Sunday, July 4, 2010

Hari ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..ana sudah berada di Pahang Darul makmur..
Macam tak percaya pula..Dulu hanya datang sebagai peserta IHTIFAL..kini datang sebagai..pelancong, he..xdalah..sebagai manusia biasa saja..menziarahi sahabat..=)

Pagi2 ni ana sempat membuka blog..post sesuatu yang anda semua baca sebelum post ini..Malam ni nak cerita perjalanan tadi..tanpa bertangguh..

Ana meninggalkan rumah pada pukul 9 lebih..Masa nak tutup pintu tadi macam ada barang yang tertinggal.Ok ..bila rasa-rasa saja, tak konfiden..terus melangkah keluar pagar dan menuju ke jalan raya menunggu bas ke KL Sentral. Tambang RM1.
Tangan penuh barang. Beg bagasi, beg bimbit, dan beg galas di belakang. Cukup pakej. Macam nak lari dari rumah pulak..

Sampai KL Sentral.

Dalam perjalanan nak ke bangunan KL Sentral,..

"Dik..tolong saya.."Seorang mak cik cina menahan ana.
"Nak minta RM2..kawan saya tak angkat HP..bla2.."punya berulang-ulang mak cik ni menerangkan..dia nak cari kerja..masya ALLAH..ana tak tahu nak buat apa..dalam keadaan nak cepat..Bersoal selidik sekejap..kesian menyelinap dalam hati. Tangan mencari duit di poket2 beg. Mujur ada. Bagi la seperti yang diminta.

"terima kasih2.."

Ana senyum puas dan berlalu. misi belum selesai...
Ana naik lif. Tak larat nak berebut dengan orang di escalator.
Sampai tingkat 1, kol kak Syu..selepas bertanya apa yang perlu, pergi selesaikan urusan yang perlu. Ana lapar sebenarnya masa tu. Tak sempat beli makanan semalam. Jadi mahu x mahu, pagi ni kena makan sesuatu.Gastrik da menyerang.

Pergi membeli..ana nampak pisang besar. RM1..beli ;).

Air mineral, roti 2 bungkus. Cukup kot. Kemudian menuju ke kaunter tiket.

Semasa berbaris mata sempat melilau ke peta perjalanan LRT. Eh., xde stesen Titiwangsa??

Depan kaunter.

"Er..macam mana nak ke Stesen titiwangsa?"

"Kena ambil LRT di Masjid Jamek la..tukar train kat sana."..penjaga kaunter tu senyum menjawab pertanyaan baku sabahan ni. ANa senyum jak semula. Gembira dapat tahu maklumat tu. Alhamdulillah..

Di Masjid Jamek.

Naik escalator ke atas. Tanya pengawal kat situ..dia kata kena seberang jalan. Ana diberi makluman, baik ikut jalan terowong bawah tanah tu..sebab bawa beg berat. Oh..ada pula jalan bawah tanah tu..ana baru tahu..Ikut la cadangan pengawal tu..

Sampai di stesen Ampang Line..

Ana takut salah jalan saja..Alhamdulillah betul.
Kat sini, ana perasan ada barang yang tinggal..rupanya barang kiriman untuk akak kat UMP pahang tu ana tak terbawa..ALAMAK..apa hikmah tertinggal makanan tu??maka itulah alasan ana nak pergi pahang ni..nak jumpa kakak yang hampir setahun tak jumpa..Nasib baik kakak pasrah je..Mungkin hikmahnya..kak Syu tak payah nak ke UMP ambik ana kat sana..HE~

Sampai Stesen Titiwangsa.seberang jalan..kat sini mencabar..sebab apa? sebab kena naik tangga, tanpa escalator..kesian tulang-tulang ana..angkat la beg tu naik2 tangga.
boleh bertahan lagi..=)

Sampai seberang jalan, kol kak syu lagi..kak syu cdg ikut Plusliner. Ikut sajalah..RM22.
Ana sempat telan air liur tengok berger kat sana. Beli satu. Masya ALLAH..RM2.

Dalam bas da..hujan gerimis turun..
Ana nak ikut rentak hujan pula..sayu hati lihat hujan2 ni..
Entah kenapa ya..?
Ana terfikir bnyk benda..ana membuka kertas pembukus berger..ila akhiri fi'il..

Akak ana yang sulung mesej. Dia kata dia tak pasti kiblat arah mana..Ana nak gelak sambil nak nangis. Tak tahu kenapa. Anda tahu?

Ana bagi tahu yang sebenar.Kiblat tu =arah matahari terbenam..

Ana sempat bagitahu ana lupa barang yang nak bagi kat kakak kedua tu. Dia mengakui kepelupaan ana dan mengagak ana ada masalah di otak. Fuh 'direct'nya ayat ni.

Ana bagi tahu sejak kebelakangan ni ana macam agak blurr, selalu sakit kepala..ha..dia keluarkan tanda-tanda barah otak..opss..kak..sebu hati ini dia kata begitu..kesimpulannya, dia minta ana cek cepat2..jumpa pakar otak..=)

Ana nak gelak sambil nak nangis juga..
Serta merta mood berubah..
Bas dah gerak masa tu..hanya pepohon hijau menghiasi pemandangan...Mata semakin berat..nak tido..terlelap..

Terbangun pun masa perut nak minta isi..

Dalam pada itu..ana meringkaskan cerita..sampai kuantan, terus buat muka konfiden ke surau stesen..Alhamdulillah tak la nampak ke'baru'an sangat. ..
Tunggu Kak Syu kat sana..HIJAU saja pemandangannya..bahagia hati..
Tahniahlah pengurusan Surau Stesen Bas&Teksi Kuantan..

Setengah jam lepas itu, kak syu datang..dan kami pun berlepas pulang..

Sampai umah..Kak Syu..Ana merasakan hati ini berbunga bahagia..tak tahu kenapa..
Sesungguhnya, perasaan kita ini berubah-ubah..moga iman kita terus thabat dan mohon selalu rahmatNya..

P/S: ada seorang pejuang mesej ana..tambah berbunga hati ana..dia kata dia tinggal di batu tiga..Wah..syukran ustaz..=).ada adik seorang juga mesej ana cari jawapan pada persoalan 'kenapa tiada jumpa profile akak dalam FB?"..jawabnya..ana da tak buka FB lagi..=)

Ana hanya ada dalam Umma-United.com..Ana guna nama SITI AZIMAH RUPILEN..dia tak jumpa..peliknya ana..

Tak pe..jumpa juga tu..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...