Kedatangan adik beradikku dari PJ bagaikan menyuntik semangat baru kepada aku yang semakin lemah ...Kini aku terima kenyataan. Ukhuwah Fillah adalah ukhuwah yang sangat ajaib.
Aku dapat merasakan kekuatan baru yang menjalar keseluruh tubuh badan yang kurus ini telah mengaktifkan kembali saraf-saraf yang semakin tidak aktif.
Satukan Borneo. Itulah tajuk yang begitu mempengaruh perasaan...akhirnya borneo di Nilai dapat disatukan semula atas kesedaran masing-masing. Kini, tidaklah mereka berasa terasing lagi...
Kesatuan ini pastinya bukan atas dasar kepulauan, bahkan inilah kesatuan kerana akidah yang sama!Ini penting untuk difahami oleh semua pelajar Borneo khususnya. kita bergabung bukan kerana kita berjiran, tapi lebih dari itu.
Kita ada satu tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan iaitu membawa Islam sebagai satu cara hidup di negeri masing-masing. Ini adalah dalil kita perlu bergabung supaya masing-masing dapat berbakti pada Islam dan negeri, masyarakat sendiri khasnya.
Walaupun kita bukan semuanya yang mengambil jurusan agama, namun, keazaman yang tinggi mampu mengatasi mindset yang kolot itu...Dan pesanan kepada semua senior Sabah, Sarawak dan Brunei agar menjadi contoh kepada adik2. Jadilah contoh kepada mereka dari segi akhlak, akademik dan sebagainya..Contoh terdekat, adik beradik kita dari PJ, walaupun mengambil jurusan SAINS dAN TEKNIKAL..mereka masih mampu menghafal nas-nas al Quran dan masih boleh menjada akhlak tingkah laku. Begitulah harapan kita. Bila kita tahu ini, jangan menghindari mereka dek rasa rendah diri. Tapi, belajarlah dari mereka. Itulah yang diri ini buat selama ini. Asal ada yang lebih baik, tidak salah kita meminta ilmu yang kita belum ada. Dan amalkan terus jangan bertangguh. TAkut SYAITAN mengabui mata-mata hati kita terlebih dahulu.
Kita bukan pelajar yang suka berada di ranking bawahan dalam exam, dan kita mampu untuk melakukan transformasi demi Islam tercinta. Kita belajar bukan sahaja untuk pandai tapi untuk kenal Allah. Kita adalah orang-orang yang berpeluang untuk mengenal Allah dengan Ilmu. Maka , jangan Lupa untuk bersyukur!
Buat sahabat seNilai ku, kita bukan siapa-siapa kalu tidak mahu jadi siapa-siapa. Perubahan ini wajib lahir dari kesedaran kita juga. Dari segi memperelokkan cara kita bermuamalah(bergaul) dengan orang, terutama yang berlainan jantina. Menaikkan tahap kesedaran dalam menjadikan kita serikandi Islam yang sejati dari aspek menutup aurat, akhlak dan sebagainya. Ketahuilah, diri ini juga sedang ke arah itu dan belum lagi cukup kesempurnaannya. Masih banyak kecacatan yang perlu diperbaiki.
Jika kita melihat seseorang lebih baik kefahamannya, apalah kiranya kita belajar sesuatu darinya? bukan nak kata dia tu pandai, tapi mungkin dengan usaha kita yang sedikit tu mampu menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya walaupun hanya dengan perubahan dari malas menjadi rajin...
Sesungguhnya, istilah borneo sebagai 'LADANG DAKWAH YANG SEDIA DITUAI' sememangnya benar dan itulah hakikatnya. Tapi, kita tidak perlu bergantung pada orang luar untuk menuainya kerana kita lebih berhak mendapat ganjaran-Nya. Malah, tanggungjawab itu sememangnya lebih utama kepada kita. Jadi kemana lagi kita nak lari?
bukan senang nak pulang bersama(kenangan bersama)
ni kak silmy and kak dayang..kalo tak silap..serikandi dari dua negeri berbeza..
walaupun gambar ni melintang...ukhuwah di dalamnya tidak begitu..amin
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
shbt ana yg sangat2 disayangi krn Allah...
Terharu baca entry kali nie.. dngr lagu dlm blog nie menyebabkan hati sebak. nti di nilai.. ana d pj.. tp ukhuwwah antara kita takkan pernah terputus dan renggang walau sedikitpun..
ketahuilah shbt ana...
kita adalah antara golongan muslimat sabah yg perlu mendidik adk2 junior kita dgn akhlak islamiyyah agr nnt adk2 kita pula menyambung tugas kita dan seterusnya. supaya satu hari nnt akn ada adk2 yg kita didik mahupun hasil didikan org lain bersama2 kita dlm membangun lubuk dakwah sabah juga srwk khususnya.. tak lupa labuan n brunei..
ana syg nti krn Allah.. syg yg teramat syg..
mg Allah memelihara ukhuwwah antara kita..
indahnya bila bertemu krnNya dan berpisah juga krnNya..
Post a Comment