Monday, July 27, 2009

Apa perananku???

Hari ini, walau banyak benda yang mahu diconteng di ruangan ini, namun, hatiku lebih terasa dengan keadaan ummah di luar sana...terutama di negeri tanah tumpah darahku sendiri..

aku mengaku bukan masanya untuk berbicara mengenai kenegerian tapi..realitinya..negeri sabah sendiri memerlukan kalian untuk diselamatkan daripada virus kristianisasi..yang semakin menjangkiti dan menular dikalangan umat Islam di sana...apa yang harus aku lakukan..??

di sini besar hatiku untuk berkongsi satu maklumat yang mungkin menimbulkan kesedaran pada kalian semua...yang prihatin..

Penulis di sini ingin membuka bicara mengenai gerakan kristianisasi di Sabah. Sebelum itu penulis ingin berkongsi di mana hasil maklumat yang diwar-warkan terdapat lebih 200 000 rakyat Malaysia telah murtad. Itu adalah kes yang berdaftar di peringkat pihak berkuasa dan belum lagi termasuk kes2 yang terpencil seperti di kampung-kampung dan pedalaman yang tidak diketahui.

Ancaman kristianisasi begitu aktif di Sabah. Angka murtad terutama di kawasan Kota Kinabalu semakin meningkat. Adakah pihak berkuasa tidak memainkan peranan? Menurut Undang-Undang Persekutuan, penyebaran ajaran agama selain Islam adalah dilarang di dalam Malaysia terutama di premis2 kerajaan. Tetapi apa sudah jadi sekarang? Cuba sahabat2 sekalian meyelusuri perjalanan ke daerah Kundasang dari Kota Kinabalu, betapa banyak 'sign-board' gereja? Lebih dari lima sign-board dan ini menunjukkan bahawa gereja kini bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" berbanding masjid di Sabah . Penulis juga kehairanan yang Sabah dah lama merdeka tapi kat daerah Penampang satu masjid pun takda. Hairan2.. Daerah Penampang nie bukan pedalaman, tp kat area2 berdekatan Kota Kinabalu juga.. Takkan penduduk Sabah yang beragama Islam duduk diam2 sahaja? takda inisiatif macamana nak atasi masalah ini?

JAKIM kena kuat berusaha, kami sentiasa membantumu..

Penulis pernah bermastautin di Kuching selama 2 tahun dan hasil kajian, peratus penduduk beragama Islam di bumi Sarawak hanya 31% sahaja. Sarawak juga bumi yang menjadi sasaran gerakan kristianisasi selain Sabah. Ketika di Sarawak, penulis juga melakukan gerakkerja dakwah dan pernah di'warning' oleh missionary di sana dan ucapan tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran penulis sehingga ke hari ini. Ucapannya merujuk supaya penulis hentikan gerakkerja dakwah dan ayat yang paling mencetuskan pertanyaan pada diri penulis apabila missionary itu berkata "Sini adalah bumi Sarawak, bukan Kelantan". Apa maksudnya?

Penulis pernah membaca satu artikel, missionary kristian mengakui mereka takut untuk membuat gerakan mereka di 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, ramai missionary mereka yang dipukul oleh penduduk negeri itu ketika menyebarkan dakyah2 mereka. 3 buah negeri ini sepatutnya menjadi contoh kepada Sabah dalam pengamalan dan penghayatan Islam.

p/s : Penulis berharap agar pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan utk menjaga hal ehwal Islam hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan 'tidur'.. Sesungguhnya segala2nya akan disoal oleh Allah nanti..



Petikan artikel ini diambil daripada blog ustaz Zaim..yakni boleh di lihat pada list blog di tepi sebelah kiri ni..

secara peribadinya, kalau dilihat, gejala murtad di pedalaman lebih banyak rasanya n tidak ter'rekod' pun..semua sebab...lesunya gerakan dakwah di sabah..

siapa yang harus di salahkan??tidak sepatutnya soalan ini diungkitkan..sebab..ia adalah untuk diriku sendiri, dan orang islam yang tahu akan tujuan dia berada di dunia..terutama jika dia orang sabah.

Aku mesti berperanan ...ya mesti..tapi jika pihak yang berwajib tidak mahu memandang masalah ini serius, nda bole jugak...betullah kata ustaz zaim tu..pihak2 inilah yang seharusnya berada di barisan hadapan untuk mengatasi masalah ini...

buat sahabat di seberang ini...jika kalian boleh melihat dan merasakan kehebatan cabaran dan tribulasi berdakwah di sabah..apa salahnya jika kalian menyumbang tenaga dan material untuk pejuang di negeri ini..Islam agama kita semua...For Islam we unite..

Sedikit tekanan perasaan ini hilang sedikit..selepas menulis bait2 kata2 ni..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

1 comment:

Muhammad Hamidi Zamri said...

salam ziarah.. btul ap ust zaim ckp 2.. Spnjg prjlanan dr kota kinabalu nk ke kundasang, penuh ngn signboard gereja.. kwsan pedalaman pn bnyk.. kt mane peranan kita sbg umat Islam..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...