~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Jelajah Dakwah Sabah...
nama terpahat di dalam hati..insan-insan yang terlibat saya ucap terima kasih..Kesyukuran dipanjatkan setiap kali teringat ia sudah terlaksana..
^^...ia ibarat satu langkah yang di atur menapak satu langkah meninggalkan tapak yang lama..begitulah..Ia akan dikenang oleh mereka-mereka yang mengalaminya..Beruntunglah orang yang mengalaminya..
Ia bukan berakhir di situ, Tahun depan akan ada lagi edisi yang lebih mencabar, mungkin..dengan AJK yang lebih bersedia, lebih berperanan..Insya ALLAH, Alumni JDS akhirnya ada untuk tujuan ini.
Sabah terlalu luas untuk dijelajah oleh sekumpulan kecil peserta JDS..Tapi, budaya menjelajah harus terus disuburkan dalam diri setiap insan yang cintakan dakwah, agar perjalanan itu menjadi muhasabah jangka panjang dan menaikkan semangat untuk tidak berputus asa dalam usaha dakwah di Ladang Dakwah Sabah..
Memastikan JDS terus dianjurkan adalah tanggungjawab kita semua yang bergelar daie bumi sabah bawah bayu..Kedatangan Daie Seberang Tanah Melayu(semenanjung) jangan kita pandang sebelah mata..Banyak perkongsian yang kita dapat manfaatkan dari sahabat2 kita ini..[Kalian ibarat Muhajirin..kami gembira dan amat syukuri kehadiran kalian..]
Namun begitu, hamasah daie Sabah harus lebih kehadapan kerana ini bumi tanah tumpah darah kita. Kelangsungan dakwah Bumi sabah bergantung pada penglibatan kita semua..Walau Allah dah janji akan hantar insan-insan lain jika kita enggan turut serta..Rebutlah peluang untuk menjadi insan terpilih..
Inilah bingkisan di sebalik JDS yang kedua ini..
'Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikitpun. Dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu..' at-taubah : 39
~ Sayang Kamu..Demi ISlam..~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment