Saturday, May 23, 2009
Seminggu Di NEGERI BAWAH BAYU
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...ana dah sampai rumah. Tapi, perjalanan untuk ana sampai ke rumah ana tu mengambil masa selama 3 hari. Luar dari biasa. Ana bermalam di tiga tempat yang berlainan...di rumah sepupu, di rumah ustazah kesayangan dan di rumah warden kesayangan.
Hm...pada hari pertama tu, ana tak dapat ceritalah, sebab hanya beberapa minit saja sebeklum esok, ana tiba dan mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Kota kinabalu.
Ana sempat pegi beli nasi goreng kampung. sebelum bertolak ke rumah sepupu ana. esoknya ana melawat sekolah tercinta. Jumpa cikgu-cikgu...agak ramai wajah -wajah baru menggantikan cikgu-cikgu yang dah pindah. Tak apalah, ...jumpa cikgu Mat...satu pertanyaan yang masih terngiang-ngiang di kepala, "sudah ada cowok kah?"
Nak jawab apa ye? Ana putarbelitkan jawapan...
"ala cikgu, masih budak-budak lagi ni..."
"masa ni lah kamu boleh cari...dulu tak boleh.."
ana hanya tersengih macam kerang busuk.
Bagi ana 'cowok' ni,,,bukan keutamaan sekarang. Kalau boleh, biar nanti dia datang cari ana, ana segan plak mencari sendiri.
Sebelah petangnya, ana berjumpa dengan Ustazah kesayangan Ana juga...
Tapi, beliau dah kahwin, jadi tak boleh stay rumah dia lama-lama.. Banyak juga mutiara kata untuk sang perantau ini... Semangat untuk meneruskan perjuangan lebih segar dari sebelumnya.Syukran Ustazah..
Malam itu, ana pergi satu ceramah motivasi. Pasal muslimah yang nak berjaya dunia akhirat ni..
tajuk sebenarnya...Peranan Asmaul Husna dalam kehidupan..
APa yang ana dapat highlight kehidupan kita senenarnya akan jadi lebih mudah jika kita menghayati Nama-nama Allah yang indah ini...
" Kita tidak perlu menyusun agenda hidup, Allah dah susunkan melalui kehidupan rasulullah...HIDUP DALAM PERJUANGAN, Itulah Allahu YA Barik"
"Kita tidak perlu berasa bangga dengan kekayaan, ALLAH YA GHANI...Dia lagi maha kaya, kita hanya wasilah untuk Sifat Ar Razak Allah, untuk membahagikan sebahagian harta yang ada kepada yang memerlukan. "
"kita perlu takut pada sifat Al Muntakim Allah , Yang maha menyiksa.."
"Kita perlu bersedia dengan sifat Ya mumit Allah, Entah bila kita akan dicabut nyawa, cukupkah bekalan hidup kita?"
Dan banyak lagi...sudahkah kita kenal semua Nama Allah Itu?
Ana tertarik juga dengan satu kenyataan...
"Kita sebagai muslimat, atau muslimin..terkadang tersalah meletakkan keutamaan..lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin. Kita meletakkan suami atau isteri di tempat yang paling atas, sedangkan Allah dan Rasulullah lah yang layak di tempatkan di tempat nno. 1 dan 2..yang ketiga baru manusia.."
" jadi, nanti..katakan pada pasangan masing-masing...Kalau muslimat, "Abang, abang jangan marah ye...abang bukan yang pertama di hati ini, tapi yang ke tiga..." Para suami janganlah melenting, kerana kata-kata sang isteri tu betul belaka."
Betul juga...hidup ini untuk Allah, tapi bila kata tanggungjawab kita pada keluarga ni, kena laksanakan juga...jangan salahtafsir pula. Cuma, bila sang isteri mahu keluar berjuang untuk Ummah...kat situlah para suami perlu memahami, dan kalau boleh sama-samalah dengan isteri. Wah, bahagianya bila suami isteri berfikrah begitu.
