~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Anak 4 tahun mahu merempit
Amar merupakan anak saudara saya yang berumur 4 tahun. Pada hari raya Aidiladha, dia mengikut saya balik ke rumah (yang tidak jauh daripada rumah opahnya.)
Semasa dalam perjalanan, saya melayan Amar berbual-bual. Tiba di lampu isyarat, Amar ternampak sebuah motosikal besar.
Amar berkata, “Amar nak motor besar tu.”
Saya balas, “Oh! Amar suka motor besar.”
Amar mengangguk-angguk kepala.
Saya berkata lagi, “Tapi motor tu berat.”
Amar balas, “Motor berat. Amar nak naik. Amar nak angkat!”
Sebetulnya saya terkejut. Saya pasti, bayangan dalam fikiran saya sama dengan apa yang Amar fikirkan. Mesti dia membayangkan orang naik motosikal yang mengangkat tayar depannya. Entah di mana dia melihat aksi tersebut.
Saya beritahu Amar, “Amar, tunggu Amar besar, baru boleh naik motor besar. Amar perlu belajar ‘bawa’ motor.”
Amar balas, “Motor berat . Nanti Amar jatuh.”
Saya jawab, “Perlu belajar. Mula-mula memang jatuh.”
Namun, satu perkataan yang diucapkan oleh Amar (selepas itu) membuatkan saya terkejut besar.
Kata Amar, “Makngah, merempit!”
Ha? Tahu pula dia perkataan merempit. Bayangkan, seorang kanak-kanak 4 tahun sudah tahu konsep merempit dan aksi merempit itu. Tertanya-tanya juga dalam hati, “Di manakah dia belajar semua itu.”
Biasanya, kita selalu menggunakan kata larang, “Jangan”. Banyak sangat larangan yang dibuat oleh ibu bapa., contohnya:
“Jangan lompat-lompat. Nanti jatuh.”
“Jangan berlari. Nanti jatuh.”
“Jangan main game. Pergi tidur.”
dan macam-macam lagi larangan.
Atau mungkin kita mengkritik anak-anak kita atau anak-anak saudara yang nakal dengan kritikan seperti,
“Kamu melompat-lompat. Sudah macam monyet. “
“Kamu ini tidak tahu duduk diam. Asyik mahu berlari-lari sahaja.”
“Kamu degil. Tak nak dengar cakap emak. “
Daripada member larangan atau membuat kritikan, lebih baiklah kita mengikut sunnah. Nabi Muhammad salallahu alaihi wasaalam menerangkan kesalahan.
Jadi,kepada Amar, saya berkata, “Amar, kalau Amar besar nanti dan mahu ‘bawa’ motor besar atau pun buat aksi angkat motor, Amar boleh buat di litar.”
Balas Amar, “Litar itu apa, makngah?”
Saya balas, “Litar itu tempat orang berlumba motosikal . Litar itu di stadium. Di sana, akan ada motorsikal sahaja. “
Apabila Amar diam, saya sambung lagi memberikan informasi. Kata saya, “ Kalau ‘bawa’ motor dan angkat motor di jalan raya akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Di jalan raya , ada banyak kereta dan ada banyak lori. Kemungkinan apabila ‘angkat’ motor, boleh berlaku kemalangan. Kereta boleh langgar motor.”
Kata Amar, “Merempit,ya makngah.””
Saya balas, “Merempit di litar. Bukan di jalan raya. Nanti, minta ayah bawa Amar ke litar. Boleh lihat orang berlatih ‘bawa’ motosikal.”
Pengajarannya di sini ialah anak-anak kecil belajar daripada apa yang mereka lihat. Jika mereka melihat contoh kurang baik, maka yang tersemat di minda itu adalah yang tidak baik. Lazimnya, kita membuat larangan , itu tidak boleh, ini tidak boleh tanpa memberikan alternatif lain atau cara lain boleh melakukan sesuatu yang diingini.
Misalnya, kalau anak-anak suka melompat di sofa, boleh sahaja terangkan kesalahan itu dengan menyatakan kesalahan dan menyatakan juga yang betul.
“Di ruang tamu, tidak boleh melompat-lompat. Kalau mahu melompat-lompat , lakukan di halaman rumah. Lebih baik, jika melompat-lompat di taman permainan.”
“Di dalam rumah, tidak boleh berlari-lari. Jika mahu berlari-lari , lakukannya di halaman rumah atau di padang yang luas. “
Selamat mengamalkan sunnah.
sumber: http://parentinggayarasulullah.blogspot.com/2013/10/anak-4-tahun-mahu-merempit.html
****
Writer's Homework:
1. List kesalahan yang selalu anak-anak buat di dalam sehelai kertas.
2. tulis pula alternatif dan cadangan untuk mereka (anak-anak), supaya mereka mengubah kelakuan mereka.
3. Elakkan mengeluarkan perkataan 'jangan' dan ayat kritikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment