Hari semalam dan hari ini ada satu mesej yang ana dapat dari sahabat-sahabat ana..
Mengenai satu perkara yang penuh berhikmah dan sangat-sangat perlu diambil pengajaran.
oleh kerana perkara ini semua wajib tahu...ana post dalam blog ini..moga dapat manfaat darinya..
SMS itu berbunyi..
"gempa bumi di Padang terjadi pada pukul 17:16 & 17:58, Jambi dan pd 08:52 hari berikutnya..Cuba perhatikan terjemahan quran ayat surah 17:16,17:58& 8:52..
ALLAHU AKBAR!..sahabat2 cuba perhatikan surah di atas..segala-galanya telah diaturkan.."
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(17:16)
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz).(17:56)
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.(Al-Anfal ,ayat 8:52)
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
No comments:
Post a Comment