
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Assalamualaikum...Bukan kata merajuk di laman maya ni. Kadang-kadang kita perlu cari motivasi dengan beruzlah...menyendiri untuk mendekatkan diri pada Pencipta agar diberi satu kekuatan baru dan semangat baru.
Teringat dulu, tajuk blog ni adalah karya mujahidah..kemudian beralih kepada semangat al azimah, lepas tu ..berubah lagi kepada kerana-Mu al Azim..dan akhirnya seperti nama di atas. Memangnya ini menunjukkan kita akan mengalami perubahan. Malah sampai satu tahap, kita akan merasakan perubahan itu sangat-sangat perlu.
Jadinya, oleh kerana pernah terlintas di jiwa ini untuk futur dalam usaha dakwah melalui blog. ..akhirnya mendapat semangat baru berwajah segar dan keazaman yang luarbiasa. Keinginan untuk berkongsi segala ilmu yang ada masih meluap-luap. walau teda ilmu sebenarnya..adapun secebis cuma.
Namun, apalah kiranya kalau yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua daripada menunggu sempurna dulu padahal manusia ni takkan sempurna selagi namanya masih hambaALLAH.Sungguh, tidak terkira kelemahan yang ada di mata ALLAH. Jangan menilai sesuatu mengikut kaca mata manusiawi. Sia-sia saja. Bukankah kita bakal kembali ke negeri abadi. Ingat ye..kita hanya merantau di negeri dunia ni.
Baiklah..saya terpaksa berhenti disini.mamandangkan..kewajipan yang ada memang tidak kurang daripada masa yang ada. Saya perlu minta diri. Lain peluang, saya akan cuba masukkan satu cerita yang bermanfaat buat nurani dan rohani kita. Moga-moga para pembaca terus menembak doa kepada saya agar terus menulis..dan menjalankan kewajipan sebagai daie yang sejati.
Sunday, December 27, 2009
Bila Kekuatan dah ada...
Posted by
S.AzimaH.R
at
27.12.09
0
comments
Sunday, December 20, 2009
Serabutnya..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Tiada manusia yang sempurna.
Bila seorang yang sentiasa menampakkan wajah yang tenang, pasti akan ada waktu wajahnya mendung.
Itu adalah gejala didatangi atau dihujani masalah yang bertimbun. Terkadang ada juga yang mampu menyembunyikan masalahnya dengan melebar dan menebarkan senyuman. Maka akan terpamerlah satu istilah yang dipakai dari dulu, iaitu 'senyum kambing'!
Ucaplah, " Tiada daya Hamba-Mu ini atas segala yang Engkau adakan kecuali Engkau tiadakan..."
Disaat inilah, kita perlu kembalikan segalanya kepada Yang Mengadakannya masalah tadi. Siapa kita untuk mencari-cari kesalahan orang lain demi menyenangkan hati sendiri. Jika kita seorang yang EGO, masa inilah ALLAH nak tunjukkan kasih sayang-NYa. Dia mahu melatih kita untuk mengaku kesalahan di depan-Nya dan secara tidak langsung mengaku kesilapan di hadapan manusia biasa adalah bukan satu masalah lagi baginya.
Kita kadang-kadang bersikap pesimis , apabila sesuatu masalah yang berpunca dari tangan kita menyerabuti minda, maka minda akan bekerja keras untuk mencari jalan keluar atau dengan kata lain, mengelakkan diri. Di saat ini anggapan positif kita jarang datang untuk menenangkan kita. Sedangkan menurut Pakar Motivasi Tanah Air,Prof. Haji Fadhilah Kamsah sudah menyatakan , orang yang pandai mengurus stress adalah mereka yang menganggap masalah sebagai peluang!
KEnapa pula peluang? Sebab dengan adanya masalah, kita menjadi lebih kreatif dan kritis. Masalah ini dari sudut pandangan ISLAM adalah nikmat yang wajib disyukuri. Dan apa yang paling penting, ketika mendapat masalah kita mengucapkan Alhamdulillah 'ala kulli hal..di samping melapangkan dada atas segala musibah dan bersabar. Kemudian ,jika perlu diselesaikan, kita wujudkan usaha. Jika perlu diambil pelajaran, ingat sampai bila-bila, jadikan sempadan. Mudah bukan? Tapi semua ini hanya sekadar tulisan jika tida praktikal yang dilakukan sebagai aplikasi kefahaman terhadap mesej yang disampaikan.(p/s: kalau salah fakta bagitau ek..)
SEBELUM TERLUPA..
Taufiq adalah satu kurniaan yang tanpa sedar kita selalu memintanya daripada ALLAH. Sedangkan taufiq tidak akan datang sekiranya melakukan 6 perkara berikut..:
1. Kita tidak bersyukur ddengan nikmat yang diberi oleh ALLAH, sedangkan kita tahu kita guna Nikmat2 itu.
2. Kita mengejar dunia sedangkan dunia meninggalkan kita
3. Kita mengutamakan urusan kita daripada hak ALLAH
ana lupa tiga lagi..setakat ini yang ana ingat..
Akhirul kalam..
Mengadulah pada ALLAH. KEkuatan ada di sana. Allah taknak bagi begitu saja. Usahalah ambil sendiri kekuatan itu dengan kesungguhan. Kita insan Lemah. Ingat..Dia Maha Perkasa!^_^
Posted by
S.AzimaH.R
at
20.12.09
0
comments
Friday, December 18, 2009
Salam Muharam..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Dah tahun baru..dah tiba masanya untuk melakukan perubahan.
Berubahlah untuk jadi lebih baik dari semalam...
Tapi dalam ISLAM jangan tunggu tahun depan baru nak berubah, kena berubah hari ini juga..
Moga berada dalam Keberkatan-Nya!
Posted by
S.AzimaH.R
at
18.12.09
0
comments
Thursday, December 17, 2009
Kembara Ukhuwah Ke'sabah'an Ini..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Sebelum ana memulakan larian pena..nak ingatkan hari ini zikir yang digalakkan ialah subhanallah al azim wabihamdihi..
Assalamualaikum..jiwa baru kembali dari berlayar di alam maya para pendakwah...Subhanallah..Terasa satu perasaan baru meresap di dalam hati...Satu motivasi baru! Ahamdulillah..motivasi itu tidaklah susah kalau berusaha..
Sebenarnya dengan tajuk di atas nak kongsi satu peristiwa..Peristiwa yang ceria..^_^
Sehari selepas pulang daripada mukhayyam Nuqaba', ana melebarkan langkah ke Kuala Lumpur. Orang Kelantan kata,"Berdera'".
Alhamdulillah, dengan jasad yang agak letih...berusaha memenuhi ajakan sahabat tercinta dunia akhirat Cik Jijah ke Low Yat...Tujuan sebenar kami untuk menziarahi sahabat PJ dan Gombak...sahabat versi Sabah. Bukan Assobiah tapi...Untuk mengukuhkan ukhuwah yang lama tidak di'refresh' dengan pertemuan empat mata...Menyimpangnya kami ke Low Yat adalah untuk mencari barangan laptop yang murah-murah. Sahabat ana tu memegang amanah untuk membeli MP3 dua orang rakan sebiliknya. Semua tingkat kami panjat. Tak Letih..Letuh je..
Perjalanan ke Gombak diserikan dengan kehadiran Cik Rusni...Dikhabarkan Cik Irma dah ada di GOMBAK, dengan urusannya. Tak pe...yang penting jumpa juga di GOMBAK. Pada asalnya kami nak beli KFC di KL central....Tapi, ana yang masih ragu...berdoa.."jika keraguan ini satu alamat untuk tidak makan KFC...janganlah kami dapat beli ia.."..Tak jadi makan..Alhamdulillah...
Ada orang kata, KFC ni dah dibeli oleh orang ISLAM, hm...bukan nak pengaruhi, tapi..kalau ikut francais..nama 'KFC' ni pun boleh bagi saham pada pemilik asalnya...kalau di MALAYSIA memang dibeli oleh orang islam..yang Di luar malaysia adakah depa tukar nama? tidak bukan? Ana tak dapat meyakinkan diri beli KFC ni...
Di GOMBAK pula..kami makan sama-sama..cuma selepas makan, ana dan Cik Jijah ni meneruskan langkah ke Mahalah Sumayyah untuk melawat Cik Afizah...Sahabat kesayangan ana , juga sabahan..bakal pejuang..AMIN!
Eh..lupa pada watak ni..Kak Wani, ana dan 3 sahabat dunia akhirat ana sempat jumpa kak Wani sekali sebelum dia melangkah ke kelas dan kedua kali selepas kelasnya dibatalkan...Rezeki..rezeki..sempatlah kami berbincang pasal masalah ummat sekejap...umat NILAI dan PJ.
Ha..sambung semula pasal ke Mahallah Sumayyah ni..Ana dan Cik Jijah tercungap-cungap naik tangga 'BATU CAVES' yang curam itu.huhu..memang gayat la..Ini baru pertama kali naik. patutlah ..sampai ampuss..
Selamat sampai ke atas..kami melangkah dengan yakin untuk cari Blok D ..dalam mencari-cari..ternampak seorang muslimat tengan angkut baju..dari dobi kot.
"Er..tumpang tanya(tak bagi salam..lupe)..," perkataan ini dari mulut ana..
"Ya..?," dia menjawab, selamba. langkahnya terhenti.
"Blok D mana ek?," ana mengaju pertanyaan. Dia menunjukkan dengan muncungnya...ke satu arah..
"Yang tu blok F di belakangnya Blok D.."
Selepas mengucapkan terima kasih..kami meninggalkan dia..dia meneruskan perjalanan.
Cik Fizah kata, biliknya tingkat paling atas..kami pun panjatlah tangga...samapai tingkat teratas..
telefon Cik Fizah.
Dia kata biliknya d 4.8..wing B..kami tengok2 nombor bilik..semua kepala 5.opss salah tingkat..kami ketawakan diri sendiri. Bila dah turun tingkat 4. Kami cari bilik yang dimaksudkan..
Ha..bilik D 4.8. dengan konfidennya kami ketuk dan pintu dibuka. Seorang muslimah menjawab salam kami.
"Afizah ada tak?"
Dia mengerutkan dahi...
"Maaf tiada penghuni yang bernama Afizah di sini.."
HA??
Seramnya rasa..hehe..bukan apa..memang sah salah blok. Rupanya kami pergi blok Nusaibah. Ai..nasib dah begitu..maka terlafazlah..Alhamdulillah 'ala kulli hal...kalau tak ke sana sampai sem depan ana tak tahu mahalah Nusaibah kat mana...Tak Pelah Cik jijah kan? Kami pun berusaha lagi sampai dapat..
Sampai juga bilik cik Fizah ni..naik lagi..ke tingkat 4...Best betul..ikhlas ni..ada hikmahnya...
Lebih kurang 40 minit di sana.Selepas mendengar pengalaman-pengalaman Cik Fizah yang masuk GOMBAK awal satu sem,kami mohon pulang. Maka berangkatlah serikandi-serikandi CFS ni pulang..Cik Rusni n Cik Irma dah tunggu kat perhentian bas terakhir...
***
Dalam perjalanan pulang, kami ambil kesempatan bergambar bersama...rindu sebenarnya untuk bergurau senda dengan dorang-dorang ni. Seketika kenangan MUkhayam GAPSS menerjah. Sebak.
Tak apalah ya sahabat dunia akhirat ana...dikesempatan ini ana minta maaf jika tidak menunaikan hak-hak kalain sebagai sahabat sejati. Ana masih berusaha untuk sentiasa mengenangkan kalian dalam doa walau tidak berjumpa.
Buat Cik Jijah...ana minta maaf, walau kita berjiran , dah lama ana tak melawat membawa perut kosong. Kalau bawa perut kosong lawatan ana akan lebih lama lepak...MOTIF2..Nda bah...mau juga p bilikmu selalu, tapi takut nti boring tengok muka ana..hehe..Zur ghibban Tazdadu Hubban..kan?
sayang semua lillahi ta'ala.
Apa pun...Sempena sem terakhir kita..kita sama-sama Jangan layan perasaan nak memberontak, nak tido banyak, nak makan banyak,nak lepak banyak, nak menonton banyak, nak semua banyak2 hal dunia..sedangkan kita terlupa hak-hak janji kita pada-Nya dan nikmat yang lebih banyak di akhirat.
Ingatkan ana selalu pada pesanan ini...terutama nti, Cik Jijah..hehe
Ha..buat Cik Fizah..maaf tak pegi konsert semalam..dan lupa tanya..amacam dengan interview?Habaq mai k..
Posted by
S.AzimaH.R
at
17.12.09
0
comments
Labels: Diari
Tuesday, December 15, 2009
mukhayyam nuqaba'
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Mukhayyam Nuqaba...
Cuti seminggu telah mejelang...Apa yang nak dibagitahu di sini..penulis telah hadiri satu program kepimpinan anjuran LTD, CFS IIUM..
Hee..Dalam kelapangan begini adalah tidak wajar kita menolak rezeki masa lapang. Namun, tidak semua yang baik itu kita dapat begitu sahaja. Musim peperiksaan Pertengahan Tahun menghalang daripada menumpukan pada persiapan program ini memandangkan penulis adalah ahli FRC..
Penulis terlupa untuk bagitahu, yang terlibat di dalam program ini adalah Para Fasilitator dan Mereka yang mendapat HIDAYAH Allah dan KESEMPATAN untuk pergi. Memandangkan program ini jatuh pada permulaan cuti..Macam manalah semua nak pergi..?Ramai yang sudah membeli tiket pulang ke negeri masing-masing.
12 haribulan adalah tarikh program bermula..Sepanjang perjalanan dengan bas ke sana, penulis duduk di sebelah Madam Asniza. Beliau adalah pegawai LTD, trainer untuk sessi pertama hari ini. Satu bengkel mengenai komunikasi. Amat menarik. Alhamdulillah..Dari mula berbual dengan Madam, penulis dapat kesan dia menggunakan beberapa skill komunikasi dengan baik. Apa tidaknya, penulis berasa tidak kekok pun berbual dengan beliau walaupun baru saja berkenalan.
Pengisian bengkel sangat padat dan sangat mengujakan. Penulis yang ke hulu ke hilir, alih-alih memegang pen juga di belakang dan mencatat apa yang disampaikan..sebab penulis tahu selepas ini penulis tidak akan bertemu lagi peluang seperti ini. Penulis lihat semua peserta dan komiti telah mendapat ilmu baru walaupun ada juga yang sudah mantop. Apalah yang ada pada mantop kalau kita lupa kita ini insan yang mudah alpa..Peringatkanlah yang sebaiknya..
Selepas solat Asar, kami menjalani aktiviti luar..iaitu mengisa. Bukan senang nak buat aktiviti ini. Hanya mereka yang biasa dengan laut sahaja yang akan pakar akan aktiviti ini.
Sedikit mengenai aktiviti ini, ada sejenis alat menangkap ikan..kalau di sabah alat ini mungkin digelar ‘PUKAT’ . ada pelampung , dan agak panjang..30 meter. Tinggi..argh, penulis tidak ingat. Tapi cara menggunakan benda ini, setiap penghujung alat ini ada kayu. Jadi apa yang perlu, kayu ini tidak boleh diangkat dari dasar laut. Ha..jangan dok fikir kami masuk laut dengan menyelam..tidak..aktiviti ini dijalankan ketika air laut ini sedang surut..oleh itu paras air agak cetek. 
Sebenarnya ada satu rahsia, penulis baru pertama kali masuk air laut paras lutut. Sejak kecil hanya tengok laut dari jauh saja.Dan memandangkan penulis tinggal di kawasan pedalaman Sabah, laut ni jarang sangat dijejaki. Hanya saja semasa bersekolah di Kota Kinabalu, di SEMAI, baru ada peluang buat program di tepi LAUT. Alhamdulillah..walaupun tidak masuk laut, asal boleh lihat sudah kira mencukupi. Penulis sangat suka pada laut. Bila tengok laut, sebenarnya kita sedang puji ALLAH. Ciptaan ALLAH cantik sangat-sangat. Laut adalah buktinya. Unik.
