Monday, February 9, 2009

Taubat

Suasana yang begitu syahdu menyebabkan kesakitan yang sedang berdenyut-denyut di batang kakinya yang berbalut terasa begitu mencengkam. Luka yang disebabkan tebasan parang yang baharu diasah semalam meyukarkan pergerakannya untuk mengambil wudhuk.

Dia begitu bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan wudhuk yang termampu. Hati tuanya bergelora. Terasa usahanya selama ini membanting tulang empat kerat tidak berhasil menahan langkah anak-anaknya untuk meninggalkan dirinya di kampung yang sememangnya tanah kelahirannya.

Arrgh!!
Entah kenapa, kakinya tersalah pijak kayu yang sudah reput. Seluruh badannya terhempas dan luka di kakinya terpukul lalu berdarah…
Ketika itu, Malaikat Maut sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya. Maka, hilanglah jiwa dari jasad seorang tua yang tidak merasa gembira di penghujung nyawanya…


***
Borhan begitu tekun menaip di hadapan komputer ribanya. Tiba-tiba telefon rumahnya berdering. Dia memandang ke arah telefon itu tanpa membuat sebarang pergerakan lain. Kelihatan ammahnya terkedek-kedek menyambut panggilan yang mengganggu ketenteramannya. Kemudia dia kembali menyambung tugasannya.
“ Maaf tuan, ada orang mahu berbicara dengan tuan,” Ammah itu mengajukan ganggang telefon kepada Borhan. Sambil mendengus, Borhan bangun dan mencapai ganggang tadi.
“Borhan bercakap!”
“Hah?!”
“Kenapa telefon saya?”
“Suruhlah tuk imam urus, nanti saya bayar!”
“Saya tiada masa!”
“Saya tidak tahu!”
“Sudah, buat saja apa yang saya suruh!”
Klik!
“Orang meninggal pun nak menyusahkan orang lain!”, Borhan begitu tertekan. Wlaupun berita kematian ayahnya sepatutnya ditangisi, dia tidak tercapai perasaan itu. Baginya, selagi orang tua itu hidup, dia tidak dapat hidup tenang. Mujur ibunya meninggal ketika dia belajar di luar negara.
Borhan bekerja sebagai pengurus web di sebuah syarikat terkemuka. Baru-baru ini, hasil kerjanya ditolak oleh pelanggannya. Menyebabkan dia hampir dipecat. Keadaan itu menyebabkan dia hampir hilang kewarasan. Tambah-tambah lagi berita kematian ayahnya. Semua itu mengusutkan keadaan.


***

Kringg! Kringg!
“Helo…”
“Sofiah bercakap”
“Apa? Adik-beradik yang lain mana?Kenapa tidak panggil mereka?”
“Mak Jah, saya tahu…tapi, anak saya tengah periksa sekarang, saya tidak mahu mereka terganggu. Kalau boleh biar saya saja yang tahu. Jangan telefon Abang Sahak pula.”
“Kalau dah telefon , mereka datang juga tu…”
“ Bukan tak sayang, tapi keutamaan saya sekarang keluarga saya. Saya harap Mak Jah tidak memaksa saya pulang!”
“Suruhlah siapa-siapa yang urus. Saya akan bayar.”
Klik!


Mak Jah mengelap air matanya. Mengapa semua anak-anak abangnya tidak sudi pulang untuk melihat wajah ayah mereka buat kali terakhir? Sedangkan , dua hari lepas abangnya meminta pinjam beras kerana tidak mampu beli. Dia berjanji akan memulangkan semula beras itu selepas menebas di kebun Hj. Dollah. Semalam dia tertebas kakinya. Petang semalam berita kematiannya begitu membuat perasaannya tersiat-siat. Kenapa anak-anaknya tidak menghulurkan sesen pun wang untuk ayah mereka?
Sofiah ini anak bongsu abangnya, hasil perkongsian hidup dengan kakak iparnya, Rosnah. Entah di mana silapnya, kini semua anak mereka tidak memperdulikan hidup ayah mereka sendiri selepas semuanya sudah berjaya dan berkeluarga.

“Mak Jah…Oh, Mak Jah…Apa ada anak Daud yang nak pulang?”


Dengan berat hati, Mak Jah menggeleng.
Maka dengan itu, semua orang yang ada faham apa yang harus mereka lakukan. Tuk Imam pun beristighfar berkali-kali. Apa yang sudah mengikat jiwa anak-anak arwah Daud ini?
Bermula dari memandikan mayat, mengkafankan, dan solat jenazah, diakhiri dengan urusan pengebumian. Talkin pun dibaca…
Semua insaf…

Semasa hayat si mati, dia suka memburukkan anak orang lain, dan mengatakan hanya anak-anaknya sajalah yang terbaik. Semua dapat belajar di luar negara, dapat jawatan yang besar-besar. Bukan tidak pernah ditegur, namun, dia akan menuduh semula orang yang menegurnya sebagai dengki dengan dirinya.


Sehingga isterinya meninggal kerana sakit tenat , barulah dia sedar, yang bahawasanya anak-anaknya semua sudah tidak mahu mengaku mereka berdua sebagai ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Anaknya yang pertama , Borhan tidak mahu pulang kerana isterinya tidak sanggup menjejakkan kaki ke kampung mereka. Anaknya yang kedua, Latip, Seorang doktor yang sangat sibuk. Juga sentiasa memberi alasan kes kecemasan yang berlaku selalu menghalangnya pulang.Yang ketiga, Haliza, seorang model terkenal diikuti oleh dua orang adiknya Ayu dan Liana. Masing-masing menjadi bintang terkenal tapi mengaku anak yatim. Dan yang bongsu, seorang pemilik kilang pakaian yang terkemuka , Sofiah.


******


Setelah 3 tahun berlalu…
Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah peninggalan arwah Daud. Sebuah susuk tubuh yang begitu kurus tidak terurus keluar dari perut teksi.
Mak Jah yang sedang menyapu sampah di halaman rumah itu tergamam sebentar.

“ Ya Allah ! Borhan?”
“Mak Jah!!”,Borhan sujud di kaki Mak Jah. Mak jah tidak membiarkan. Dia cuba untuk berpaling tapi lututnya sudah dipaut kemas oleh Borhan yang sudah menangis semahu-mahunya.

Lahir rasa simpati di lubuk hatinya. Namun apa yang telah mereka lakukan kepada arwah abangnya bukan sesuatu yang kecik, dan mudah dilupakan. Mak jah hanya membiarkan Borhan terus menangis bak anak kecil di lulutnya.
Lama –kelamaan, hati mak Jah menjadi lembut jua. Dia memegang bahu Borhan sambil bercucuran air mata.


“Sudahlah tu nak…Apa yang berlaku, kita tidak boleh sesekali mengubahnya. Berserahlah pada Allah. Kembalilah ke jalan yang sebenar. Mak Jah yakin, pintu taubat untuk Borhan masih terbuka luas…”, Borhan masih berbicara tentang semua kesalannya terhadap arwah ayahnya dan ibunya. Entah bagai mana orang kampung boleh menerima kepulangannya.
Tuk Imam datang menghampiri Mak Jah dan Borhan. Tuk Imam menarik Borhan dalam pelukannya dan membisikkan sesuatu ke telinga Borhan. Tanpa disedari, hampir kesemua penduduk kampung datang menyaksikan kepulangan Borhan. Perlahan-lahan tuk Imam membawa borhan masuk ke rumah Mak jah. Orang kampung yang masih mahu melihat babak seterusnya sama-sama masuk ke ruang tamu rumah Mak Jah. Tetapi dihalang oleh suami Mak Jah.


Borhan mula menceritakan perihal dirinya selepas ayahnya meninggal. Dia selalu dihantui oleh mimpi-mimpi yang ngeri. Termasuk bayangan-bayangan kenangan dirinya bersama arwah ayahnya ketika kecil. Sehingga menyebabkan dia menjadi orang yang sentiasa bermonolog sendiri dan dianggap gila oleh rakan sepejabatnya, dan akhirnya di pecat. Ketika itu, isterinya juga anak-anak sudah pulang ke rumah orang tuanya kerana takut dengan perubahan Borhan.
Saat itu juga Borhan menyatakan penyesalannya. Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang anak terhadap orang tuanya. Borhan sangat menyesal kerana tindakannya diikuti oleh adik-beradiknya yang lain.


Namun, sampai sekarang dia seperti tidak dapat berhubung dengan kesemua adik-beradiknya kerana dia tidak tahu dimana telefon bimbitnya berada.
Dia merayu kepadaTuk Imam supaya menolongnya dan membimbingnya ke pangkal jalan. ..
Akhirnya terselamatlah satu jiwa dari terus bergelumang dosa yang besar di sisi Allah SWT, iaitu derhaka kepada orang tuanya. Semoga dosanya sebelum ini terhapus dengan rahmat –Nya. \
-aSSAifah-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون

"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

4 comments:

pali said...

masyallah, ada bakat jadi penulis skrip ni. mabruk!

Azimah Rupilen said...

Kenapa bleh cakap bakat 'Penulis Skrip'?kenapa bukan penulis saja?

pali said...

ok2. inilah ante ni penulis skrip rupanya...

Jamilah Mohd Norddin said...

Salam, cerpen hasil tulisan Azimah ke? Wa, bagus... Akak kagum dengan kamu...

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...