Wednesday, September 14, 2011

Buka Semester^^

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillah..
Alhamdulillah..
Nikmat melimpah ruah..Hikmat tidak tercapai akal..

Memasuki alam kampus buat sekian kalinya mengujakan jiwa-jiwa mahasiswa yang mendambakan ilmu dan pengalaman meraih darjat ketinggian hikmah di sisiNya...Yang penting redhaNya yang dicapai..Seperti halnya di UIAM, kemasukan kali ini lebih tenang berbanding kemasukan tahun pertama dahulu.^^..kenapa tak nak bersyukur kan?

Selangkah melihat dan meninjau keadaan kelas untuk musim ini.. Semua sudah dihadiri. Alhamdulillah..keadaan ada sedikit lain daripada sebelum ini. Para pensyarah semakin menunjukkan isyarat , bahawa kematangan adalah salah satu kunci berjaya. Gaya berfikir, bertindak juga berbicara perlu diubah.

Penekanan kepada penguatkuasaan disiplin semakin membahang. Tahniah, semoga semua pelajar merasai apa yang saya rasakan. Mari kita sama-sama mendokong aspirasi pentadbiran!

Amanah untuk tahun ini juga masih menuntut untuk dilunaskan...=.=, Doakan insan ini. Pengalaman mereka yang sudah melalui amanah-amanah ini amat diharapkan.

Sedikit perkongsian menarik selepas menghadiri kelas 'Revelation a source of Knowledge'..Muhasabah sebenarnya,

 "Seorang muslim tanpa mukmin = munafik, seorang mukmin tanpa muslim = fasik".

kena ada dua-dua sekali. Baru lengkap.

Azam baru semester ini, biarlah untuk melengkapkan peranan khalifah yang sudah lama terbeban di bahu..Terngiang-ngiang kata Ustazah Ayatul Ahkam, 'Tak la kalau antum ditanya, mengenai hukum, kita hanya membalasnya, tunggu 3 hari, baru boleh menjawab soalan hukum hakam yang ditanya..'..

Azam lain, kalau sebelum ini, berita langsung tak ambil pusing, sekarang semua jenis berita kena hadam..mahasiswa tak sempurna jika tidak kuasai isu semasa..Mahasiswa kena ada pendirian sendiri berdasarkan penilaian yang dibuat. Penilaian itu perlulah daripada apa yang dipelajari di alam kampus..inilah masanya untuk praktikkan segala ilmu yang sudah ada.

Akhirul kalam,
Salam Perjuangan buat semua sahabat UIAM, kampus-kampus IPTA-IPTS lain yang mengenali saya. Cabaran kita kali ini adalah untuk menghadapi cabaran yang akan dihadapi.^^..stay cool, and act smartly..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...