Pada malam yang kedua, ana dah angkut barang ke rumah warden. Malam tu ana sempat beramah mesra dengan Junior-junior ana... Ana hadiri satu majlis Perjumpaan Nuqaba'. Terharu ana dendengar nasihat Ustazah kesayangan Ana..Dia bukan tujukan nasihat untuk ana tapi untuk para nuqaba' sekolah SEMAI. Ana just temankan ustazah...
Esoknya, sepupu ana datang ambil...dan dihantar ke station bas..Ana pun menyambung perjalanan pulang ke kampung halaman...tak tahu cerita selepas itu..
Kalau ada yang boleh dikongsi ana tulis. Biasanya hal-hal rumah ni...rahsia sikit.hehe~
k, salam perjuangan sahabat semua...!Chayo!Bitaufik wannajah...
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Friday, May 15, 2009
Di Ambang kepulanganku...
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Kini sabuah pertemuan yang disulami kenangan-kenangan indah telah menuju perpisahan...tapi bukan selamanya, hanya 2 minggu.=)
Dari sudut pandanganku.
Aku akan pulang ke desa yang permai setelahku tinggalkan selama 7 bulan. Aku berasa sedikit kekok. Semua itu kerana ,bahasaku telah bertambah jenisnya. Kini sebut sahaja dalam bahasa Kelantan, Kedah, Terengganu ,dsbg, aku pasti boleh menyampuk!
orang di rumah sudah termimpi-mimpi akan kepulangan si puteri yang mengembara ini. Mereka begitu berharap agar Tuan Puteri bisa membawa kepada mereka ole-ole dari perantauan.
Tapi...dukacitanya ada masalah...Tuan Puteri kehabisan wang!
hehe...pelik pula guna perkataan 'Tuan Puteri'...perasan!
Diriku sendiri sudah termimpi-mimpi bagaimana keluarga aku menyambutku kelak. betapa kuatnya telepati antara kami, cewah..
Aku sudah bersedia untuk pulang . Tapi naluriku berasa berat. Entah apa yang ada di Bumi Nilai ini? Dengan padang yang terbiar, kadang-kadang saja digunakan. Masjid yang indah tersergam di seberang jalan, keaktifannya menyebabkan aku bertanya, dapatkah aku dengar azan lagi selepas ini?
Anggapan burukku terhadap kampungku segera kutepis. Argh, aku pernah dikhabarkan surau kecil di hujung kampung itu sudah di imarahkan berkat ada letrik 24jam yang baru sampai bekalan sejak HAri Raya lepas.
Harapnya begitulah...
Adik-beradikku yang 11 orang tu sempat aku tarbiyah atau tidak dalam masa 12 hari ni?
aku ni dah cukup tarbiyahkah untuk tarbiyah orang lain?
Merekalah mad'u ku yang utama...selepas mereka barulah masyarakat di kampung itu. Aku berharap umur yang ada ni dapatlah menyelesaikan 11 mad'u ni...
Hidup ini seni kan? baru-baru ini, kelas menulis aku memperlihatkan aku ni masih banyak kelemahan lagi.
Rasa-rasa macam mana untuk menjadi orang yang serba tahu??
Kene baca banyak buku ilmiah, buat talaqi,muzakarah,dan sebagainya.
Alamak aku dah keluar tajuk ni. Okey, nanti kalau aku kembali dengan selamat , aku akanceritakan keadaan ke dengan mad'uku...dengan madu?naudzubillah...
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Monday, May 11, 2009
Salam Sayonara...
Kurang dari 6 hari ana akan meninggalkan bumi nilai...
HEhe...
Ana akan pulang sabah, itu main poinnya...
Apa perkara yang pertama ana akan buat setibanya di sabah????
Cari pintu masuk ke lapangan terbang KKIA..
Betullah...
K, kemungkinan ana akan sampai dalam pukul 11 malam lebih...nak dekat kul 12 mlm..belum lagi kalau kena delay...
kalau kena delay...bermalam lagilah saya di airport..
Masa tu..tak tahulah perasaan ni, dah la kena pegi aiport sorang-sorang..
Tak pe, malaikat raqib dan atid ada..
ana risau ...begitulah perasaan ana pada kali pertama ana menjejakkan kaki di KLIA sorang-sorang dulu..mujur Allah MAha penyayang, ana tidak mengalami gangguan...
Bayangkan ana seorang keluar dari perut kapal terbang, tunggu bagasi sorang2..tolak troli bagasi sorang2...
KLIA tu besar ye...bukan macam padang nilai ni atau dewan MPN tu..ada 5 tingkat...
Ana pernah ke sini dulu, maka itu, ana tak tersesat...
'WAH BERLAGAK YE PENULIS ni...'
Alih2...ana sampai gak ke bumi nilai...walaupun ana terpaksa tidur di rumah yang ana tak kenal pun..
Itu adalah tarbiyah asas yang ke...ana tak ingat le...sori.
Bagi ana kali ini, perjalanan agak mencabar sebabnya ana hadapi masalah kewangan.hm...patut berjimat da ni...kang terlebih muatan ana tak terpulang...naya...
Ok...doakan ana selamat pulang dan selamat kembali...ana masih belum puas menuntut
ilmu di sini...
>>>>>
perancangan di rumah...
ana nak buat revolusi.
tak nak macam sebelum ni...ana pulang ana pulak yang akan ter'revolusi'.
kalau ada cadangan nak buat apa kat kampung ana...try la kemukakan...
ana pun agak buntu jap..no idea.
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Sunday, May 10, 2009
SEmalam yang Berlalu...
Telefon berdering.
Alhamdulillah, panggilan itu daripada orang yang dinanti-nanti.
-Assalamualaikum madam...
Saya mengucapkan salam dengan senyuman yang lebar..
-Wa'alaikumussalam...buat apa tu? Madam ada di nilai 3 ni, beli langsir.
Wah...biar betul..
-Madam tak nak singgah sini ke?
Betapa exitednya saya mengajukan soalan itu.
-Singgah kot, kamu pulang sabah ke?
-Pulang,pulang...kenapa madam?ada barang nak kirim ke?
-tak lah juga, oklah...nanti kita jumpa ye..
-okeh madam, saya tunggu...!
Begitulah madam .Guru math yang paling baik pernah saya jumpa. beliau tidak pernah marah. Ingat lagi, ada satu kali tu, saya terpaksa keluar untuk berjumpa Cikgu Kaunseling saya, cikgu hampir merajuk sebab, tiap kali kelas, saya mesti keluar.
Rupanya beliau faham akan tugas diri ini. Bukanlah bermakna saya boleh keluar sesuka hati. Tapi jangan sampai pelajaran saya merosot kerana terlalu sibuk.
ramai cikgu-cikgu yang selalu menunjukkan rasa risau pada perstasi pelajarnya. Inilah yang berlaku di SEMAI. Itulah juga yang membuatkan saya sayang giler guru-guru dan para pentadbir sekolah.
Moga kepulangan saya kali ini , Allah masih bagi peluang untuk melawat guru-guru yang masih ada di SEMAI.Amin...
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Alhamdulillah, panggilan itu daripada orang yang dinanti-nanti.
-Assalamualaikum madam...
Saya mengucapkan salam dengan senyuman yang lebar..
-Wa'alaikumussalam...buat apa tu? Madam ada di nilai 3 ni, beli langsir.
Wah...biar betul..
-Madam tak nak singgah sini ke?
Betapa exitednya saya mengajukan soalan itu.
-Singgah kot, kamu pulang sabah ke?
-Pulang,pulang...kenapa madam?ada barang nak kirim ke?
-tak lah juga, oklah...nanti kita jumpa ye..
-okeh madam, saya tunggu...!
Begitulah madam .Guru math yang paling baik pernah saya jumpa. beliau tidak pernah marah. Ingat lagi, ada satu kali tu, saya terpaksa keluar untuk berjumpa Cikgu Kaunseling saya, cikgu hampir merajuk sebab, tiap kali kelas, saya mesti keluar.
Rupanya beliau faham akan tugas diri ini. Bukanlah bermakna saya boleh keluar sesuka hati. Tapi jangan sampai pelajaran saya merosot kerana terlalu sibuk.
ramai cikgu-cikgu yang selalu menunjukkan rasa risau pada perstasi pelajarnya. Inilah yang berlaku di SEMAI. Itulah juga yang membuatkan saya sayang giler guru-guru dan para pentadbir sekolah.
