Tuesday, July 20, 2010

Mari Menambah Saham

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..akibat terlalu nak meninjau alam maya yang telah beberapa hari tak di masuki..di sini, di dalam General lab for FEMALE hari ini,  tercetus satu idea untuk dikongsikan bersama dalam maksud menyebarkan pengetahuan atau mutiara ilmu yang telah diterima di bumi UIAM ini.

Semoga bermanfaat..

Bagaimanakah kita berfikir selama ini?

Ana mengaku kebanyakan perkara ana menggunakan pemikiran bawahan..hahaha..bukan apa istilah sebenarnya dalam bahasa inggeris..which are higher level thinking or lower level thinking..

Lower level thinking yang ana sedang perkatakan ini..gitu..

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian menurut Bloom..seorang Psyhcologist, [ahli kelas ana.. kalau salah betulkan..] mengatakan orang yang menggunakan pemikiran atasan adalah orang yang berfikiran kritikal..secara keseluruhannya, kita akan mengalami 6 proses pemikiran yang menunjukkan tahap pemikiran kita. Pertama, Ilmu(knowledge), kedua..Kefahaman(comprehention), ketiga, aplikasi(Application), seterusnya , Analisis(analysis), diikuti Sintesis(synthesis), dan terakhir..Penilaian(evaluation)..

Nah....apa yang kita perlu tahu, sekiranya kita hanya tahu mengadaptasi ilmu dan menghafalnya, memahaminya dan mampu menerangkan pada orang lain sebiji seperti yang kita tahu..maka ini baru peringkat pemikiran bawahan..

Ini bermakna kita belum bisa mengaplikasikan ia diikuti pendirian kita kenapa kita harus melakukan itu. dan kita tidak bisa mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang sama kerana kita juga tidak punya alasan yang kukuh kenapa kita berbuat itu..

Alamak terguna bahasa Indon..maaf ya..!!

Saya bawakan analogi..kita belajar didalam kelas bahawa menutup aurat bagi seorang wanita adalah wajib, begitu juga kaum adam..[tapi kita fokus kaum hawa kerana ana seperti mereka..]..

Selepas kelas ..tentu saja mereka akan ada pengetahuan mengenai aurat ini, faham akan hal ini..tapi tidak melakukan seperti yang sepatutnya..;tak tutup auat sesempurna yang sepatutnya.
Mengapa hal ini terjadi? Hal ini berlaku kerana mereka hanya memiliki tahap pemikiran bawahan..tahu dan faham..tapi tiada amal..ini konsep dalam ISLAM..

Untuk amalkan sesuatu..ia perlukan sedikit usaha..iaitu, dengan mencari sedikit atau sebanyak yang mampu kajian dan lojika yang boleh dijadikan hujjah untuk kita pertahankan pendapat atau pendirian kita kenapa kita perlu menutup aurat...Maka, selepas itu..bila ada orang lain mahu mempertikaikan kenapa kita berubah..kita tidak akan teragak-agak menjawab dengan penuh yakin..Hadzihi sabili..=)

Cakap pasal aurat..kita fokus pada tudung..
Tudung mana yang sesuai nak pakai bagi sang gadis..atau sesiapa saja yang bergelar wanita muslimah sejati?
Pakailah tudung yang mana pun asalkan ia tak menampakkan batang leher..menampakkan perhiasan yang sepatutnya dibenarkan orang2 tertentu sahaja yang boleh melihatnya..dan..tidak semestinya labuh..tapi janganlah pakai asal pakai tudung..

Ana suka kongsi satu pengalaman..bila mana kita pakai tudung..biar kita cuba hayati nilai tudung kita..Percaya atau tidak orang yang pakai tudung yang lebih besar , jika diikuti dengan rasa kerelaan nak pakai..dia akan lebih tenang..

Ukhti Fatima Syarha..Penulis novel Tautan Hati...ukhti ini menulis dalam kolum majalah Solusi #21..perihal muslimat ni..dan  ada menceritakan isu kenapakah bertudung labuh itu lebih manis bagi dirinya..Mungkin kita boleh ambil iktibar dari kisah ukhti ini..

Wah2..baik ana bagi kesimpulan dah berbelit ni..

Pemikir yang baik akan terzahir dari tindakannya..Tak percaya??Cubalah..
Dan..ISLAM menggariskan..ILMU perlu dihadam, difahami..tapi,,jangan lupa untuk di AMALKAN..
Untuk mengAMALkan sesuatu ILMU..Wajib untuk kita medalami dan mengkaji lebih dari satu sumber ke satu sumber..Barulah kita berhasil menjadi insan yang kritikal dari segi pemikiran dan bertindak serasional mungkin dan sebaiknya dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan dalam kehidupan seharian kita,..

Wallahu'alam..Betulkan jika ada salah di mana-mana..^^

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...