk kita.

Namun, amanah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT tetap diteruskan mengikut kemampuan dan waqi' (semasa). " di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung".

Cumanya, apa pun perancangan kita iringi dengan doa yang bersungguh - sungguh agar apa yang kita rancang dan inginkan Allah SWT kabulkan.

Syabas, kerana mempunyai semangat balik ke Sabah untuk berdakwah. InsyaAllah dan mudah2an Allah SWT mudahkan urusan agar terkabulnya cita - cita dan perancangan enti.

Siapa milik kita?

Kita Allah Punya, Semua Yang Ada Allah Yang Punya, Mengapa Kita Sombong Memiliki Allah Punya, Bersyukurlah Kepada Allah dan Gunakanlah Nikmat Allah Itu Untuk Khidmat KepadaNya.

albelurani.blogsport.com

Azimah Rupilen said...

terima kasih buat sahabat ana irma, kak nazifah, n ustaz elbelurani...

semua nasihat entum , ana tanamkan dalam sanubari ana..dan cuna tunaikan setakat sedaya mampu..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...