Dalam satu tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Ismail Chong, sebaik-baik zikir adalah tafakkur. Dan untuk bertafakkur ini, kita perlu melakukan 5 perkara. Pertama kita merenung ayat-ayatNya. Ayat ALLAH ada dua jenis; manzur dan mantuq. Manzur ini tergolong dalam pemandangan, Ciptaan ALLAH...Maksudnya, kita melihat kepada kesempurnaan pada ciptaan ALLAH di alam ini..Kita akan menemui satu rasa keinsafan yang semula jadi. Kerana Allah tidak menciptakan semua ini sia-sia. Ayat Mantuq adalah ayat-ayat Kalamullah, dari Al-Quran. Langkah untuk menghadirkan diri dalam tafakkur yang seterusnya ialah..Melihat pada nikmat yang telah ALLAH berikan. Adakah kita telah bersyukur atau belum..
Ketiga, berfikir mengenai Janji-janji Allah. Syurganya menanti bagi mereka yang mendapat rahmat ALLAH. Sahabat sekalian, untuk pengetahuan , kita tidak masuk kerana amalan kita..Tapi kita akan masuk syurga kerana Rahmat ALLAH!Bukan bermakna kita kalau sekerang ini sudah istiqamah dengan banyak beramal ibadah tahu perkara ini terus mengurangkan amalan..tidak sama sekali. Bukan itu ya..Tapi apa yang di maksudkan adalah, kita perlu mengikhlaskan diri dalam beribadah..Bukan beribadah untuk masuk syurga.
Selepas berfikir tentang JANJI Allah, kita berfikir pula mengenai ANCAMAN ALLAH kalau tidak menunaikan apa yang diperintah oleh Allah dan Dilarang oleh Allah.
Penulis terlupa satu isi penting..Maaf atas kedhaifan. Kalau sahabat yang pergi Kem ini juga bolehlah tambah..kalau ada yang penulis terlepas pandang di atas.
Dalam ceramah malam tadi, kunci untuk berdakwah adalah NuR dan YAKIN. NuR ini adalah ILMU Duniawi yang bermanfaat dan Ukhrawidan Yakin adalah Tidak ada padanya keraguan. Setiap yang disampaikan adalah sangat diyakini akan kesahihannya.
Posted by
S.AzimaH.R
at
15.12.09
0
comments
Labels: Diari
blog sapa la ni...
-
DIA ADA DI MANA-MANA1 hour ago
-
-
BILA TIADA HUJJAH...6 hours ago
-
Bila Kekuatan dah ada...19 hours ago
-
-
Pengumuman:2 days ago
-
KRU KM ; Islam di Hatiku3 days ago
-
-
ingatkah janji kita?1 week ago
-
Merdeka! Jumaat~1 Muharam.1 week ago
-
Tahfiz Bayu Syahadah1 week ago
-
Konsert "De Tour Tahfiz"1 week ago
-
1431H: KEMULIAAN MUHARAM1 week ago
-
-
Hijrah.1 week ago
-
Bengkel Penulis Super2 weeks ago
-
Jom la....2 weeks ago
-
Dingin Salju Indiana2 weeks ago
-
Imam Syafie dan Qunut3 weeks ago
-
Pakatan Kedai Kopi3 weeks ago
-
salam aidiladha..3 weeks ago
-
-
SETULUS CINTAMU MUJAHID..!1 month ago
-
Nokia 5800 Expressmusic..1 month ago
-
Semester Baru2 months ago
-
RINDU PADA USRAH???5 months ago
-
Taklif Bukan Tasyrif6 months ago
-
كوب من الشاي يوميا يبعد عنك جلطة القلب6 months ago
-
iBuKu iS gReAt...7 months ago
-
Pemberitahuan: Blog Ini Sudah Berpindah8 months ago
-
Selamat Tinggal langitillahi.blogspot.com9 months ago
-

