Hari ini Razifah dan Hamida berjanji untuk ke satu bengkel yang mereka nanti-nantikan selama ini, Bengkel Penerapan Nilai Islam dalam Novel.
Kebetulan hari ini hari Sabtu, hujung minggu. Tiada kuliah. Tiada program anjuran mana-mana persatuan. Kosong. Daripada membuang masa lebih baik mereka gunakan peluang keemasan ini ke Galeri Ilmu.
Seawal pukul 8 pagi mereka melangkah penuh keazaman dari rumah masing-masing. Pakaian yang mereka kenakan amat sesuai untuk muslimah. Walaupun bertudung labuh, mereka tidak kekok memakai seluar panjang dan t-shirt labuh kerana mereka perlu pemakaian yang boleh melancarkan perjalanan dan memudahkan untuk pergerakan. Lokasi pertemuan adalah Stesen Kereta Api Tanah Melayu Bandar Tasik Selatan.
Sepanjang perjalanan KTM itu ,mereka melayan perasaan masing-masing.
“Stesen seterusnya, Stesen Sungai Buloh…,” pengumuman itu diulang sebanyak dua kali. Mungkin untuk menyedarkan penumpang yang tertidur dan jalan seorang diri.
Razifah memandang Hamida. Ada riak kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Allah telah permudahkan perjalanan mereka.
“ Alhamdulillah…,” lafaz hamdallah diucapkan serentak tanpa dirancang. Mereka saling bertukar senyum. Langkah terus diatur kemas untuk keluar ke ruang legar dan seterusnya ke laluan berhalangan untuk mendapatkan teksi di halaman stesen Sungai Buloh.
“Zifah, kita dah dua kali datang ke tempat ni, takkan kita nak gunakan khidmat teksi lagi?,” Hamida kurang setuju untuk mengambil teksi. Baginya, baik mereka menggunakan alternative lain untuk ke PejabatGaleri ilmu.
“ Ida , macam mana pun kali ni kita terpaksa juga guna teksi. Sebabnya kita pun tak tahu bagaimana nak ambil bas. Nanti kita cuba Tanya siapa-siapa lepas ni... ,” Razifah menjawab seraya ada seorang pemandu teksi bertanya kepada mereka namun tidak diendahkan kerana masih bercongak-congak tentang pengangkutan awam yang bakal digunakan untuk ke lokasi bengkel.
Pemandu teksi itu terus masuk ke dalam keretanya dan memajukan teksinya ke hadapan selepas teksi sebelumnya berlepas dari stesen menghantar penumpang. Selainmereka ada dua lagi penumpang ynag sedang memilih teksi yang bakal mereka naiki. Mahu tidak mahu, Hamida terpaksa bertanya dengan teksi yang baru berhenti di hadapan mereka. Pemanndu itu berkerut mendengar lokasi yang Hamida nyatakan.
“ Jalan Pekaka?”
“ Kalau Pak cik tak biasa dengar, mungkin kalau kami nak minta pak cik hantar dekat-dekat dengan Hospital Pusrawi pak cik tahu…,” Hamida bersungguh-sungguh, Razifah penuh mengharap menenti jawapan pemandu teksi itu.
“ Er…beginilah, kamu cuba Tanya teksi di depan , sebab pakcik orang baru di sini. Maaf banyak tidak dapat tolong ya..,” Razifah dan Hamida tersenyum redha. Lalu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.
Langkah digagahkan untuk mendapatkan teksi yang dimaksudkan oleh pemandu teksi sebelum itu.
“ Assalamualaikum…boleh tak encik hantar kami ke Jalan Pekaka, di Kota Damansara…,” belumpun habis Hamida bercakap, pemandu teksi itu berkata dengan penuh emosi.
“ Bukankah tadi saya dah tanya kan? Tapi kamu buat tidak tahu, Kamu tidak layan pun pertanyaan saya. Saya dah Tanya baik-baik, nak ke mana. Tapi apa kamu buat? Seolah –olah tak nampak, jadi saya bercakap dengan tunggul ke tadi?!”
“ Er..pak cik, tadi kami nak berfikir nak naik apa…” Razifah mahu mempertahankan diri. Hamida masih menampakkan wajah yang tenang tapi keruh. Amat ketara ribut perasaan dalam hatinya kerana dimarahi sebegitu rupa di khalayak ramai.
