Sudah lebih kurang seminggu penulis berada di kampong halaman..Banyak pengalaman yang dilalui. Untuk diceritakan di dalam blog adalah memenatkan. Hehe..
Namun, penulis berminat untuk berkongsi sedikit pengalaman yang penulis lalui.
Untuk pengetahuan , kampung penulis dilanda kemarau sudah berbulan-bulan lamanya. Penulis masih hairan kenapa tiada inisiatif untuk menyambungkan air dari jabatan air daerah. Kesannya, sungai-sungai yang berdekatan dan kolam-kolam yang berdekatan telah mula mendapat kunjungan sejak berbulan-bulan yang dulu.
Hm…geram jugak ni.
Penulis cuba berfikiran jauh.
Mungkin, ada sesuatu yang berlaku di kampung ini tetapi, tidak tersingkapkan. Mendalam maksud penulis ni.
Jadi, perkara yang penulis ingin kongsi ialah..antaranya, oleh keran kemarau…sudah pasti, air paip, air tangki, air perigi..semakin kurang. Jadi, penulis ikut ibu penulis ke sebatang sungai yang agak jauh dari rumah untuk membasuh kain.
Walaupun dalam kegeraman sebab tiadapun bantuan yang sepatutnya dari mereka yang sepatutnya…penulis mampu senyum juga sebab…sudah lama tidak mengembara ke dalam hutan ni,Bukanlah hutan sangat tapi ladang getah. Sebelum sampai ke kawasan lading getah, kami perlu melalui kawasan penanaman kelapa sawit.
Ibu penulis masih gagah menggalas ‘wakid’ sejenis beg berdiameter 15 cm++..bukan beg kain..ia digunakan oleh masyarakat dusun dan masyarakat murut..Cuma, binaannya berlainan..Selalu dibawa ke sawah untuk menggalas padi yang telah dituai.
Penulis menyorong kereta sorong berisi kain baju adik-beradik yang 9 orang di rumah ni..
Betapa terkejutnya penulis melihat air sungai yang sudah tidak mengalir. Betapa menunjukkan kemarau yang melanda telah berlaku begitu lama. Ai..ujian..ujian…
Tapi…penulis tetiba teringat sesuatu ..
“Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata.” (Al kahfi)
Bergetar hati penulis sekejap.
KARENAH MEREKA
Untuk tajuk ni penulis ingin berkongsi dengan semua mengenai ragam adik beradik dan anak buah penulis yang penulis sendiri tidak terjangkakan.
Ada hari tu..adik penulis yang ke-8, dia begitu pantang melihat HP kakaknya…mesti nak pinjam..untuk main game. Untuk meminjam dia sanggup melakukan apa saja. Sebenarnya peluang ini boleh di ambil untuk minta dia buat sesuatu yang baik.he he
Adik yang ke-9, dia ikut penulis dan ibu penulis ke sungai. Dia bukan menolong cuci kain, tapi menolong mengeruhkan air. Mulutnya tak henti-henti berceloteh. Penat penulis mendengarnya.
Adik yang ke-10, Dia ni aktif sikit. Pantang nak buat semua kerja. Ada satu hari tu, ibu meminta penulis membasuh pinggan mangkuk..Bila adik penulis dengar arahan tu, dia menawarkan diri. Tapi, Ibu tidak membenarkan dengan alasan dia akan membazirkan air. Jadi, bila penulis melihat banyakknya jumlah pinggan mangkuk tadi, penulis meminta bantuan datri adik ni..dia kata.. “ Kan mama cakap nanti saya akan membazir air, jadi tidak boleh lah..”(sebenarnya dalam bahasa ibunda tapi..diterjemahkan).
Penulis menepuk dahi…
Adik yang ke-11, Dia ni sentimental sikit. Paling banyak menangis. Kesian juga. Tapi penulis pun tidak dapat mengesan apa sebab tangisan dia ni. Kawan karib dia ni , c denden..Anak buah penulis
Yang terakhir..adik yang ke 12..
Dia ni agak lasak juga. Biasalah pantang budak kecil ni tak boleh di halang. Kalau di halang nangis lah..meragam lah..Tapi hari tu, dia ni menangis. Penulis cuba pujuk. Tidak berjaya. Sampai kakak sulung suruh bagi makan, baru penulis tahu dia lapar.(huhu..belum mantap ilmu melayan budak kecik)
Bila penulis bagi makanan dalam pinggan, dia mahu makan sendiri. Bestnya budak begini. Belum sampai beberapa minit, dia telah menaburkan semua makanan ke lantai(T_T)…ai..budak kecil ni..
Belum masuk ragam anak buah penulis.
Kakak sulung penulis bergurau dengan dia..
“Denden budak ba…,”
Anak buah saya sambung..
“…wang!”
Penulis tergelak. Adakah patut dia sebut bawang?
Kakak sulung cuba lagi..
“Denden budak penya…”
“…pu!”
Adoi..sakit perut penulis. Budak penyapu..
Anak buah penulis ketawa terkekeh-kekeh…Rupanya dia begurau sebab, dia malu dengan mak Ciknya..kui3.
Ada pula rusa di rumah penulis. Rusa jantan yang baru mencapai tahap matang. Dia ni pantang nampak penulis atau adik-beradik penulis turun ke halaman , dia mesti datang menanduk. Aish..Bapa penulis cakap..dia tu sedang dicarikan pasangan. Satu fakta, haiwan ini sangat kuat tahap cemburunya. Jadi bapa penulis bercadang untuk membuat satu kandang khas untuknya kelak. Khas untuk dia dan bakal pasangannya.
Dia tu suka masuk rumah. Makan apa saja yang dia nampak. Maju rusa kami ni.he he.
Hem…banyak lagi sebenarnya yang berlaku…tapi, penulis tak ingat dah..harap-harap perkongsian ni dapat dilihat sebagai pengalaman yang mungkin tiada pada orang lain selain penulis. Ceh..mengayat..
Apa pun..syukran terus bersama penulis..nantikan karya yang seterusnya..dalam pembikinan..
K, pesanan terakhir penulis..walau kita mahu jadi hebat…jangan sampai terlupa ada lagi yang lebih hebat , malah MAHA HEBAT..MAHA AGUNG..subhanallah..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment