Monday, April 30, 2012

AL-Nisa : 19 wa Al baqarah 216..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sebah letupan yang amat dahsyat berlaku..keselamatan dirinya tidak dapat dibayangkan, akhirnya dia terjaga!

seseorang memberinya kunci.

Dua mimpi ini berlegar didalam pemikirannya.

***

"Ingat, solat malam akan menjagamu dari keburukan dan kejahatan. meneguhkan kedudukanmu, dan menguatkan hatimu.."

"Ingat anakku, setiap hidup kita adalah ujian. Bapa mengharapkan kamu teruskan bermuhasabah dan banyak-banyak bertawakal kepada ALLAH..doa..moga dipermudahkan dan dibimbing ke jalan yang lurus.."

"Jangan sekali,kali mencuba dosa, kerana ia seumpama dadah.."

"orang yang ihsan akan merasai kehadiran ALLAH dan..sesungguhnya, jika kamu tidak merasai kehadiran ALLAh..maka itu petanda ada sesuatu yang menghijab hatimu..."

"macam mana mengkaitkan pepatah, 'kita merancang Allah juga merancang, perancangan ALLAh lebih baik..'? senang saja..bila mana kita tidak dapat apa yang kita mahukan sebenarnya ALLAH da ada perancangan lain untuk kita.."

"Adakah kamu ingat semua janji itu tidak boleh dimungkiri? boleh..hanya jika janji itu membawa keburukan dan kerosakan.."

"percaya atau tidak, jika seseorang memberikan kepamu sesuatu yang berupa wang , kasih sayang semuanya dari ALLAH..namun, jika mereka mencampuri urusan itu dengan maksiat kepada ALLAh, itu bukan lah perkara yang perlu kita redhai..malah, perlu diberhentikan segera..jangan berkompromi dgn maksiat"

"Mungkin hanya kita saja yang memikirkan ini adalah dosa sebab, hakim sebenar adalah hati kita..jika kita bertanya dengan orang dia kata ini kesalahan yang dimaafkan, namun hati tidak senang dengan perbuatan tersebut, maksudnya dosa itu memang sedang berlaku.."

"mungkin kita berasa sakit bila berusaha meninggalkan dosa, tapi..jangan lupa..kamu hanya pelakon dalam dunia ini, perlu patuh pada Sang Pengarah. Dia mengarahkan kamu menjalankan amar maruf nahi mungkar, beribadah kepadaNya , Mengesakan Dia Yang Satu..maka, tersalah watak akan mendatangkan kesakitan dan penyesalan.."

"Hati yang sedang dibersihkan perlu mendapatkan rawatan..maka, zikirlah kepada ALLAH..kamu jangan menyempitkan fikiran zikir itu membilang tasbih semata-mata..klu nak, carilah lagu WALI BAND, OPICK, EDOUSTIC, RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ, atau mana2 lagu yang berunsurkan kerohanian..yang mengajak kepada ALLAh, seperti mana Rabiatul Adawiyah..majlis zikirnya adalah dengan tipuan seruling yang merdu sehingga orang benar2 teringat kepada ALLAH.."

" Bertemu berpisah kerana ALLAH..sesungguhnya besar makna pepatah ini..kerana ALLAHlah sebaik-baik perancang"

"Manusia suka menceritakan masalah kepada manusia, sedangkan ia menambah masalah bukan mengurangkan masalah..kerana mereka manusia biasa..latihlah diri meluahkan masalah kepada ALLAH..walau bukan di atas sejadah..kerana setiap kata2 yg berlaku didalam hati ALLAH dengar..mangadulah kepadaNya..Dia tetap membuka pintu maghfirah..untuk hamba-hamba yang menyerah diri..bertaubat kepadanya.."

Air mata Maisarah mengalir lagi..dia menulis semua pesanan ini untuk mencari kekuatan luaran..disamping bertawakal kepada ALLAH..dia berasa jalan yang dipilihnya sudah betul..tinggal lagi dia mencari hujjah untuk menguatkan pendirian. Sesungguhnya, inilah ujian yang semakin menaik tahapnya..semoga imannya juga semakin meningkat..

***

Kalau sebelum ini, Miasarah merasakan dia tidak membuat dosa, kini ALLAH mengujinya..dia diuji dengan seorang muslimin yang sangat baik..Namun menyedari dirinya belum diberi keizinan untuk menjadikan ikatan itu sah, kerana dia menginsafi..banyak lagi ilmu yang dia perlukan. menyedari sahabat-sahabatnya menasihatkan dirinya masih banyak kelemahan[sahabat sejati semua ini kerana berterus terang]..Miasarah menagguhkan hasrat murninya. Dia yakin Allah juga bersetuju dengan tindakannya..selepas beristikharah ..

Sebelum itu, Miasarah berasa berada dalam keadaan dibuai mimpi dan angan-angan..sentiasa berhubung dengan alasan agar sama-sama saling menguatkan. Inilah peluang syaitan menyelitkan dalam perasaan masing-masing rasa rindu dan cinta yang belum diredhaiNya..


"kak, kenapa perlu ada orang tengah dalam UBM?"

"Supaya kita terjaga dari fitnah hati..adam dan hawa adalah ibarat magnet, jika mereka rapat, mereka akan melekat"

"maksudnya?"

"Kerana itu, ada orang yang susah untuk tidak berhubung dengan kekasih hati walaupun belum ada ikatan. orang tengah akan menyebabkan mereka berasa malu untuk berbuat demikian. Biarlah hanya perkara penting saja yang mereka bincangkan bersama dengan pengetahuan orang tengah yang dipercaya tadi. Adik, tipu daya syaitan ada di mana-mana. Terutama pada pejuang agama ALLAH. Jangan kerana kita rasa seronok bercinta, saling berhubung antara satu sama lain. Ini mengundang fitnah yang terbesar kepada pendakwah. AlQuran dan Assunnah ada untuk menunjuk kepada kita cara yang betul..Zaman Rasulullah dulu, Baginda tak pernah mengkhitbah seseorang itu direct. mesti ada orang tenagh..kita kena ikut cara yang baginda tunjuk. Kalaupun ada yang kata boleh saja direct tanpa orang tengah..tapi akak dengan pendapat peribadi akak pun tidak setuju dengan kenyataan itu. sebab akak sendiri belum nampak kebaikan dia berbuat begitu melawan adab yang Rasulullah s.a.w. ajar."

"owh..begitu..," Miasarah rasa terpukul dengan kenyataan ini..sesungguhnya dia sedang berada dalam keadaan yang akak ini terangkan sebentar tadi..

"kenapa dik?," akak Jehan tesenyum melihat kerutan di dahi Miasarah.

"eh,,tak adalah kak..saja nak tahu.." Miasarah senyum kelat.

***

Terlanjur menerimanya kerana berasa 'syukur' dipertemukan dengannya di atas jalan ini.
Merasakan kehadirannya adalah sinar yang menerangi kehidupan..
Menjadikan dirinya sebagai yang tunggal dihati..
Hindarkan perpisahan yang hanya menyakitkan..
Banyaknya perkongsian merapatkan kami..

Miasarah merenung bait-bait kata yang ditulis didalam diarinya sehingga air matanya mengalir lagi..

teringat kata ustazahnya,

"Ikhtilat zaman sekarang berlaku dengan lebih dahsyat, kerana kecanggihan teknologi..jika kamu berasa bosan dan menghubungi seorang muslimin dan mengajaknya berbual dengan SMS atau TELEFON, FB,TWITTER dsbg..sedangkan perkara itu tidaklah sepenting mana adalah merupakan ikhtilat..hukum ikhilat adalah al-hazru..dilarang keras sama sekali kerana perbuatan ini hanya akan membuka jalan maksiat..."

sekarang dia sedang membuat apa yang dicontohi oleh ustazahnya, dia menghubungi insan itu jika kebosanan..semua masalahnya diceritakan..ALLAH..sangat malu jika orang tahu..



"Aku perlu berbuat sesuatu!"

***

Selepas beberapa bulan membebaskan diri dari cngkaman tekanan jiwa rasa bersalah dengan Penciptanya, Miasarah sudah kembali tenang. Dia dapat menumpukan perasaannya kepada akademik dan mengukuhkan ukhuwahnya dengan sahabiahnya dengan berkongsi segala masalahnya dengan mereka. Dia yakin, jika ada jodoh ALLAH pasti akan menemukan mereka dalam keredhaanNya.

Jam HP sudah menunjukkan pukul 7.30am..dia mengambil beg dan terpandang papan kenyataan biliknya

"Allah lebih baik dari segala-galaNya, tiada sesiapa yang ingkar dengan kenyataan ini..jika dia BERIMAN!'

Dia menarik nafas dalam dan tersenyum. Moga hari ini dia berjaya menjadi pelajar yang FOKUS!..Tiada lagi rasa bersalah dihatinya kerana nyatalah ALLAH telah merancang yang lebih baik buat mereka berdua..Minggu lepas, ex-kekasihnya sudah selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimah yang bukan calang-calang orangnya..Alhamdulillah..

kesakitannya hanya sekejap, bahagianya berpanjangan..walau bukan bahagianya, bahagia ex-kekasihnya..


`tamat~

Wednesday, April 25, 2012

Suatu Ketika itu-ku tersedar dari lamunan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ku tersedar dari lamunan,
Anganku panjang melangkaui zaman,
Hidupku berasa panjang,
sedangkan ajal menghitung hari.

Ku tersedar dari lamunan,
Bukan orang lain,
Diriku sendiri..pilihanku sendiri,
Memilih adalah menanggung risiko
maka, kuatkan keazaman diri
Iltizam dengan janji Tuhan
hingga ditunjukkan jalan.

Ku tersedar dari lamunan,
Doa yang berpanjangan itu senjata,
Kerana doa senjata mukmin,
apabila yang diminta termakbul,
kenapa perlu menyombong diri?

ku tersedar dari lamunan,
dunia mutakhir ini fitnah membusung,
kebaikan tersembunyi dalam kesakitan,
maksiat bersubahat dengan keindahan zahir,
manusia lebih ramai memilih indahnya yang sementara,
melupakan indah yang berkekalan.

ku tersedar dari lamunan,
segala puji hanya untukNya,
jika bukan keranaNya,
aku akan terus mengalamun.
membina angan-angan,
melupakan mati.

ku tersedar dari lamunan,
hakikat hidup bukan mencari bahagia, kerana bahagia hakiki hanya di syurga
hanya dalam keredhaanNya,
jika sudah meraih keredhaan, berbahagialah
tapi..kita bukan sang hakim,
yang bisa mengatakan kita sudah dapat atau belum.

ku tersedar dari lamunan,
betapa ilmu ukhrawi perlu didalami,
perlu difahami dalam semua aspek,
bukan hanya merasa selesa baru amalkan
agama ini bukan hawa.dibuat bila disuka.
dinafikan bila benci.

ku tersedar dari lamunan,
oh..banyak lagi kerjaku bertimbun,
sedangkan aku masih menaip disini..
mengelamun sambil merepek,
supaya dapat dihumban,
segala lara. supaya dapat dihilangkan
segala ragu.
yakinlah, bila ALLAH redha..dirimu diselubungi tenang,
walau manusia bakhil akan redhanya..
kerana antara redha Allah dan redha manusia..
pasti tidak ada yang utama dari redha ALLAH.
wallahu'alam.

 ~sekiranya sesuatu cuba menggantikan tempat ALLAh dihatiku, maka itulah yang akan aku tinggalkan serta merta~

Tuesday, April 17, 2012

Untitle Post

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Jom Ke Demo!', Marissa menepuk bahu sahabatnya, Acik. Acik sedikit terkejut. Dia menoleh sebentar ke Marissa. 'Hang Gila ka apa?' ..'kenapa tetiba je nak p demo??'Marissa membuat muka ceria. Sebab duit Is da habis. haha..

'Pergh.., hang ni..ingatkan apa.., eh, Demo tu pasal PTPTN kan?..apasal hang habis duit salahkan PTPTN?

Marissa melebarkan senyuman , dan mengeluarkan kocek seluar panjangnya..dia tergelak dan berlalu.

***

Acik keboringan melihat 'Mukabuku' yang serabut dengan isu-isu demo..ada yang menfitnah pasangan yang dah kahwin sebagai pasangan kapel yang mencemari pemandangan demo..itu yang difahami oleh Acik..'Tak da kejo, hangpa ni..buat berita kaji la dulu haisy..tapi, buat malu je..tuduh orang dah kawin begitu..' Acik bermonolog sorang-sorang..Dia menekan link :

14042012 DEMONSTRASI MANSUHKAN PTPTN - SOLAT ASAR

'Wah...biaq betui..hangpa solat kat sini??'

Terasa mengalir air mata. Lama tak jumpa orang yang menjaga solat walau tengah ada event..kalau sebelum ni, solat di stadium bola sepak...Terharu..tetiba, datang bisikan-bisikan..'dorang ni tak segan ke solat di hadapan ramai-ramai ni..'..'Haisy, buat apa nak malu??Acik2..Acik menggaru kepalanya..Yalah..budak-budak ni nak sembah ALLAH..nak malu apa? Biar orang-orang yang tak jaga solat yang merata ni rasa solat ni mudah...ha..Allah memberikan keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad..antaranya, bumi ini dijadikan masjid buat umat Nabi akhir zaman ini. Kalau agama lain, tempat ibadah mereka perlu ke bangunan ibadah , ke tempat-tempat khusus. Tapi umat Islam, solat la di mana-mana asal bersih..ha..ini yang difahami..bahana rajin tadah celoteh Azie..sahabat IRK..Budak BENL ni mana belajar benda ni..'ntah betui tak kefahaman aku ni..haha..menyesal tak tanya Azie sefaham-fahamnya..dah dia bagi tazkirah dengan bersemangat..time tu aku bizi...>.<..jd aku layan sajalah..!

'Allahuakhbar..Allahuakbar..'

Azan berkumandang menandakan maasuknya waktu Maghrib dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Acik berlalu untuk bersiap menghadap Yang Esa. Walau pun dia bukan pelajar agama yang totok, dia masih sedar akan jiwanya yang berjenama HAMBA. Dia mencari-cari kelibat Marissa. Biasanya, gadis itu akan membuat bising mengajak solat berjemaah. Pelik pula hari ini dia tiada dalam bilik.

Setelah kembali dari bilik air, barulah Acik perasan, Marissa masih di atas katil dengan mata terpejam tenang.

'Aish..Maghrib-maghrib mana boleh tidur..anak dara soghang ni..!!'

'Is, bangun ..da maghrib ni!' Acik melaung dari compartment nya..

'Ya Allah..Acik napa tak kejut sebelum maghrib?..huhu..' Marissa keluar dari compartmentnya dan mencapai jag air dan menuangnya ke dalam gelas..'Acik melihat gelagatnya heran..dahinya berkerut-kerut. Ada usaha memahami situasi di sana.

' Is puasa. ,'Wajah Is berubah ceria...berbunga-bunga. Dia berlalu..'La..minum air je?' Acik meneka dalam monolog, 'selepas ini mesti dia p kafe..'

Tafsir Al-Quran dicapai dan membaca seberapa muka surat yang sempat sementara menunggu Marissa kembali dari bilik air.

***

- 'Acik....!! Is pengsan!!

Acik begitu kelam kabut memakai tudung selepas mendapat panggilan dari Azi sebentar tadi. Tentang soalan kenapa dia yang berkejar ke sana sebab mereka adalah sahabat baik.

' Ha..Azi..kenapa dia pengsan? ', Azi menceritakan dari A-Z..

Menurutnya, Is jatuh pengsan tiba-tiba di tangga ke level 3 ADM..

Tiub air dimasukkan ke dalam urat untuk menambah air. Menurut doktor , Marissa mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Acik bertambah hairan..Barulah dia perasan, setiap kali dia ajak Marissa makan tengah hari, dia kata dia puasa ganti..tapi..bukankah puasanya sudah habis diganti pada bulan syawal lagi??

Hari itu, Marissa belum dibolehkan keluar dari hospital. Ramainya datang melawat, memberi semangat. kali itu, Marissa memesannya membawa diari kepunyaan Marissa di atas meja belajarnya. Teringat kecik-kecik dulu, memang suka menconteng diari. zaman-zaman muda dulu kena luah perasaan selalu dalam diari.kalau tidak tekanan..sekarang??FB kan ada??haha..baik mengadu pada ALLAH..cehwah..copy paste kata-kata Azie..

Acik akur. semasa memasuki zon Marissa..diarinya sedang terbuka. Maknanya, Marissa lupa tutup..

Matanya tertangkap tulisan yang tertera di dalam diari yang terbuka itu..

'Wahai Diri..zalimkah aku padamu?
Zalimkah diriku bila memilih berkorban dari 
memilih untuk menjadi beban?
Aku tidak sanggup meminta walau sesen pun dari abah..
Abah sudah cukup penat menoreh getah dengan kaki kudungnya.

Abah, Anakmu ini boleh bertahan insya ALLAH,
Duit PTPTN sudah habis dibayar keperluan
Memang cukup berjimat, namun kos hidup yang tinggi mana pernah peduli..

Abah, nasihat abah selalu datang menguatkan 
tika keletihan menahan diri.
Adik-adik juga tidak berani meminta mu.
Tidak sampai hati Is membiarkan mereka,
Biarlah..moga mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Kalau arwah Ibu masih ada,,
Astagfirullah..'kalau' ini kalimat Iblis..
Abah selalu kata ..'redakan pemergian ibu'
Buat apa yang patut..akan diingat semua itu..

Abah, berangan-angan nya Is mencari pekerjaan yang terbaik buat 
meringankan bebanan mu..moga dikurniakan 
kesabaran terbesar buat kita sekeluarga ..

'ta..tapi kenapa Is tak pernah habaq??Sungguh ini serius bukan main-main... bersalahnya tidak cakna..', Acik mengesat air mata kekesalan. Dia bertekad akan menolong.

Deringan Sony Ericson mengejutkan sessi angan-angannya dalam lamunan. Dia segera mengangkat bila nama IS muncul.

'Acik....Is da pergi..'

Terasa pitam mendengar suara Azie di hujung talian.

***

Selepas pemergian Is..Diari Is menjadi temannya. Doktor tidak dapat punca sebenar kematian Is , namun, selepas dibedah siasat, rupanya perut Is terlalu banyak luka. Pedihnya mendengar berita ini..Lebih terhiris lagi bila mengenangkan abah Is adalah OKU. Adik-adiknya..Oh..inilah saat sentimental yang paling dibencinya..kini setiap kali terkenang dia akan mengalirkan air mata.

Marissa insan yang biasa-biasa namun amat sentimental, memang mudah menangis. Cuma keceriaannya menutup kedukaannya. Alangkah beratnya ujian ..menurut diarinya, hari itu adalah hari ke 39 dia berpuasa dan hanya berbuka dgn biskut kering. Alahai..rasa air mata ini nak gugur lagi.

Walau apapun, terselit rasa bangga dalam diri Acik kerana, Marissa menulis di dalam diarinya bagaimana dia setiap hari, walaupun sibuk dengan pelajaran dan Assignment, dia cuba untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti mencari ilmu dan dakwah, yakni bahasa mudahnya menyebarluaskan ilmu yang da ada. Ada saja quotation dalam setiap penghujung penulisannya..

Antaranya:

'Latih diri untuk menjadi orang yang sedaya upaya mengikut Al-Quran dan As-Sunnah walau tidak memahami bahasa arab,kerana itu ALLAH hadiahkan ulama' buat kita..'

'Boleh jadi sesuatu yang buruk itu baik bagi kamu dan yang baik itu buruk untuk kamu..'

'Orang yang paling cerdik adalah yang mengingati MATI, [bukan mereka yang berangan-angan]'..

'Apakah kita dapat mengira nikmat yang Allah beri pada kita? '

dan yang terakhir menyentuh hatinya..


'Setiap rezeki telah ditetapkan..jauhilah dari sikap meminta orang kerana tempat meminta hanyalah ALLAH, pasti ada jalan lain ALLAH berikan kita setiap rezeki itu' - Abah




***

Acik berpuas hati dapat membantu walau tidak banyak kepada family Marissa. Family itu sudah menerima bantuan yang sepatutnya dari pusat kebajikan Gombak hasil bukti kukuh diari Marissa. Diari itu menjadi khazanah berharga buat Acik. Kerana memorinya bersama Marissa tercatat didalamnya sebagai huraian kepada tulisan bertajuk..'Dia yang Aku Sayang ' betapa dia menilai persahabatan ini dengan penghayatan yang mengkagumkan jiwa...

~Marissa , akanku kirimkan doa setiap hari buatmu di sana..aku merinduimu..~


[the ending like not so idealistic..but, that is for my brain on 2.14am..credit to it..bg motivation sket kat otak]

2.14am
coretan alam


 

Wednesday, April 4, 2012

Sirah Nabi s.a.w

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

SEJARAH DAN PERJUANGAN NABI MUHAMMAD SAW DI MAKKAH

image

A. Dakwah Nabi Muhammad untuk Menyempurnakan Akhlak Manusia

Setelah Nabi Miuhammad SAW menerima wahyu, maka secara rasmi beliau telah diangkat menjadi Rasul oleh Allah SWT. Beliau mempunyai kewajiban untuk membina umat yang telah berada dalam kesesatan untuk menuju jalan yang lurus. Dakwah Nabi Muhammad SAW dimulai dari wilayah Makkah di jazirah Arab, walaupun pada akhirnya ajaran beliau adalah untuk seluruh umat manusia. Jauh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya Allah SWT juga telah mengutus nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Kedua Rasul ini telahberhasil membina bangsa Arab dan masyarakat makkah menjadi orang yang beriman dan henya menyembah kepada Allah SWT. Bahkan kedua Rasul tersebut juga diperintah Allah SWT untuk membangun Ka’bah di Makkah. Namun dengan berjalanya waktu, keimanan masyarakat Makkah menjadi luntur dan berubah menjadi kemusyrikan dengan menyembah patung dan berhala. Mereka tidak hanya mengalami kerusakan dalam hal aqidah, bahkan akhlaknya juga rusak.

