~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
'Jom Ke Demo!', Marissa menepuk bahu sahabatnya, Acik. Acik sedikit terkejut. Dia menoleh sebentar ke Marissa. 'Hang Gila ka apa?' ..'kenapa tetiba je nak p demo??'Marissa membuat muka ceria. Sebab duit Is da habis. haha..
'Pergh.., hang ni..ingatkan apa.., eh, Demo tu pasal PTPTN kan?..apasal hang habis duit salahkan PTPTN?
Marissa melebarkan senyuman , dan mengeluarkan kocek seluar panjangnya..dia tergelak dan berlalu.
***
Acik keboringan melihat 'Mukabuku' yang serabut dengan isu-isu demo..ada yang menfitnah pasangan yang dah kahwin sebagai pasangan kapel yang mencemari pemandangan demo..itu yang difahami oleh Acik..'Tak da kejo, hangpa ni..buat berita kaji la dulu haisy..tapi, buat malu je..tuduh orang dah kawin begitu..' Acik bermonolog sorang-sorang..Dia menekan link :
14042012 DEMONSTRASI MANSUHKAN PTPTN - SOLAT ASAR
'Wah...biaq betui..hangpa solat kat sini??'
Terasa mengalir air mata. Lama tak jumpa orang yang menjaga solat walau tengah ada event..kalau sebelum ni, solat di stadium bola sepak...Terharu..tetiba, datang bisikan-bisikan..'dorang ni tak segan ke solat di hadapan ramai-ramai ni..'..'Haisy, buat apa nak malu??Acik2..Acik menggaru kepalanya..Yalah..budak-budak ni nak sembah ALLAH..nak malu apa? Biar orang-orang yang tak jaga solat yang merata ni rasa solat ni mudah...ha..Allah memberikan keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad..antaranya, bumi ini dijadikan masjid buat umat Nabi akhir zaman ini. Kalau agama lain, tempat ibadah mereka perlu ke bangunan ibadah , ke tempat-tempat khusus. Tapi umat Islam, solat la di mana-mana asal bersih..ha..ini yang difahami..bahana rajin tadah celoteh Azie..sahabat IRK..Budak BENL ni mana belajar benda ni..'ntah betui tak kefahaman aku ni..haha..menyesal tak tanya Azie sefaham-fahamnya..dah dia bagi tazkirah dengan bersemangat..time tu aku bizi...>.<..jd aku layan sajalah..!
'Allahuakhbar..Allahuakbar..'
Azan berkumandang menandakan maasuknya waktu Maghrib dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Acik berlalu untuk bersiap menghadap Yang Esa. Walau pun dia bukan pelajar agama yang totok, dia masih sedar akan jiwanya yang berjenama HAMBA. Dia mencari-cari kelibat Marissa. Biasanya, gadis itu akan membuat bising mengajak solat berjemaah. Pelik pula hari ini dia tiada dalam bilik.
Setelah kembali dari bilik air, barulah Acik perasan, Marissa masih di atas katil dengan mata terpejam tenang.
'Aish..Maghrib-maghrib mana boleh tidur..anak dara soghang ni..!!'
'Is, bangun ..da maghrib ni!' Acik melaung dari compartment nya..
'Ya Allah..Acik napa tak kejut sebelum maghrib?..huhu..' Marissa keluar dari compartmentnya dan mencapai jag air dan menuangnya ke dalam gelas..'Acik melihat gelagatnya heran..dahinya berkerut-kerut. Ada usaha memahami situasi di sana.
' Is puasa. ,'Wajah Is berubah ceria...berbunga-bunga. Dia berlalu..'La..minum air je?' Acik meneka dalam monolog, 'selepas ini mesti dia p kafe..'
Tafsir Al-Quran dicapai dan membaca seberapa muka surat yang sempat sementara menunggu Marissa kembali dari bilik air.
***
- 'Acik....!! Is pengsan!!
Acik begitu kelam kabut memakai tudung selepas mendapat panggilan dari Azi sebentar tadi. Tentang soalan kenapa dia yang berkejar ke sana sebab mereka adalah sahabat baik.
' Ha..Azi..kenapa dia pengsan? ', Azi menceritakan dari A-Z..
Menurutnya, Is jatuh pengsan tiba-tiba di tangga ke level 3 ADM..
Tiub air dimasukkan ke dalam urat untuk menambah air. Menurut doktor , Marissa mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Acik bertambah hairan..Barulah dia perasan, setiap kali dia ajak Marissa makan tengah hari, dia kata dia puasa ganti..tapi..bukankah puasanya sudah habis diganti pada bulan syawal lagi??
Hari itu, Marissa belum dibolehkan keluar dari hospital. Ramainya datang melawat, memberi semangat. kali itu, Marissa memesannya membawa diari kepunyaan Marissa di atas meja belajarnya. Teringat kecik-kecik dulu, memang suka menconteng diari. zaman-zaman muda dulu kena luah perasaan selalu dalam diari.kalau tidak tekanan..sekarang??FB kan ada??haha..baik mengadu pada ALLAH..cehwah..copy paste kata-kata Azie..
Acik akur. semasa memasuki zon Marissa..diarinya sedang terbuka. Maknanya, Marissa lupa tutup..
Matanya tertangkap tulisan yang tertera di dalam diari yang terbuka itu..
'Wahai Diri..zalimkah aku padamu?
Zalimkah diriku bila memilih berkorban dari
memilih untuk menjadi beban?
Aku tidak sanggup meminta walau sesen pun dari abah..
Abah sudah cukup penat menoreh getah dengan kaki kudungnya.
Abah, Anakmu ini boleh bertahan insya ALLAH,
Duit PTPTN sudah habis dibayar keperluan
Memang cukup berjimat, namun kos hidup yang tinggi mana pernah peduli..
Abah, nasihat abah selalu datang menguatkan
tika keletihan menahan diri.
Adik-adik juga tidak berani meminta mu.
Tidak sampai hati Is membiarkan mereka,
Biarlah..moga mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Kalau arwah Ibu masih ada,,
Astagfirullah..'kalau' ini kalimat Iblis..
Abah selalu kata ..'redakan pemergian ibu'
Buat apa yang patut..akan diingat semua itu..
Abah, berangan-angan nya Is mencari pekerjaan yang terbaik buat
meringankan bebanan mu..moga dikurniakan
kesabaran terbesar buat kita sekeluarga ..
'ta..tapi kenapa Is tak pernah habaq??Sungguh ini serius bukan main-main... bersalahnya tidak cakna..', Acik mengesat air mata kekesalan. Dia bertekad akan menolong.
Deringan Sony Ericson mengejutkan sessi angan-angannya dalam lamunan. Dia segera mengangkat bila nama IS muncul.
'Acik....Is da pergi..'
Terasa pitam mendengar suara Azie di hujung talian.
***
Selepas pemergian Is..Diari Is menjadi temannya. Doktor tidak dapat punca sebenar kematian Is , namun, selepas dibedah siasat, rupanya perut Is terlalu banyak luka. Pedihnya mendengar berita ini..Lebih terhiris lagi bila mengenangkan abah Is adalah OKU. Adik-adiknya..Oh..inilah saat sentimental yang paling dibencinya..kini setiap kali terkenang dia akan mengalirkan air mata.
Marissa insan yang biasa-biasa namun amat sentimental, memang mudah menangis. Cuma keceriaannya menutup kedukaannya. Alangkah beratnya ujian ..menurut diarinya, hari itu adalah hari ke 39 dia berpuasa dan hanya berbuka dgn biskut kering. Alahai..rasa air mata ini nak gugur lagi.
Walau apapun, terselit rasa bangga dalam diri Acik kerana, Marissa menulis di dalam diarinya bagaimana dia setiap hari, walaupun sibuk dengan pelajaran dan Assignment, dia cuba untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti mencari ilmu dan dakwah, yakni bahasa mudahnya menyebarluaskan ilmu yang da ada. Ada saja quotation dalam setiap penghujung penulisannya..
Antaranya:
'Latih diri untuk menjadi orang yang sedaya upaya mengikut Al-Quran dan As-Sunnah walau tidak memahami bahasa arab,kerana itu ALLAH hadiahkan ulama' buat kita..'
'Boleh jadi sesuatu yang buruk itu baik bagi kamu dan yang baik itu buruk untuk kamu..'
'Orang yang paling cerdik adalah yang mengingati MATI, [bukan mereka yang berangan-angan]'..
'Apakah kita dapat mengira nikmat yang Allah beri pada kita? '
dan yang terakhir menyentuh hatinya..
'Setiap rezeki telah ditetapkan..jauhilah dari sikap meminta orang kerana tempat meminta hanyalah ALLAH, pasti ada jalan lain ALLAH berikan kita setiap rezeki itu' - Abah
***
Acik berpuas hati dapat membantu walau tidak banyak kepada family Marissa. Family itu sudah menerima bantuan yang sepatutnya dari pusat kebajikan Gombak hasil bukti kukuh diari Marissa. Diari itu menjadi khazanah berharga buat Acik. Kerana memorinya bersama Marissa tercatat didalamnya sebagai huraian kepada tulisan bertajuk..'Dia yang Aku Sayang ' betapa dia menilai persahabatan ini dengan penghayatan yang mengkagumkan jiwa...
~Marissa , akanku kirimkan doa setiap hari buatmu di sana..aku merinduimu..~
[the ending like not so idealistic..but, that is for my brain on 2.14am..credit to it..bg motivation sket kat otak]
2.14am
coretan alam
Tuesday, April 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment