Semua manusia itu di uji...dari ujian terserlahkan tahap keimanannya..ujian itu pelbagai..ujian kehidupan termasuk perasaan, persahabatan kekeluargaan. Tapi di sini kita sedang perkatakan mengenai ujian perasaan dan yang sewaktu dengannya...
Sudah menjadi fitrah manusia..ingin dikasihi dan mengasihi..Setiap manusia pasti ada keinginan ini..termasuk seorang hamba Allah itu..Tapi kita perlu membuat pilihan yang paling bijak. Konteks kasih sayang di sini sangat luas. Tolonglah…Jangan menafsirkan kasih sayang itu mengikut hawa nafsu. Di sini ada kisah..
Ada seorang hamba Allah ni yang bukan seorang yang melayan perasaan, namun takdir Allah , dia telah diuji dengan satu ujian yang simple. Seorang teruna telah jatuh hati kepadanya. Ketika itu dia baru berumur 9 tahun, teruna itu tua setahun darinya. Persekitaran pada masa itu juga tidak membantu. Orang yang agak menggalakkan lebih banyak dari orang yang melarang. Tak apalah..ketetapan Allah sudah begitu.
Pada mulanya hamba Allah itu kurang menyenangi tapi..bisikan2 syaitan telah menghasut dan terus menghasut…maka berlakulah saling jatuh hati ..Astaghfirullah..
Ingatan yang selalu pada tanggungjawab belajar terhakis kerana dipujuk oleh perasaan.
Apabila sampai tahap boleh faham sedikit perangai sebenarnya..Allah telah menjauhkan hamba Allah itu dari teruna tadi..
Maka masing2 pun membawa diri..teruna itu telah tersesat daripada landasan. (semoga hidayah Allah sampai padanya). Hamba Allah itu pula semakin nampak jalan yang sebenar..memang ada hikmah..Sebenarnya Allah mahu hamba Allah itu membezakan yang baik dan yang buruk.
Bila hamba Allah itu digerakkan hatinya untuk masuk sekolah agama, hatinya betul2 tidak berhajat kepada hubungan yang bersifat sementara dengan manusia berlawanan jantina dengannya. Malah bersembang kosong dengan kaun Adam juga tidak pernah menjadi hobi masa lapangnya..(betapa rindunya masa tu..)dalam kelas bukan tiada yang mahu menawan hatinya. Tapi berbekalkan muka yang garang, tiada satu pun yang berjaya.
Tahun kedua menjadi pelajar sekolah agama, hamba Allah itu diuji kali kedua. Sepupunya yang juga pelajar sekolah agama memprkenalkan kepadanya dengan seseorang yang tergolong dalam golongan kaum adam bermasalah. Masalah di sini seperti biasa, banyak buat kes, bukan orang yang good boy menurut sebahagian orang lagi. Jejaka itu kawan sepermainan sepupu hamba Allah tadi. Sebenarnya, budak itu tidak pernah untuk berkenalan dengan hamba Allah itu, tapi sepupu hamba Allah yang rancang. Dia mungkin simpati dengan kawannya . Kawannya sebenarnya baik sangat tapi dia kurang perhatian dari keluarga. Maka kita telah masuk dalam bab2 tanggungjawab ibubapa.
Ibubapalah yang mencorakkan anaknya mau jadi apa, Majusi? Nasrani? Yahudi?
Maksudnya peranan ibubapa sangat BESAR. Ibubapa yang baik mereka akan berhati-hati mencorakkan kehidupan anak mereka…Kehidupan anak akan dipengaruhi oleh kehidupan sebelum kahwin kedua-dua orang tuanya tadi. Oleh itu, pemilihan calon isteri dan suami amat perlu dilakukan mengikut sunnah nabi Allah swt. Agamalah yang paling utama dan seterusnya paras rupa, harta,keturunan dan taraf.
Kembali kepada kisah hamba Allah tadi…
Persahabatan itu terjadi kerana si hamba Allah telah menyatakan persetujuannya untuk menerima salam perkenalan itu. Walaupun berasa ragu tapi hamba Allah itu tersilap minta pandangan. Dia telah meminta pandangan daripada orang yang sangat expert dalam bab–bab bercinta ini…Apa lagi, antara kata-kata galakan yang diterima ialah,
“ Ala..terima sajalah…Bukan apa pun , Dia Cuma nak jadi kawan. Apa yang nak dirisaukan..”
Tanpa buat solat istikharah ,hamba Allah tadi terus memakbulkan keinginan manusia itu.
Sepanjang tempoh berkawan, hubungan di 'upgrade'kan kepada bersahabat. Istilah sahabat adalah lesen kepada kedua-dua insan lemah itu untuk berkongsi masalah dari seringan-ringan masalah kepada seberat-berat maslah. Masalah pelajaran, masalah keluarga, masalah sukan, kawan..sedetail-detailnya hamba Allah tahu pasal dia.Dia pun begitu. Tahun kedua hubungan hamba Allah itu dengan budak tu begitu…Dia tiba-tiba mahu upgrade kan lagi hubungan menjadi pasangan kekasih..yalah dah saling tiada rahsia…Kebetulan hamba Allah itu mahu ambik PMR. Jadi hamba Allah itu menolak dengan baik. Tapi yang salah, hamba Allah pun rasa nak ikut cadangan sahabatnya tadi…Cuma tidak berapa berani..cabaran PMR masih mengkongkong.
SELEPAS PMR…
Hamba Allah itu tercabar dengan berita mengenai sahabatnya. Sang sahabat telah menjalinkan hubungan dengan seorang secret admire di sekolahnya. Namun, sahabat itu tidak ber putus asa untuk mendapatkan hati hamba Allah itu. Di saat itulah hamba Allah itu tahu sahabatnya ini seorang playboy. Hamba Allah itu berfikir, PMR dah habis…rasanya tiada masalah kalau terima sahabatnya. Kalau diberi peluang hamba Allah itu mungkin akan terima tawaran sahabatnya tadi. Huh…hati hamba Allah itu telah di kuasai satu perasaan sayang kepada sahabatnya sehingga perangai sahabatnya dipandang dari sudut positif…mungkin kerana hamba Allah itu tolak tawarannya kali pertama maka dia pun melayan orang lain…maka perlu lah terima akan dia sebab lain dia akan berhenti merokok. Bangganya hamba Allah itu kalau dia berhenti merokok sebab hamba Allah itu sendiri…(astaghfirullah..)
Begitulah perasaan hamba Allah itu..betapa Allah Maha Bijaksana , Maha Penyayang, mungkin ketika itu hamba Allah itu sangat selalu mengadu kurang kasih sayang..Di rumah selalu buat kerja lebih dari orang lain..akibatnya, selalu rasa teraniaya.Allah mahu hamba Allah ni rasa sedikit gambaran bagaimana rasanya dikasihi.
Bila hamba Allah itu masuk tingkatan 4, terdetik hatinya…
“Kenapa begitu mudah menyerahkan hati pada manusia…yang belum tentu dia yang berhak dan belum tentu dia jadi suamiku . Lagipun di sekolah aku adalah pengawas yang suka bagi nasihat pada kawan-kawan supaya jangan menjalinkan hubungan cinta dengan siapa-siapa kecuali dengan suamiku kelak". Betapa hamba Allah itu malu pada mereka semua...dia sedar dia hanya cakap tak serupa bikin.
Dengan kuasa Allah hamba itu tersedar dari mimpi. Allah bukan sengaja bagi kesempatan itu, buktinya Allah telah gerakkan hati hamba Allah itu untuk putuskan hubungan yang tidak pasti itu. Akibatnya, sahabat itu rasa sangat benci pada perempuan.
Bukan senang untuk ubah orang. Selepas putus hubungan itu hamba Allah itu telah berjanji tidak akan menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa selain suami. Tapi sekali lagi Allah bagi ujian. Kali ini wakil kaum Adam itu bukan orang yang sebarang…tapi seorang hafiz.
Bila imbas kembali ramai manusia yang secara tidak langsung membuatkan hafiz ni rosak. Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menggalakkan budak tu terus melayan perasaan suka pada hamba Allah itu. Sedangkan pada masa itu hamba Allah itu baru saja putus ‘cinta’…jadi hamba Allah itu ambik langkah hati-hati, tiada kata terima dari hamba Allah. Maka tiada lah terjadi apa-apa.
SELEPAS SPM…
Cuti yang agak panjang, buat si hamba Allah leka. Maka Allah tidak mahu hamba Allah itu terus leka ,lebih-lebih lagi hamba Allah itu akan ke dunia luar. Satu task untuk hamba Allah dariNya…Allah telah mengaturkan satu perkenalan hamba Allah itu dengan seorang yang sangat teringin unuk kahwin dengan orang yang ada title ‘ustazah’…si hamba Allah yang masih selamba terus layan. Sampai satu tahap, kata-kata manis adam itu membuatkan hamba Allah itu terharu dan jatuh sayang. Subahanallah..Allah telah ciptakan lelaki dengan sifat begitu, pandai berkata-kata ,bermain lidah sehingga meluluhkan hati seorang wanita. Hamba Allah itu telah jatuh sekali lagi ke dalam gaung perasaan. Lupa pada janji-janji keinsafan. Namun berkat bertafakur..Hamba Allah itu dapat memahami yang sesungguhnya situasi ini adalah satu ujian supaya dia kembali mendekati NYA.
