Wednesday, January 27, 2010

UMAR GAGAL MENGUMPULKAN BIAYA HAJI DAN RINDUNYA KEPADA SYURGA

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Umar bin Abdul Aziz berkata kepada Muhazim, hambanya,”Aku ingin sekali menunaikan haji. Apakah kamu memiliki sesuatu?”
Muhazim menjawab, “Ada beberapa puluh dinar sahaja.”
Umar berkata , “Pada pendapatmu, apa yang mesti aku lakukan?”
Muhazim diam sebentar, lalu berkata,”Wahai Amirul Mukminin, bersiaplah, telah datang kepada kita harta sebanyak 17,000 dinar daripada sebahagian harta bani Marwan.”
Umar berkata,” MAsukkan ia ke dalam baitulmal. Jika harta itu halal, kita juga mendapat bahagian daripadanya dan jika haram, kita terlepas daripadanya.”
Muhazim berkata, “ Ketika Umar melihat aku merasa kesihan kepadanya, dia berkata,” Celaka engkau Muhazim. Jangan engkau enggap sesuatu yang aku lakukan untuk ALLAH itu banyak. Sesungguhnya , aku miliki jiwa yang sangat rindu;jika meraih suatu posisi, ia pasti lebih rindu ldan ingin meraih posisi di atasnya. Sampai akhirnya sekarang ini, ia telah sampai pada puncak kerinduan yang tidak ada posisi lebih tinggi selepasnya. Sekarang , jiwaku sangat rindu pada syurga.”

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...