Moga kepulangan saya kali ini , Allah masih bagi peluang untuk melawat guru-guru yang masih ada di SEMAI.Amin...
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Saturday, May 9, 2009
Perlukah Orang lain tahu?
Kita mahukan satu revolusi dari dalaman kita sendiri dalam melakukan satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.
Namun, kita sering kekeringan motivasi dan pedoman. Betulkah kenyataan ini?
Kita sebenarnya masih berfikiran 'pandang ke belakang'. Kita masih membandingkan diri kita dengan mereka-mereka yang belum berjaya. maka kita hilang semangat untuk memajukan diri.
Dalam menjalankan hidup rutin sebagai seorang hamba Allah, kita sewajibnya menunaikan segala tuntutan yang wajib dan kalau boleh ditambah amalan-amalan yang sunat.
Sedangkan qudwah hasanah kita , para sahabat dan para solehin juga sentiasa menambah-nambah amalan kerana takut amalan mereka tidak diterima.
Kita pula? terus saja yakin semua amalan kita diterima. Adakah anda yakin? sejauh mana keyakinan itu?
sedangkan kita telah hadam satu kisah di mana pejuang yang mati dalam peperangan, menuntut ilmu dan orang yang suka memderma..tapi di humban ke dalam neraka sebab tak ikhlas...kita ni ikhlaskah?
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
-ayat al baqarah 218.
Tanyalah diri, tepuk dada, tanya Iman..topup balik!
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Monday, May 4, 2009
^seni kehidupan^
Seharusnya kita bertanya kemampuan kita di mana setakat ini, dan hasil daripada muhasabah penulis...penulis rasa...lepas ni kena berguru dulu dengan sifu-sifu yang bertauliah di luar sana. hidup ini singkat bukan, jadi biarlah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Inilah minat pada seni. tapi, hidup juga satu bentuk seni, kita diajar bagaimana menyelusuri anyaman kehidupan yang menggunakan masalah dan penyelesaian sebagai bahan, selalu terhantuk pada dahan alpa...Melupakan usul kehidupan, kemudian kembali berpijak di bumi nyata.
Sangat indah kehidupan ini, jangan takut pada masalah...sebabnya...seperti yang telah penulis katakan kita sedang pelajari seni kehidupan untuk menghadapi masa depan kelak. Jika kita ada ruang dan peluang untuk mempersembahkan kepakaran kita dalam penguasaan seni hidup pada generasi akan datang. Jika tidak kita dijemput untuk berehat di alam baqa'..
kesilapan bukan sesuatu yang salah jika kita tidak tahu itu satu kesilapan , atau kita menurut nafsu, namun salahnya jika kita buat tak tahu itu adalah silap dan tak nak tahu itu adalah satu kesilapan.
jadi jangan takut buat kesilapan, sehingga kamu dapati diri semakin kurang buat salah.
Penulis hari ini ada kuiz KALAM, ustaz berkata : "kita mula ikut nama ye..." , ketika itu semua berbicara hal perasaan masing-masing tidak lupa ada juga yang menghafal teks untuk persediaan...
sebaik ustaz menyatakan kalimat-kalimat tadi...semua memprotes...Ustaz tersenyum...
"Ada saja yang cool, tapi, ni cool tanda tenang atau tak dengar?"
Di sini kita boleh ambil kesimpulan, bahawa...bila kita tidak mampu menghadapi sesuatu kita akan gelabah tak tentu pasal, itu respon yang lazim, tetapi jika kita bertindak cool seperti yang ustaz katakan tadi...boleh dikatakan kita berjaya menguasai satu seni hidup...iaitu, tenang senantiasa.
Tenang itu membantu kita hadapi masalah tadi walaupun kita tidak mencapai tahap penyelesaian yang sebenar sekurang-kurangnya kita mampu rasionalkan diri untuk menjawab segala-galanya dengan perasaan bahagia..percaya atau tidak, pelajarilah seni tenang ini...
Sudahkah kita menunaikan hak Allah???
Subscribe to:
Posts (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...