Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Assalamualaikum..terasa lama tidak menaip sesuatu untuk para pengunjung blog saifulmujahidah sekalian. Minta maaf banyak…
Kali ini saya ingin berkongsi suatu cerita menarik iaitu cerita yang di ambil daripada kisah tokoh pejuang muslimah. Nak tahu siapa?
Asma’ Binti Abu Bakar..melahirkan bayi Islam pertama di Al Madinah Al munawwarah.
Secara ringkasnya Asma’ adalah muslimah yang terkenal dengan semangat pengorbanan yang tinggi..Tegas dan berani..bertindak dengan bijak,banyak bersedeqah, kuat beribadah, wanita yang berani,berbakti pada ibu ..
Beliau juga seorang isteri yang solehah..
Semasa berhijrah ke MAdinahlah beliau telah melahirkan Abdullah bin Zubayr.
Dah baca buku ni, baru wanita yang pertama..ada 14 orang lagi . Tapi tengok peribadi Asma ni pun saya terasa malu sangat-sangat. Bilalah nak jadi macam ni..?
Wahai sabahiah sekalian..percayalah jika kalian seorang yang mudah kecewa, cubalah banyak merujuk kepada sirah dan kisah-kisah pejuang Islam terdahulu.
Esok saya ada kuiz .
Keputusannya?Nak berhenti menaip..tapi memandangkan sudah lama tak latihan menaip. Maka, saya akan teruskan menaip sehingga sampai satu titik poin yang saya pun tak tahu yang mana satu titik poin itu.
Ingin kongsi lagi mengenai pembentangan petang tadi, mengenai Orientalisme. Amat-amat penting bagi kita mencari jalan untuk mengatasi masalah ini tanpa membiarkan ia berlaku begitu sahaja. Bukan apa. Orientalist yang menjalankan gerakan ini sangat-sangat bersungguh – sungguh menguasai sector sejarah ISLAM dan ORIGIN Islam agar mudah memutar belitkan fakta selepas itu.
Jika fakta itu mengenai agama lain itu tidak mengapa. Tetapi, bila ia berkaitan dengan ISLAm itu sendiri, maka kita kena bangkit. Antara jalan untuk menyebarkan fahaman mereka-mereka ini, mereka mengakui setiap fakta yang mereka bawa adalah betul kerana mereka memang terdiri daripada orang-orang yang faqih akan sejarah agama ISLAM. Mereka menjalankan proses menterjemah ayat-ayat quran dan sejarah dan membukukan ia.
Kalau mereka yang tak faham asas agama membacanya memang akan memberi kesan kepada akidah mereka. Inilah bahayanya. Sama-samalah kita mengkaji..saya kena basuh pakaian jap..
Semoga perkongsian kita kali ini mencetuskan semangat ingin melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk semua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment