Sunday, July 4, 2010

Pengalaman OKTI (sambut an budak baru)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

There is no word to say..
yeke??

Nak say juga walau sepatah..
Nampak berpatah-patah juga ni..

Alhamdulillah, hari ini ana masih nak bersyukur..kesihatan ana masih mengizinkan ana berjalan.he..
Anda bagaimana??

2 hb lepas , ana join sahabat MARSIS ke OKTI..

OKTI ni program sambutan adik2 dan pelajar2 yang baru nak melangkah ke bumi semenanjung. =)
Alhamdulillah, banyak juga pengalaman dapat.
Sebenarnya, ana ni tak sedar diri..Dah lama tak buat aktiviti begini..Aktiviti apa??

ha..pernah tak jumpa orang yang buat jualan langsung?Dia kena buat sesuatu untuk menarik minat pelanggan, apa lagi promote la.
Kat program ni, kami kena promote MARSIS..Promote dengan cara menghampiri semua pelajar yang kelihatan kebaruan dan selalunya ada famili dengan mereka.

Kak Ita siap komen lagi macam2 benda yang salah masa mem'promote' tu..macam akademi mempromote pulak.

Cuma, yang menguji kesabaran ketika menunggu...Ya ALLAH...ni baru pertama kali, sanggupkah lagi ana menunggu kalau ada lagi OKTI??Tapi,bila tengok kakak2 dan abang2 senior lain, muka mereka steady syak..mereka lagi merasa beberapa OKTI sebelum ni..tak boring pun..masih juga nak sertai..Tabik spring!!
Ana nak juga macam mereka ni..tak pe..tanam azam dulu..T.T..lepas ni insya ALLAH..

2hb ana menginap di surau LCCT..esoknya bertukar ke KLIA..tapi dari pagi sampai petang saja..Baru ana teringat ana kena jumpa kakak di pahang..cuma..kakak ni bermasalah pulak..tak pa moga dipermudahkan.

Ana terfikir-fikir ..masa menunggu di lapangan terbang tu..apa pun perasaan ..apa pun yang datang dalam minda..adalah menguji kesabaran.itu yang utama..masya ALLAH..Allah da memperlihatkan tahap ana kat mana dalam bab kesabaran..perlukan latihan lagii..;(

Suasana yang sejuk..melatih ketahanan fizikal..

syukran buat akak-akak yang mengalu-alukan kedatangan saya masa OKTI..kebajikan pun terjaga..;)

***
Petang 3hb..
ana pulang sendiri ke rumah borneo..Jam 7 ptg jalan, jam 9 lebih baru sampai..
naik bas, lrt, teksi..
Ana berfikir sepanjang perjalanan..
Banyak yang terfikir..

Jadi..kesimpulannya..jangan berfikir saja tanpa buat perubahan..

4hb ni nak p pahang...doakan keselamatan ana..Selamat atau tidak, itu belakang kira..ana nak bagi ruang untuk buat pahala untuk kalian..hehe..

Renungan bersama..

Pagi ini terdengar satu hadis melalui ceramah dr masjid berdekatan..

lebih kurang begini maksudnya..

"Jadikan orang yang mengajar , atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar atau orang yang mencintai ilmu dan janganlah jadi orang yang kelima iaitu orang yang tidak termasuk dalam semua yang tersebut .."..(kalau ingat maksud yang lebih tepat, kongsilah ya..)

Maksudnya, kita ni kena jd org yang selalu mencari-cari ilmu..dan yang paling baik, kita cari ilmu dari semua tempat dan pada banyak guru kemudian kita pilih ilmu yang paling bertepatan dengan al quran dan Assunnah..jangan jadi orang yang taksub..hanya mahu berguru dengan seorang guru saja..

ni yang ana dengarlah pagi ni..moga tercetuslah sesuatu..di minda.

P/S: orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu lebih baik dari orang yang berilmu tapi tak amal..isk3..xtahulah ana ni masuk golongan mana..anda tahu anda masuk golongan mana?

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...