Friday, June 20, 2014

Tafsir Surah An-Nisa - Wahbah Al- Zuhaili

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum ,,

Ustaz saya pernah pesan, ajarilah surah An-Nisa kepada keluarga kamu..

Jadi saya ingin menulis tentang tafsir surah ni..sebagai latihan kepada ucapan dan perkongsian audio..

Berkenalan dengan Surah Keempat dalam Al-Quran


Kita bermula dengan pengenalan surah. Surah ini adalah Surah Madaniah. Walaupun terdapat khilaf tentangnya. Jumhur ulama bersetuju bahawa Surah ini adalah Madaniah kerana ada hadith shahih daripada riwayat Al-Bukhari, Daripada 'Aisyah r.a, :

"مَا نَزَلَتْ سُورَةُ النِّسَاءِ إِلَّا وَأَنَا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ"

bermaksud: " tidaklah diturunkan Surah Al-Nisa kecuali saya di sisi Rasulullah s.a.w.."\

Mengikut sejarah, Ummul Mukminin ini tinggal bersama Rasulullah s.a.w selepas hijrah ke Madinah. Maka, Surah ini adalah Madaniah.

Secara ringkasnya, surah ini berkisar tentang hukum yang berkaitan dengan beberapa perkara terutama yang berkaitan dengan wanita(diri, keluarga dan masyarakat), pergaulan dengan anak yatim, perkahwinan, pengurusan harta(wasiat, faraidh, harta warisan), Termasuk juga tentang kepemimpinan..(sifat pemimpin, pengadilan dan sebagainya..)

Surah ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian wanita mahupun lelaki.

Baik, jom kita tengok apa kata ahli tafsir..

Saya pilih tafsir Wahbah Al-Zuhaili, Tafsir Al-Munir sebab itu tafsir yang saya dalami semasa di kampus. Mohon pensyarah dan sahabat yang membaca tulisan ini meneliti penulisan ini agar tidak tersalah semasa mengulasnya.

Ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا 

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

فقه الحياة أو الأحكام:

أرشدت الآية إلى أحكام كثيرة:

1- وجوب التزام التقوى التي هي امتثال المأمورات واجتناب المنهيات.

(kewajipan beriltizam bertaqwa dalam ketaatan melakukan semua Suruhan dan menjauhi larangan Allah)

وقد أكد تعالى الأمر بها حثا عليها، فعبّر أولا للترغيب بلفظ (الرب) الذي يدل على التربية والعناية والإنعام والإحسان، ثم للترهيب بلفظ اللَّهَ الذي يدل على الهيبة والجلال، وهو مصداق قوله تعالى: يَدْعُونَنا رَغَباً وَرَهَباً هذا بالإضافة لمؤكدات أخرى كالسؤال بالله على سبيل الاستعطاف مما يدل على الإيمان بالله وتعظيمه، وكرقابة الله واطلاعه على جميع أحوال الناس وأعمالهم، مما يقتضي الاتقاء والحذر من العصيان والمخالفة للأوامر والنواهي.


( Allah telah mengisyaratkan penegasan dalam suruhan untuk bertaqwa kepada manusia , di dalam suruhan itu uslub yang telah diguna ialah mendahulukan perkara-perkara yang disukai iaitu dalam penggunaan kalimah (Al-Rabb) yang menunjukkan sifat tarbiah Allah, Sifat 'Inayah(Maha pemberi pertolongan dan bantuan terhadap kesusahan hamba-hambaNya)Allah dan Maha Pemberi Nikmat dan Ihsan. Kemudian diikuti oleh uslub mengatakan perkara-perkara yang tidak digemari(berupa ancaman, penegasan terhadap pembalasan Allah kepada mereka yang ingkar) melalui penggunaan lafaz "Allah" yang  menunjukkan kekuasaan Allah dan KebesaranNya.

Kedua-dua uslub ini bertujuan supaya manusia menyerahkan jiwa dan ragaNya sepenuh hati kepada Allah, sehingga selalu memohonan ampun(taubat), dengan penuh keimanan, sentiasa membesarkanNya, sentiasa mendekatkan diri padaNya dan meninggikan Allah dan mengutamakanNya melebihi urusan dengan manusia dan makhluk lain.

Semua itu dengan sendirinya akan menebabkan ketakwaan dan penuh berhati-hati dalam menjalani kehidupan agar tidak melakukan maksiat dan melangkaui batasan larangan dan sentiasa mentaati perintahNya..)

Allah.. sifat al-Rabb ini menunjukkan yang ALLAh sebenarnya sentiasa mengawasi hamba-hambaNya dari kecelakaan dengan pelbagai pensyariatan. Dan pensyariatan itulah yang akhirnya menjaga para hambaNya jika mereka mentaati segala perintah dan larangan yang terkandng di dalamNya. Apa lagi yang dicari oleh manusia selain kebahagiaan di akhirat kelak?

Manusia yang berusaha mencari bahagia dunia belum nampak hakikat hidup sebenar jika melupakan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat. Padahal, akhirat itu KEKAL penghidupannya berbanding dunia yang hanya SEMENTARA.

Tidak dinafikan, dosa itu terlalu sukar untuk dijauhi malah, boleh terbuat dosa tanpa sedar. Inilah peranan ILMU yang diwajibkan kepada semua MUSLIM mencarinya. Kemudian, berAMALlah dengan ilmu tadi supaya selamat dalam kehidupan ini. Contoh paling asas, jika melakukan dosa, sebelum buat, ILMU berperanan supaya kita sedar yang dosa itu semua perkara yang merugikan, malah boleh membawa kepada siksaan yang dahsyat. ILMU juga menyedarkan kita sekiranya terbuat dosa supaya cepat-cepat memohon AMPUN kepada Allah, berTAUBAT dan memohon kekuatan berserta iltizam supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.

ILMU juga mengajak kita memahami mesej yang terdapat dalam KITABULLAH ( al-Quran) dan SABDA NABI s.a.w. Kemudian barulah kita termasuk dalam golongan yang terselamat jika kita benar-benar berpegang pada prinsip ini. MENCARI ILMU mestilah mendapat pantauan dari GURU yang MURSYID dan MURABBI..supaya setiap kesalahfahaman kita akan diperbetul dan menguatkan keYAKINan dalam beramal.

So...mari kita mulakan dengan mencari lubuk-lubuk ilmu. Sabah pada mutahir ini semakin subur dengan budaya pengajian agama, semoga keadaan ini terus berkembang sehingga, kefahaman masyarakat menjadi jitu dan jelas tentang VISI dan MISI ISLAM..

Cahaya Hidayah akan menerangi semua pelosok SABAH..Amin!








No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...