Thursday, July 21, 2011

Kembali Ke Sekolah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..

Menyumbang kepada sekolah yang telah banyak mengajar diri ini selama 5 tahun adalah kenangan hidup yang paling manis. Mahu menyumbang lagi jika diberi kesempatan..Insya ALLAH!

Biasalah kelemahan yang bertimbun pada program yang pertama dan julung kali ini. Tidak semua hati dapat dipuaskan. Yang penting ada usaha nak laksanakan , ada doa dan kesungguhan dari semua pihak. Usah mengira banyak atau sedikit sumbangan yang telah diberi, asalkan diri terlibat dalam semua usaha itu, Alhamdulillah..Biasan pahala pasti dikreditkan dalam akaun..[kredit ka debit?..apa apalah..]..

Menjadi kepala?
Tidak..tidak pernah merasa menjadi kepala..Apa yang paling dirasai ialah menjadi kaki. Sebab..Walau jawatan pengarah..kalau hanya memandang bukan program jadinya nanti...Maka, memilih menjadi kaki sebab, kakilah ia bergerak. Sambil-sambil itu , mengharap pada penglibatan semua ALUMNI yang sudah graduate dari TUNAS untuk kembali menghulur sedikit tenaga demi membantu pihak sekolah mendidik bakal-bakal insan yang berkualiti keluaran SEKOLAH AGAMA...Boleh aja mengarah tanpa buat apa-apa..tunggu ALUMNI TUNAS betul-betul kukuh dan bersatu hati...[AMIN]..


Apa yang paling menyedihkan semasa program?

-Alhamdulillah, tak ada yang menyedihkan..mengharukan adalah...
Masalah miscommunication dan sebagainya itu adalah masalah yang kecil saja..=)..ada beberapa yang menghadapinya, ia iktibar bersama. Kalau sesuatu program terus menjaid tanpa kesalahan memang mustahil....Hidup juga adatnya akan hadapi masalah..


Apa yang Paling Menggembirakan?

Disokong oleh semua senior dan junior ALUMNI TUNAS..
Nampak wajah-wajah mereka saja sudah menghiburkan jiwa. Semua AJK dan Team Pengisian dan FAsi adalah insan hebat semuanya kerana mereka telah buktikan sepanjang mengendalikan program ini...Kamu yang lakukannya..=) [Thumbs up!!]


Walau kesihatan terjejas sedikit sebanyak , tapi tu bukan sebab program ini..tapi sebab kecuaian diri sendiri tidak menjaganya.=)...Allah dan malaikatnya saja yang tahu..hehe..

Apa pun, Sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah, Warden, Pengetua dan Skuad pentadbiran begitu mengujakan..Dengar-dengar pengetuan nak jumpa ALUMNI , nak berkenalan..MAka..ALUMNI sekalian..Mari sahut peluang ini..^^


Akhirul Kalam,

Sesuatu yang tidak dimulakan sekarang, Sepuluh tahun akan datang ia tetap tidak bermula. Daripada makan bubur, mari pilih makan nasi..jangan biar nasi menjadi bubur..Motivasi diri sendiri berkait rapat dengan kekuatan ESQ kita......Mari join program ESQ beramai-ramai..[teda kaitan..T.T]

Insan-insan yang memahami selok belok berprogram dan menguruskannya akan lebih memahami nilai tulisan ini, walau tidak semua rasa diluahkan di blog ini, namun....mereka tahu disebalik tabir..apa yang telah berlaku..terima kasih berada dibelakang, di tepi kanan kiri, di depan ketika diperlukan..

Anda faham?Terima kasih kerana menjadi insan itu..^^..sapa-sapa yang tak claim lagi usin..bagitau ya..=)

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...