twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Monday, June 16, 2014

Dedikasi untuk Ayah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ayah.

Setiap patah nasihatmu, ringkas namun mengandungi sejuta hikmah yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap anakmu.

Selamat Hari Bapa~

Jika pengiktirafan ini disambut setiap bulan Jun, mungkin ini lah masa yang kita luangkan sebentar untuk duduk semeja makan dengan beliau. Memberikan pengkhabaran-pengkhabaran yang menggembirakan buat beliau. Maka, lakukanlah..selagi berpeluang.

Sebagai anak, adalah wajar untuk kita memerhati kepayahan yang dihadapi oleh orang tua kita terutama bapa sebagai ketua keluarga. Mungkin banyak kelemahan yang terlihat di mata kita. Sedangkan mereka mempunyai pengetahuan yang terbatas tentang perkara yang kita sedang fokuskan..

Maka, apabila kita rasa beliau lemah bahagian itu, bimbinglah beliau dengan penuh kasih sayang. 

Gunakan bahasa cinta penuh hikmah. Tidak mengguriskan hati mereka. Malah menjauhkan hati mereka  dengan kita. Ingatlah, mereka hidup lebih lama dari kita. Pengalaman hidup merekalah yang mengajarkan mereka untuk meniti kehidupan dan jauh di sudut hati mereka walaupun anak-anak sudah besar panjang, mereka masih ingin memberikan cadangan bernas berdasarkan kehidupan mereka yang lepas.

Berilah peluang mereka memberikan pandangan dan pendapat mereka, agar mereka merasai kewujudan anak yang mereka kandung dan besarkan selama ini.


Allah, berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada orang tua kami, sebagai mana mereka membesarkan kami selama ini..

No comments: