Wednesday, April 3, 2013

Tak apa, asalkan...#2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

....Apa inspirasi mau berubah?

Orang sekarang ni, No MOney, No Talk..Inspirasi ka ini? Kalau banyak duit pun, tapi alih-alih belanja sana-sini, shopping sana- sini..melancong sana-sini, kan habis jua..so, masa tu..bukan lagi inspirasi..sebab..kondominium akan menjadi bebanan sebab, duit sudah habis, kita pula mahu bayar sewa bulanan..

Sebelum bicara pasal duit, apa pekerjaan yang menghasilkan duit?

- Profesional? kena belajar tinggi......
- Teknikal? Pun kena kursus sekurang-kurangnya sijil..yurannya tu bukan free..itu yang pastinya..
- Bisnes? Modal la pula...
- Merompak? nanti kena tangkap masuk lokap...
- Jual dadah? lagi mandatory hukumannya, tiada peluang hidup.membahayakan kesihatan pula tu...
- menjual di pasar malam..modal...modal..

Jadi apa yang boleh bagi pulangan??

Sejak aku hidup sampai sekarang, duit poket bapa juga yang bagi..bikin malu juga ni..ntah macam mana mahu berdikari..belajar pun nda habis..main dota saja kerja...itu sajalah..

Bapa pernah suruh ikut pergi memungut kelapa sawit..tapi, sehari saja, aku insap..penat wei..boring..semua orang tua..

Baik main Dota.



***
Tiap malam aku termenung di *kaki lima..

Badan semakin cepat letih...terkadang tu..memang rasa mau pitam..Bila cek di klinik, doktor kata kurang darah sebab kurang tidur. suka main dota kan..doktor kata, tahap pertengahan..

Sejak itu aku malas ber'perang' ...orang suka dota gelar dirinya berperang ketika main dota.
Ingat lagi nasihat doktor , makan bayam banyak-banyak, daging, kekacang..tapi malas mau kasi susah mama..aku akan saja apa yang ada..

Ubat 'Iron Tablet 200mg' tu menyebabkan najis jadi hitam...dah ubat..telan saja la..

Aku simpan jak pasal ni, orang lain tak payah tahu..^^V..biar aku dan tuhan saja..erk..Tuhan?

Inilah penyebab @ asbab kedatangan makhluk bernama 'Hidayah' dalam hidup aku. ..Surau yang selalu memanggil orang kampung solat jemaah, selepas tika itu mudah pula aku terasa mau pegi.

Tiada siapa yang mahu mati sebelum bertaubat.

Satu hari buka Youtube, ternampak satu video..kata ustaz tu, kalau mahu jadi baik..kena buat banyak-banyak kebajikan..walaupun masa tu masih lagi buat perkara yang tak baik..agar kebaikan itu menutup ruang dan peluang untuk berbuat apa-apa yang tak baik...

***

Kebahagiaan semakin menampakkan diri...kehidupan semakin tenang dengan hidup begini..Setiap Subuh, sebelum azan lagi aku terbangun..aku tidak selera untuk sambung tidur. Terus pergi surau...Mau tau apa yang ada di sana? Ada tuk imam sedang solat..lepas tu, aku tanya dia solat apa..kata dia, 'solat sunat tahajud'..

Inilah rahsianya...selepas buat solat tahajud tu..rasa sangat tenang..tiap zuhur datang lagi surau...dapat jumpa semua orang kampung, bersalam-salaman..Wah, nikmat rupanya hidup dalam masyarakat. Sebelum ini jiwa aku rasa hidup sendiri lebh syok, tapi sebetulnya, hidup bermasyarakat lebih baik..mendengar cerita masalah dan kegembiraan mereka buat kita rasa siapalah diri kita..

Balik dari surau, rasa mahu buat something yang ada nilai kebajikan...tolong la mama cuci pinggan mangkuk, lelaki pun boleh maa cuci..bukan perempuan saja!

Ada adik perempuan, tapi mereka masih comel-comel lagi, mau suruh pun bikin kesian..kalau dorang mau angkat satu besen pun terkial-kial, inikan mau suruh cuci semuanya..Mahu jadi abang yang baik la kunun..

Azan Asar berkumandang.

Wah, its time to SOLAT!

Bergegas aku ambik kain pelikat, walau masa tu masih mamai-mamai lagi..lain bah rasa kalau sudah ketagih solat tapi mau kasi lambat-lambat..kan lagu si afiz hamidun..'do not delay..;;'

Habis solat asar, bapa-bapa sama tanak kuwagu bawa main takraw...boleh3..tada masalah..Tapi time keluar tu, macam biasa, ingat lagi kata imam kampung, seluar mesti paras bawah lutut..apa susah, ada 'seluar fit'..hehe

Aku tu nda bole la main sampai maghrib, mana lagi masa mau mandi kan? jadi aku set la jam tangan digital ni..kalau lupa bawa jam, aku suruh pengadil update jam tiap masa..Pukul 5.45 jak, stop..balik rumah..minum kopi radix dulu..Kakak aku orang kuat HPA maa..tiap bulan kena hantar sini..

Azan Maghrib lagi..

Siap azan, aku da sampai surau!..boleh pula berlumba dengan azan..iayalah wangi-wangi sudah ni mau solat..

***

Al-Quran itu macam cantik jak di rak surau..tapi mau belek, bukan pandai baca pun..haha..Setiap hari aku renung tu...kalau itu orang, mahunya dia jatuh cinta pada aku ini..tapi hakikatnya, aku yang jatuh cinta!

Yalaha bah..imam baca surah dalam sembahyang, nda pula saya faham, tapi..dengar saja la..kata imam ..dapat pahala juga..aku hafal alfatihah jak..itu pun macam nda sama sebutan dengan imam..^^

Time ramadhan paling bikin takut, nanti mau tadarus, kena suruh baca..aku nda pandai..maka, budak-budak macam adik aku lancar pula sebab dorg ada KAFA..mau minta ajar samap dorang pun malu bah..nantilah aku cakap sama imam.

"Imam, Asi mau jadi pandai quran. Boleh ka tu?'' satu hari aku luahkan perasaan ...nda tahan tengok al-quran tu..

Imam memang suka senyum...

"Boleh..boleh..nanti kita belajar tiap kali habis solat subuh.."

Itulah titip kejayaan yang paling bermakna dalam hidup aku..ada orang terima aku jadi murid mau belajar quran!

***

Insan-insan dalam rumah heran kenapa aku rajin p surau. dorang kasi biar jak. tapi terlepas juga kata-kata si bapa. Bilang dia, 'kalau rajin p surau tapi malas cari duit, masih makan duit orang tua apa macam?'...sakit juga telinga aku ni..tapi..yalah, dia bapa aku kan..

Sedih pula, baru belajar Juz 'Amma, aku mesti cari kerja...tapi imam suruh p MARA, belajar kemahiran di sana..bagus juga..Imam kata, boleh ambik duit zakat kalau tak mampu..baru pula aku tahu..bila bincang sama bapa..dorang senyum-senyum jak..tapi kasi benar la..Syukur la..apa kata Imam, Alhamdulillah?..haa..itu la tu..

Time mo kluar kampung, Imam datang rumah. Dia bagi Tafsir Al-Quran. ..aduss..tambah sayanglah aku sama si Imam ni..nasib baik dia tiada anak perempuan..haha..semua lelaki, ngam la tu..tapi masih kecik2 ..

Apa yang berlaku masa tu, si mama nangis, si bapa nangis..adik-adik saja yang ketawa-ketawa..la..bukan jauh pun..inilah ..sebab anak sulung kali kan?...

Bah..terima kasih semua ok...syok sudah hidup kalau begini..

***

Kamu Jangan Ponteng2 Solat taw,,!

bersambung.....


-------------------------------------------------------------------------
kalau tak faham bahasa yang sedang digunakan, boleh bertanya..=)..komen ya..



Wednesday, March 27, 2013

Tak Apa, asalkan ....

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Malam seperti biasa..menyebarkan keheningan..
Insan-insan kelenaan melayari bahtera mimpi. Ada yang indah, ada yang seram..ada macam-macam lagi..usah disebut di sini..takkan habis punya!

Kehidupan seorang yang bernama Asi terus diteruskan. Dia faham. Dia Tahu, setiap titik kehidupan ada 'Turning point'nya..

Tiap kesilapan, ada hikmahnya..Dia kini bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.
Inilah kan, insan biasa ini..susah benar berjumpa dengan yang betul-betul istiqamah dalam ke'maksum'annya..dari berbuat dosa..susah amat mendapatkan yang betul2..suci dari dosa.

Alhamdulillah, itu ilmu yang dipegangnya sehingga kini..

Sebaik-baik pendosa itu mereka yang bertaubat...

***

So, What's Next, Asi?

Argh..persoalan itu menanti jawapan. Memang aku perlu berfikir mengenai itu. Yang berlalu biarlah pergi, usah dipanggil-paggil. Sejak 'Hidayah' itu kemari...sejak itu persoalan itu menerjah tiap waktu..fikiran berputar ligat, menjalankan fungsinya..

Masjid?
Rumah?
Luar Negeri?
Luar Negara?

Di mana harus bermula perubahan ini? Biasa kalau orang yang insaf kata,yakni golongan ustad-ustad..mereka bermula dengan jadi orang yang kuat sembahyang..apa kata orang alim, solat?..ha..lebih kuranglah..

Pernah juga aku tanya orang yang baik tiba-tiba jadi 'menjadi-jadi'..dia kata, titik point dia jadi begitu selepas dia tinggalkan sembahyang..err..solat..mula-mula..satu waktu, iaitu subuh..lama-lama..semua waktu dia kasi tinggal!..lepas tu, mula la berjinak-jinak dengan kawan-kawan yang suka berhibur.. dia kata, dia teruja dengan kehidupan begitu..

entahlah dia..aku ni,,memeng tak solat pun..agaknya, sebab tu la aku ni di cop 'anak tak guna' oleh bapa aku..dari kecil gitu, bapa aku tak pernah ubah gelarannya. Kalau pulang rumah ja, 'anak tak boleh harap ' lah..'anak bikin susah' lah..macam-macam gelaran yang dibagi..ai..aku apa lagi, berusaha merealisasikan kehendak dan doanya..jadi bukan salahku la seratus peratus kan kenapa aku begini?

Tapi..kalau difikir-fikir semula..kasian juga bapa tu,,pagi-pagi hilang suda, pegi kebun dia..malam-malam sikit dia mesti suda tidur, nda larat kata mama.penat sangat..apa tidak mengangkat kelapa sawit jak pun kerja dia..tapi berumur suda kan..mesti cepat sakit belakang..aku ni..begitu pun nda pandai insap-insap..

banyak juga dosa aku ni, tapi malu pula mau cerita di sini..biarlah rahsia kata ct Nurhalija.

So, What Next?..belum tejawab lagi pla kan?,...Nabil pun pandai kasi nasihat aku, bilang dia..'lu pikiq la sendiri!"

***

Ada bah cewek ni,ntah la cewek ka cowok..biasalah alam maya semua orang boleh menyamar.. dia suka bagi nasihat sama aku. Tapi, bikin panas jak caranya..bikin sakit hati..hari-hari berjela jak mesejnya..nda kami pernah jumpa, tapi dia ni perasan alim, kami kenal di facebook jak pun. Dia punya muka pun nda pernah ku nampak dalam photonya.

Nda pernah pula ku cakap mau gaji dia untuk bagi 'ceramah agama' dalam PM Fb ku..tp dia begitu komited ..tiap hari..rimas juga aku..pun, ada juga la yang betul apa dia cakap. tp, aku ni mana mau cepat mengalah!

satu hari dia kata, ' ok, cukup sudalah k..pandai-pandai la mau hidup'..

lepas tu ndada suda PM dia berhari-hari juga aku tunggu..nda pandai ada mesej2..bila satu hari aku cek..dia suda kasi deaktif FBnya..alala..

Jadi, tiap hari ku baca balik mesej-mesejnya..macam semua betul tau..@@..ndada yang salah..

satu hari aku cek la FB..buring kan satu hari di hari minggu..

ternampak status..

Kasihan ustazah ni..



















Aku jadi panas. Tapi Aku Berfikir semula..kenapa mesti panas? Haha..nda pa.. aku ni bukan sapa-sapa..bukan ustaz pun..bukan orang baik pun..tapi..kalau mau cari calon bini..aku tetap mau yang baik-baik..

tapi, betulkah aku dulu yang perlu jadi baik baru ada orang yang baik tersangkut dengan aku?

Oh TUHAN..eh, Ya ALLAH..ini kali bahana FB ni..macam-macam..benda utama yang aku cari ialah, siapa yang sudi bantu aku ini? Orang yang tak guna?

....Bersambung...

Sunday, March 10, 2013

Di Suatu Petang..10.3.2013

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Mendung Berarak membawa petanda
Hujan kan menyirami menyejukkan hawa
Membawa destinasi mereka
Ke haluan yang lebih baik

Rumah itu tempat singgahan
Ziarah sunat yang lama tertunda
Melahirkan rasa sejuta bahagia
Kali kami berkumpul penuh
Bukan hanya separuh -paruh..^^

Tercatat sejarah sesemester ini
Ayam dan Cucur menjadi saksi
Pertembungan minda menguatkan yakin
Berkongsi kekuatan penentu keseimbangan
Solat Jemaah tetap Memaksi

Diakhiri dengan satu keimanan
Agar tindakan perlu disusul
Bukan niat untuk retorik
Ini hanya tempat melakar
Khuttah dah siap perlu realisasi

Bergerak pulang menyinggah taman sihat
Ziarah muakkad sahabat malang
Bukan sekadar mencemar lantai
Tapi sebagai sokongan dan doa
Membawa aura semangat..agar dia tetap kuat!

Sembang sambil meniti pulang
Si andak meluah rasa
Katanya hendak ke Mekah
mengisi masa cuti semester
Semua teruja dan cepat2 berniat
Agar dapat jejaki ke sana..

Apa yang berlaku, susunan ALLAH..

Wednesday, February 20, 2013

Law Kana Bainana

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Rasulullah dan Bahasanya

Bait kata-katanya adalah sunnah yang asal, Sabdanya begitu indah. Dan bahasa yang digunapakai oleh Nabi kita sesuai dengan kaumnya..Firman Allah dalam surah At-taubah :

4. dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.



Dan Ini adalah termaktub pada semua utusan ALLAH dalam kalangan Anbiya. Dan Rasulullah tahu kemampuan dan kepandaian kaum baginda dalam berbahasa Arab. Jadi, setiap mesej dakwah yang mahu disampaikan begitu dan amat difahami mereka(kaum baginda).

Selain itu, Rasulullah berbicara mengambil kira kemampuan akal pendengarnya memahami bait-bait kalam. Jika dengan budak kecil, maka mesej akan disampaikan menggunakan teknik yang bisa difahaminya, begitulah juga pada pendengar yang berlainan umur, tahap kemampuan mereka memahami juga berbeza.

Bercakap Menepati yang mendengar

Rasulullah saw selalu bercakap ringkas tapi padat. tidak merepek pada benda yang tak perlu. Banyak diamnya berzikir pada ALLAH. Suatu ketika baginda menulis surat kepada raja Parsi pada masa itu, ayat dalam surat  tersebut sangat ringkas.

Benar dalam percakapan

Tidak pernah sekali-kali Baginda berbohong dan berdusta dalam percakapan. Hatta dalam gurauan. Contoh ketika Baginda didatangi oleh seorang perempuan tua, dia bertanya bagaimana akan keadaannya di syurga nanti. Lalu baginda menjawab dengan gurauan, yang mafhumnya, tiada wanita tua di dalam syurga. Perempuan tua itu menangis kesedihan, rupanya baginda Rasul bergurau saja, Baginda terangkan bahawa di syurga semua akan kembali muda, dan tiada yang tua di syurga.

^____________________^..

do we know our Prophet PBUH?

Kini, insan tak mengikut garis panduan bercakap yang diamal oleh Nabi s.a.w, heran ramai yang jadi mangsa sakit hati dan hasad dendam dek perkataan yang tercap begitu menghiris dan mengguris.

Sindiran tajam juga bisa mematikan semangat pendengar..

Mohon ahli daie, kita jangan begini. Usah caci dibalas caci, maki dibalas maki..jadilah seperti pokok..dihumban batu, menjatuhkan buah..

Allah Musta'an..





Monday, February 18, 2013

Untukmu Puteri..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Negara Berkebajikan??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillahi nabda..Assamualaikum..

Artikel ni pasal Negara berkebajikan, sebelum-sebelum ni saya juga blurr dengan term ni..bagus kakak ni bagi terang..memandangkan saya ambil Quran Sunnah, penulisan ni amat dekat dengan saya..jadi saya pun baca..

Acu korg baca..

Berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58. 

Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)


Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.   

Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW. 

Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah. 

Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.

Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya:Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya. 

Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam. 

Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.

Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek ‘kroni’ diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan. 

Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin:‘Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat’. 

Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat. 

Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah. 

Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis. 

Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.  

Permulaan ayat 58 menyebut: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”, merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan. 

Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih. 

Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua. 

Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa’ menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy).“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah” (Surah al-Qasas, ayat 26). 

Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya). 

Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil). 

Dua perkataan ‘al-Amanah’ dan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik,  gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah: 

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah, ayat 8).


Perkataan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu ‘didahulukan’ tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik. 

Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa. 

Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat. 

“Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).


Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa’ bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). “Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu”.

Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi ‘khadam’ rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada ‘enjin’ dan ‘pemandu’ sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini.  Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. “Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.

Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka. 

Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi’iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.

Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom.


sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16494-esei-pemenang-tempat-pertama





Jalan-jalan..cari kawan..=)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, pasti sihat sekarang ya??

kesah teladan hari ini ialah, praktikal untuk berbual dalam bahasa Inggeris dengan seorang pelajar MYANMAR..

akak tu, pelajar ICT..May namanya, dia seorang diri berjalan ke KL..dengan bas yang sama Metro 91. Pada mulanya dia senyap dan senyum saja bila saya duduk di tepinya. Makcik pengutip tambang datang, saya bagi duit..akak tu tetiba speak BI bila makcik tanya dia, brapa duit yang dibagi ..So saya translate, kami pun berbual panjang..

Dalam banyak-banyak topik, dia sudi cerita tentang adik beradiknya, dia yang memang suka jalan sendiri-sendiri. Idependent..Dan paling best, belajar sikt bahasa myanmar..Saya= Nga, Kamu =[alamak..lupa], makan = sa..nasi = kemmai

nah boleh dah buat ayat..try la..

last2, kami bertukar number..dan FB..so, i got new friend of Myanmar..


Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...