'Yeah..yeah mama balik, papa balik..'
Derapan kaki ke anjung rumah melihat kereta Ixora Ayah menuju ke hadapan rumah.
Ayah turun dengan bergaya dari kereta dan menanggalkan kaca mata hitam.
" Kamal, dapatkan kereta sorong, punggah barang ke dalam rumah!' Arahan yang dapat didengar oleh rumah sebelah. Kamal dengan malasnya turun ke tanah dan mencari kereta sorong.
'Bagus adik aku sorang ni..tak pula dia merungut kali ini...' aku bermonolog sendiri sambil tersenyum-senyum.
'Ha..Rafiq, tolong adik kamu ni..!', Aduss..baru nak bersenang lenang dengan Boboi yang memanjat separuh di dinding anjung rumah yang berpagar jarang itu.
Tangga dituruni. Sengihan terhias di pipi. Yalah..sumting mo minta dari mama ni..hehe..
Apapun, Alhamdulillah dulu..sebab..mak n bapa ni sampai rumah..dengan selamat..
Mak melangkah lemah ke dapur. Sayuran di tangannya menjawab soalan minda kenapa mak lalu pintu dapur.
Kali ini, banyak barang yang dibeli. Khabarnya akak yang belajar di UIAM nak bawa kawan-kawannya berprogram di kampung ini. Rumah ini antara rumah penginapan peserta. Alahai..segannya.
Semasa memunggah barang ke kereta sorong, mata ini memandang kotak bola sepak takraw dan bola Sepak biasa. Amboi bapaku ini..Tapi..best juga..hehe..
***
Siap memindahkan barang, Azan Maghrib berkumandang..
'Wah..mau bersiap pi surau la..nda mau ketinggalan pahala solat jemaah. Kata U. Mislan, pahala solat ramai-ramai 27 kali ganda dari solat seorang diri.'
'Oi, apik..tunggu sia..,' Adikku kamal kelam kabut memakai baju. Dia yang memakai kain pelikat lama berlari-lari anak ke arahku. Aik..ingatkan taknak ikut. Bila jarak sudah mencapai paras '0' aku menyambung langkah.
Tazkirah malam ini disampaikan oleh A. Syazri.
Kini dia sudah boleh menyampaikan tazkirah. Jika dulu gelaran ketua budak-budak kampung adalah miliknya kini boleh dikatakan dia adalah antara insan yang mengimarahkan surau kampung selepas
U. Mislan.
Malam ni tazkirah berkaitan dengan kelebihan memuliakan tetamu.
Tetamu ialah orang yang datang mengziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.
Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
- Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
- Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
- Wajib menutup aurat.
- Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
- Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
- Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
- Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
- Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
- Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
- Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
- Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
- Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
- Mendapat dosa.
- Merenggangkan hubungan silaturrahim.
- Tidak dihormati oleh masyarakat.
- Menimbulkan fitnah.
Tak sabar rasanya untuk berkenalan dengan abang-abang angkat..=)
Adab memuliakan tetamu: http://ibnismail.wordpress.com/2010/07/10/adab-memulia-tetamu/
P/s: Watak macam diambik dari kampung.Haha..Dont angry my adik kamal n rafiq..best apa jadi watak utama..=)..
Contribute for:
BAKTISISWA: MISI DAKWAH ke Kg. Johan Jaya Sook.. My beloved village.
Organize by: Islamic Revealed Knowledge Students' Society, UIAM.
Date: 11 jun sehingga 14 jun 2012
Nak bantu apa-apa tak?
- Kami masih perlukan sumbangan DANA bagi melancarkan pergerakan dan aktiviti yang telah disusun.
berminat?
hubungi saya: Azimah 0132334707
1 comment:
Like!
---dah reply yang kat blog saya---
Post a Comment