Nabi Muhammad SAW sebagai rasul tidak henti-hentinya berusaha memperbaiki akhlak masyarakat yang sudah rusak tersebut. Untuk memperbaiki akhlak, maka Allah SWT telah mengutus rasul yang memang semenjak kecil dikenal oleh masyarakat sebagai orang yang sangat mulia akhlaknya. Sejak masih kecil, remaja, sampai dewasa Nabi Muhammad sudah dikenal oleh masayarakat Makkah sebagai orang yang mempunyai kepribadian baik, berbeda dengan kebanyakan orang saat itu. Penampilannya pun sederhana, bersahaja, dan berwibawa. Ketika ia berjalan badannya agak condong kedepan, melangkah sigap dan pasti. Raut mukanya menunjukkan pikirannya yang cerdas, tajam, dan jernih. Pandangan matanya menunjukkan keteduhan dan kewibawaan, membuatorang patuh kepadanya. Ia juga dikenal sebagai orang yang jujur dalam setiap perkataan maupun perbuatan. Dengan sifatnya yang demikian itu tidak heran bila Khadijah, majikannya menaruh simpati kepadanya, dan tidak pula mengherankan bila Muhammad diberi keleluasaan mengurus hartanya. Khadijah juga membiarkannya menggunakan waktu untuk berpikir dan menuangkan hasil pemikirannya. Akhirnya Muhammad dan Khadijah menikah menjadi sepasang suami istri yang sangat setia dan memiliki anak-anak yang shalih.

Muhammad mendapat kurnia Tuhan dalam perkawinannya dengan Khadijah, mereka berada dalam kedudukan yang tinggi dan harta yang cukup. Seluruh penduduk Makkah memandangnya dengan rasa segan dan hormat. Mereka mensyukuri karunia Tuhan yang diberikan kepadanya serta anak dan keturunan yang baik. Semua itu tidak mengurangi pergaulannya dengan penduduk Makkah baik yang kaya maupun yang miskin. Dalam kehidupan hari-hari, Muhammad bergaul baik dengan masyarakat sekitar. Bahkan setelah menikah dengan Khadijah ia lebih dihormati di tengah-tengah masyarakat. Dengan dihormati orang Muhammad tidak menjadi tinggi hati, namun ia menjadi semakin rendah hati. Bila ada yang mengajaknya bicara ia mendengarkan dan memperhatikannya tanpa menoleh kepada orang lain. Perilakunya yang demikian sangat berbeda dengan kebanyakan orang Makkah yang menjadi sombong dan congkak ketika dihormati, dan marah-marah ketika merasa tidak dihormati. Muhammad juga bukan termasuk orang yang suka mengobral perkataan, ia berkata seperlunya, dan ia lebih banyak mendengarkan. Bila bicara selalu bersungguh-sungguh, tapi sungguhpun begitu ia sesekali membuat humor dan bersenda-gurau. Sifatnya yang jujur tersebut juga sangat berbeda dengan kebanyakan orang Makkah yang suka berbohong, membual, dan sulit dipercaya. Setiap bertemu orang Muhammad selalu tersenyum. Pada saat-saat tertentu juga bercanda dan terkadang tertawa sampai terlihat gerahamnya. Bila ia marah tidak pernah sampai tampak kemarahannya, hanya antara kedua keningnya tampak sedikit berkeringat, hal ini disebabkan ia menahan rasa amarah dan tidak mau menampakkannya keluar. Semua itu terbawa oleh kodratnya yang selalu lapang dada, berkemauan baik dan menghargai orang lain. Ia Bijaksana, murah hati dan mudah bergaul. Tapi ia juga mempunyai tujuan pasti, berkemauan kuat, tegas dan tak pernah ragu-ragu dalam tujuannya. Sifat-sifat demikian ini berpadu dalam dirinya dan meninggalkan pengaruh yang dalam sekali pada orang-orang yang bergaul dengan dia. Bagi orang yang melihatnya tiba-tiba, sekaligus akan timbul rasa hormat, dan bagi orang yang terbiasa bergaul dengannya akan timbul rasa cinta kepadanya.

Muhammad menjalin hubungan baik kepada penduduk Makkah. Ia juga berpartisipasi dalam kegiatan sosial dalam kehidupan masyarakat hari-hari. Pada waktu itu masyarakat sedang sibuk karena bencana banjir besar yang turun dari gunung kemudian menimpa dan meretakkan dinding-dinding Ka’bah yang memang sudah rapuh. Sebelum itupun masyarakat suku Quraisy memang sudah memikirkannya. Ka’bah yang tidak beratap itu menjadi sasaran pencuri mengambil barang-barang berharga di dalamnya. Hanya saja masyarakat suku Quraisy merasa takut kalau bangunannya diperkuat, pintunya ditinggikan dan diberi atap, dewa Ka’bah yang suci itu akan menurunkan bencana kepada mereka. Sepanjang zaman Jahiliyyah keadaan mereka diliputi oleh berbagai macam legenda yang mengancam bagi siapapun yang berani mengadakan sesuatu perubahan terhadap Ka’bah. Dengan demikian perbuatan itu dianggap tidak umum.

Tetapi sesudah mengalami bencana banjir tindakan demikian itu adalah suatu keharusan, walaupun masih diliputi rasa takut dan ragu-ragu. Bertepatan dengan kejadian itu, kapal milik seorang pedagang Romawi bernama Baqum yang datang dari Mesir terhempas di laut dan pecah. Sebenarnya Baqum adalah seorang ahli bangunan yang mengetahui masalah perdagangan. Sesudah suku Quraisy mengetahui hal ini, maka berangkatlah al-Walid bin al-Mughira dengan beberapa orang dari Quraisy ke Jeddah menemui Baqum. Kapal itu kemudian dibelinya, kemudian diajaknya berunding supaya sama-sama datang ke Makkah guna membantu mereka membangun Ka’bah kembali. Baqum menyetujui permintaan itu. Pada waktu itu di Makkah ada seorang Kopti yang mempunyai keahlian sebagai tukang kayu. Persetujuan tercapai bahwa diapun akan bekerja dengan mendapat bantuan Baqum.

Sudut-sudut Ka’bah oleh suku Quraisy dibagi empat bagian tiap kabilah mendapat satu sudut yang harus dirombak dan dibangun kembali. Sebelum bertindak melakukan perombakan itu mereka masih ragu-ragu dan khawatir akan mendapat bencana. Kemudian al-Walid bin al-Mughira tampil ke depan dengan merasa sedikit takut. Setelah berdoa kepada dewa-dewanya, ia mulai merombak bagian sudut selatan. Orang-orang menunggu apa yang akan dilakukan Tuhan terhadap al-Walid. Tetapi setelah sampai pagi hari tak terjadi apa-apa, mereka pun beramai-ramai merombaknya dan memindahkan batu-batu yang ada. Muhammad pun ikut dalam kerja bakti itu.

Sesudah bangunan itu setinggi orang berdiri dan tiba saatnya meletakkan Hajar Aswad yang disucikan di tempatnya semula di sudut timur, maka timbullah perselisihan di kalangan Quraisy, siapa yang seharusnya mendapat kehormatan meletakkan batu itu pada tempatnya semula. Demikian memuncaknya perselisihan itu sehingga hampir saja timbul perang saudara. Keluarga Abdud Dar dan keluarga ‘Adi bersepakat takkan membiarkan kabilah yang manapun campur tangan dalam kehormatan yang besar ini. Untuk itu mereka mengangkat sumpah bersama. Keluarga Abdud Dar membawa sebuah baki berisi darah. Tangan mereka dimasukkan ke dalam baki itu guna memperkuat sumpah mereka. Karena itu lalu diberi nama La’aqatud Dam, yakni ‘jilatan darah.’ Abu Umayyah bin al-Mughira dari Bani Makhzum, adalah orang yang tertua di antara mereka. Ia dihormati dan dipatuhi. Setelah melihat keadaan serupa itu ia berkata kepada mereka:
“Serahkanlah putusan kamu ini di tangan orang yang pertama sekali memasuki pintu Shafa ini.”
Tatkala mereka melihat Muhammad adalah orang pertama memasuki tempat itu, mereka berseru: “Ini al-Amin (orang yang terpercaya) ; kami dapat menerima keputusannya.” Lalu mereka menceritakan peristiwa itu kepada Muhammad. Iapun mendengarkan dan sudah melihat di mata mereka betapa berkobarnya api permusuhan itu. Ia berpikir sebentar, lalu katanya: “Kemarikan sehelai kain,” katanya. Setelah kain dibawakan dihamparkannya dan diambilnya batu itu lalu diletakkannya dengan tangannya sendiri, kemudian katanya; “Hendaknya setiap ketua kabilah memegang ujung kain ini.” Mereka bersama-sama membawa kain tersebut ke tempat batu itu akan diletakkan. Lalu Muhammad mengeluarkan batu itu dari kain dan meletakkannya di tempatnya. Dengan demikian perselisihan itu berakhir dan bencana dapat dihindarkan. Quraisy menyelesaikan bangunan Ka’bah sampai setinggi delapanbelas hasta (± 11 meter), dan ditinggikan dari tanah sedemikian rupa, sehingga mereka dapat menyuruh atau melarang orang masuk. Di dalam Ka’bah itu mereka membuat enam batang tiang dalam dua deretan dan di sudut barat sebelah dalam dipasang sebuah tangga naik sampai ke teras di atas lalu meletakkan Hubal di dalam Ka’bah. Juga di tempat itu diletakkan barang-barang berharga lainnya, yang sebelum dibangun dan diberi beratap menjadi sasaran pencurian.

Kejadian ini berlangsung saat Muhammad berusia 35 tahun, dan keputusannya mengambil batu dan diletakkan di atas kain lalu mengambilnya dari kain dan diletakkan di tempatnya dalam Ka’bah, menunjukkan betapa tingginya kedudukannya dimata penduduk Makkah, betapa besarnya penghargaan mereka kepadanya sebagai orang yang berjiwa besar. Pada tahun 611 M, waktu itu Muhammad berusia 40 tahun beliau menerima wahyu yang pertama. Di puncak Gunung Hira, – sejauh dua farsakh sebelah utara Makkah – terletak sebuah gua yang sangat kondusif untuk tempat menyendiri (berkhalwat). Sepanjang bulan Ramadan tiap tahun Muhammad pergi ke sana dan berdiam di tempat itu. Ia tekun dalam merenung dan beribadah, menjauhkan diri dari segala kesibukan hidup dan keributan manusia. Ia mencari Kebenaran tentang keberadaan Tuhan dan merenungkan keboborokan perilaku sehari-hari masyarakat Arab saat itu. Demikian kuatnya ia merenung mencari hakikat kebenaran itu, sehingga lupa ia akan dirinya, lupa makan, lupa segala yang ada dalam hidup ini. Sebab, segala yang dilihatnya dalam kehidupan manusia sekitarnya, bukanlah suatu kebenaran.

Ia merenung untuk mencari jawaban mengenai perilaku masyarakat dalam masalah-masalah hidup. Apa yang disajikan sebagai kurban-kurban untuk tuhan-tuhan mereka itu, bukanlah sesuatu yang dapat dibenarkan menurut rasio dan nurani yang jernih. Berhala-berhala yang tidak berguna, tidak menciptakan dan tidak pula mendatangkan rejeki, tak dapat memberi perlindungan kepada siapapun yang ditimpa bahaya tidak selayaknya dipuja dan disembah. Hubal, Lata dan ‘Uzza, dan semua patung-patung dan berhala-berhala yang terpancang di dalam dan di sekitar Ka’bah, tak pernah menciptakan seekor lalat sekalipun, atau akan mendatangkan suatu kebaikan bagi Makkah. Ketika itulah ia percaya bahwa masyarakatnya telah tersesat, jauh dari kebenaran.Keyakinan mereka terhadap keberadaan Tuhan telah rusak karena tunduk kepada khayal berhala-berhala serta kepercayaan-kepercayaan semacamnya. Kebenaran itu ialah Allah, Khalik seluruh alam, tak ada tuhan selain Dia. Kebenaran itu ialah Allah Pemelihara semesta alam. Dialah Maha Rahman dan Maha Rahim.

Kebenaran itu ialah bahwa manusia dinilai berdasarkan perbuatannya. “Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat atompun akan dilihatNya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat atompun akan dilihatNya pula.” (Qur’an, 99:7-8) Dan bahwa surga itu benar adanya dan neraka juga benar adanya. Mereka yang menyembah tuhan selain Allah mereka itulah menghuni neraka, tempat tinggal dan kediaman yang paling durhaka. Tatkala ia sedang bertahanuth, ketika itulah datang malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata kepadanya: “Bacalah!” Dengan terkejut Muhammad menjawab: “Saya tak dapat membaca”. Ia merasa seolah malaikat itu mencekiknya, kemudian dilepaskan lagi seraya katanya lagi: “Bacalah!” Masih dalam ketakutan akan dicekik lagi Muhammad menjawab: “Apa yang akan saya baca.”
Seterusnya malaikat itu berkata: “Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan Pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya …” Lalu ia mengucapkan bacaan itu. Malaikatpun pergi, setelah kata-kata itu terpateri dalam kalbunya.

Setelah menerima wahyu yang pertama itu maka Muhammad menjadi seorang utusan (rasul), sehingga dia mempunyai kewajiban untuk menyampaikan ajaran Allah SWT kepada umat manusia. Setelah menjadi rasul, maka sifat-sifat mulia yang dimilikinya tdak hanya dimilikinya sendiri, namun dia harus mengajarkan dan memberi teladan kepada umat manusia untuk berakhlak yang mulia. Nabi Muhammad bersabda :
Artinya : “Diriwayatkan dari Abi Hurairah, Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak)” (HR Ahmad).
Artinya : “Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya.
Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya”. (QS Fathir : 10)
Nabi Muhammad mengajarkan bahwa kemuliaan manusia tidak diukur dari harta, keturunan, suku, keindahan tubuh, kekuatan, maupun pangkat dan jabatannya dalam masyarakat.

Namun kemuliaan manusia terletak pada ketaatannya kepada Allah SWT dan kemuliaan akhlaknya, baik berupa sikap, perkataan, maupun perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari. Padahal ketika itu masayarakat Arab sangat menonjolkan keturunan dan sukunya. Mereka sering berselisih, bertengkar bahkan berperang agar sukunya menjadi yang paling terhormat diantara yang lain. Mereka juga sangat membanggakan harta dan kedudukan. Semakin banyak harta dan memiliki banyak budak, maka mereka merasa menjadi mulia. Setelah menjadi rasul, Nabi Muhammad SAW memberikan ajaran yang sangat mulia bahwa sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat dan dapat bermanfaat bagi orang lain. 

Padahal perilaku masyarakat Quraisy saat itu seringkali menyengsarakan orang lain,, mereka semena-mena terhadap orang-orang miskin apalagi terhadap budak-budak mereka. Betapa beratnya tugas Nabi Muhammad SAW untuk membina manusia agar berakhlak mulia ketika kondisi akhlaknya sudah buruk. Namun semua itu dilakukan beliau dengan penuh kesabaran dan dengan cara memberi teladan.

B. Nabi Muhammad Sebagai Rahmat bagi Alam Semesta

Bagi orang-orang yang merasakan bahwa kehidupan para pembesar dan bangsawan Makkah yang sudah sesat dan keterlaluan, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, maka kehadiran Nabi Muhammad saw. seperti seteguk air saat mereka merasakan dahaga yang sudah sangat lama. Nabi Muhammad saw. mengajarkan tentang persamaan derajat manusia. Nabi Muhammad saw. juga mengajarkan agar penyelesaian masalah tidak boleh dilakukan dnegan cara kekerasan, namun harus dilakukan dengan cara-cara yang damai dan beradab. Hal ini tercermin dalam tindakan Nabi Muhammad ketika mendamaikan masyarakat Makkah saat akan meletakkan Hajar  Aswad pada tempatnya.

Nabi Muhammad mengajarkan agar manusia bekerja keras untuk dapat memenuhi kebutuhannya, namun ketika menjadi kaya maka dia harus mengasihi yang miskin dengan cara menyisihkan sebagian hartanya untuk mereka. Orang yang kuat harus mengasihi yang lemah. Orang tua harus menyayangi anaknya baik anak itu laki-laki maupun perempuan, sebaliknya anak harus menghormati dan berbakti kepada orang tuanya walaupun mereka sudah sangat tua. Ketika antar anggota masyarakat dapat memahami hak dan kewajibannya, saling menghormati, menghargai, dan mengasihi, maka akan menjadi masyarakat yang damai, aman, tenteram dan sejahtera. Terbukti, saat ini keadaan Masyarakat Makkah dan Madinah menjadi masyarakat yang sangat beradab, damai, sejahtera dan mengalami kemajuan yang pesat. Semua itu diawali dengan ketakwaan mereka kepada Allah dan senantiasa berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad saw. Dengan demikian sesungguhnya Nabi Muhammad ditus oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi seluruh alam. Nabi tidak hanya diutus untuk penduduk Makkah saja, atau bagi bangsa  Arab saja, namun nilai-nilai yang dibawanya adalah nilai-nilai universal yang dapat meningkatkan martabat umat manusia sehingga berbeda dengan binatang.
Artinya : “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QَS Al Anbiya : 107}