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat(nama-Nya) sebanyak-banyaknya”(Surah Al Ahzab ,ayat 41)
Demam seminggu sebagai kifarah untuk hamba Allah itu. Selepas tempoh itu dia terus memutuskan lagi perhubungan. Bukan niatnya untuk mempermainkan perasaan orang. Tapi, itu adalah kesilapan hamba Allah itu sendiri. Bagi peristiwa kedua itu, hamba Allah itu mendapat pengajaran, bila kita buat satu kebaikan tapi berselang dengan kejahilan maka rosak lah kebaikan tadi. Namun Allah s.w.t tidak akan membiarkan hamba-hambaNya. Pada hamba Allah itu, itulah bukti Allah itu Maha Penyayang. Ketahuilah selagi mana Allah mengetahui keinginan hambaNya yang mahu berjihad melawan nafsu atau unuk memperjuangkan kebenaran Dia tetap di sisi hamba itu. Firman Allah swt. :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami , Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik” (Surah Ar- Rum ayat 69)
SELEPAS KEPUTUSAN SPM …
Saat yang di nanti-nantikan oleh mereka yang bergelar pelajar tingkatan 5 menjelang kini. Hamba Allah sangat bersyukur sebab. Walaupun keputusan tidak begitu meletup cukuplah untuk hamba Allah tidak riak. Dia (Allah s.w.t)sudah maklum akan sifat hamba Allah yang masih ada sekelumit di jiwa. Hamba Allah redha…
Berbekalkan sijil keputusan itulah hamba Allah mahu keluar mencari pekerjaan supaya tidak terperangkap dengan pujuk rayu syaitan yang direjam supaya melayan jentikan-jentikan nafsu berwasilahkan sms dengan kaum Adam. Malangnya, Seluruh keluarga hamba Allah tidak memahami hasrat murni itu. Dengan cara mereka berfikir sahaja pun cukup untuk buat jiwa-jiwa muda seperti hamba Allah takut untuk menerokai dunia luar. Agaknya mereka terlalu sayang pada hamba Allah.
Satu hari cikgu Mat , guru kesayangan hamba Allah mengajak ke sekolah untuk mengisi borang biasiswa. Alangkah gembiranya…Ayah tidak menghalang, siap memberi wang perbelanjaan lagi. Maklumlah, sekolah hamba Allah jauh nun di tengah-tengah kota, sedang kampung halaman hamba Allah punya jauh di pedalaman. Sebenarnya, ini hikmah doa. Hamba Allah tidak pernah putus–putus berdoa supaya terkeluar dari kebosanan yang memerangkap dan Allah Maha Mendengar dan berikutan semua kisah di atas berlaku kerana berada di dalam kebosanan...
Hamba Allah itu menumpang tidur di rumah cikgunya. Sekali lagi Allah bagi kurnia…dan selain itu, antara kurniaan yang hamba Allah dapat kaitkan dengan doa hajat keluar dari kebosanan di rumah ialah temuduga terbuka Pengambilan Pelatih Baru Darul Quran. Hati tidak pernah merancang untuk memohon buat kali kedua tetapi Allah kan Maha Mengetahui? Dulu…memang pernah pohon tapi bukan rezeki,terlepaslah peluang dek keputusan peperiksaan Percubaan SPM yang amat teruk.
Mujurlah semua sijil-sijil yang diperlukan ada bawa bersama. Kebetulan abang sepupu hamba Allah itu ada di sekitar kota, lebih mengharukan dia tinggal dalam perumahan cikgu si hamba Allah. Jadi pengangkutan ke tempat temuduga itu tidaklah sukar. Di sana, hamba Allah itu mendapat tahu ,hafiz yang minat dia pun ada. Hamba Allah itu tidak dapat fokus. Akibatnya, dengan niat yang bercelaru hamba Allah itu seakan sudah mengetahui natijahnya temuduga itu.
Sementara itu, hamba Allah dapat offer untuk kerja di koperasi sekolah. Allah memang baik dengan hambaNya. Atas alasan itu, hamba Allah dapat kebenaran untuk kerja sebabnya… itu dalam kawasan sekolah!
Bila diimbas kembali, hamba Allah itu semakin sedar, Allah swt mahu hambaNya selalu dekat padanya kerana ada satu hadis
Telah berkata Jibril a.s : "Wahai Tuhan , Engkau sampaikanlah hajat hamba-Mu" , maka Allah menjawab: '' Biarkan hambaku itu, kerana Aku mencintai suaranya" ( Anas bin Malik)
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
2 comments:
teruskan menulis:)
assalamualaikum sahabat ku tersayang..sy sdh bca sume nukilan mu,trnyata kamu mmg penulis yang brbakat...teruskan la perjuangan mu...ku doakan mu akan menemui impian mu yang satu...=)
Post a Comment