Friday, June 19, 2009

Teruskan Perjuangan!!

Sepasang Tangan ini penuh dengan barang. jika ditimbang semua boleh mencecah 5kg..aku melangkah terus. Hidup perlu diteruskan. Aku sedar sedangkan dua kilo berat pun aku sudah berkerut. Sampai di bilik, jam menunjukkan pukul 4 petang tepat. 'Ah, aku harus bersedia untuk menghadap-Nya'...


seusai ,menyempurnakan wudhuk, aku terus memanjat tangga ke tingkat dua. terasa pergelangan kaki semakin longgar. pemegang tangga ku paut erat. ttakut terundur dan jatuh ke bawah. di sini aku keseorangan. tiada orang lain.

pintu musolla ku kuakkan sedikit, kelihatan jalan raya setia dipijak para musolin yang baru bergerak untuk ke masjid. aku menghampiri jendela musolla. dan terduduk. Penatnya hari ini...aku tidak sedar yang aku tumbang selepas itu dan terlelap.

'Allahu Akhbar...'

satu suara lembut dan halus bertakbir di sebelahku. Rupanya ada muslimah sedang solat di tepiku. Aku beristighfar banyak. Jam henset menjadi mangsa pandangan tajamku. masa sendiri menjadi saksi kelewatanku menunaikan solat. Sudah pukul 5.15ptg. Aku melangkah keluar mencari tempat berwudhuk!


Seusai solat, aku tidak dapat menggagahkan badan untuk berdiri dan menuruni cerun tangga ke tingkat satu. Malah aku tidak berjayapun keluar dari pintu musolla. Aku tetap duduk dan kelenguhan tulang belakangku, dan seluruh sendi2 ku memaksaku untuk meratakan badan kelantai musola dan akhirnya aku terlelap lagi.

Bukan mudah perjuangan ini, perlu satu mujahadah yang besar dan semangat yang azim. Semua itu tiada jika tidak dengan izin Allah. Aku pasrah, kelemahan badan ini semakin menampakkan diri. Jauh di sudut hati mengatakan, diriku bakal menyusahkan insan lain. Namun, aku sedaya upaya memujuk hatiku supaya berserah diri dan cuba memelihara kesihatanku sebaiknya. Bukankah kesakitan itu kifarah dosa??

Hari ini aku telah menggunakan sejumlah duit yang banyak...habis semua duit syilingku. Maka, diisytiharkan aku sudah menjadi orang tidak berduit. Mujur aku sempat membeli sebuku roti yang boleh menampung hidupku untuk beberapa hari.Tapi terselit satu perasaan aneh dihati ini. Bukankah para pejuang dulu tidak memerlukan semua itu?malah menginfakkan semuanya ke jalan dakwah... bila ditanya apa lagi yang ada pada mereka, mereka hanya menjawab, "ALLAH dan RASUL-Nya...".

Aku bersyukur walaupun begini. Selama ini aku hidup sentiasa cukup. bila kurang dah minta ditambah. Pada hal masih ada lagi . Itu menunjukkan aku tidak bersedia untuk menempuh susah yang sememangnya sunnah seorang pejuang AGAMA.

Lewat petang itu, aku ke seberang padang. Ke Blok E...Para pengawal tersenyum menyambut kedatanganku. Sememangnya aku suka menyakat mereka sebelum ini. Kini aku bukan lagi penghuni blok itu. Kedai Pak cik menjadi sasaranku. Aku meninjau sama ada Pak Cik ada menjual kuah sardin atau tidak. Aku tidak jadi bertanya bila bilangan pelanggan di hadapan pembuat roti canai begitu ramai. Aku meringkaskan cara dengan membeli kuah Dhal yang sudah sedia dibungkus.

Pada mulanya, abang penebar canai tu hanya memandang bila aku hanya mahu membeli kuah dhalnya sahaja. kemudian dia seakan bersetuju tapi dia memberi syarat, kalau nak beli satu sahaja, ia percuma, tapi kalau nak beli banyak perlu dibayar. Aku terspontan senyum sebabnya, aku baru saja kehilangan harta, dapat barang percuma...dengan ucapan terima kasih banyak, ana terus keluar dari cafe itu dan mencari meja kosong. malangnya semua meja sudah berorang.

Mahu tidak mahu aku perlu juga melabuhkan diri memandangkan azan telah berkumandang. Aku tidak suka memilih lagi. Aku terus duduk di atas satu tempat yang agak tinggi dari lantai. Aku masih boleh buka puasa dengan penuh berselera walaupun dengan hanya beberapa keping roti(bread) dan kuah Dhal!

Hari inilah aku benar-benar teruji. Tapi, sudahkah aku bersedia untuk diuji setiap hari selepas ini??

Yakinlah sahabat semua, tiada ssiapa pun yang tidak ditentukan rezekinya di dunia ini...oleh itu, disamping memohon rezeki jangan lupa memerah tenaga untuk melakukan usaha ke arahnya...

Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

(Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"

(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur[187].

Ali Imran(ayat 15-17)

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

3 comments:

Farid Rashidi said...

Salam,

Ya seharusnya begitu. Perjuangan mesti diteruskan. Kesabaran sangat penting untuk terus meneruskan perjuangan..

Farid Rashidi said...

Salam,

Ya seharusnya begitu. Perjuangan mesti diteruskan. Kesabaran sangat penting untuk terus meneruskan perjuangan..

alifnunalif said...

Ya Allah adikku....

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...