Monday, July 7, 2014

Alam Kerjaya - Guru Tahfiz PPIAN

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah hari ini 7/7/2014(Isnin) merupakan tarikh keramat bagi saya kerana berpeluang berkhidmat sebagai seorang pendidik di Pusat Pendidikan Islam an-Nur(Tahfiz). Diberi taklifan sebagai Guru Bahasa Malaysia. Pada hari pertama ini, ada beberapa lagi yang belum diberitahu.

Flash back(Interview)

Saya bernasib baik kerana diterima berkhidmat di sekolah ini walaupun saya tidak dapat menghadirkan sijil-sijil yang penting untuk para penemuduga melihatnya. al-kisah, semua dokumen seperti itu, saya sudah kirimkan ke Sabah sebelum kembali ke Sabah. Barang tersebut belum lagi ada berita.

Hari ini(Lapor Diri).

Saya datang ke Kota Kinabalu semalam. Kebetulan bas mini yang saya naik berhenti di hadapan Kedai Buku Putatan. Saya mengambil peluang untuk membeli buku panduan sebagai guru bertajuk " Pegurusan Bilik Guru & Tingkah Laku". Alhamdulillah, padat isinya dan berguna sebagai bahan rujukan. Antara perkara yang baru bagi saya ialah keperluan untuk mewujudkan hubungan antara Guru - Murid supaya pengajaran & pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu, tindakan mengherdik dan menengking murid bukan sesuatu yang digalakkan memandangkan ia akan menghilangkan rasa hormat murid terhadap gurunya. Malah, perbuatan seperti itu menyebabkan murid berasa mudah untuk memberontak.

Jadi, sebagai guru baru, saya perlu membanyakkan usaha merapatkan jurang antara guru dan pelajar.

Optimis, Positif, Sabar..^_^..

Ustazah Azimah boleh!

070714
1818
Isnin.

1 comment:

azs_miina said...

salam jim.. tahniah :) sedih sy nda dpt hadir interview. :(

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...