Monday, February 16, 2009

Serikandi Sejati.

Satu malam yang hening...


Di dalam sebuah asrama muslimat.


Kedengaran satu suara esak tangisan. Tangisan itu adalah tangisan kesakitan yang cuba dilawan. Namun, takdir Allah menetapkan begitu. Dia harus menghadapinya.


Keseorangan tanpa menyusahkan orang lain, apatah lagi sahabat sebiliknya.





*********





Seharian dapat menjadi amilin kepada kerja - kerja dakwah , dirasakan satu kebahagiaan yang tidak dapat diucapkan atau diluahkan dengan kata-kata. Kali ini, dia harus menghabiskan taklifat yang agak banyak juga. Namun, demi setitis kemanisan iman, dia cuba sedaya upaya melakukannya seikhlas hati.





Kerja yang paling mencabar buat dirinya ialah, mengusung buku-buku ilmiah untuk dijual ke semua bilik. Buku yang begitu berguna untuk para muslimah seperti Tautan Hati, Hari-hari dalam Hidupku, Kenapa saya menganut Islam, Fitnah Wanita, Isu Semasa Wanita yang menjadi persoalan, dan banyak lagi.





Alhamdulillah, bukan dia seorang sahaja yang dahagakan kemanisan iman. Sahabat-sahabat yang satu biro dengannya juga begitu komited dengan kerja-kerja itu.





Mesyuarat Mingguan Biro Dakwah dan Tarbiyyah IRKSS selalu menyebabkan masanya terisi dengan maksimum. Maka, setiap kali jugalah dia pasti mendapat satu ilmu baru dari setiap tazkirah dalam mesyuarat tersebut.





Namun, dari sekecil-kecil tugas seperti mengejutkan para muslimat untuk solat subuh kepada, menjual buku-buku ilmiah dia tetap mengambil bahagian. Bagi dirinya, tiadalah masanya untuk dibazirkan walau hanya dengan tidur yang disengajakan atau berbual perkara yang tidak berfaedah seperti perbincangan mengenai kehidupan artis, mengulas kejadian dalam kelas pada setiap hari, mengaibkan seseorang dan sebagainya.





Setakat ini, walaupun perjalanannya telah begitu jauh, namun, misi sebenarnya belum tercapai lagi. Matlamat sebenarnya adalah untuk mengislahkan kefahaman keluarganya tentang Islam yang sebenar. Kekeliruan yang berlaku tanpa disedari akibat percampuran adat yang sangat dipegang kemas oleh nenek moyangnya menjadikan dirinya berasa sangat perlu untuk dirinya keluar merantau mencari ilmu yang mencukupi demi mengatasi masalah itu.





Suatu hari pada minggu ketiga bulan Safar, pada hari rabu, neneknya memerintahkan semua anak dan cucunya untuk mandi Safar! Sesuatu yang bukan amalan nabi, malah ulama' telah sepakat mengatakan bahawa amalan itu adalah amalan khurafat.





Dia tahu dia memang terpilih untuk melakukan pengislahan itu memandangkan, dia sahaja yang bersemangat dalam hal ini dan yang lain hanya memandang sebelah mata. Bukan tidak mahu membantu tapi, masing-masing takut untuk mengubah kebiasaan masyarakat. Ketakutan mereka seolah-olah menyebabkan mereka akan dibunuh.





Tapi, bagi dirinya yang mahu bergelar pejuang Allah, dia menunggu 3 tahap ujian dan tidak akan berhenti jika belum melalui ujian-ujian itu. 3 tahap itu adalah dipenjara, dibunuh dan dibuang negeri. Jadi, tidak mengapa jika dirinya dibunuh. Kerana itulah jalan yang betul bagi seorang yang berjuang di jalan-Nya.





Demi menjaga kesinambungan dakwah, bumi Sarawak ditinggalkan dan membawa diri menuntut ilmu agama di Pusat Asasi ,UIAM. Institusi yang terkenal itu begitu gembira menanti kehadirannya demi mengeluarkan mutiara-mutiara ilmu Islamiyyah yang patut diketahui oleh semua umat Islam. terutama masyarakatnya.





******


Dalam satu ceramah...





" Wahai saudara sekalian, apakah yang kamu mahukan daripada hidup kalian ini?"





"Kebahagiaan?"





"Kemewahan?"





"Kesenangan?''





Lontaran persoalan itu begitu menarik perhatian Aminah. Rupanya , kebahagiaan dunia tidak akan kekal, begitu jua kemewahan dan kesenangan. Tapi, kehidupan akhirat adalah lebih kekal.


Mulai dari saat itu, dia berusaha untuk menyuburkan Iman yang semakin gersang ketika berada di tanah airnya sendiri. Malah, Aminah begitu yakin, semua janji-janji yang Allah taburkan dalm Kitabullah bukan omongan kosong. Antaranya dalam surah as Saff...ayat 11..





Mihnah dan tribulasi yang dihadapi oleh Aminah bukan sedikit. Semua itu menjadi asam garam hidupnya. Dan hiburan dirinya adalah alunan zikrullah dan kalamullah..



UKHUWAH...



Indah Islam kerana setiap ajarannya merangkumi segala aspek kehidupan.

Malah semua perkara adalah lebih indah jika kerana Allah semata-mata.

To be continue...



























يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون




"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

1 comment:

ibtisamsyarha said...

Salam ya ukhti habibati..
Islam adalah agama yang terindah yang tidak trdapat dalam agama lain, kesyumulannya memenuhi kemashalatan umat...
MAHA SUCI ALLAH.AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM.
Sama-sama kita mengislah diri dan mengajak sekekililing kita.Inya'ALLAH..
ukhwah pula indah jika semata keranaNYA.
Ma'annajjah'ala kulli hal.
wassalam

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...