Thursday, October 16, 2008

aspirasi dalam menulis...

Yada... yada....Saudara Ibn Mustoffa bertanyakan soalan yang agak-agak mirip dengan soalan dari gabungan Syaimaa' dan Asma' Amatullah sedikit masa dahulu. Cuma soalannya menjurus kepada bakat atau latihan.Sebenarnya saya rasa soalan ini tidak patut ditanyakan kepada saya memandangkan saya tidak pernah mengikuti apa-apa kursus penulisan. Sebaiknya soalan ini ditujukan kepada sifu-sifu dalam dunia penulisan seperti Faisal Tehrani. namun oleh kerana Saudara Ibn Mustoffa telah bertanya kepada saya... maka saya sekadar mampu bercerita tentang pendapat saya sahajalah.Menulis ini sebenarnya, sebelum BAKAT atau LATIHAN, dia memerlukan satu sokongan. Sokongan itu adalah sokongan 'MINAT'. Tanpa minat, jika anda berbakat sekalipun, anda tidak akan mampu menghasilkan karya yang baik. Jika tiada minat, anda pasti tidak akan berlatih.Menghasilkan karya yang baik, berisi, mempunyai mesej, hakikatnya tidaklah bergantung pada bakat semata-mata. Ada satu pepatah berbunyi," Manusia luar biasa itu bukan dilahirkan, tetapi ia dididik"Jadi, bakat hanyalah nilai tambah sahaja kepada perjalanan untuk menghasilkan karya. Sebenarnya, tiada manusia di dunia ini yang boleh dikatakan tidak berbakat. Bakat itu boleh dibina dan diasah. Pepatah melayu pun ada berbunyi," belakang parang kalau diasah akan tajam juga"Maka menulis, menghasilkan karya yang baik, bukanlah bergantung kepada bakat semata-mata. MINAT dan LATIHAN adalah yang utama. Seperti yang saya katakan tadi, BAKAT hanyalah nilai tambah.Kalau saya rujuk kepada diri saya sendiri(sebab saya tidak tahu orag lain), saya memang dikatakan berbakat di dalam mengarang. Datin Ummi Halimaton, Guru Bahasa Melayu saya sewaktu saya tingkatan lima ada menyatakan," Hilal tak mungkin tak dapat A1 dalam BM, kalau Hilal tak dapat A1, Hilal bukan anak murid Ummi"Memang... hanya BM sayalah yang saya dapat A1 dalam SPM saya. Sememangnya di dalam markah karangan, saya sentiasa mendapat markah yang tinggi. Sedangkan saya bukanlah belajar sangat cara untuk menulis. Mungkin inilah yang orang namakan BAKAT.Tetapi, diselubungi BAKAT ini pun, saya tetap memerlukan latihan untuk menghasilkan karya yang berisi dan mempunyai mesej yang baik. Kalau anda perhatikan di dalam cerpen-cerpen saya, ada jugayang menegur silapnya, mungkin jalan ceritanya, ada juga yang suka menegur(seperti blogger BroHamzh dan SiddiQ Osman) isi cerpen dan karya saya. Malah penerbit jua berpesan kepada saya untuk membaca karya-karya penulis besar yang lain.Saya akui hal ini. Sebenarnya apabila saya hendak mereka satu cerpen, atau satu karya, memang ada kalanya idea itu datang mendadak sebaik sahaja jemari saya menyentuh papan kekunci lap top, tetapi itu idea, yakni isi cerpen. Namun bagi gaya bahasa, cara kita hendak membawa pembaca memahami mesej kita, gaya penulisan, semua itu saya dapati dengan banyak membaca karya orang lain dan belajar dari teguran orang. Contoh, anda akan melihat karya-karya saya yang jiwang-jiwang itu seperti terkena tempias Hlovate(sampai Blogger C's Raden kata saya ni Luv Expert.. hu hu) Memang betul saya banyak baca karya Hlovate pun. Tertarik dengan gaya penulisannya, maka saya gunakan cara itu.Penulisan dengan gaya sejarah yang diubah-ubah, itu adalah gaya penulisan Faisal Tehrani. Justeru ana dapat melihat ada dari kalangan cerpen saya yang saya gunakan cara itu. Lebih jelas pada cerpen Sang Penyeru. Dalam mencari isi dan mesej yang baik untuk disampaikan, saya mencari buku-buku karangan Amru Khalid, Majdi Al-Hilali, Hassan Al-Banna, Abbas As-Sisy dan sebagainya di samping mencari isi-isi Al-Quran atau hadith yang boleh diambil untuk dimasukkan ke dalam karangan. Saya juga menekuni lirik-lirik nasyid atau lagu, agar isinya dapat saya ambil untuk dinukilkan di dalam cerpen. Nasyid oleh Outlandish memang berisi, kata-katanya mendalam, maka saya banyak terpengaruh dengan kumpulan itu.Justeru, pada pendapat saya, hendak menghasilkan penulisan yang baik, bergantung kepada MINAT dan LATIHAN. BAKAT hanyalah nilai tambah. Tiada manusia yang tidak berbakat. Bakat itu bukan dilahirkan, tetapi ia dididik.Bagi yang ada minat untuk menulis, maka saya ada satu perkara penting hendak dikongsikan. apabila kita hendak memulakan penulisan kita, kita perlu tanya kepada diri kita, apakah niat kita berkarya? adakah sekadar ingin hanyut di dalam keindahan sastera, atau gembira dengan pujian manusia kepada karya kita, atau lara dalam dunia penulisan semata-mata? Jika itu tujuannya, maka tak mustahil kita akan cepat malas dan akan cepat jua berhenti. Sebelum anda layahkan pena anda pada warkah kosong, maka coretkan di hati anda dengan dakwat niat yang jelas. Niat akan menukarkan perkara kecil menjadi besar, dan perkara besar menjadi kecil.Jelas matlamat sebenarnya adalah perkara yang terpenting selepas MINAT. jelas matlamatlah yang membawa kita kepada inginkan LATIHAN, dan tidak ingin mensia-siakan BAKAT kita. Niat dan matlamat adalah ibarat kenderaan. Kalau matlamat dan niat kita benar, nescaya kita akan utuh dan teguh berada di atas segala jalan yang kita ambil.Marilah kita sama-sama berniat berkarya ini untuk merubah ummah, memberi sumbangan kepada ilmu masyarakat. Moga-moga, bila kita menulis, ALLAH akan membuka hati manusia yang membaca karya kita.Seorang ulama' ada berkata," amal jariah yang paling bernilai adalah penulisan"Jika benar ada minat, kenapa tidak kita tajaminya? jika benar ada bakat, kenapa kita tidak kembangkannya? jika benar sedang berlatih, kenapa tidak kita teruskannya?Ibn Mustoffa.... harap post ini membuatkan anda senang.Harap kalian selalu mendoakan saya.Uhibbukumfillah


macam penah nampak??
yala ana copy dari blog langitillahi.blogspot.bukan niat nak cetak rompak tapi nak bagi semangat pada jiwa..
maaf bro asyraf.ambik tanpa keizinan...

3 comments:

Azimah Rupilen said...

maaf skali lagi ada makluman di sini..coretan yang panjang lebar ini bikan ana punya...

BroHamzah said...

Assalamualaikum, untuk menulis ia mesti bermula dengan NIAT dan HATI.2 aspek ini sentiasa menjadi penguat untuk saya sendiri dalam mencatat, mencoret, berkongsi dan bercerita. Saya sendiri masih merangkak dalam dunia penulisan ini.Masih belajar dan memerhati.Andai saudari meminta tunjuk ajar daripada saya.Saya rasa saya bukanlah layak. HANYA sekadar memberi apa yang ada itu, INSYAALLAH. Menulislah, berkongsilah kerana itu KEPUASAN yang amat mengujakan.Sekian BroHamzah

Hilal Asyraf said...

HA ha...
saya hanya mampu tersenyum apabila melihat post ini...

Semoga ALLAH redha pada kamu

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...