C. Meneladani Dakwah Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat di Makkah

Pada mulanya, dakwah Nabi Muhammad di Makkah dimulai dari sanak keluarga dan kerabat dekat. Itupun dilakukan secara sembunyi-sembunyi, di rumah salah seorang sahabat yang bernama Al Arqom bin Abil Arqom Al Makhzumi. Upaya tersebut membuahkan hasil yang cukup menggembirakan. Kurang lebih tiga tahun ada 39 orang yang menyatakan iman dan Islam, semuanya dari kerabat dekat dan sahabat-sahabat yang lain. Di antara kerabat dekat yang masuk Islam waktu itu antara lain Khadijah, Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar, Zaid bin Haritsah. Khadijah, istri nabi, orang yang cukup terpandang dan kaya raya. Abu Bakar, seorang dermawan yang kaya raya. Ali bin Abi Tholib, seorang pemuda yang cukup cerdas dan dihormati. Dengan masuk Islamnya orang-orang tersebut membawa pengaruh besar pada dakwah nabi sampai masa berikutnya. Karena orang-orang tersebut cukup dihormati di kalangan orang-orang Quraisy.

Di antara sahabat yang menyusul masuk Islam antara lain Usman bin Affan, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqash, Abdurrahman bin Auf, Fatimah binti Khatab serta suaminya (Said bin Zaid), Arqam bin Abil Arqam, Thalhah bin Ubaidillah. Mereka termasuk “Assabiqunal Awwalun”, yakni orang-orang yang pertama kali masuk Islam. Dakwah secara terang-terangan yang dilakukan Nabi Muhammad saw. mendapat reaksi cukup keras dari para pemuka dan tokoh Quraisy, antara lain Abu Lahab (Abdul Uzza), Abu Jahal, Umar ibnu Khatab (sebelum masuk Islam), Uqbah bin Abi Muatih, Aswad bin Abdi Jaghuts, Hakam bin Abil Ash, Abu Sufyan bin Harb (sebelum masuk Islam), Ummu Jamil (istri Abu Lahab). 

Reaksi keras yang dilakukan oleh para tokoh Quraisy tersebut antara lain berupa ejekan, hinaan, hasutan, ancaman, dan penganiayaan secara fisik. Hal yang sama juga dilakukan kepada orang-orang Quraisy sendiri, agar tidak mengikuti seruan Nabi Muhammad. Namun, Rasulullah tetap tabah dan sabar, dakwah pun tetap dijalankan. Bahkan semakin terang-terangan dan meluas ke wilayah lain.

Menghadapi sikap Rasulullah tersebut orang-orang Quraisy bertambah marah, bahkan pernah merencanakan akan melakukan pembunuhan terhadap Nabi Muhammad. Rencana tersebut dilakukan menjelang Nabi Muhammad akan hijrah ke Madinah. Atas pertolongan Allah SWT, waktu itu Nabi selamat dari rencana pembunuhan tersebut. Kemudian bisa hijrah ke Madinah. Meskipun Nabi Muhammad saw. dengan susah payah dalam berdakwah karena mendapat tantangan dari Kaum Quraisy, tetapi makin hari makin didengar orang sehingga makin banyak pengikutnya. Dakwah Nabi Muhammad di Makah dilakukan kurang lebih selama 13 tahun, dan selebihnya selama 10 tahun Nabi Muhammad berada di Madinah. Ketika berdakwah di Makkah, tantangan yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat begitu besar. Dari uraian sejarah di atas dapat diambil pelajaran yang sangat berharga dari cara cara dakwah Rasulullah yang harus diteladani oleh umat islam, antara lain adalah :
1. Nabi Muhammad berdakwah dengan keeladanan. Sebelum beliau menyampaikan sesuatu, maka beliau terlebih dahulu melaksanakanya. Jadi, disamping dakwah dengan lisan, dakwah juga dilakukan dengan perbuatan, sikap, dan keteladanan dalam kehidupan sehari-hari.
2. Disampaikan dengan penuh kehati-hatian, sabar, dan menggunakan bahasa yang halus dan lemah lembut serta dengan bahasa yang mudah dipahami.
3. Rasulullah saw. memposisikan para pengikutnya sebagai sahabat, hal ini tercermin dalam sebutan para pengikutnya yakni dengan sebutan ‘sahabat’. Cara seperti ini menimbulkan rasa simpati yang luar biasa, karena di dalam Islam nyata-nyata diterapkan kesetaraan.
4. Rasulullah saw. selalu bersama para sahabat-sahabatnya baik dalam keadaan suka maupun duka, dengan demikian terjalin persatuan, kesatuan, dan solidaritas umat Islam yang sangat kuat. Dalam berdakwah Rasulullah saw. tidak pernah memaksakan kehendak, Rasulullah saw hanya menyampaikan ajaran dari Allah SWT, dan memberikan pemahaman secara rasional dan dengan hati yang jernih. Mengikuti atau tidak hal itu menjadi hak pribadi masing-masing. Dengan kata lain, dalam berdakwah Rasulullah saw tidak pernah menggunakan cara-cara kekerasan.

sumber:http://kemanaarahku.wordpress.com/2012/02/05/sejarah-dan-perjuangan-nabi-muhammad-saw-di-makkah/

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...