Saturday, July 10, 2010

ana attullab fil jami'ah!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah, ana baru menghabiskan sesi suai kenal dalam bahasa melayunya dan ta'aruf week dalam bahasa om putih dan bahasa orang arab..=)

objektif program adalah untuk menghilangkan kegusaran para pelajar baru dalam membuat urusan secara berdikari semasa berada di kampus ini..kampus UIAM , Gombak.

Amat-amat berasa ... tak bersemangat sebenarnya..tapi apa pun, ana akan cuba menjalani hidup dengan baik di sini.

Pendaftaran.

bagi ana, pengalaman mendaftar di sini adalah yang paling mencabar setakat ni. apa tidaknya, datang dengan satu saja bagasi, dan beg laptop. orang da bawa segala kelengkapan. Ana sehingga kain putih yang telah dibagi tahu dalam beberapa bulan lepas dalam offer letter pun ana tak beli..kasut hitam..huh..memang kalut malut ana. Sedih ..rasa nak menjerit saja dalam hari pendaftaran tu..geram .
T.T..

Tapi salah siapa ya..hehe..tak, Allah nak uji saja..Berjalan pusing-pusing kampus, dari mahalah asma' ke syafiyyah bukan perkara yang besar sangat, tu baru kecil..(dapat pinjam kasut kawan kak Umai,mahalah syafiyyah). Rancang nak membeli segala kelengkapan petang tu juga, tapi ta'aruf week mula pukul 2 ptg!

'HIDUP PERLU DITERUSKAN!'

Ni lah motto ana amalkan.Walau banyak halangan, langkah tak boleh berhenti. Mesti cari jalan lain. Usaha untuk selesaikan masalah, bukan lari dari masalah.

Modul ujian ALLAh memang takkan ketahuan. Begitulah, kita hanya hamba lemah pada hakikatnya..maka benarlah, kita hamba lemah.
Ujian perasaan?

Allah uji dengan mentakdirkan ana mendaftar di UIAM dengan diri sendiri malah dengan menumpang keluarga sahabat. Ana masih mencuba mengikhlaskan diri. Memang, bukan tiada sebab kenapa jadi begitu. Ada asbab Allah tak bagi keluarga ana hantar ana. Malah hikmahnya jauh lebih besar nilai bahagia daripada menangisi ketidaknormalan ini bagi pelajar baru seperti ana.

Sesungguhnya, tarbiyah ALLAh sangat manis di pandangan iman..amat perit di pandangan nafsu..tapi itulah yang sepatutnya.

Bermula hari ini, ana adalah pelajar UIAM yang rasmi!=)

Biarkan perasaan sebal dan apa-apa yang negatif berlalu begitu sahaja...dibawa angin kampus yang nyaman..

p/s: bila nak angkut barang2?? berikutan itu..sapa2 nak tolong sewakan kereta ofer la ye..tak cukup tangan nak angkut semua barang naik kereta awam..kalau bleh tukar jadi kapsul kecik2 tak pe..dah la barang ana satu kat timur, satu kat barat satu kat selatan..sabo jela..^-^

1 comment:

hadisyafiq said...

tahniah..smOga sukses di gOmbak! =)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...