Monday, August 11, 2014

Jari Panjang

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Salam all..

Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang..

Saya ingin berterima kasih kerana masih menjenguk blog ini walau dah lama ditinggalkan. Saya tiba-tiba merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan saya sebagai pemilik blog. poyo!

Suatu petang yang indah saya mendengar radio IKIM.fm. DJ yang bertugas sedang menemu ramah seorang tokoh dan bertanya pandangannya tentang bagaimana untuk membela nasib umat Islam yang semakin hari semakin tersepit dengan peristiwa penindasan di sana-sini. Mengambil contoh kisah yang terbaru , Umat Islam di Gaza.

Dipendekkan cerita, tokoh tersebut memberi pandangan supaya umat Islam berusaha untuk meningkatkan penguasaan terhadap ekonomi. Itulah yang dilakukan oleh musuh Islam melalui penguasaan terhadap Bank Dunia(sebagai pemula) dan akhirnya menindas negara-negara miskin dengan mengenakan bunga yang tinggi kepada mereka.

Saya bukan seorang yang mahir bisnes. Namun, saya ada darah bisnes. Arwah datuk saya seorang tukang jahit, penjual tembakau dan ada membuka kedai runcit pada suatu ketika dulu. Melihat akan kedudukannya yang agak dihormati kerana menjadi tumpuan untuk meminjam duit dan berhutang di kedai runcit. Saya terdetik untuk mengambil pengajaran dengannya.

Saya melihat hal itu dari sudut yang positif. Menjadi tempat orang mendapatkan bantuan kewangan sekalipun merupakan sesuatu yang berwajahkan 'bermanfaat kepada orang lain'. Ini bertepatan pada dakwaan, orang kaya yang dermawan lebih tinggi darjat mereka di sisi ALLAH daripada orang yang biasa yang dermawan.

Kemudian, saya telah memberi peluang kepada diri untuk mengembangkan bakat darah usahawan dalam diri. Alhamdulillah bermula dengan HPA..dan berkat tunjuk ajar dari semua leader yang suda berjaya, saya masih bersama dengan HPA walau jasad saya berada jauh dari aktiviti HPA. Oleh kerana kekangan keadaan, saya masih berhenti rehat di suatu tempat daripada bergerak. Seorang sahabat pernah mencadangkan supaya saya berkhidmat di Tawau kerana di sana kekurangan perawat.

Wah, memang bagus tawaran itu...T.T, tapi saya sedar saya ada satu misi yang sudah lama saya ingin selesaikan sebelum menutup mata. Saya ingin membawa keluarga saya bersama saya, mencari redha ALLAH..Maka, saya dalam proses menyelesaikan misi tersebut.

Setiap kali teringat, saya berasa sedih...Adakah saya akan terhenti dari menyebarkan manfaat kepada orang lain? Satu bisikan mengatakan...'Jika berasa sedih, pandanglah anak-anak muridmu dengan pandangan yang dalam. Mereka ini bakal menyambung perjuangan menyebarkan manfaat...Kamu juga akan menerima doa mereka..selagi mereka bernafas..'..Secalit senyuman menjernihkan rasa keruh di jiwa.

Semakin mengenang diri hanya akan buat hati jadi sedih. Haha..sebenarnya saya teringin kongsi satu kisah lawak. Kisah ini berlaku semasa dalam proses nak menukar Nama Upline dalam HPA. Kami (saya dan upline baru saya, K. Ayu) ke satu pejabat Pesuruhjaya Angkat Sumpah. Dan yang in charge di sana adalah seorang Lelaki Cina yang agak berumur. Semasa saya diminta menanda tangan satu borang di memerhati tangan saya. Dengan spontan dia berkata,' Jari kamu panjang. Kamu adalah seorang yang bagus untuk dijadikan partner bisness,' sambil berpaling kepada upline saya dan berkata lagi. 'Untung kamu ada dia sebagai partner...' Kak Ayu hanya tergelak kecil sambil kami berpandangan.


Alhamdulillah, kata-kata itu selalu jadi asbab untuk saya bangkit. Berjuta kelemahan diri. Bisnes ni macam sebati dalam jiwa tapi perlukan ilmu..

Doakan la saya menemui jalan kehidupan saya di mana-mana..'highway' ini akan dijadikan batu loncatan untuk memastikan misi saya tercapai..dengan izin ALLAH..


No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...