“ Kalau pun begitu, tak boleh ke kamu bagitahu baik-baik, ‘ pakcik, tunggu sekejap, kami nak berfikir dulu ke, ni tidak buat macam tak nampak. Sekarang terhegeh-hegeh pula!” Duss…! Pedas juga penangan pak teksi ni…
“Kami betul-betul minta maaf pak cik!” Razifah merendahkan tiun suaranya. Pak cik itu agak tersentak. Hamida masih seperti tadi. Konsisten.
“yalah , ha..tadi nak ke mana?”
“Ke Kota Damansara.”
“ Oh, nak ke Kota? Tapi pak cik ambil 15 ringgit,”
“Bolehlah pak cik.”
Akur. Itu saja yang mereka ada setakat ini. Namun pengalaman di marahi sebentar tadi amat besar kesannya pada kedua-dua gadis remaja ini.
***
Kedatangan mereka ke Galeri Ilmu disambut dengan baik dan mesra. Kali ini mereka berkenalan dengan ramai lagi penulis novel dan peminat karya islamik. Encik Zakaria seperti biasa dengan wataknya yang sentiasa tawadhuk memulai sessi bengkel selepas dipersilakan oleh pengerusi majlis , Encik Nasri.
Enck Zakaria bersungguh-sungguh memberikan penjelasan mengenai betapa pentingnya mempunyai kefahaman dan penghayatan terhadap Islam dan Ihsan. Antara analogi yang beliau gunakan adalah..
“ Kefahaman kita mestilah sampai menyebebkan kita amalkan apa yang kita tahu. Saya bagi contoh, kalau kita nak tutup parit di halaman rumah supaya orang tidak nampak. Kita mungkin akan guna konkrit. Tapi, bila kita sedar cara itu akan menyebabkan kekotoran parit itu semakin tersembunyi. Jadi apabila kita tahu perkara ini dan kita faham, kita akan beralih kepada penutup parit yang diperbuat dari besi yang membolehkan kita melihat apa kekotoran parit dan seterusnya membersihkan kekotoran jika berlaku pada parit itu. Itu baru nak tunjuk apa beza antara tahu dan faham.”
“Kefahaman pada akidah yang betul sangat dan tersangatlah perlu. Pun begitu,ia mesti selari dengan amalan kita, sahsiah kita sebagai penulis. Maka baru boleh mewujudkan roh islamik dalam karya kita. Dan orang yang membacapun tersentuh dengan seni yang kita gunakan.”
“ Dalam penulisan karya juga kita perlu meletakkan , pergantunagn kepada Allah. Dalam apa jua situasi watak jangan lupa masukkan unsur ini.”
“ Seterusnya, kena jaga ikhtilat watak yang berlawanan jantina sebagaimana syariat Islam. Maka barulah syiar Islam dapat dipaparkan.”
Ada banyak lagi tips dan strategi yang dilontarkan oleh Encik Zakaria. Peristiwa dimarahi pagi tadi menghilang sekejap. Asyik dengan penyampaian Tuan Penceramah.
“ Encik, saya ingin tahu apa cara untuk memantapkan teknik membina mini story dalam setiap bab?”, Spontan Razifah bertanya selepas Encik Zakaria habis membentang mengenai sedikit teknik menulis.
“Owh, kamu mahu tidak mahu kena baca karya orang lain yang sudah bergelar penulis. Dan buatlah kajian atas teknik-teknik yang mereka gunakan. Kamu kena banyak masa untuk membaca. Jadi uruslah masa kamu dengan baik.”
Jawapan itu begitu memuaskan hati Razifah. Apa pun dia sudah dapat penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya selama ini.
***
Bengkel itu ditangguhkan tepat pukul 1 petang. Hamida dan Razifah bertekad untuk menaiki bas. Bukan apa, tapi 15 ringgit cukup bernilai buat mereka. Jadi sebelum poket kering baik guna bas. Muarh pula tu. Seringgit saja untuk ke KTM dari Lokasi sekitar pejabat GAleri Ilmu. Apa nak jadi ni???
Perjalanan kali ini amat bermakna. Kedua-dua sahabat itu tahu apa yang patut mereka lakukan selepas ini…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment